Pages

Sunday 18 October 2015

Perang Khaibar IV dalam kitab Jawi

Sebermula tersebutlah perkataan rasul Allaha di bawa Siti Sejarat bermain pada taman raja Khaibar dengan segala sahabat makan buah buahan. Pada malam itu setelah hari siang maka nabi Allaha pun berbicara “Bahawa lamalah sudah kita meninggalkan benua Madinah”. Maka sembah segala sahabat “Pada masa ini banyaklah haru hara tatkala di dengar benua Madinah sunyi kalau2 di peranginya baik juga junjungan kembali ke Madinah. Akan Yahudi tinggal pada daerah benua Khaibar ini Ana Shaa Allaha Taa’alaya dengan berkat sabda junjungan hambamulah membinasakan segala mereka itu yang tiada mengucap”.

Maka nabi Allaha menyuruh Siti Sejarat “Himpunkan segala isi rumah raja Khaibar supaya kita pertetapkan kerana aku hendak kembali” maka sembah Siti Sejarat “Jika batu kepala hamba hendak kembali pun baik juga junjunganku menjalani melihat segaala permainan taman dan pagar diwala. Telah sudah kemudian di perhamba bawa sekelian mereka itu mengadap”. Maka nabi Allaha dan segala sahabat pun naiklah ke atas kudanya dengan segala hulubalang maka Siti Sejarat pun di kanan rasul Allaha berkenderaan di atas kudanya dan empat ratus perempuan yang muda2 mengiringkan puteri Shofiah dan tiga ratus perempuan mengiring berkuda yang berjalan dari belakang.

Masuk hutan dan padang daripada suatu tempat kepada suatu tempat bukit daripada suatu sungai kepada suatu sungai. Barang di mana berjumpa hutan itu kayunya daripada kayu khalambak cendana dan buah buahan tiadalah terkatakan lagi banyak jenis kayu itu berbagai2 rasanya berbagai jenis unggas hinggap itu serta meragam bagai bunyi sepanjang jalan itu naung seperti berjalan di rimba. Maka oleh orang Khaibar buah buahan dan bunga bungaan di ambil akan persembahan kepada nabi Allaha dengan segala sahabat maka segala sahabat pun bertanya akan nama buah kayu itu dan bunga2an.

Sebermula barang di mana berjumpa padang rumputnya manis rumput kertas dan barang di mana bertemu padang kayunya rendang di sanalah kolam dan barang di mana bertemu bukit di sana adalah perhiasan serta orang menunggu dia airnya terlalu jernih tersimpang kekanan sungai besar2 ikannya dalamnya pun besar2 berbagai2 rupanya. Maka berjalan pula simpang kekiri bertemu suatu sungai kecil ikan dalamnya kecil2 berbagai rupanya maka segala mereka itu sebagai datang berhenti mandi dan memandikan kudanya dan serta mengambil air sembahyang kerana berjalan itu terlalu panas.

Adapun Siti Sejarat sudah di suruhnya orang berkuda memberi tahu A’bada Al Malik kerana iapun menteri yang besar banyak takluk kepadanya di suruh datang mengalu2kan nabi Allaha dengan banyak2 datang berapa payung kembang dan panji2 terdiri dan beberapa gajah dan unta dan beberapa peri persembah yang ajaib2 datang itu. Arakian maka di lihat laskar Arab lebu duli berbangkit di tengah padang maka sabda nabi Allaha kepada Siti Sejarat “Siapa banyak datang itu” maka sembah Siti Sejarat “Yang datang itu seorang menteri raja Khaibar yang besar kenamaan segala daerah ini di dalam hukumnya namanya A’bada Al Malik datang hendak mengalu2kan nabi Allaha hendak mengadap ke bawah duli yang maha mulia”.

Maka A’bada Al Malik pun datanglah maka di lihat laskar Arab itu terlalu hebat dengan alat senjata lengkap dengan pakaian pahlawan daripada seorang kepada seorang seperti harimau yang lapar hendak menerkam dan seperti singa mana rebang tiada membilang lakunya. Maka iapun baharu lepas daripada menyeberang sungai maka A’bada Al Malik dengan segala laskarnya hampirlah kepada laskar Arab dengan sungguh2 hatinya mengertakkan kudanya di dalam demikian itupun tiada berkata kerana kuda Arab itu besar lagi garang.

Setelah terpandang A’bada Al Malik dengan nabi Allaha maka iapun turun dari atas kudanya meninggalkan kudanya serta ia berlari2 datang menyembah kepalanya tunduk ke tanah maka berbangkit pula ia sujud serta menyembahlah dirinya. Maka rasul Allaha lalu berkata dengan Siti Sejarat bertanyakan pendita bernama Hawan guru raja Khaibar dan sekelian di namakan dia mustajab pintanya itu maka sekarang ini kemana perginya. Maka sembah Siti Sejarat “Tatkala di perhamba ada lagi Hawan itu bertapa di bukit yang hampir itupun bersama2 dengan raja Khaibar akan di perhamba sekelian sebagai pergi kepadanya. Maka akan segala rakyat tiadalah pernah di perhamba periksa kemana perginya. Kaki gunung tempat ia bertapa itupun sunyilah di perhamba lihat dahulunya alangkah ramainya gunung itu kalau2 di perhamba itu A’bada Al Malik mengetahui dia”.

Maka A’bada Al Malik pun menjabat lutut nabi Allaha serta menyembah maka baharulah pandang nabi Allaha tetapi sungguh pun di pandang dia tiada maka lama A’bada Al Malik terdiri. Arakian maka berubahlah warna air mukanya telah di lihat Siti Sejarat kelakuan nabi Allaha demikian itu maka iapun tahu akan kehendak nabi Allaha itu tiada berkehendak akan sembah yang di kehendak nabi Allaha itu hanyalah engkau mengucap kalimah shahadat dan membawa Asalama. Telah di dengar A’bada Al Malik kata Siti Sejarat itu maka iapun segera membawa Asalama serta menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha.

Maka baharulah nabi Allaha menyahut salamnya dan di panggil ia hampir maka A’bada Al Malik pun hampirlah dengan sukacitanya hingga dengan tertibnya. Maka segala persembahan yang di bawa itupun di persembahkan maka bunga persembahan itupun di pakai nabi Allaha menyukakan hatinya serta di anugerahnya akan segala sahabat. Maka rasul Allaha pun bertanya “Hai A’bada Al Malik akan guru raja Khaibar yang bernama Hawan itu di mana ia sekarang” maka sembah A’bada Al Malik “Ya tuanku akan guru raja Khaibar di perhamba dengar itu selang dahulu pada gunung hampir inilah ia bertapa. Maka akan sekarang ini ia pergi bertapa ke pulau di tengah laut airnya tawar dengan segala muridnya” maka sabda nabi Allaha “Engkau bawalah aku pergi berjalan ke sana”.

Maka sembah A’bada Al Malik “Baiklah tuanku tetapi puas yang maha mulia hendak kesana itu terlalu baik segala serta boleh melihat tanam tanaman yang indah2”. Maka Omar Maa’da Karoba pun mengerahkan segala sahabat berjalan mengiringkan rasul Allaha di bawa A’bada Al Malik berkenderaan di atas kuda pun akan Siti Sejarat dengan segala sakainya itu di suruh nabi Allaha kembali ke mahligai menunggui pagar itu seperti sedia kala dan membujuk puteri Shofiah daripada mengalah.

Sebermula peri mengatakan tatkala nabi Allaha berjalan itu melihat suatu kota daripada batu hitam dan banyak hikmat di dalam kota itu daripada patung bersenjata barang kali orang datang di panahnya dan di lontarnya. Maka seorang pun segala kafir tiada dapat hampir ke sana kerana kota itu hikmat daripada dahulukala dan peri mengatakan nabi Allaha dan baginda Ali dan A’bada Al Malik pergi berperahu menyeberang laut air tawar itu dan mengikut guru raja Khaibar Hawan itu dan beberapa ajaib2 di lihat A’bada Al Malik hikmat Hawan itu dan habis binasa berkat nabi Allaha. Maka hairanlah A’bada Al Malik dan segala orang Khaibar itu dan mengatakan Hawan lari ke negeri Antaqih berlindungkan diri kepada raja Asfahan raja di dalam negeri itu demikianlah di ceteranya oleh orang yang empunya cetera ini.

Setelah nabi Allaha berjalan di bawa A’bada Al Malik datang kepada suatu pagar diwala pintunya empat daripada empat mazhab sekelian itu daripada emas keranjang bepermata. Maka sembah A’bada Al Malik “Ya tuanku inilah tempat raja Khaibar bermain. Baik juga junjungan masuk ke dalam kota ini” maka nabi Allaha pun berkenanlah sembah A’bada Al Malik. Maka penghulu yang menunggu pintu kota itu pun membuka pintu keempatnya maka keluarlah mereka itu dengan segala laskarnya mengalu2kan nabi Allaha maka nabi Allaha pun masuklah dalam kota itu dengan segala sahabat.

Adapun bumi di dalam kota itu sekelian berjambangan maka merak pun naik mengigal dan kambing pun berseru2 bersahut lalu di kaki gunung permata itu dan nuri pun menaik segenap pohon kurma dan itik pun berjalan kesana kemari. Maka bayan pun bersahut sahutan dengan nuri serta ia makan pucuk kayu bunga2an seraya bersyair terlalu merdu bunyinya. Maka kolam itupun tebingnya di ikat dengan kaca merah dan pantainya daripada mutiara dan batunya daripada manikam dan ikan di dalamnya daripada emas dan perak akan air kolam itu daripada air mawar terlalu jernih serta berumbai2 di tiup angin sepoi2 kembang dan rama2 terbang makan bunga kayu dan minum air kelopak bunga tanjung dan bunga air madu dan bunga telipok berbagai warnanya maka rampak pada tebing kolam itu daripada kamakama.

Syahdan pelanduk pun berlarian setengah kesana setengah kemari maka nabi Allaha pun berjalan dari sana mengampir gunung emas itu bertatahkan permata panjuran. Maka termasa nabi Allaha melihat pelbagai2 di atas bukit emas itu sedikit daripada kasturi maka perigi pun berbanjar2 air di dalam perigi itu air mawar pasirnya daripada kapur barus tatahnya daripada ambar. Maka hampir telaga itu sebuah balai sekelian puteri maka katanya hikmat pada telaga itu airnya memancar2 naik sendirinya ke atas kerusi emas gemuruh bunyinya naik keatas balai itu seperti naga menyembur2 air itu. Maka segenap tebing balai itu perbuatannya berkisaran apabila di kisar orang keluarlah air memacar2.

Setelah sudah nabi Allaha bermain2 melihat lalu keluar dalam kota itu menuju jalan kepada suatu gunung pula itu beberapa padang yang maha luas tiada berumput. Maka oleh orang Khaibar di ambilnya rumput di bubuhnya atas padang itu akan jadi makanan kuda Arab maka berjalanlah ke atas gunung itu di lihat padang pula tiada berkesudahan rupanya. Maka berjalanlah mereka itu bertemu dengan suatu sungai besar hulunya dari atas bulat ianya terjun ke bawah gunung yang besar hampir kuala itu sebuah mahligai tinggi sekelian dengan permata dan tahta kerajaan.

Arakian maka kata A’bada Al Malik “Jalan kita ke hadapan tiadalah bertemu sungai melainkan padang semata2” di suruh bermuat air dua tiga ratus unta akan bekal. Maka berjalanlah di padang atas gunung itu telah sampailah ke hujung gunung itu maka hendak di bawa A’bada Al Malik turun dari atas gunung. Maka sabda nabi pada A’bada Al Malik “Jauhkah jalan ini” maka sembah A’bada Al Malik “Tiga hari tiga malam maka sampai ke tanah rata. Maka ada suatu jalan turun itu sehari semalam pun tiada sampai jalan itu tiada turun orang kerana banyak hantu syaitan barang kali orang lalu di lontarnya dengan batu yang besar2. Apabila malam bersuara ia seperti gajah bunyinya dan guruh kilat dan di lekatnya api segenap atas batu itu maka timpalah api itu kepada mahligai yang di belakang kita tadi jalan itupun amat jahat di bawanya”.

Maka sabda nabi Allaha “Bawalah kami kesana” maka A’bada Al Malik pun pucatlah mukanya. Adapun laskar Arab berjalan menuju jalan itu A’bada Al Malik pun daripada tiada berdaya mengalah mengikut berjalan bersama2. Telah berjumpalah rasul Allaha kepada bumi tempat syaitan yang garang itu maka syaitan itupun habis lari cerai berai tiada berketahuan membuang dirinya pada tempat yang lain daripada takut ia akan nabi Allaha itu. Maka A’bada Al Malik pun hairanlah melihat kelakuan mukjizat nabi Allaha sepanjang jalan itu di tanam oleh baginda Abas beberapa itu asma Allaha memburukan syaitan itu supaya kemudian harinya tiadalah ia dapat datang lagi kepada tempat itu.

Maka rasul Allaha pun berjalan turun daripada gunung itu terlalu amat besar semak lalang tiada orang berjalan itu. Maka oleh A’bada Al Malik di halaukannya gajah yang besar2 merubahkan kayu dan segala batang yang melintang pada jalan itu serta di suruhnya. Hataya sampailah pada tanah yang rata maka berjalan itu tanahnya ada lumpur maka segala kuda Arab pun bersakit sebab tiada biasa berjalan pada lumpur. Akan kuda orang Khaibar pantas juga ia berjalan itu di dalam padi orang bermasukkan segenap kampong yang di lalu hampir rumah orang di tanamnya tebu dan pisang dan beberapa lagi makanan yang lain pula. Maka orang kampong itupun berlari melihat orang banyak datang itu berdiri sepanjang jalan itu banyak ia bertemu dengan orang Khaibar laki2 dan perempuan membawa dagangan hendak di jualkan ke negeri di atas gunung itu.

Setelah A’bada Al Malik bertemu dengan orang itu katanya “Boleh sudah berjalan2 mengikut jalan ini daripada jalan yang lain itu” maka sukacitalah orang itu sebab jalan sudah hampir itu. Hataya sampailah pada suatu kota batu hitam maka bertanya laskar Arab kepada A’bada Al Malik katanya “Apa pula ini” maka A’bada Al Malik “Kota ini daripada dahulu kala tiada ada seorang boleh masuk kesana dan berjejak sungai itupun tiada dapat”. Maka rasul Allaha pun berjalan mengampiri kota itu di lihat nabi Allaha kepada sungai keliling kota itu di bubuhnya di atas air batu maka papan itu di bubuhnya berkali warna seperti keluar pada batu sekelian beribu2.

Maka segenap kakinya itu di masukkan pada suatu tempayan mulut tempayan itu di rapatnya dengan batu pula. Maka segenap tiangnya itu di bubuhnya rantai berkeliling batu di hunjamkan ke laut maka segala jentera patung itu sekelian bergantung di air sungai yang dalam kota itu. Apabila orang berjejak ke atas papan berkeliling kota itu maka papan batu itupun tenggelam memanahkan dan menikam serta menetakkan dengan pedangnya pada tangannya itu. Maka rasul Allaha pun berjalanlah berkeliling kota itu maka fahamlah nabi Allaha hikmat di perbuat daripada air itu juga membawa patung itu bergerak kedengaranya berbunyilah di dalam kota terlalu azmat.

Maka segala laskar Arab pun hairanlah mendengar maka nabi Allaha pun berjalan ke hulu sungai itu di lihat sungai itu datangnya daripada suatu bukit yang terjali dan tinggi. Maka suruh nabi Allaha batas supaya jangan turun air sungai itu maka dengan seketika itu juga di tutup orang Khaibar. Maka sekelian pun hairanlah seraya berkata sama sendirinya ujarnya “Hikmat apa tiada kita ketahui. Maka adakah dapat kita ke dalam kota ini lebih raja2 yang dahulu itu lagi tiada dapat istimewa pula masakan dapat sekarang ini”. Maka berkata setengah mereka itu “Siapa tahu kerja Allaha Taa’alaya kerana kulihat raja seorang ini sangat berdaulat dan banyak muslihat”.

Adapun A’bada Al Malik di lihatnya barang kelakuan nabi Allaha di suruh kerjakannya A’bada Al Malik di dalam hatinya terlalu amat hairan hendak pun di tegahnya tiada dapat kerana sudah banyak ajaib2 yang dahulu itu di lihatnya di tolong Allaha Taa’alaya akan nabi Allaha. Telah sungai itupun kering maka nabi Allaha pun hampirlah kepada kota batu itu di bacanya Asma Allaha daripada ayat Qoroana maka kota batu itupun robohlah. Maka segala orang Khaibar pun di suruh rasul Allaha masuk ke dalam kota itu maka bergeraklah jentera tali patung itu di dalam bumi maka sekeliannya pun menghalakan senjatanya kepada nabi Allaha. Daripada kemuliaan mukjizat baginda rasul Allaha tiadalah sampai senjata patung itu jika laskar lainnya nescaya tiadalah salah.

Maka segala mereka itu yang melihat hemat kelakuan patung itu semuanya lari terkejut lalu mendapatkan A’bada Al Malik di persembahkan pada rasul Allaha peri kelakuan patung itu hendak membunuh mereka yang hendak masuk ke dalam kota itu. Apabila di dengar nabi Allaha kata orang itu maka nabi Allaha dengan segala sahabat pun berjalan hampir kota itu melihat keatas kekanan kekiri suatu pun tiada apa kelihatan jentera patung itu lalu nabi Allaha menilik ke bumi dengan ketinggian mukjizat nabi Allaha kelihatanlah tali itu di dalam bumi pada suatu kolam di luar kota itu.

Maka di suruh nabi Allaha perbatal kaya hikmat kolam airnya pusarkan ke bawah kota maka uratan bumi itu di dapatnya suatu kolam. Di suruh nabi Allaha bawa air sungai ke dalam bumi itu menjadi pohon tali jentera patung itu di lihat mereka itu tertambangan pada tepi kolam itu rantai emas supaya jangan makan karat. Maka di persembahkan pada nabi Alaha di suruh putuskan mereka itulah lalu nabi Allaha dengan segala sahabat pun masuk telah berjejak mereka itu pada selapis lagi. Maka bergeraklah segala patung memalu bunyian2 terlalu azmat kelakuan patung itu ada yang berjalan ada yang menari berbagai permainan.

Maka segala laskar Arab dan laskar Khaibar pun tertawa melihat kelakuan patung itu maka nabi Allaha pun menilik ke bawah patung itu di suruh sungguhlah seperti sabda yang maha mulia. Setelah sudah melihat patung maka nabi Allaha pun berjalanlah berkeliling serata kota itu pada sama tengah jambangan daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam. Maka nabi Allaha pun naiklah dengan segala sahabat maka di buka gedung itu di lihat dalamnya berbagai perbendaharaan daripada pakaian perempuan dan alat kerajaan terlalu elok serta dengan surat. Maka di suruh nabi Allaha beri kepada Abas kerana segala bahasa surat baginda Abas yang tahu baca kerana baginda Abas itu sebab duduk dengan Hamzah johan pahlawan alam.

Maka nabi Allaha pun naiklah ke atas mahligai itu di lihat sama tengah mahligai itu suatu geta. Maka di atas geta itu ada suatu kubur di atas kubur itu ada suatu luh tergantung daripada batu putih di surat dengan dakwat merah. Berkeliling kubur itu banyak patung ada seperti perempuan memegang puan dan kendi dan kipas dan memakai kain pawai berbagai2 kelakuannya tiadalah terkenakan lagi yang indah2 setengah menangis seperti perempuan dan ada setengah meratap dan setengah menampar dadanya seperti masygul juga.

Maka nabi Allaha pun hampirlah kepada kubur itu di suruh rasul Allah abaca luh itu kepada baginda Abas demikianlah bunyi di dalam surat menyebut kalimah katanya “Nama raja itu Astajub kerajaan pada negeri Harmat akan makam ini betalah empunya dia. Maka beta perbuat makam ini sebab daripada kasih beta akan isteri beta seorang puteri anak raja di dalam laut. Maka sekali persetua beta bermain ke laut dengan segala hulubalang maka beta melihat sekuntum bunga pauh janggi di laut dengan segala bala tentera beta besar terlalu indah2 rupanya.

Maka segera beta suruh ambil beberapa orang tiada terambil maka beta turun sendiri seraya beta berkata “Jikalau sungguh beta raja berasal turun temurun berdaulat dapatlah kuambil bunga pauh ini. Jikalau tiada kuperoleh daripada hidup baiklah mati di dalam laut ini jikalau apa berhala besar dan kecil”. Setelah beta turun maka bunga itupun hampir lagi beta renangi ambil bunga itu naik ke darat kembali ke istana beta. Bunga itupun tiada pernah bercerai daripada tangan beta. Hataya ada pada suatu malam beta tidur hampir bunga itu di sisi beta.

Setelah jauh malam beta mendengar suara orang menangis seperti bangsi merdu bunyinya maka beta suruh budak pasang pendil. Telah sudah beta buka bunga itupun beta lihat suatu jemala manikam merah maka dalam jemala itu ada sekeping surat bunga pandan ada suatu cembul mutiara di larik. Maka itupun beta baca demikian bunyinya “Salam serta berapa doa daripada hamba barang siapa beruntung perhambakan anak hamba ini kanak2 jikalau salah bebalnya jangan amarah minta dahulu kerana anak hamba ini yatim tiada pernah mendengar suara orang sekali jua pun daripada sangat hamba permanjakan. Setelah datang masanya negeri hamba di serang oleh raja Naga habis segala bala tentera hamba mati maka hamba fikir tiada dapat tiada matilah hamba. Maka buah hati hamba ini hamba masukkan ke dalam bunga pauh janggi ini”.

Setelah sudah beta baca maka cembul itupun beta buka lihat ada seorang puteri terlalu elok rupanya seperti bulan purnama empat belas hari maka beta ambil akan isteri beta. Berapa lamanya lagi berkasihan2 seperti kuku dengan isi hataya maka tuan puteri hamillah hendak makan kijang kasturi maka beta pergi berburu dengan segala bala tentera beta. Maka ada seorang sahaya tebusan di jadikan menteri suruh ia menunggu istana peninggal beta pergi membunru maka bidaah celaka iapun menghendaki tuan puteri. Maka tuan puteri tiada redha akan kehendak sahaya itu maka tuan puteri pun di bunuhnya maka iapun larilah membawa dirinya.

Hai segala tuan2 yang berakal jangan sekali2 percaya akan sahaya sebagaimana sekalipun kasih kita akan dia makin bertambah rencananya. Akan kita segala rahsia kita pun di khabarkan pada seteru kita apakala leka sedikit nyawa kita yang maha mulia pun di ceraikannya. Jika sahaya itu akad di dalam sepuluh tahun umurnya tiada harus sekali2 di beri masuk ke dalam rumah anak isteri kita maka beberapa pun nescaya datang kemaluannya yang amat besar dan orang yang hina itu jikalau di permuliakan nescaya kita pun di perhinakannya. Habaya2 jika sahaya perempuan kita harap itulah menjadi malu akan kita. Tiadalah kami panjangkan khabar maka itulah bunyi suruh cari tempat hendak menanam tuan puteri maka tempat inilah kata segala hakim inilah tanah yang baik maka beta perbuat makam tuan puteri”.

Telah sudah di baca di mengapakan oleh baginda Abas demikian bunyinya “Setelah datanglah kekanda daripada berburu mendengar bunyi rebah di dalam mahligai beta naik lalu lantas kekanda mengalukan kekanda mengadap adinda beramuk2an. Maka tiada tuan tegur jika dahulu tuan mengalukan kekanda jikalau merajuk siapa memujuk kekanda lagi daripada kekanda hidup biarlah mati kekanda bersama2 tuan”. Setelah sudah di baca surat itu maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Demi tuhan seru alam sekelian. Hai berhala perbuatan yang sia2 jatuhlah engkau ke bumi” maka jatuhlah ke bumi mengancurkan dirinya tiada berkala lagi.

Maka berjalanlah nabi Allaha daripada sutau tangga maka bertemu dengan suatu pintu kuncinya daripada perak. Maka nabi Allaha sendirinya lalu naik pada pangkat mahligai itu berdinding zamrut tetapi berkunci di lihat nabi Allaha suatu bilik penuh dengan manikam merah kira2 empat puluh empat bilik berbagai2 perbuatan hikmat raja Khaibar itu. Maka nabi Allaha pun turunlah di atas mahligai itu keluar kota maka di suruh nabi Allaha ambil patung emas dan perak itu kepada laskar Arab dan Khaibar maka ambil mereka itulah dengan berbahagia dengna sukacitanya beroleh harta terlalu banyak.

Maka mahsyurlah warta itu pada segala negeri takluk pada negeri Khaibar itu raja Arab membuka kota itu dan binasakan perbuatan hikmat daripada purbakala dan Hawan guru raja Khaibar pun amat hairanlah sekelian. Syahdan maka sabda nabi Allaha kepada A’bada Al Malik kota yang binasa itu di suruhnya perbaiki supaya jangan orang masuk binasakan makam ini. Setelah sudah maka rasul Allaha pun di bawa A’bada Al Malik berjalan menuju laut air tawar maka sepanjang jalan berapa temasa barang di mana tempat yang baik2 adalah mahligai persinggahan raja Khaibar dengan orang menunggu dia. Maka kata segala sahabat nabi Allaha “Terlalu sekali bijaksana raja Khaibar itu berbuat tempat permainan tiada dapat di celakan lagi”.

Hataya berjalan itu maka datanglah ke tepi laut maka di sana pun ada suatu mahligai dengan balainya dan serta dengan orang menunggu dia. Maka nabi Allaha pun naik ke mahligai itu berhenti di adap orang banyak maka tampaklah memandang ke laut angin pun bertiup2 tampil ke mahligai itu. Maka di lihat oleh segala sahabat kepada laut itu kelihatan sayup2 sebuah mahligai di tengah laut air tawar terlalu indah2 perbuatannya. Maka hampir mahligai itu maka beratus2 perahu di hiasinya dengan emas bertatahkan ratna mutu manikam.

Maka bertanya segala orang Arab kepada A’bada Al Malik “Rumah apa pula itu” maka kata A’bada Al Malik “Itupun mahligai raja Khaibar juga tempat bermain2 makan ikan dan segala perahu itu kenaikan raja juga”. Adapun akan A’bada Al Malik sudahlah di suruhnya orang memberi tahu pada segala orang yang di pulau kecil itu di suruhnya membawa persembahan masing2 kepada kadarnya sepatutnya “Pada tatkala masa raja Khaibar demikianlah sekarangpun kehendakku kamu perlebihkan pula daripada dahulu itu kerana raja ini jamu kepada kita supaya jangan kita beroleh malu daripadanya”. Setelah sudah segala orang laut mendengar kata A’bada Al Malik itu maka sekelian mereka itu pun mengerjakan dia.

Adapun nabi Allaha berjalan itu menuju susur laut lalu masuk pula ke dalam kota itu maka bertemu sebuah taman daripada pelbagai buah buahan di tanamnya. Maka di hilirkannya sungai pula kecil2 daripada laut itu berbelit2 dari dalam taman itu terlalu indah2 maka nabi Allaha pun keluar pula dari sebelah kota itu menuju ke selatan berjalan itupun menyusur tepi sungai lalu ke tepi laut air tawar itu juga. Maka sepanjang pasir itu berbanjar2 bidai dan berbang dan berqosar maka perahu banyak datang seperti kuda di pacu rupanya larinya datang membawa persembahan berbagai2 nikmat. Hataya maka nabi Allaha pun berjalan maka kelihatanlah pula habar itu redamah2 mengawan kelihatan seperti kuda terbang rupanya.

Maka sabda nabi Allaha kepada A’bada Al Malik “Segerakanlah perahu itu supaya kita kesana” maka sembah A’bada Al Malik “Hai tuanku jikalau tuan hamba hendak kesana baik juga kita berlengkap perahu itu dengan segala alat senjata kerana pergi kita ini sahaja di perangnya oleh Hawan itu kerana ia amat banyak hikmatnya” maka sabda nabi Allaha “Jika demikian baik juga kita bersunyi2 pergi itu supaya jangan di ketahuinya”. Setelah ia mendengar sabda nabi Allaha demikian itu maka kata A’bada Al Malik dan segala raja2 yang di bawahnya dan orang yang besar2 “Jangan kiranya budi bicara nabi Allaha hendak menyerahkan dirinya kiranya ke dalam kaum seteru itu kerana sekelian kami ada lagi” maka kata segala laskar Asalama “Jangan tuan hamba sekelian berkata demikian kerana raja kami ini bukan seperti raja Khaibar dan raja yang lain. Barang sabdanya itu maka sekeliannya dengan sempurnanya tiada harus di tahan”.

Setelah sudah itu maka A’bada Al Malik pun menyuruh mengampir sebuah perahu yang kecil di ulur lagi uraikan kunang dan tali tembarangan daripada emas dan tali kelatnya daripada perak di perturutnya daripada rantai suasa dan sauhnya daripada rantai besi di tatahkan dengan emas dan perak tembarungan daripada kaca kemudinya daripada pualam demikianlah perintah perahu itu. Maka di hampirkannya perahu itu seperti hamparan daripada zamrut yang merah indah2 dan di kembangnya sebuah payung daripada mutiara di karang khalambak daripada manikam yang merah.

Maka naiklah rasul Allaha A’layaha Wa Salama ke haluan perahu itu serta dengan segala sahabat yang sepuluh pertama Abu Bakar kedua Omar ketiga Osman keempat Ali kelima A’bada Al Malik keenam Omar Maa’da Karoba ketujuh raja Ansari kedelapan Abu Hurairah kesembilan Walidah sekepuluh A’bada Al Rohamana kesebelas rasul Allaha. Maka daripada mukjizat rasul Allahaa Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama angin pun turunlah dan layar pun kembang sendirinya maka perahu pun lancanglah dan kemudi pun di suruh rasul Allaha betul kepada Omar Maa’da Karoba kerana ia telah biasa berkemudi tatkala pada zaman Amir Al Mukminin Hamzah pergi ke Serindib.

Hataya maka sekelian mereka itu yang banyak itupun tinggallah kepada pasir tebing itu laut itu maka rasul Allaha pun berlayar angin pun turunlah maka di betulkan Omar Maa’da Karoba kemudinya kepada pulau itu. Adapun akan Hawan tiada di pulau itu ia lagi bertapa kepada suatu batu di tengah laut maka seketika lagi kelihatanlah kepada nabi Allaha Hawan berdiri di tengah laut. Maka kata A’bada Al Malik “Itulah Hawan yang bertapa di tengah laut air tawar itu tiada rupanya ia di pulau itu”. Arakian maka nabi Allaha pun menyuruh membetulkan kemudi kepada Omar Maa’da Karoba menuju kepada tempat Hawan bertapa itu maka Hawan pun tahulah yang datang itu nabi Allaha.

Maka Hawan dahsyatlah ia maka katanya “Sungguhlah nabi Mahamada ini orang yang berbahagia mukanya pun kulihat seperti matahari. Tahulah aku dengan diriku tiada aku pernah melihat rupa orang yang elok dan hebatnya demikian ini” maka datanglah gentarnya pada hatinya hendak pun ia pulang ke pulau itu mendapatkan segala muridnya maka tiada sempat. Arakian maka iapun berseru2 dengan suaranya yang amat nyaring maka keluar api dari mulutnya seperti gunung besarnya seperti sampai ke udara ujarnya “Hai segala kamu hantu syaitan sakaiku segeralah kamu datang demi janjian di jerat nabi Sulaiman”.

Setelah di lihat kelakuan Hawan itu maka A’bada Al Malik pun hendak terjun maka di pegang oleh baginda Ali tangannya. Maka seketika lalu hantu syaitan yang di cita Hawan itupun datanglah berketi2 tiadalah terkatakan lagi sifat rupanya berbagai2 ada yang datang dari laut ada datang dari udara dengan suaranya. Maka penuhlah rupanya laut itu lagi ke udara dengan api dan maka A’bada Al Malik pun seperti tiada bernyawalah rasanya serta berteriak seperti budak kelaparan susu. Maka ujarnya “Sahaja kita juga hendak membunuh diri kita datang kemari ini” maka upaya hendak terjun di pegangkan oleh baginda Ali.

Setelah hampirlah hantu syaitan itu maka di lihatnya olehnya akan rasul Allaha mahkota segala nabi2 maka sekeliannya larilah berapa di panggilnya oleh Hawan tiadalah ia mahu datang. Maka Hawan pun amarah lalu di palu tongkatnya kepada air laut itu seraya ia memanggil segala naga dan ikan yang besar2 maka segala mereka itu pun datanglah maka di suruh Hawan membinasakan perahu nabi Allaha itu. Setelah di lihat oleh segala mereka itu yang di dalam laut itu akan nabi Allaha itu maka sekelian pun habis lari. Setelah di lihat Hawan halnya demikian maka iapun tahulah akan mukjizat itu.

Setelah tewaslah ilmunya maka iapun hairanlah akan dirinya maka di lihatnya perahu nabi Allaha terhampir kepadanya. Maka iapun menggosokkan kedua tangannya serta ia menguraikan sangganya serta ia membaca mentera isyarat pada ketika itu juga kelam kabut serta dengan rebut tiada berketahuan. Maka Hawan terjunlah ke dalam laut membuang menyelanak ke dalam air itu hendak pun ia kembali ke pulau itu kerana ia malu akan segala mereka itu maka iapun terapung2 di dalam laut itu.

Maka Hawan pun bertemu dengan seekor pari besar seperti sebuah pulau maka kata Hawan “Hai pari mari engkau bawa aku ke seberang sana laut Kalbuk” maka kata pari itu “Takut akan nabi Allaha”. Maka kata Hawan “Bukan aku hendak melawan dia sehingga aku hendak ke seberang sana juga” maka kata pari itu “Aku tiada larat tubuhku sakit lagipun ada kerjaku sedikit. Jikalau engkau mahu berjanji menyampaikan kehendakku mahulah aku membawa engkau” maka kata Hawan “Apa kehendak engkau itu”.

Maka sahut ibu pari “Sekali persetua aku pergi mencari makanan dengan suamiku pada laut negeri Tanjur. Maka kulihat adi itu terlalu baik parasnya maka hatiku pun berahilah akan dia daripada tiada daya upayaku maka diamlah aku. Maka daripada sangat berahiku akan anak raja itu maka suamiku pun bencilah aku akan dia maka sedia kala kupersakit hatinya. Maka aku pun cerailah daripadanya dan tubuhku pun kuruslah daripada tiada menderita berahiku itu. Akan sekarang jikalau engkau mahu menjadikan aku manusia maka mahulah aku membawa dikau” maka Hawan pun mengakulah serta berteguh teguhan janji. Maka naiklah Hawan ke atas belakang pari itu maka di bawanya ke seberang sana laut Kalbuk itu.

Setelah sampailah ia ke pantai maka Hawan naiklah ke darat maka di lintangkannya ke bumi suatu bidai permainannya maka jadilah suatu balai dengan tahta kemuliaannya dan serta dengan taman dan kolam. Maka ibu pari itupun meminta janjinya maka Hawan pun mengambil bau2an dan bunga di pujanya maka jadilah seorang perempuan terlalu amat elok parasnya. Maka di namai puteri Jambu Ratna Dilawi maka di hiasinya dengan selengkap pakaian yang keemasan. Maka di perbuatnya pula suatu kertas seperti perbuatan rupa pari maka di pujanya maka menjadi seekor pari putih maka puteri Jambu Ratna Dilawi itupun di masukkannya ke dalam pari itu.

Maka kata Hawan “Pergilah engkau barang kemana kehendak hatimu tetapi tiga tahun juga engkau jadi manusia. Sudah itu maka engkau kembali pula seperti adatmu” maka pari itupun pergilah ke negeri Tanjur. Maka di lihatnya akan anak raja itu sedang berahi bermain memukat ikan maka iapun masuklah ke dalam pukat itu. Setelah sudah di angkat oranglah pukat maka di lihat oleh raja Tanjur seekor pari putih itu “Betapa gerangan rasanya”. Maka di suruh raja belah permasakkan di hadapan baginda itu juga. Telah di belah orang maka keluarlah seorang perempuan terlalu amat elok parasnya maka raja Tanjur pun terlalu amat sukacita dalam hatinya lalu berarak pulang ke negerinya.

Maka puteri Jambu Ratna Dilawi pun di peristerikan oleh raja Tanjur maka terlalulah berkasih kasihan laki isteri dalam tiga tahun itu maka puteri Jambu Ratna Dilawi beranak dua orang perempuan. Adapun akan puteri itu sedia kala membilang hari dan bulan setelah genaplah tiga tahun maka iapun menangis akan anaknya di peluk dan ciumnya. Maka pergilah ia dengan bersunyi2 seorang dirinya ke tepi laut lalu turun ke laut menjadi pari pula inilah maka pari itu datang sekarang ini berdarah seperti darah perempuan datang bulan demikianlah halnya.

Maka tersebutlah perkataan Hawan duduk di tepi laut itu sepeninggal puteri Jambu Ratna Dilawi itu maka ia menyurat sekeping surat. Maka di suruhnya bawa kepada seekor gagak ke negeri Antaqih maka kata gagak “Hamba tiada beroleh pergi kerana hamba berdosa kepada raja enggang sebab mencuri buah kayunya persantapan raja itu. Akan sekarang hamba dengar di jalan hendak di bunuhnya”. Maka kata Hawan “Jikalau demikian marilah engkau ku sukam dengan wat ini supaya jangan di kenalnya” maka gagak itupun melompat hampir lalu di sukam oleh Hawan dengan wat inilah maka gagak sekarang ini jadi hitam maka sedang dahulu kala kelabu.

Maka pergilah gagak itu membawa surat maka iapun bertemu dengan enggang di tengah jalan maka enggang pun bertanya “Hai tuan hitam adakah bertemu dengan gagak pencuri itu” maka kata gagak “Ada hamba bertemu pada hampir negeri Bibar Mat namanya sekarang ini hamba lihat”. Maka enggang pun terbanglah mencari gagak itu serta dengan amarahnya maka gagak iapun lalulah terbang membawa surat itu. Setelah sampai kepada raja Asfahan maka di lihat raja itu seekor gagak menjatuhkan surat itu maka di ambilnya raja lalu di bacanya.

Maka demikian bunyinya dalam surat itu “Katakan nama tuhan nur yang memberi manafaat dan mudharat dan menyatakan matahari yang amat gilang gemilang cahayanya mengadakan panas dan hangat dan mengatakan berhala besar dan berhala kecil serta memuaskan rindu dendam. Kemudian daripada itu maka mengatakan ini surat daripada Hawan guru sedia yang mustajab datang kepada raja Antaqih. Bahawa hamba datang hendak bersuka ke negeri raja ini hendak hamba memuja dan bertapa di negeri ini supaya hamba membalaskan kemaluan hamba kepada orang Arab itu. Jikalau mahu raja mendapatkan hamba ikutlah jalan yang di bawa gagak itu”.

Setelah raja Antaqih mendengar kata dalam surat itu maka iapun sukacita maka segeralah ia mengimpunkan segala rakyat yang tiada tepermanai itu dan segala kelengkapan maka iapun pergilah beberapa hari berjalan. Maka sampailah kepada Hawan maka raja Antaqih melihat mustajab Hawan itu menjadikan balai dan taman. Maka kata Hawan kepada raja Antaqih “Berhentilah raja di sini dahulu supaya negeri itupun menjadi selamat” maka pada ketika itu juga raja Antaqih memulai pekerjaan memalu segala bunyi bunyian dan bersuka sukaan beberapa kerbau dan lembu dan unta di makannya.

Maka hutan padang itupun menjadi seperti negeri maka di bangunkannya berhala seperti rupa nenek moyang raja Khaibar setengah seperti rupa nenek moyang raja Antaqih. Maka di perbuatnya kereta terlalu amat besarnya maka lalu di muatkannya segala berhala itu kepada pangkat yang tinggi di atas kereta itu di hias dengan perhiasan emas dan perak yang indah2 dengan tirai kelambunya. Maka terkembanglah tanggal dan panji2 dan bunyi bunyian pun berbunyilah maka naiklah Hawan dan raja Antaqih dan orang besar2 itu ke atas kerusinya duduk kepada pangkat yang rendah daripada berhalanya. Maka duduklah makan dan minum maka kereta itupun di araklah menuju jalan ke negeri Antaqih seraya dengan tempik soraknya.

Maka tersebutlah perkataan nabi Allaha dan Abu Bakar dan Omar dan Osman dan baginda Ali dan Abu Hurairah dan Omar Maa’da Karoba dan Walidah dan A’bada Al Malik dan raja Ansari dan A’bada Al Rohamana. Setelah berhentilah ribut taufan dan kelam kabut maka di lihat nabi Allaha Hawan sudah tiadalah kepada tempatnya itu maka sabda nabi Allaha “Ketahui olehmu bahawa Hawan tiada sudah ia daripada tempat ini tiadalah mahu ia berpandang dengan kita. Jikalau demikian marilah kita tunggu pulaunya”.

Maka sembah A’bada Al Malik “Kepada bicara di perhamba akan Hawan itu sekali2 tiada ia kembali ke pulau ini kerana ia malu akan muridnya. Bahawa ia sudah bersumpah yang di perhamba dengar katanya jikalau ia tewas barang suatu permainanku barang zarah jua pun daripada segala manusia sealam di bawah langit ini jurang mukaku ini dengan kapur dan arang mangmangkan segala negeri dan dirikan di tengah medan maka panjang kerat tujuh demikianlah sumpahnya di hadapan berhalanya. Syahdan jikalau ia naik ke pulau itu nescaya di ajuk di palunya gendang perang atau gendang kesukaan akan sekarang tiadalah ia di pulau itu. Maka ia tiada bersuka sukaan dan memalu genderang perang dan rupanya pulau itupun sunyi dan tiada muridnya mengetahui akan hal ehwal gurunya. Adapun yang hamba taku hanyalah Hawan jikalau tiada ia di pulau itu hambalah melawan berperang dengan muridnya itu”.

Maka nabi Allaha pun berkenankan sembah A’bada Al Malik itu maka sabda nabi Allaha “Aku tahu atas engkaulah membinasakan berhala Hawan dan supaya Asalama kan segala mereka itu”. Maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pum kembalilah mendapatkan segala sahabatnya yang di tepi laut itu. Adapun akan segala mereka itu yang menanti di tepi laut itu setelah di lihat melingkar layar nabi Allaha pergi itu maka sekelian pun meminta doa kepada Allaha Taa’alaya akan nabi Allaha.

Setelah itu maka duduklah mereka itu menanti nabi Allaha di sana ada yang berteduh di bawah pohon kayu ada yang sembahyang ada yang mandi ada yang menjalan ada yang berlumbakan kudanya di pantai itu. Setelah di lihatnya layar nabi Allaha datang maka sekelian pun sukacitalah maka sekelian berdiri mengalu2kan nabi Allaha. Setelah hampirlah maka nabi Allaha pun memberi salam atas segala mereka itu lalu naiklah ke pantai itu bermain2 dengan segala sahabat berjalan serta berkata2 dan seraya melihat ke laut dan kepada gunung yang berbanjar2 di darat itu pula.

Maka A’bada Al Malik pun menyuruhkan lima puluh raja2 dengan segala laskarnya mendatangkan pulau Habar itu dengan beberapa ribu sembak dan pertata di halakannya. Maka katanya akan raja2 “Kamu pergi ini haraplah juga serasa dirikulah pergi” maka segala raja2 itupun berjalanlah masing2 kepada cakapnya serta berlayarlah mereka itu dan berkatalah segala raja2 itu pada segala hulubalangnya “Hai segala kamu dengan kerana Allaha dan berkat cerapak rasul Allaha kamu tempuh juga segala kafir itu”.

Setelah datanglah ke pulau itu maka sekelian mereka itupun berlompatanlah naik ke pantai pulau itu lalu di perangkannya dengan segala kafir itu muridnya Hawan tiada sangka bunyi. Seketika berperang patahlah perangnya segala muridnya Hawan ada yang alri ada yang meminta aman. Maka di suruh mereka itu membawa agama Asalama yang sebenarnya maka segala murid Hawan itu ada yang redha ada yang tiada redha maka yang redha masuk agama Asalama maka yang tiada redha itu di bunuhnya.

Maka segala rumah dan berhala pun di robohkannya dan segala isi rumah tangga Hawan itupun di suruh masuk agama Asalama. Maka seisi rumah Hawan itupun tiada mahu kerana orang itu orang yang takut di dalam agamanya maka di hukumkan oleh A’bada Al Malik dengan sepertinya. Maka segala mereka itu pun kembalilah mengadap nabi Allaha di persembahkan segala tawanan itu maka akan mereka itu pun di anugerahi nabi Allaha emas dan perak daripada berapa jenis pakaian maka mereka itu pun sukacitalah.

Sumber: Kitab Perang Khaibar
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment