Pages

Wednesday 28 October 2015

Tergelincirnya Ummat.

"Diakhir hayat Rasulullah ﷺ, Beliau kurang tersenyum kerana termimpi akan adanya khinzir-khinzir yang menaiki Mimbar-mimbar. Ini adalah simbol kepada Ulama' Su. Yang akan ramai jumlahnya di akhir Zaman ini. Ini yang menjadi penyelaras kepada ramainya pengikut kepada Ad-dajjal."

"Digelar sebagai ulama' su. Kerana orang Alim kalau tergelincir mulutnya satu kalam sahaja akan tergelincir semuanya. Yakni semua pengikutnya akan tergelincir. Berapa ramai yang berpegang kepada satu pandangan daripada orang 'Alim yang didakwa alim dizamannya? yang pada akhirnya berlaku sedemikian."

"Dengan tergelincirnya orang alim akan berlakunya pembunuhan, penodaan kehormatan, pentengkaran, pengkafiran, permusuhan kepada seseorang dan sebagainya. Zaman kita ini diakhir zaman, terdapat ramai yang akan terpedaya kepada fitnah Ini. "

"Bagi kita untuk mengenali Ulama Su' adalah apabila ia berkata-kata maka ramai akan berkelahi, umat akan berpecah belah dan saling bertelingkah. Orang alim itu kalau tergelincir mulutnya lisannya saja, satu alam boleh tergelincir yakni dengan pengikutnya sekali."

"Diakhir zaman, akan muncul golongan-golongan yang zahirnya memperjuangkan Islam, dengan membawa fahaman mereka, membawa panji Islam, membuat bangunan-bangunan nampak seperti memperjuangkan Islam tapi menyimpan hati yang busuk didalamnya."

"Mereka memerangi Ummat Islam, menghantar matlumat kepada Musuh-musuh Islam, dan membawa perbalahan dan bergaduh sesama islam. Diakhir zaman, ilmu-ilmu dan akal manusia akan dicabut oleh Allah ﷻ."

"Bukan dicabut itu dikatakan waras atau tidak tetapi mereka tidak menggunakan akal, bukan dikatakan mereka tidak beramal ataupun gila tetapi tidak digunakan dan diisi dengan ilmu. Dan Hati mereka menyimpan perasaan yang busuk."

"Dikatakan akal-akal orang waktu itu akan diambil dan dicabut oleh Allah ﷻ, maknanya ramai ulama meninggal dunia sehingga tersisa org yg mempunyai akal tetapi tidak diisi dengan ilmu tanpa mengenali haq dan batil, makruf dan yg mungkar dan yg mana jihad dan yg mana pembunuhan sesama orang islam."

"Apa yg menyebabkan mereka buta? Kerana kejahilan. kerana hati mereka didalam kegelapan. Tiada perasaan kasih sayang. Perumpaannya seperti orang yang berjalan diwaktu malam."

"Nabi bersabda; "Akan datang suatu zaman nanti fitnah umpama malam yang mengelapkan. Yang dikatakan gelap itu adalah gelapnya fitnah sehingga orang tidak dapat membezakan yg mana betul dan yg mana salah. Moga-moga Allah ﷻ memelihara kita daripada fitnah yang dahsyat ini."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

No comments:

Post a Comment