Pages

Friday 16 October 2015

Mukjizat nabi Allaha di Makah

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha Taa’alaya. Inilah hikayat bulan belah mukjizat baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama demikian ceteranya. Al kisah maka di ceterakan orang yang empunya cetera ini pada zaman dahulu kala sekali persetua pada suatu hari baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama duduk berhimpun dengan segala kaum keluarganya dan sahabatnya serta mengajar membawa iman dan agama Asalama. Di ajarkannya mengucap dua kalimah shahadat demikian bunyinya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha. Maka segala sahabatnya sekelian pun mengucap kalimah shahadat seperti yang di ajarkan oleh rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Telah sudah maka mereka itu bermohonlah pulang ke rumahnya iaitu Abu Bakar Al Shodayaqo Rodhoya Allaha A’naha dan kedua Zubir dan ketiga Abas dan keempat Abu Tholib dan kelima Ali Rodhoya Allaha Ana Hama. Setelah sudah mereka itu kembali ke rumahnya maka Abas dan Zubir berjalan lalu bertemu dengan Abu Jahal maka Abu Jahal pun bertanya kepada Zubir dan Abas. “Adapun hamba ini datang daripada rumah Mahamada Amayana Allaha. Bahawa ia menyatakan dirinya nabi akhir Al zaman dan hamba sekelian ini di himpunkan dengan segala kaum keluarganya dan di suruhkannya membawa iman dan membawa agama Asalama dan di ajarnya mengucap dua kalimah shahadat oleh Mahamada Amayana Allaha dan ia mengatakan dirinya itu nabi akhir Al zaman dan mahkota segala nabi dan penghulu segala nabi dan itulah khabar daripada kampong Harlat”.

Setelah sudah Abu Jahal mendengar kata Zubir dan Abas mengatakan Mahamada Amayana Allaha itu nabi akhir Al zaman itu maka ia lalu segera kembali ia ke rumahnya dan bersalin pakaian yang baik2 maka lalu segeralah ia pergi mengadap kepada raja Habib abana Malik itu. Setelah datang maka mempersembahkan hal itu seraya katanya “Ya tuanku syah alam raja yang di dalam negeri Makah ini dan raja segala Arab semuanya itupun. Ketahui oleh tuanku bahawa Mahamada itu anak Abu Tholib sekelian ini menyatakan dirinya nabi akhir Al zaman dan penutup segala nabi dan mengatakan dirinya nabi akhir Al zaman itu.

Apalah tandanya mukjizatnya itu tiada kelihatan kepadanya dan kepada segala orang tua2 maka hendaklah di perdayakan sekelian ini dan hendaklah di tanyakannya supaya nyata tiap2 kita percayakan Mahamada anak yatim Abu Tholib itu mengatakan dirinya Khoatama Al Anabayaa dan mahkota segala nabi di junjungan segala nabi2 dan makdum segala nabi dan penghulu segala nabi. Maka sekarang ini apalah bicara tuanku baiklah kita kerjakan barang suatu pekerjaan supaya Mahamada Amayana Allaha itu sukar membicarakan dia maka hamba yang mengerjakan pekerjaan itu”.

Maka sabda raja Habib abana Malik kepada Abu Jahal dan segala kaum keluarganya dan segala menteri hulubalangnya “Hai kamu sekelian sahabatku apalah bicara tuan hamba sekelian akan anak yatim Abu Tholib itu”. Maka sahut Abu Jahal itu “Ya tuanku syah alam adapun Nuh itu tandanya bahteranya naik ke udara dan nabi Allaha Ibrahim itu di bakar oleh Namrud ke dalam api tiada hangus itulah tandanya. Dan nabi Allaha Musa tongkatnya menjadi ular naga dan cerapaknya menjadi kala itu akan tandanya dan nabi Allaha Sulaiman cincinnya dan mahkotanya itu akan tandanya.

Dan nabi Allaha Daud sembahyang segala kayu2 turut sujud sembahyang inilah akan tandanya dan tanda nabi Allaha Isa mayat orang mati di hidupkan dan tengkorak di lawannya berkata2 inilah tandanya. Dan nabi Allaha Mahamada anak yatim Abu Tholib apatah tandanya mengatakan dirinya nabi akhir Al zaman dan penilik segala nabi2 dan mahkota segala nabi2 dan junjungan segala nabi2 itu apalah tandanya”.

Maka sabda raja Habib abana Malik “Apalah bicara kamu sekelian akan Mahamada Amayana Allaha itu” maka sahut Abu Jahal “Ya tuanku syah alam adapun pada bicara hamba ini baik esok hari tuanku kita berangkat ke padang Abthoh hambalah yang mengerahkan dia”. Maka titah raja Habib abana Malik kepada segala orang yang besar2 dan orang kaya2 di dalam negeri Makah itu pun “Adapun pada esok hari hendaklah kamu sekelian berangkat keluar padang itu berhimpun kerana kami telah mendengar khabar Mahamada anak yatim Abu Tholib itu ia mengatakan dirinya nabi akhir Al zaman dan Khoatama Al Anabayaa dan mahkota segala nabi2 dan junjungan segala nabi dan penilik segala nabi2”.

Setelah sudah raja Habib abana Malik bertitah demikian itu maka masing2 orang menjunjung duli lalu kembali ke rumahnya. Setelah keesokkan harinya maka berhimpunlah segala orang besar2 dan orang kaya2 sekelian akan mengiring raja itu. Maka raja Habib abana Malik pun berangkatlah keluar lalu pergi ke padang Abthoh dengan segala rakyat bala tenteranya kecil dan besar tua dan muda hina dan kaya masing2 mengiringkan raja Habib abana Malik itu berjalan menuju ke padang Abthoh dengan segala laki2 dan perempuan serta dengan kudanya dan untanya penuh sesak padang Abthoh itu.

Adapun tatkala itu adalah saidina Abu Bakar Al Shodayaqo Rodhoya Allaha A’naha telah duduk di rumah tiba2 melihat raja Habib abana Malik itu berjalan pergi ke padang Abthoh itu serta di iringkan dengan sekelian bala tenteranya dan sekelian wazir dan sekelian menteri hulubalangnya dan sekelian orang yang besar2 dan orang yang kaya2 dan sekelian orang yang ada di dalam negeri Makah itu besar kecil tua dan muda hina dina hingga penuh sesak di padang Abthoh itu. Adapun rumahnya Abu Bakar itu hampir dengan jalan raya maka kata2 Abu Bakar di dalam hatinya itu “Jikalau demikian baik aku pergi kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama memberi tahu mengatakan raja Habib abana Malik datang ke padang Abthoh dengan segala rakyat bala tenteranya entah apa maksud” kemudian maka Abu Bakar pun berjalan pergi ke rumah rasul Allaha.

Setelah sampai ke rumah rasul Allaha maka di katakanlah raja Habib abana Malik yang datang ke padang Abthoh dengan segala rakyat dan orang besar2 dan orang kaya2 sekelian” maka sabda nabi “Hai Abu Bakar yang demikian itu baiklah tuan hamba pergi di sana supaya boleh mendengar khabarnya apakah pekerjaan raja Habib abana Malik itu”. Setelah Abu Bakar Al Shodayaqo mendengar sabda rasul Allaha itu maka iapun pergilah berjalan ke padang Abthoh itu.

Syahdan maka Abu Jahal pun tengah berkata dengan berdiri di tempat orang banyak itu sambil melihat kekanan dan kekiri antara orang banyak itu sekelian itu datang ia ke padang Abthoh itu berhimpun melainkan kaum bani Hasyim juga yang tiada mengiringkan raja itu. Maka Abu Jahal pun menyembah kepada raja Habib abana Malik seraya katanya “Ya tuanku syah alam adapun orang isi negeri maka sekeliannya ada belaka mengiringkan tuanku datang ke padang Abthoh ini hanyalah kaum Hasyim seorang pun tiada datang mengiringkan tuanku” seraya di suruhnya panggil maka raja Habib abana Malik pun memanggil kaum Hasyim itu.

Pertama di panggil itu Abas dan kedua Abu Tholib dan ketiga baginda Ali bertiga saudara seorang bernama Jaa’far. Adapun baginda Ali itu yang mengeraskan jalan agama nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Telah sudah datang kaum Hasyim itu maka di suruh oleh raja duduk di atas kerusi maka Abas dan Abu Tholib dan baginda Ali itu berdiri di tanah maka kata raja itu “Mengapa tuan hamba datang sekelian berdiri duduklah tuan hamba di kerusi. Janganlah tuan hamba sekelian berdiri kerana tuan hamba penghulu lagi tuan hamba daripada bangsa kami ini adanya”.

Syahdan apabila Abas dan Abu Tholib mendengar kata raja demikian itu maka Abas dan Abu Tholib dengan segala kaum Hasyim itupun diamlah tiada berkata2 mendengar perkataan raja demikian itu. Maka raja Habib abana Malik pun bertanyakan Mahamada Amayana Allaha itu kepada segala kaum Hasyim itu “Mana Mahamada Amayana Allaha itu maka tiadalah ia datang”. Maka baginda Ali pun menjawab akan pertanyaan raja Habib itu “Adapun sebab Mahamada Amayana Allaha itu tiada datang kerana ia tiada di panggil inilah sebabnya tiada datang mengadap kemari”.

Setelah di dengar oleh Abu Jahal perkataan baginda Ali itu maka di suruhnya orang meneriak Mahamada Amayana Allaha itu. Maka apabila di dengar oleh baginda Ali Abu Jahal berkata demikian itu maka baginda Ali pun marahlah ia mendengar perkataannya itu di hadapan raja Habib abana Malik dan di hadapan raja2 dan orang banyak di tengah padang itu dan segala orang besar2 dan orang kaya2 penuh sesak di tengah padang Abthoh itu seperti semut keluar daripada lubang tanah.

Maka baginda Ali pun marahlah kepada Abu Jahal itu seraya katanya “Mengapakah engkau berkata demikian itu sedangkan raja Habib itu tiada menyuruh marikan Mahamada Amayana Allaha itu. Barang siapa meneriak Mahamada Amayana Allaha itu akulah lawannya. Jika ia berhutang kepada ibubapamu atau kepada datuk moyangmu maka haruslah engkau menyuruh meneriak Mahamada Amayana Allaha itu. Adapun Mahamada Amayana Allaha itu anak cucu raja A’bada Al Matholaba dan ialah penghulunya sekelian Arab di dalam negeri Makah ini”.

Maka apabila di dengar oleh raja Habib abana Malik akan perkataan baginda Ali itu maka ia berfikirlah bahawa perkataan baginda Ali itu atas sebenarnya. Telah itu maka berkata raja Habib abana Malik “Hai tuan2 sekelian janganlah di dengar perkataan Abu Jahal itu melainkan kamu dengar perkataan Ali itu. Pergilah engkau panggil Mahamada Amayana Allaha itu segeralah engkau datang bersama2 dengan Mahamada Amayana Allaha itu”.

Setelah di dengar oleh hulubalang maka iapun segera berjalan pergilah memanggil Mahamada Amayana Allaha itu lalu ia memacu kudanya lalu seperti tiada membilang musuh maka hulubalang itupun masuklah ke dalam rumah Khadijah. Adapun Khadijah itu tengah berjalan di hadapan maka di lihat oleh Khadijah ada seorang laki2 datang seraya berkata Khadijah demikian katanya “Dari mana datang laki2 ini”. Maka rasul Allaha mendengar perkataan Khadijah itu maka ia segeralah bangkit keluar lalu duduk di pintu maka hulubalang itupun segera menghampir ke rumah rasul Allaha dengan kudanya ia terdiri serta terpandang ia kepada rasul Allaha.

Maka hulubalang itupun segera turun dari atas kudanya seraya ia berlari2 sujud di kaki rasul Allaha maka kata rasul Allaha “Apakah pekerjaan engkau kemari ini”. Maka sembah hulubalang itu “Ya junjunganku adapun hamba ini di suruh oleh raja memanggil tuan hamba” maka sabda rasul Allaha “Hai hulubalang kembalilah tuan hamba sekarang hamba datang mendapatkan raja Habib abana Malik” maka hulubalang itu pun kembalilah mendapatkan raja itu.

Setelah itu maka Jibril pun datanglah kepada rasul Allaha dengan segala malaikat tujuh puluh ribu banyaknya masing2 dengan lakunya berdiri bersaf2. Maka Jibril dan Mikail pun datang kehadapan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta memberi salam kepada rasul Allaha demikian bunyinya “Al Salaama A’laya Kama hai kekasihku Mahamada Amayana Allaha” pun menjawab “Wa A’laya Kama Al Salaama hai saudaraku Jibril. Apalah pekerjaan tuan hamba datang ini”. Kata Jibril “Kekasihku Mahamada Amayana Allaha tuhan semata seru sekelian alam berkirim salam kepada tuan hamba. Bahawasanya Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya telah memberi rahmat kepada tuan hamba. Adapun raja Habib abana Malik itu memanggil tuan hamba datang ke padang Abthoh itu kerana ia kehendaknya itu hendaklah di suruh tuan hamba memanggil bulan”.

Maka rasul Allaha pun mengangkat kepalanya memandang kepada sekelian kaum keluarganya maka apabila di lihat oleh rasul Allaha malaikat itu terlalu banyak kaum Mahamada Amayana Allaha berkeliling kampong masing2 dengan rupanya. Maka malaikat itupun hairanlah melihat kebesaran Allaha Taa’alaya A’za Wa Jala itu. Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha baiklah tuan hamba mengambil air sembahyang dan sembahyang tuan hamba dua rakaat satu salam” maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang maka terus sembahyang dua rakaat satu salam.

Setelah sudah sembahyang maka rasul Allaha pun turunlah pergi ke padang Abthoh ia mendapatkan raja Habib abana Malik di iringkan oleh Jibril Mikail dan adalah beberapa banyak malaikat yang mengirinkan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka apabila di dengar oleh orang banyak gemuruh seperti bunyi guruh di langit dan bumi pun bergeraklah rasanya maka sekelian orang yang di padang Abthoh itupun memandang sekelian kepada jalan raya itu daripada tempat Mahamada Amayana Allaha itu.

Setelah datang maka terpandang oleh mereka itu sekelian kepada rasul Allaha maka cahaya matahari pun kelam kabut barang cuaca menjadi kelam rupanya. Maka di lihat oleh mereka itu cahaya rasul Allaha itu seperti cahaya bulan gilang gemilang kilau2an maka baginda rasul Allaha pun datang seorang dirinya juga pada perasaan orang banyak itu seperti orang yang berpuluh ribu banyaknya yang mengiringkan Mahamada Amayana Allaha itu kepada perasaan hatinya. Setelah datang rasul Allaha hampir kepada raja Habib abana Malik di suruh oleh raja Habib abana Malik hadirkan kerusi akan tempat Mahamada Amayana Allaha itu kerusi yang indah2 kerana tempat duduk Mahamada Amayana Allaha itu.

Maka rasul Allaha pun datang seorang dirinya ke hadapan raja Habib abana Malik maka segeralah di tegur oleh raja Habib itu. Maka di suruhnya duduk di atas kerusi maka nabi pun duduklah di atas kerusi maka raja Habib abana Malik pun berkata kepada rasul Allaha “Ya Mahamada nabi Allaha adapun hamba ini setelah mendengar khabar orang dahulu kala tatkala menjadikan Allaha Taa’alaya akan nabi2 itu adalah dengan tandanya serta dengan mukjizatnya masing2. Maka sekarang ini hamba dengar tuan hamba mengatakan diri tuan hamba nabi akhir Al zaman dan Khotama Al Anabayaa dan penghulu segala nabi dan junjungan segala nabi2 dan mahkota segala nabi2.

Sekarang apakah tandanya dan mukjizatnya. Adapun tandanya tatkala nabi Nuh itu menjadi nabi maka bahteranya naik ke udara. Nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama menjadi nabi maka di bakar oleh raja Namrud itu tiada hangus. Adapun nabi Allaha Sulaiman menjadi nabi mahkotanya itu tandanya dan nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama menjadi nabi tatkala ia sembahyang maka segala pohon kayu sekeliannya sujud sertanya inilah tandanya dan nabi Isa A’layaha Al Salama mayat orang mati di hidupkannya dan berkata dengan orang mata. Inilah tandanya masing2 dengan mukjizatnya segala nabi yang dahulu dan nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama tongkatnya menjadi ular naga dan cerapaknya menjadi kala.

Adapun tuan hamba ini mengatakan diri tuan hamba nabi akhir Al zaman apalah tandanya dan mukjizatnya tuan kerana sekelian orang yang datang ini di tengah padang ini hendak melihat mukjizat tuan dan segala Arab mengatakan tuan hamba ini mengatakan diri nabi akhir Al zaman dan kesudahan segala nabi. Maka adakanlah tandanya supaya kami sekelian mengetahui tuan hamba ini nabi akhir Al zaman hendaklah tuan hamba menunjukkan mukjizat tuan hamba ini. Jikalau sekiranya tuan hamba tiada mengadakan mukjizat itu maka segala orang banyak di padang ini telah menghadirkan tahi unta dan kencingnya. Baiklah tuan hamba menyatakan tandanya itu dan mukjizat tuan hamba adakanlah tandanya itu”.

Setelah di dengar oleh rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama perkataan raja Habib abana Malik demikian itu maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Hai raja tiadakah tuan hamba mendengarkan firman Allaha Taa’alaya demikian ertinya adapun Mahamada itu pesuruh Allaha Taa’alaya sertanya segala kafir itu di masukkan Asalama. Bahawa sungguhnya akulah penghulu segala nabi yang marosala seratus tiga belas rasul aku yang jadi penghulu dan Jibril yang membawa firman Allaha Taa’alaya maka hambalah dengan kenyataan berbagai yang indah di anugerahi Allaha Taa’alaya A’za Wa Jala. Barang yang kupinta kepada tuhanku sekelian di anugerahi kepada aku maka sekarang apalah kehendak raja kepada hamba ini katakanlah kepada hamba supaya hamba mendengar”.

Maka ujar raja Habib abana Malik “Hai Mahamada Amayana Allaha adapun yang kami pinta kepada tuan hamba seperti perkataan orang besar2 di dalam negeri Makah ini iaitu hendaklah tuan hamba adakan seperti maksud kami sekelian ini minta panggilkan bulan itu turun datang kepada tuan hamba dan suruhkan bulan itu berkeliling Kaa’bata Allaha itu tujuh kali. Telah itu maka tuan hamba suruhkan bulan itu mengucap dua kalimah shahadat akan tuan hamba dengan nyaring suaranya supaya di dengar oleh segala khalayak yang banyak ini dan orang besar2 dan kecil tua dan muda. Maka tuan hamba suruhkan masuk ke dalam tangan baju tuan hamba yang kanan dan keluarkanlah ia daripada tangan baju yang kiri.

Setelah itu suruhlah pula itu menjadi belah dua sebelah ke maghrib dan sebelah ke masyrik. Kemudian bulan itu balik ke langit lagi bertemu pula seperti sedia kalanya dengan tiada bercela lagi rupanya. Maka Mahamada Amayana Allaha inilah yang hamba sekelian kehendakkan kepada tuan hamba maka adakanlah seperti maksud kami sekelian ini. Jikalau tuan hamba mengadakan mukjizat yang seperti demikian itu maka sungguhlah tuan hamba ini nabi akhir Al zaman dan penilik segala nabi2 dan penghulu segala nabi2 dan mahkota segala nabi2 dan lagi makdum segala nabi2 baharulah kami sekelian puji akan tuan hamba jikalau2 adakan oleh tuan hamba akan maksud hamba sekelian ini baharulah hamba sekelian percaya menurut sebarang kata tuan hamba”.

Setelah di dengar oleh Abu Jahal kata raja itu maka iapun bangkit daripada tempatnya duduk maka pegangnya tangan raja Habib abana Malik itu maka junjungan kepalanya serta katanya “Hai raja kami dan mahkota kami sekelian Arab sebenarnyalah seperti katanya tuanku yang demikian itu. Masakan dapat Mahamada itu memanggil bulan maka sukanyalah hati kami sekelian mendengarkan titah tuanku dan puaslah hati kami sekelian mendengarkan dan terbanglah mata kepala hambamu dan teranglah telinga hamba sekelian seperti suatu padang yang amat luas demikian rasa hati hambamu”.

Maka baginda rasul Allaha pun bersabda kepada raja Habib abana Malik itu “Hai raja Habib dan raja2 di dalam negeri Makah. Adapun hamba ini tiadalah berkuasa berbuat barang suatu kehendak hamba itu”. Maka di dalam antara berkata2 itu haripun petanglah dan matahari pun masuk dan bulan pun terbitlah maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang lalu rasul Allaha sembahyang dua rakaat minta doa kepada Allaha Taa’alaya. Maka rasul Allaha pun naiklah ke atas bukit Qubais serta di iringkan oleh Zubir dan Abas dan baginda Ali dan Abu Tholib dan raja Habib abana Malik itu.

Telah sampai ke atas bukit Qubais itu maka bulan pun terbitlah dengan bercahaya2 maka rasul Allaha pun sembahyanglah dua rakaat salam di atas bukit itu. Setelah sudah sembahyang maka rasul Allaha pun memandanglah ke atas bertentang dengan bulan itu seraya berseru2 demikian bunyinya “Hai bulan datanglah engkau kemari turun dengan kudrat Allaha Taa’alaya tuhan yang maha kuasa menjadikan barang sekehendaknya kepada sekelian hambanya”. Maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka bulan itupun turunlah datang kepada rasul Allaha seperti kehendak raja Habib abana Malik lalu bulan itupun datang menuju Kaa’bata Allaha.

Setelah sudah maka bulan itupun maka ke atas bukit Qubais itu terhenti dekat rasul Allaha maka bulan itupun mengucap kalimah shahadat demikian bunyinya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha maka segala kerabat separuh mereka itu tiadalah percayalah nubuah nabi Mahamada itu. Maka bulan itupun menjadikan dirinya kecil dan bulan itu masuklah ke dalam tangan baju rasul Allaha yang kanan maka keluar pula kepada tangan baju kiri lalu bulan itu membelahkan dirinya sebelah lalu ke masyrik dan sebelah lalu ke maghrib lalu naik ke atas langit bulan itupun bertemulah seperti sedia kalanya tiada bersalahan dengan selamat.

Maka rasul Allaha pun turunlah dari atas bukit Qobais itu serta dengan Zubir Abas dan Abu Tholib dan baginda Ali dan dengan segala raja2 dan orang besar2 sekelian rakyat kecil dan besar tua dan muda sekelian berhimpunlah mesyuarat akan mukjizat Mahamada Amayana Allaha itu. Maka kata raja Habib abana Malik “Adapun mana maksud yang telah kita minta adakan kepadanya itu sekelian telah di adakan sekarang. Apalah bicara tuan sekelian haruslah kita percayakan akan dia barang yang telah di beratkan di hadapan mata kita segala. Bahawa dengan sungguhnya Mahamada Amayana Allaha itu nabi akhir Al zaman dan penghulu segala nabi haruslah kita menurut katanya”.

Apabila di dengar oleh Abu Jahal perkataan raja Habib itu lalu berkata “Hai tuanku syah alam janganlah tuan percayakan orang fitnah dan sebab daripada hikmatnya itu dapat di panggilnya bulan itu”. Maka kata raja Habib abana Malik itu “Hai Abu Jahal perbuatlah olehmu biarlah bulan itu datang kepadamu supaya kita lihat mukjizatmu itu. Jikalau Mahamada Amayana Allaha itu perbuatan habatan kami sekelian pun melihat cita”. Maka apabila di dengar Abu Jahal kata raja Habib abana Malik demikian itu maka Abu Jahal pun undurlah lalu pergi dari hadapan raja Habib abana Malik itu maka dengan kaum keluarganya.

Maka rasul Allaha pun mengajar kalimah shahadat kepada raja Habib abana Malik itu demikian bunyinya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Mahamada Rosawala Allaha. Maka raja Habib abana Malik pun ikrarlah mengucap dua kalimah shahadat serta masuk agama Asalama dengan tulus ikhlas hatinya dengan segala rakyatnya dan kaum keluarganya dan orang besar2 dan menteri dan hulubalang di dalam negeri Makah sekelian masuk agama Asalama melainkan Abu Jahal juga dengan segala kaum keluarganya yang tiada masuk agama Asalama.

Setelah itu rasul Allaha pun kembali pulang ke rumahnya dengan di iringkan segala kaum keluarganya itu sekelian dengan sukacitanya dan raja Habib abana Malik pun serta mengiringkan rasul Allaha pulang ke rumahnya. Maka raja Habib abana Malik pun berpalinglah kembali ke rumahnya dengan segala orang besar2 dan segala menteri hulubalangnya rakyat sekelian dan kaum keluarganya rasul Allaha pun pergilah pula mengantarkan raja Habib abana Malik kembali kerumahnya itu.

Syahdan maka apabila sampai ke rumahnya maka teringatlah ia akan anaknya itu tiada berkaki dan bertangan maka raja Habib abana Malik pun berkata kepada seorang menterinya “Adalah lagi suatu maksudku kepada rasul Allaha itu. Jikalau sungguhnya rasul Allaha itu Khoatama Al Nabaya maka hendaklah aku berkata anakku ini tiada berkaki dan bertangan serupa manusia yang banyak melainkan aku hendak mengantarkan anakku ini kepada Mahamada Amayana Allaha minta adakan kaki dan tangan anakku”. Maka raja Habib abana Malik pun menyuruhkan seorang menterinya membawa anaknya itu kepada rasul Allaha.

Al kisah maka di ceterakan akan oleh orang yang empunya cetera ini maka turun malaikat Jibril kepada rasul Allaha membawa firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seraya katanya “Ya habib Allaha bahawa hamba ini di pesan oleh A’za Wa Jala memberi tahu kepada tuan hamba. Adapun raja Habib abana Malik itu menyuruh membawa anaknya itu yang tiada berkaki dan tiada bertangan akan di bawa kepada tuan hamba itu. Maka apabila datang ia kepada tuan hamba maka selimutkanlah dengan gebar tuan hamba ini maka tuan sembahyang dua rakaat satu salam”. Setelah sudah Jibril membawa pesan kepada rasul Allaha maka Jibril pun kembali ke hadrat Allaha Taa’alaya.

Hataya maka tiada berapa lama antaranya maka datanglah orang yang di suruhkan oleh raja Habib abana Malik itu membawa anaknya yang tiada berkaki dan bertangan itu seorang anak perempuan di bubuhnya di atas suatu tabak emas di letakkan di hadapan rasul Allaha. Maka rasul Allaha pun menutupi dengan kain gebarnya lalu ia sembahyang dua rakaat salam maka rasul Allaha minta doa kepada Allaha Taa’alaya. Tiada berapa lama antaranya belum habis rasul Allaha membaca doa maka anak raja Habib abana Malik pun duduklah sendirinya serta lengkap kedua kaki tangannya dengan sempurna terus di suruh oleh rasul Allaha pulang ke rumahnya lalu di bawa kehadapan ayahandanya raja Habib abana Malik.

Telah di lihat anaknya telah di pertemukan Allaha Taa’alaya kembali kaki tangannya kedua itu maka raja Habib pun terlalulah hairan akan mukjizat rasul Allaha itu serta dengan puji Amayana kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan beberapa perkataan raja Habib abana Malik itu dan membenarkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu nabi akhir Al zaman dan kekasih Allaha Taa’alaya dengan sebenar2nya dan mahkota segala nabi dan penghulu nabi2 dan penilik segala nabi2 dan kesudahan segala nabi dan barang pada kehendaknya sekelian jadi belaka.

Syahdan maka raja Habib abana Malik itupun makin bertambah2 takutnya dan kepercayaan serta dengan yakin hatinya kepada rasul Allaha serta menyuruh mengantarkan beberapa hadiah daripada emas dan perak dengan beberapa pakaian yang indah2 pada sepuluh orang laki2 dan sepuluh orang perempuan mengantarkan hadiah kepada rasul Allaha. Setelah sudah datang hadiah persembahannya ke hadapan rasul Allaha maka orang yang membawa persembahan itupun berkata “Ya junjunganku inilah hadiah persembahan daripada raja Habib abana Malik ke bawah telapakan paus junjunganku maka hendaklah di terima oleh junjunganku dengan sempurnanya” maka sabda rasul Allaha “Baik hamba terima hadiah persembahan itu daripada raja Habib abana Malik itu”.

Maka raja Habib abana Malik pun datang pula dengan sendirinya mengadap kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seraya berkata “Hai junjunganku bahawa sungguhnya tuan hamba ini nabi akhir Al zaman dan mahkota segala nabi2. Barang yang hamba pinta kepada junjunganku sekelian maksud hamba berlaku”. Maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Hai raja Habib abana Malik tiada tuan hamba mendenagr yang telah tersebut di dalam kitab Taurat dan Zabur dan Injil tiadalah nabi yang lain itu di jadikan Allaha Taa’alaya nabi akhir Al zaman melainkan hamba inilah yang di jadikan Allaha Taa’alaya nabi akhir Al zaman dan kesudahan nabi2.

Dan hamba inilah yang terlebih daripada segala sidang nabi dan nama hambalah yang tersebut dengan nama Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya daripada segala petala langit dan pintu syurga dan yang tersurat pada tiang Arash demikian bunyinya Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha. Yang mula2 di sebut segala malaikat dari masyrik datang ke maghrib dari dunia sampai ke akhirat sekelian itu tersebut nama hamba dengan nama Allaha A’za Wa Jala demikian bunyinya Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha. Bermula yang di turunkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya itu Qoroana kepada hamba yang mengatakan hamba yang tersebut nabi akhir al zaman dan kesudahan nabi2”.

Sabda rasul Allaha “Hai raja Habib abana Malik barang siapa percaya akan nubuah hamba dan menurut kepada hamba dengan sungguhnya maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya akan masukkan syurga dan barang siapa tiada percaya akan mukjizat hamba dan tiada percaya akan kitab Qoroana yang telah di turunkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kepada hamba itu bahawa sungguhnya orang itu akan di masukkan Allaha Taa’alaya ke dalam neraka yang di bawah sekali dengan merasai seksa berbagai2 yang tiada dapat menderita lagi”. Setelah itu maka raja Habib abana Malik pun bermohonlah kepada rasul Allaha hendak kembali pulang ke rumahnya seraya katanya itu “Ya junjunganku bahawa adalah hamba membaca di dalam kitab Injil dan Zabur dan Taurat dengan sungguhnya junjunganku itu nabi akhir Al zaman dan penghulu sekelian nabi2 dan kesudahan segala nabi2 dan mahkota nabi2”.

Kata orang yang empunya cetera ini tatkala raja Habib abana Malik berkata dengan rasul Allaha maka Abu Jahal itu ada mengintai2 dan mendengar2 dari bawah rumah rasul Allaha. Apabila di dengar oleh Abu Jahal segala perkataan raja itu maka putuslah harapnya Abu Jahal itu dengan segala kaum keluarganya tiada percaya lagi dengan masygulnya masing2 pulang ke rumahnya mendayakan dirinya tiada ia upaya lagi kerana sudah bercerai dengan raja Habib abana Malik itu tamat.

Maka di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini barang siapa membaca cetera ini yakni hikayat baginda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yang di bantahkan oleh Abu Jahal kepada raja Habib abana Malik maka hendaklah encik dan tuan sekelian ingat banyak2. Barang siapa menurut seperti kelakuan Abu Jahal itu dari dunia sampai ke akhirat tiadalah selamat seumur hidupnya itu dan tiadalah sempurna barang suatu perkuatannya dan tiadalah mendapatkan kebajikan dunia dan akhirat tiada daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sampai kepada hari kiamat.

Dan lagi atasnya kepada orang yang membaca peri mukjizat janganlah sendakan dan di olok2kan seperti Abu Jahal itu melainkan hendaklah kita membacakan Fatahah akan nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta mintakan doa supaya jangan bercerai dengan iman daripada hidup sampai kepada mati di dalam syafaat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Al Faatahaha Alaya Hadhorota Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Khoyaro Kholaqoha Mahamada Wa A’laya Alaha Wa Shohabaha Ajamaa’yana Ba Rohamataka Yaa Arohama Al Roahamayana Amayana Roba Al A’alamayana.

Sumber: Kitab Mukjizat Nabi

No comments:

Post a Comment