Pages

Friday 16 October 2015

Rasul Allaha vs raja Handik IV

Hataya maka orang yang di suruhkah oleh baginda Ali mengimpunkan segala rakyat raja Handik itu setelah sudah berhimpun semuanya. Maka seketika lagi maka kelihatanlah suatu pasukan orang datang daripada pihak bukit Qaf penyuruh daripada raja Sarsal Qobat Syah namanya. Adapun besar panjangnya lima puluh kaza dan umurnya tiga puluh tahun ialah anak cucu nabi Allaha Isa A’layaha Al Salama datang ia hendak melihat negeri raja Handik dan lagi pula ia hendak mendapatkan baginda Ali. Setelah di lihat oleh orang yang di suruhkan baginda Ali itu maka iapun kembali berlari2 memberi tahu baginda Ali.

Maka kata baginda Ali “Mengapa maka engau lari ini” maka sembahnya orang itu “Ya tuanku ada hambamu melihat seseorang2 rupanya seperti rupa jin dan besar panjangnya pun terlalu amat sebab itulah maka hambamu kembali kepada tuanku”. Maka di dalam berkata2 itu maka pahlawan Qobat Syah pun datanglah kepada baginda Ali serta ia bertemu dengan baginda Ali. Maka kata baginda Ali itu “Hendak kemana engkau hai orang besar panjang” maka sahut pahlawan Qobat Syah itu “Adapun hamba di suruhkan oleh puteri Zalazaya dan raja Sarsal melihat negeri Handik”.

Maka baginda Ali pun bertanya kepada pahlawan itu “Apakah pekerjaan raja Sarsal itu maka ia menyuruh melihati negeri raja Handik ini.” Maka sahut pahlawan Qobat Syah “Adapun akan raja Sarsal itu lagi mengimpunkan segala rakyatnya daripada jin dan pari dan dewa dan mambang”. Maka kata baginda Ali “Ada berapa banyak pahlawan itu dan rakyatnya” maka sahut pahlawan Qobat Syah “Ada tujuh laksa pahlawan daripada jin yang memakai baju zirah dan daripada raja pari sembilan ribu dan daripada raja dewa2 banyaknya lima keti tujuh laksa dan daripada raja mambang selaksa dua ribu dan lain daripada itu tiada terhisabkan lagi banyaknya.

Adapun akan rakyat tuan puteri Zalazaya dan raja Ifrit itu tiadalah terkira2 lagi banyaknya seperti laut rupanya datangnya setengah dari bukit dan setengah dari bumi dan bumi pun seperti akan belah rupanya dan yang dari bukit Qaf itu bukit pun seperti akan tercabut demikianlah perinya ya baginda Ali. Ada seorang hulubalang raja Ifrit itu Jabal Qaf namanya dan tingginya itu seperti Dajal sekira2 awan di capainya dan ada seorang hulubalang raja Sarsal itu Turangga namanya tubuhnya seperti belang harimau dan senjatanya empat bagai yang di pegangnya. Pertama cokmar kedua panah ketiga pedang keempat tombak dan tingginya pun seratus enam puluh ban yakni seratus enam puluh depa dan lebarnya tujuh puluh jengkal semuanya itupun akan datang kemari. Ketiganya raja2 itu sudah berjanji maka ketiga raja2 itu lagi mengimpunkan segala rakyatnya belaka semuanya. Adapun akan maksud raja ketiga itu negeri ini hendak di jadikannya laut pada kira2nya”.

Maka sahut baginda Ali “Hai pahlawan siapa namamu tuan hamba” maka kata pahlawan itu “Hambalah yang bernama pahlawan Qobat Syah. Adapun akan bangsa hamba daripada manusia dan asal hamba ini anak cucu nabi Allaha Isa A’layaha Al Salama”. Maka kata baginda Ali “Hai pahlawan akan sekarang apa kehendak tuan hamba kemari” maka kata pahlawan Qobat Syah itu “Hai anakku Ali sahaja aku hendak mendapatkan anakku juga”. Maka apabila baginda Ali mendengar kata pahlawan itu maka baginda Ali pun berbangkit berdiri lalu berdakap berpeluk keduanya bertangis tangisan.

Setelah sudah maka kata Amir Al Mukminin Ali Karoma Allaha Wajahaha “Hai bapaku marilah bapaku duduk bersama2 dengan hamba” maka kata pahlawan Qobat Syah “Hai anakku Ali duduklah tuan hamba dahulu. Ada pada suatu masa akan datang barang kali raja Ifrit itu akan datang kemari ini dari sebelah maghrib datangnya dan rakyatnya pun berpasuk pasukan maka pada tatkala itulah hamba datang mendapatkan anakku kemari”. Maka kata saidina Ali “Hai bapaku ingat2 tuan hamba akan perjanjian kita dengan bapaku jangan mungkir daripada kata itu” maka sahut pahlawan Qobat Syah “Hai anakku Ana Shaa Allaha Taa’alaya jikalau lagi hayat bapa ini tiadalah hamba mengubahkan janji dengan tuan hamba”. Setelah ia berwaad itu maka pahlawan Qobat Syah pun bermohonlah kepada baginda Ali lalu ia berjalan masuk ke dalam negeri raja Handik serta berbuat suatu rumah akan membaiki negeri dan kota maka duduklah ia dalam negeri itu setelah sudah selesailah baginda Ali daripada perang itu.

Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Ifrit itu yang duduk dalam bukit Qaf itu hampirlah ia akan datang maka ada seorang daripada jin Asalama maka datang ia mendapatkan baginda Ali. Maka tatkala itu baginda Ali pun sedang lagi membaca Qoroana maka iapun datang lalu memberi salam kepada baginda Ali maka segeralah di sahuti baginda Ali salam jin itu. Maka kata baginda Ali “Hai saudaraku dari mana engkau datang ini dan apa kehendakmu” maka kata jin itu “Adapun hamba ini daripada kaum hulubalang Qobat Syah juga. Adapun hamba datang ini di suruhkan oleh Qobat Syah kepada tuan hamba mengatakan halnya raja Ifrit itu akan datang hendak membinasakan Makah dan Madinah dan ingat2lah tuan hamba akan pekerjaan itu”.

Setelah sudah jin itu berkata2 dengan baginda Ali maka iapun bermohonlah ia kepada baginda Ali lalu kembali ke bukit Qaf kepada raja Ifrit. Maka di persembahkannya kepada raja Ifrit itu dengan kata yang keji2 itu daripada baginda Ali di sampaikannya kepada raja Ifrit oleh jin itu. Setelah di dengarnya oleh raja Ifrit kata jin itu maka titah raja Ifrit “Tangkap jin ini” maka segala raja2 dan hulubalang itu sekelian pun pergi mengepung jin Asalama itu maka lalu ia mengunus pedangnya. Maka lalu di parangkannya kepada rakyat raja Ifrit kekiri dan kekanan maka terlalu amat banyak matinya rakyat raja Ifrit itu.

Maka hari pun malamlah maka jin itupun larilah ia kembali ke negerinya lalu ia mengadap pahlawan Qobat Syah maka jin itupun berdatang sembah demikian katanya “Ya tuanku adapun akan raja Ifrit itu ia hendak membinasakan Makah dan Madinah”. Maka jin kedua itu pun berceterakan hal ehwalnya hendak di tangkap oleh raja Ifrit itu akan dia semuanya di persembahkannya pada pahlawan Qobat Syah itu. Maka kata pahlawan Qobat Syah “Pergilah tuan hamba kembali kepada negeri tuan hamba himpunkan segala rakyat kita” maka jin itupun menyembah pahlawan Qobat Syah lalu ia mengimpunkan segala rakyatnya.

Hataya maka kembalilah pada ceritera raja Ifrit itu tatkala hari pun sianglah maka raja Ifrit melihat segala hulubalangnya dan rakyatnya yang mati terlalu banyak kerana ia perang sama sendirinya. Maka di periksanya adapun akan matinya rakyat raja Ifrit itu tatkala perang kepada malam itu kira2 ada tujuh laksa enam ribu tiga ratus kerana itulah maka raja Ifrit terlalu sangat amarahnya. Maka baginda pun menyuruhkan tujuh orang pahlawan mengimpunkan segala raja2 dan segala hulubalang rakyat sekelian. Setelah sudah berhimpun segala raja2 dan hulubalang rakyat sekelian itu maka di perjamu oleh baginda makan minum bersuka2an tujuh hari tujuh malam.

Setelah sudah itu maka raja Ifrit pun memberi persalin pula akan segala anak raja2 dan hulubalang rakyat sekelian. Setelah sudah memberi kurnia demikian itu maka raja Ifrit pun berangkat masuk ke istananya maka segala raja2 dan hulubalang rakyat sekelian pun kembalilah masing2 pulang ke rumahnya. Syahdan maka raja Ifrit pun menyuruhkan seorang hulubalangnya memanggil anakanda baginda Kershu Syah Pari namanya. Adapun akan besar panjang Kershu Syah Pari itu sembilan puluh kaza tingginya dan lebar dadanya lima puluh jengkal. Syahdan beberapa tipu daya upaya raja Ifrit hendak membunuh dia Kershu Syah Pari itu tiada juga terbunuh.

Hataya maka hulubalang yang di suruhkan raja Ifrit itupun sampailah kepada Kershu Syah Pari itu maka sembah hulubalang itu “Ya tuanku di persilakan oleh paduka ayahanda” maka Kershu Syah Pari pun segeralah ia turun berjalan mengadap ayahanda baginda itu. Setelah ia sampai kepada ayahanda baginda itu maka Kershu Syah Pari pun sujud serta ia berdatang sembah “Ya tuanku apa pekerjaan patik di panggil syah alam” maka titah raja Ifrit kepada anakanda baginda itu “Hai anakku adapun sebab aku menyuruh memanggil anakku ini kerana engkau hendak kusuruhkan pergi berperang dengan pahlawan Qobat Syah”.

Maka sembah Kershu Syah Pari “Ya tuanku syah alam jikalau patik di beri hulubalang dan rakyat sekelian maka patik mahu pergi berperang dengan Qobat Syah itu” maka titah ayahanda baginda “Semuanya pun kuserahkan bersama2 dengan anakku juga”. Maka sembah Kershu Syah Pari “Ya tuanku bilamana patik akan pergi di titahkan duli syah alam itu” maka titah raja Ifrit “Esok harilah anakku kusuruh pergi”. Maka kepada hari itu juga segala rakyat di suruhkan baginda berjalan dahulu menuju negeri pahlawan Qobat Syah maka sekelian raja2 dan hulubalang juga kepada malam itu makan dan minum bersuka2an sampai siang.

Setelah keesokkan harinya maka raja Ifrit pun mengeluarkan segala pakaian akan anakanda baginda serba keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam dan berumbaikan mutiara. Maka baginda sendiri mengenakan pakaian itu kepada tubuh anakanda baginda Kershu Syah Pari. Setelah sudah memakai maka iapun berdatang sembah sembahnya “Ya tuanku syah alam patik pohonkan pedang pemberi raja dewa Indera Dewa itu” maka sahut baginda “Hai anakku tiada kuberikan pedang itu kerana pedang itu hanya sebilah itulah yang aku harap. Jikalau anakku hendakkan pedang yang lain pilihlah olehmu dalam pedang yang berlaksa2 itu” maka Kershu Syah Pari pun berdiam dirinya suatu pun tiada katanya.

Maka iapun menyembah kepada ayahanda baginda lalu ia keluar berjalan menuju jalan benua Makah dengan seorang dirinya. Maka kata raja Ifrit “Gusar gerangan anakku maka ia pergi saja” maka raja Ifrit pun turun berjalan hendak mendapatkan anakanda baginda itu. Maka Kershu Syah Pari segera ia berjalan masuk ke dalam hutan rimba maka titah raja Ifrit pada segala raja2 dan hulubalang “Himpunkan olehmu segala rakyat dan bala tentera kita seorang pun jangan bertinggalan yang di dalam hutan dan dalam laut dan yang di dalam bumi dan yang di udara sekeliannya itu bawa belaka”.

Setelah sudah berhimpun sekeliannya itu maka raja Ifrit pun berjalanlah. Setelah di lihat oleh segala jin dan dewa pari dan mambang rajanya sudah berjalan itu maka sekeliannya pun berjalanlah dari belakang mengikut raja Ifrit itu menuju negeri pahlawa Qobat Syah. Adapun berjalan itu semuanya di darat maka kata sekelian raja2 itu sama sendirinya “Hai saudaraku kemana gerangan perginya Kershu Syah Pari itu maka tiada bertemu dengan kita sekelian ini” maka berjalanlah segala raja2 itu. Maka bertemulah ia dengan Kershu Syah Pari maka raja Ifrit pun bertanya kepada anakanda baginda itu katanya “Hai anakku hendak kemana engkau pergi ini” maka sahut Kershu Syah Pari itu “Aku hendak mendapatkan penghuluku Mahamada Rosawala Allaha A’layaha Wa Salama”.

Setelah di dengar oleh raja Ifrit kata anakanda baginda demikian itu maka raja Ifrit pun terlalu amat amarahnya. Maka kata raja Ifrit “Hai bedebah celaka hendak berpaling agama engkau daripada agama yang baik” maka raja Ifrit pun memberi titah kepada segala raja2 dan hulubalang rakyat sekelian “Hai segala kamu sekelian tangkaplah si celaka itu dan jikalau tiada boleh kamu sekelian menangkap maka bunuh olehmu si celaka itu” maka sekeliannya pun pergilah mengepung Kershu Syah Pari itu. Setelah di lihatnya oleh Kershu Syah orang banyak datang mengepung dia itu maka oleh Kershu Syah Pari di bantunnya sepohon kayu maka di palukannya kepada orang yang banyak itu.

Maka ada yang kena kepalanya habis pecah berhamburan otaknya dan ada yang kena kepada pinggangnya habis patah2 dan ada yang rata dengan bumi dan ada yang mati dan ada yang luka maka sekeliannya habis lari pecah belah tiada berketahuan perginya. Setelah di lihat oleh raja Ifrit rakyatnya habis lari itu maka baginda pun terlalu sangat amarahnya seperti ular berbelit2 lakunya maka di suruhkannya bunuh sekali pada segala raja2 dan hulubalang rakyat sekelian itu akan anakanda baginda itu. Setelah di lihat oleh Kershu Syah Pari orang makin banyak datang mengepung dia itu maka di bantunnya pula sepohon kayu lagi yang amat besar maka lalu di palukannya kepada rakyat raja Ifrit yang banyak itu maka matinya pun terlalu banyak ada kira2 empat laksa enam ribu.

Hataya dengan demikian maka tiadalah terbunuh lagi oleh raja Ifrit maka raja Ifrit pun berjalanlah menuju negeri raja Handik. Maka sampailah pada suatu perhentian maka baginda pun berkirim surat pada raja Mandhor Syah dan kepada tuan puteri Zalazaya maka hulubalang yang di suruhkan itupun segeralah ia berjalan kepada raja kedua buah negeri itu. Setelah sampai kepada raja kedua itu maka di persembahkannya oleh hulubalang itu surat daripada raja Ifrit kepada Mandhor Syah dan kepada tuan puteri itu maka di sambutnya surat itu serta di bacanya surat itu.

Hataya maka di ceriterakan orang yang empunya ceritera ini adapun akan raja Ifrit itu terlalu banyak ia berkirim surat keapda segala raja2 jin dan raja2 dewa dan raja pari2 dan mambang. Setelah utusan itu sampai kepada segala raja2 itu maka segala raja2 itupun semuanya mengimpunkan segala rakyatnya dan hulubalangnya. Setelah sudah berhimpun maka sekeliannya pun berjalanlah kerana ia hendak bangat bertemu dengan raja keduanya itu. Adapun segala raja2 itu berjalan seperti guruh bahananya daripada kebanyakan rakyat berjalan itu dan jikalau ia berhenti di padang2 pun menjadi kelamburan dan jikalau ia berhenti di hutan2 pun menjadi padang daripada kebanyakan rakyat berjalan itu.

Hataya maka terdengarlah kepada pahlawan Qobat Syah akan raja Ifrit itu hendak mendatangi negeri Makah pahlawan Qobat Syah itu. Maka pahlawan Qobat Syah pun mengimpunkan segala rakyat jin Asalama ada kira2 semuanya empat keti sembilan laksa banyaknya dan tiadalah sempat pahlawan Qobat Syah itu menanti segala rakyatnya yang lagi akan datang kerana ia hendak bangat pergi. Setelah sudah berkampung rakyat itu maka pahlawan Qobat Syah pun berjalanlah ia dari sebelah maghrib itu menuju negeri raja Handik.

Setelah pahlawan Qobat Syah sampai ke padang Hunain itu maka di dapatinya Kershu Syah Pari sudah berperang dengan rakyat bapanya raja Ifrit. Maka pahlawan Qobat Syah masuk peranglah ia dengan segala laskarnya di padang Hunain itu bersama2 dengan Kershu Syah Pari itu maka tempik segala pahlawan jin dan pari dewa mambang itupun seperti guruh bunyinya maka kilat segala senjata pahlawan dan hulubalang pun sabung menyabung dan langit pun seperti akan bergoncang dan bumi pun seperti akan hancur rupanya dan terang cuaca menjadi kelam kabut daripada sebab kebanyakan lebu kaki manusia dan jin dewa pari dan mambang dan gajah kuda harimau unta badak akan segala kenaikan makhluk itu.

Syahdan maka firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Hai Jibril pergilah engkau kepada hambaku baginda Ali itu. Hendaklah Ali itu pergi membantu Kershu Syah Pari yang hendak di bunuh oleh bapanya itu” maka Jibril A’layaha Al Salama pun turun dari langit mendapatkan baginda Ali. Setelah sampai kepada baginda Ali maka Jibril pun memberi salam kepada baginda Ali maka segera di sahuti oleh baginda Ali salam Jibril itu. Maka kata baginda Ali “Hai saudaraku Jibril apa pekerjaan tuan hamba datang kepada hamba ini” maka kata Jibril A’layaha Al Salama “Adapun datang hamba ini dengan firman Allaha Taa’alaya kepada tuan hamba mengatakan anak raja Ifrit itu hendak di bunuh oleh bapanya sebab ia hendak berpenghulukan Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.

Setelah baginda Ali mendengar kata Jibril demikian itu maka Amir Al Mukminin Ali pun naiklah ke atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut maka lalu di kertakkan baginda keluar kota. Maka pedang baginda yang bernama Dza Al Faqoro pun di persandangnya maka baginda Ali pun memandang kesebelah maghrib suatu pun tiada kelihatan kepada mata baginda Ali hanyalah bunyi tempik dan sorak juga yang kedengaran kepada baginda Ali oleh kerana segala jin itulah maka tiada kelihatan kepada mata baginda Ali.

Maka baginda mengenakan kopiah daripada nabi Allaha Ishak A’layaha Al Salama itu maka kelihatanlah rakyat jin berpasuk2an rupanya dan datang itu seperti ombak laut Qalzum demikianlah rupanya. Maka baginda Ali pun mengunus pedangnya yang bernama Dza Al Faqoro itu maka Dza Al Faqoro pun memanjangkan dirinya saujana mata menentang jauhnya. Maka lalu di parangkannya oleh baginda Ali kekanan dan kekiri kehadapan dan kebelakang kira2 dari pagi2 hari datang kepada waktu Asar.

Maka di lihatnya oleh rakyat jin itu baginda Ali seperti harimau lakunya masuk kawan kambing demikianlah rupanya. Maka Kershu Syah Pari pun mengambil suatu kayu besar daripada tongkat nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama maka iapun minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya seraya ia bertempik lalu di palukannya oleh Kershu Syah Pari itu kepada segala rakyat bapanya raja Ifrit itu. Maka banyaklah matinya rakyat itu dan bangkai pun bertambun2 seperti bukit dan darah pun mengalir seperti sungai maka berhanyutanlah bangkai di dalam darah itu.

Setelah di lihatnya oleh rakyat jin itu hal yang demikian itu maka sekeliannya pun larilah cerai berai tiada berketahuan lagi perginya. Maka titah raja Ifrit “Mengapa maka engkau lari itu” maka sembah segala rakyat itu “Ya tuanku syah alam pada bicara patik hanya paduka anakanda seorang juga. Adapun akan sekarang sudah dua orang pula. Adapun yang seorang itu lagi muda lakunya seperti harimau yang buas demikianlah rupanya maka tiadalah kami sekelian dapat menentang matanya dan melawan dia itu” maka raja Ifrit pun terlalu sangat amarah seperti ular berbelit2 rupanya.

Kemudian daripada itu maka baginda Ali pun bertemu dengan Kershu Syah Pari maka kata baginda Ali “Hai saudaraku marilah kita kepada khemah hamba dahulu”. Maka kata Kershu Syah Pari “Ya Amir Al Mukminin Ali malulah hamba kembali kepada khemah tuan hamba tetapi ajarlah hamba kalimah shahadat dahulu supaya hamba mengikut jalan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka di ajar oleh baginda Ali Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha.

Setelah sudah ia membawa iman dengan tasdiqnya akan anak raja Ifrit itu maka di dakap dan di peluk oleh saidina Ali Rodhoya Allaha A’naha. Maka kata baginda Ali “Hai saudaraku pergilah tuan hamba dahulu kepada khemah hamba kerana hamba lagi hendak berperang juga kerana rakyat raja Ifrit itu terlalu banyak hamba lihat dan jikalau perang ini kita perhentikan nescaya alahlah kita olehnya. Jikalau seribu tahun sekalipun tiadalah ia alah”. Maka kata Kershu Syah Pari “Hai saudaraku baginda Ali kembalilah tuan hamba dahulu kerana hamba hendak berperang dengan raja Sarsal itu. Jikalau hamba mati pun redhalah hamba dan hukum Allaha Taa’alaya namanya kerana hamba bukan baharu ini hamba berperang kepada padang ini. Adapun akan hamba berperang ini sudah lama dari bukit Qaf juga sampai ke padang Hunain ini”.

Maka dalam berkata2itu maka datang pula suatu pasukan dari sebelah maghrib maka duli pun berbangkit ke udara siang cuaca menjadi kelam kabut. Maka baginda Ali pun tahulah akan yang datang itu jin Asalama pahlawa Qobat Syah dengan segala hulubalangnya dan rakyatnya sekelian. Maka baginda Ali pun berdirilah kepada tempat berperang itu dengan Kershu Syah Pari. Maka Kershu Syah Pari pun bermohonlah kepada baginda Ali maka iapun masuk peranglah membunuh rakyat ayahanda baginda itu.

Maka segala rakyat yang banyak itupun tiada menderita habislah pecah perangnya oleh Kershu Syah Pari. Maka bangkai pun bertambun2 seperti bukit dan darah pun seperti air turun dari bukit Qaf demikianlah rupanya. Maka Kershu Syah Pari pun tiadalah ia khabar akan dirinya lagi tatkala perang itu. Hataya maka pahlawan Qobat Syah pun datang serta bertemu dengan baginda Ali lalu ia berdakap dan berpeluk kepada tempat berperang itu. Maka oleh baginda Ali di hormatinya dan di perbaikinya hatinya pahlawan Qobat Syah itu.

Maka apabila di lihatnya oleh pahlawan Qobat Syah itu Kershu Syah Pari berperang itu maka iapun bermohon kepada baginda Ali lalu ia masuk peranglah menyerbukan dirinya kepada rakyat raja Ifrit itu bersama2 dengan Kershu Syah Pari membunuh segala rakyat jin kafir itu. Maka apabila di lihatnya oleh segala pahlawan jin Asalama itu penghulunya sudah menyerbukan dirinya maka sekelian pahlawan jin Asalama dengan segala rakyatnya pun masuk peranglah semuanya maka jadi campur baurlah rakyat jin Asalama itu dengan rakyat jin kafir itu.

Hataya maka saidina Ali pun kembalilah kepada tempatnya yang dahulu itu maka baginda pun berdiri2 sambil melihat termasa orang berperang itu sehingga baginda Ali minta doa juga kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya akan segala Asalama itu juga. Hendak pun baginda Ali masuk perang kerana bercampur baurlah rakyat jin Asalama dengan rakyat jin kafir itu maka matinya segala rakyat jin kafir itu tiadalah terhisabkan lagi.

Hataya maka raja Ifrit pun terlalu sangat amarahnya seperti ular berbelit2 melihat segala rakyatnya tewas perangnya oleh Kershu Syah Pari dengan pahlawan Qobat Syah itu. Maka raja Ifrit mengertakkan kudanya ke tengah medan serta ia mengunus pedangnya maka lalu di serbukannya dirinya kepada rakyat pahlawan Qobat Syah yang tiada tepermanai banyaknya itu dengan segala raja2nya dan hulubalangnya sekelian. Maka terlalulah amat besar perang itu tetak menetak dan tikam menikam dan yang mengamuk di amuk orang pula dan yang memarang di parang orang pula.

Gegak gempita tiada di sangka bunyinya lagi tempik segala hulubalang dan pahlawan juga yang kedengaran dan bunyi suara gajah dan kuda dan harimau juga yang kedengaran dan jikalau guruh di langit pun tiada kedengaran bunyinya dan kilat di langit pun terkuranglah cahayanya daripada kebanyakan kilat senjata segala hulubalang dan pahlawan itu siang cuaca menjadi kelam kabut. Adapun akan raja Ifrit itu membunuh rakyat jin Asalama tiadalah berhenti lagi seperti ia menetak mentimun demikianlah rupanya. Maka perang itupun tiadalah ketahuan lagi malam siang dan tiada sangka bunyi lagi seperti Dajal turun ke dunia ini demikianlah rupanya dan seperti Gholabah memerintahkan Kaabah Allaha maka dunia pun haru birulah.

Hataya maka raja Sarsal pun menyuruhkan orangnya memanggil hulubalangnya yang bernama Turangga itu. Hataya maka raja Sarsal pun masuk peranglah dengan segala raja2 yang di bawahnya serta dengan segala rakyatnya sekelian maka bumi pun seperti akan belah dan langit pun seperti akan runtuh rupanya. Adapun bukit Akir itu jauhnya daripada padang Hunain itu dua belas tahun perjalanan maka orang yang berjalan tiadalah berhenti lagi rakyat raja Sarsal berjalan itu. Maka kedengaranlah kepada Jabal Qaf raja Sarsal berperang itu maka iapun memakai senjatanya empat bagai maka iapun memakai zirah lalu berjalan menuju ke padang Hunain itu.

Setelah di lihatnya oleh Jabal Qaf orang berperang itu maka iapun masuk peranglah ia dengan panjang besarnya iapun terlalu amat. Maka penyuruh daripada raja Sarsal itupun sampailah kepada Turangga maka Turangga pun keluarlah ia daripada dalam laut dan tempatnya dalam batu hitam. Maka di pakainya senjatanya empat bagai pertama pedang kedua panah ketiga cokmar keempat tombak dan perisai maka iapun terbanglah menuju padang Hunain. Adapun padang itu jauhnya kira2 dua belas tahun perjalanan daripada tempatnya itu dengan sehari juga ia sampai.

Setelah di lihatnya oleh Turangga orang berperang itu maka Turangga pun masuk peranglah ia dengan seketika itu juga ia masuk perang. Maka pecahlah perang jin Asalama itu habis lari cerai berai tiada berketahuan lagi perginya. Syahdan hanya yang tinggal lag pahlawan Qobat Syah dengan Kershu Syah Pari juga yang berdiri di tengah medan itu. Kershu Syah Pari berlawan dengan Turangga dan pahlawan Qobat Syah berlawan dengan jin Jabal Qaf maka di tangkapnya di pegang pahlawan Qobat Syah. Maka di lontarkannya ke laut Qalzum maka firman Allaha Taa’alaya menyuruhkan malaikat membalikkan pahlawan Qobat Syah.

Maka tiadalah boleh jauh lagi daripada jin Jabal Qaf dan beberapa di lontarkannya maka tiada juga ia jauh di sisinya Jabal Qaf. Maka Jabal Qaf pun terlalu marah maka di hunusnya pedangnya serta di parangkannya kepada pahlawan Qobat Syah maka oleh pahlawan Qobat Syah di tangkiskannya. Maka di tangkapnya pedang Jabal Qaf itu lalu di patah patahkannya pedang itu. Adapun pahlawan Qobat Syah kepada masa itu terlalu sangat gagahnya kerana malaikat ada sertanya berperang. Kemudian dari itu maka baginda Ali pun datanglah gembiranya maka baginda Ali pun menyebut nama Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya.

Kemudian daripada itu maka ia memuji2 dirinya raja segala laki2 dalam dunia dan di dalam akhirat serta ia melompat ke udara antara langit dan bumi. Maka ia bertempik tiga kali berturut2 bunyinya bertempik itu seperti langit akan runtuh dan bumi pun seperti akan belah. Maka segala malaikat yang menanggung bumi itupun tiada akan tertanggung lagi maka di tahani Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dengan kudratnya maka tetaplah bumi itu. Maka tempik baginda Ali itupun di sampaikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya ke bawah Arash Allaha maka terlalulah banyak rakyat raja Sarsal mati itu kira2 tujuh laksa delapan ribu yang mati itu.

Maka saidina Ali pun melepaskan kekang kudanya serta di hunusnya pedangnya lalu baginda menyerbukan dirinya pada segala rakyat raja Sarsal itu yang tiada tepermanai lagi banyaknya. Adapun akan tuan puteri Zalazaya itupun larilah ia ke bukit Qaf seorang pun tiada bertinggalan lagi melainkan Turangga dengan Jabal Qaf dan daripada sebelah kaum Asalama itu melainkan pahlawan Qobat Syah dengan Kershu Syah Pari itu juga yang lagi terdiri di tengah medan peperangan itu dengan Amir Al Mukminin Ali Rodhoya Allaha A’naha yang tiada bergerak daripada tempatnya.

Maka saidina Ali itu pada hati baginda itu hendak mengikut segala jin itu ke bukit Qaf maka fikir baginda Ali “Jikalau ada lagi raja yang tiga ini nescaya haru haralah dunia ini olehnya dan binasalah segala agama Asalama itu”. Setelah sudah fikir baginda demikian itu maka baginda Ali pun memandang kekiri maka terpandang kepada muka Jabal Qaf maka baginda pun memandang pula ke kanan. Maka terpandang kepada muka Turangga maka baginda Ali pun tercengang melihat kedua itu maka baginda Ali pun fikir dalam hatinya “Seumurku hidup dalam dunia ini tiada pernah aku melihat rupa yang demikian itu”. Maka ia berkata seorang2nya “Yaa Robaya Yaa Sayadaya ya tuhanku jinkah ini atau hantukah ini atai manusiakah ini”.

Setelah sudah baginda Ali fikir demikian itu maka Jabal Qaf hendak mengampiri baginda Ali maka di lihat oleh pahlawan Qobat Syah pun segera memanggil Kershu Syah Pari. Maka Kershu Syah Pari pun segeralah ia datang maka kata pahlawan Qobat Syah “Hai saudaraku kita persudahkanlah pekerjaan kita itu”. Maka di lihat oleh Jabal Qaf Kershu Syah Pari dengan pahlawan Qobat Syah datang hendak membunuh dia itu maka kata Jabal Qaf dengan Turangga itu katanya “Hendak kemanakah tuanku ini” maka sahut Kershu Syah Pari “Hai kafir kena laknat Allaha apa pula kau tanyakan”.

Setelah di dengarnya kata Kershu Syah Pari itu maka Jabal Qaf pun segera mengunus pedangnya hendak membunuh Kershu Syah Pari. Maka oleh Kershu Syah Pari segera di pintasnya maka di parangnya kena kepalanya belah dua. Maka pedang Jabal Qaf pun gugur dari tangannya maka oleh Kershu Syah Pari hendak di perangnya sekali lagi maka pahlawan Qobat Syah Pari katanya “Hai saudaraku jangan tuan hamba memarang genap dua kali”. Maka Kershu Syah Peri pun berhentilah serta di sarungkannya pedangnya itu maka Jabal Qaf pun mengempaskan dirinya lalu mati.

Setelah itu maka Kershu Syah Pari dengan pahlawan Qobat Syah pun memandang ke sebelah maghrib maka iapun terpandang kepada muka baginda Ali gilang gemilang memancar2 cahayanya. Maka baginda Ali pun tatkala itu sudah membunuh Turangga maka Kershu Syah Pari dan pahlawan Qobat Syah keduanya pun pergi mendapatkan baginda Ali. Setelah ia datang keduanya maka kata Kershu Syah Pari “Hai tuan hamba marilah kita kembali dahulu” maka sahut baginda Ali “Hai saudaraku kembalilah tuan hamba dahulu dengan bapa hamba pahlawan Qobat Syah kerana hamba hendak mengikut raja Sarsal dan puteri Zalazaya dan raja Ifrit itu dan jikalau ada ia lagi di dalam dunia ini tiada akan baik nescaya di binasakannyalah agama Asalama itu hai saudaraku”.

Maka baginda Ali pun bersumpah “Demi tuhan Kaabah Allaha jikalau belum aku membunuh raja yang ketiga itu belum lagi hamba kembali ke Makah dan ke Madinah dan jikalau hamba mati pun redhalah hukum Allaha atas hambanya hai saudaraku”. Setelah sudah baginda Ali berkata2 demikian itu maka baginda pun bermohonlah kepada raja kedua itu maka saidina Ali pun berjalanlah seorang dirinya menuju jalan ke bukit Qaf. Maka raja kedua itupun mengikut berjalan perlahan2 dari belakang baginda Ali dengan segala bala tenteranya sekelian. Adapun tatkala raja Ifrit lari ke bukit Qaf itu maka sepanjang jalan baginda itupun mengimpunkan segala rakyatnya sekelian kerana kasad raja Ifrit itu hendak melawan baginda Ali perang juga.

Sumber: Kitab raja Handik
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment