Pages

Sunday 18 October 2015

Kasih Sayang Allah.

"Sifat rahmat Allah سبحانه وتعالى adalah sifat kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya. Allah سبحانه وتعالى menciptakan kita atas sifat kasih sayang Allah. Allah سبحانه وتعالى tidak dipaksa tidak diperintah disuruh oleh sesuatu. Allah سبحانه وتعالى menciptakan kita diatas kemahuan-Nya.

"Semuanya dengan kasih sayang-Nya. Buktinya kita menyebutnya disetiap solat. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala macam nikmat yang kite dapat bahkan diri kita sendiri adalah daripada kasih sayang Allah سبحانه وتعالى."

"Jikalau Allah سبحانه وتعالى nak melenyapkan, meleburkan atau membinasakan diri kita ini, maka itu semua adalah perbuatan Allah. Maka dia tidak akan syirik kepada Allah سبحانه وتعالى. Sebab dia yakin semua perkara adalah daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Dialah Allah yang menciptakan kamu, Dialah yang memberi, dialah yang menggerakkan kamu. Semuanya adalah kerana taufiq dan hidayah Allah. Kerana taufiq dan hidayah Allah سبحانه وتعالى semata-mata, tuan-tuan hadir kemajlis ilmu. Itu semua daripada Allah سبحانه وتعالى."

"Siapakah yang menghamparkan bumi ini daripada tidak bergoyang?Kerana hakikatnya kita sedang bergerak. Bumi ini sedang bergerak. Berputar pada paksinya. Siapakah yang membuatkan diri kita ini tidak tercampak ke planet lain? Tidak berlanggar dengan planet-planet lain?"

"Benar. Teori barat mengatakan graviti. Tapi ianya hanyalah asbab. Asbab ianya adalah graviti. Maka kita tanyakan soalan ini. Siapa pula yang menciptakan graviti? Allah سبحانه وتعالى."

"Semua yang berada didalam galaksi ini, bintang bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah سبحانه وتعالى dan berjalan diatas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada didalam galaksi kita."

"Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak. Semuanya adalah perbuatan Allah. Hatta di dalam diri manusia pon ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro ,alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalam pentadbiran Allah."

"Tauhid maknanya menunggalkan. Disinilah namanya tauhid kepad Allah سبحانه وتعالى. Maqam ihsan itu ialah apabila kamu mengerti, kamu memahami bahawa kamu mengabdikan diri kamu kepada Penciptanya. Bagaimana kamu menzahirkan kehinaan kerendahan kamu kepada pencipta kamu seolah-olah kamu melihat Allah سبحانه وتعالى? Yakni dengan mata hati kita dan itulah maqam musyahadah."

"Sebelum kamu smpai ke maqam musyahadah kamu akan melalui maqam muroqabah iaitu kamu merasakan diri kamu seolah-olah Allah سبحانه وتعالى memandang, melihat, mengawasi kamu. Penglihatan, pendengaran, pemantauan Allah سبحانه وتعالى bersama dengan Allah سبحانه وتعالى."

"Allah سبحانه وتعالى rapat dengan kita umpama urat leher di tengkuk kita. Kita yakin kita yang mengawal pergerakan diri kita? Adakah kita yang mengawal saraf optik kita untuk melihat? Adakah kita yg mengawal pengaliran darah kita? Adakah kita yang mengawal jantung kita untuk pam darah kita? Dua puluh empat jam pam darah? Kita kah yang lakukan semua ini? Itu semua adalah kawalan Allah سبحانه وتعالى. Kasih sayang Allah."

Guru mulia kami. Tauhid. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment