Pages

Monday 19 October 2015

Mencintai sang Rasul

"Agama islam ini adalah untuk Nabi Muhammad ﷺ dan umat nabi muhammad sahaja, manakala agama sebelum Nabi Muhammad ﷺ ialah agama hanif. Dan agama hanif ialah satu agama yang cenderung kepada agama nabi akhir zaman. Yakni agama islam agama yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Imam Suyuti rah. menceritakan satu kisah. Dimana dizaman Nabi Musa عليه السلام ada seorang wali Allah سبحانه وتعالى yang telah meninggal dunia. Dan mayatnya dicampak ke dalam tempat longgokan sampah. Lalu, turun perintah Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Musa عليه السلام untuk menguruskan jenazah wali Allah itu."

"Diatas perintah Allah سبحانه وتعالى, maka Nabi Musa عليه السلام bergegas ke tempat jenazah yang dicampakkan orang ramai tadi. Orang ramai mengatakan kepada Nabi Musa; "Wahai Nabi Allah, Arwah adalah pemaksiat. Dia berbuat maksiat kepada Allah selama dua ratus tahun."

"Nabi Musa عليه السلام boleh bercakap direct dengan Allah. Kemudian, Nabi Musa  عليه السلام bertanya kepada Allah سبحانه وتعالى; "Ya Allah, Apa betulkah ini wali-Mu? sedangkan dia berbuat maksiat selama dua ratus tahun kepada-Mu."

"Allah سبحانه وتعالى menjawab; "Wahai Musa, dialah wali-Ku. Memang benar dia berbuat maksiat kepada-Ku. Akan tetapi, didalam rumahnya ada banyak kitab taurat. Dan didalam kitab taurat itu ada banyak tertera nama Muhammad dan nama Ahmad. Dia mencintai nama tersebut."

"Kerana cintanya kepada Kekasih-Ku Muhammad, setiap kali dia membaca kitab. Dia terjumpa nama Muhammad, lalu dia  mengucup nama kekasih-Ku itu. Dan dia meletakkan diantara kedua-dua bulu keningnya kerana kerinduannya. Maka asbab kecintaannya kepada Nabi-Ku, Aku maafkan segala salah silapnya, dan aku ampunkan segala dosa-dosanya. Subhanallah."

"Mencintai Nabi kita Muhammad ﷺ adalah kesempurnaan iman. Dan tiada makhluk yang lebih dicintai oleh Allah Ta'ala melainkan Nabi Muhammad ﷺ. Kemudian kitab-kitab agama Al-Quran, syariah, adab, cinta kepada akhlak Rasulullah ﷺ,cinta kepada Para Sahabat Rasulullah ﷺ, cinta kepada Ahlul Bait ahli keluarga Rasulullah ﷺ, cinta kepada masjid dan sebagainya kerana semuanya ada kaitan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ."

"Cinta kepada Rasulullah ﷺ akan membawa cinta kepada Allah kerana ianya berkait rapat antara satu sama lain. Tidak boleh dipisahkan. Apa sahaja yang berkaitan dengan Rasulullah ﷺ baik itu akhlak, peribadi, kelahiran Rasulullah ﷺ kerana kelahiran Rasuluah ﷺ adalah yang membawa rahmat kepada sekalian alam."

"Seperti firman Allah سبحانه وتعالى didalam Al-Quran. Katakanlah; “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku Rasulullah ﷺ nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani."

"Nabi Muhammad ﷺ mengatakan; "Tidak sempurna iman kamu jika aku tidak dicintaimu melebihi ibu bapa kamu, anak-anak kamu dan seluruh manusia." Didalam hadith yang lain "Tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi dan mencintai diri kamu sendiri."

"Dalam hadith yang lain; "Tiga perkara yang perlu berada di dalam diri kamu maka kamu akan merasakan kelazatan iman. Yang pertama cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cinta kamu kepada segala-galanya. Kedua, kamu cinta kepada agama Islam dan kamu benci kembali kepada kekufuran."

"Dan yang ketiga adalah kamu cinta kepada saudara kamu dan kamu tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Barulah datangnya ikhlas. Sabda Rasulullah ﷺ "Seseorang itu akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan orang yang mereka cintai."

"Jika ianya belum ada maka seseorang itu perlu duduk di dalam sesuatu majlis yang boleh menyuburkan cintanya kepada Allah dan Rasulullah. Taman-taman syurga. Cari apa sahaja ilmu, cari apa sahaja wasilah, perantaraan untuk dapat menaikan dan meningkatkan rasa cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ. Kerana itulah salah satu cara untuk mendapatkan hakikat ikhlas."

"Kerana cinta itu jika ianya kerana Allah maka ianya akan meletakkan di dalam dirinya apa sahaja yang ditetapkan oleh syariat. Orang yang melakukan amalan yang ditetapkan syariat itu dengan suruhan yakni perintah dia merasakan paksaan dalam dirinya. Beza orang yang melakukan amalan dengan suruhan dengan orang melakukan amalan dengan cinta. Ini ikhlas."

"Hakikat ikhlas itu adalah dengan cinta. Semoga yang dipenuhi di dalam hati kita adalah cinta kepada Rasulullah ﷺ, cinta kepada Para Sahabat Rasulullah Rasulullah ﷺ,cinta kepada Ahlu Bait Rasulullah Rasulullah ﷺ,cinta kepada Para Auliya Allah, cinta kepada Para Ulama, cinta kepada Para Solihin."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

1 comment:

  1. Assalamuailaikum saudara,sebenarnya Agama Yahudi dan Kristian bukanlah berkaitan dengan Agama Islam menurut sejarah.Menurut sejarah Agama Hindu,Agama Islam telah dianggap Penyempurna Agama mereka dan terbaru di India ketua sami Hindu menyarankan umatnya kepada Islam sebagai penyempurna agama mereka.Ini kerana menurut kajian tentang ritual keagamaan yg sama dll.Juga ditekankan oleh Ketua sami Hindu adalah betapa rapatnya konsep Dewa bulan dan Allah SWT Islam.Manakala nubuat kedatangan Nabi Muhammad pula telah dinubuat di dalam Kitab Hindu.BERITAKAN TENTANG INI KEPADA SAUDARA HINDU KITA,JIKA SAUDARA SEORANG MUSLIM.Terima Kasih.

    ReplyDelete