Pages

Friday 23 October 2015

Pedang Allah

"Diakhir zaman, Sampai satu peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang."

"Mencabar sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya.

"Sayyidina Abu Dzar r.a. bertanya pada Rasulullah ﷺ jika berlaku fitnah dan fitnah itu bawa kepada permusuhan, dan peperangan dan pembunuhan, apa yang patut dilakukan. Jawab Rasulullah ﷺ; “Duduk di rumah.” Yakni jangan terlibat dengan fitnah. Nak buat apa di rumah? “Patahkan pedang.” Kenapa? Supaya tak terpanggil untuk menyertai yang lainnya, dan terlibat membunuh kepada muslim lain."

"Kemudian, Rasulullah ﷺ juga menyuruh; “Patahkan busur panah, dan potonglah talinya”, supaya tiada peluang untuk bunuh kepada muslim lain, tidak dengan pedang atau panah. Yang akan mengajak untuk menyertai fitnah itu nanti adalah orang Muslim juga."

"Kata Abu Dzar; “Kalau orang itu masuk ke rumah dan paksa kami juga?” Rasulullah ﷺ suruh pegang tangan dan katakan, “Tuhan aku Allah” Tuhan aku Allah, berulang kali. “Kalau kamu akan terbunuh macam mana?” tanya Abu Dzar lagi."

"Jawab Rasulullah ﷺ, “Jadilah kamu seperti yang lebih baik daripada anak Nabi Adam itu.” Siapa itu? Itulah Habil yang mengatakan, “Engkau hulurkan tanganmu untuk bunuh aku, tapi aku takkan menghulurkan tanganku untuk bunuh kamu. Aku takut kepada Allah سبحانه وتعالى.”

"Habil ketika itu ingin dibunuh oleh Qabil tapi dia tak mahu terlibat untuk menumpakan darah orang Islam. Pendaftaran di internet yang disebarkan itu adalah untuk menumpahkan darah orang Islam. Jadilah seperti Habil."

"Ketika diwajibkan perang kepada mereka, sebahagian daripada mereka takut kepada manusia seperti takut kepada Allah سبحانه وتعالى, bahkan lebih lagi. Sebelumnya mereka minta izin untuk perang, tapi kemudian dipersoalkan pula perintah Allah سبحانه و تعالى."

"Oleh sebab itu, jiwa, nafsu, ruh perlu dididik sebelum masuk ke medan peperangan untuk terima perintah Allah سبحانه و تعالى. Ini telah berlaku kepada Bani Israel, mereka minta perang, dan bila diwajibkan, mereka bertanya semula kenapa pula diwajibkan perang kepada mereka. Manusia sifatnya adalah berubah-ubah. Nak sesuatu tapi bila diberi nak yang lain pula!"

“Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat iaitu akhir hayat kami?"
Yakni mereka tak mahu mati dalam perang. Mereka nak mati dengan ajal yang telah Allah tetapkan, seoalah-olah ada dua ajal. Yakni ajal dalam perang dan ajal bukan dalam perang, sedangkan itu asbab sahaja."

"Mati itu satu, cuma asbabnya berbeza-beza. Berapa ramai orang masuk berjihad tapi tidak mendapat syahid. Contohnya ‘Saifullah’ iaitu Sayyidina Khaled Al-Waled, katanya; “Aku ikut sebanyak seratus perang tapi aku sekarang berada di atas katilku dan akan mati seperti mana matinya unta.”

"Allah سبحانه و تعالى mengkehendaki dia mati di atas katilnya. Apa hikmahnya? Saifullah ertinya Pedang Allah سبحانه و تعالى. Jadi kalau beliau terbunuh di medan perang, orang akan katakan Pedang Allah sudah patah. Jadi Allah سبحانه وتعالى mengkehendaki, beliau meninggal di katil demi mempertahankan gelaran yang Rasulullah ﷺ berikan kepadanya."

"Kalau Pedang Allah patah, orang akan kata kekuasaan Allah سبحانه وتعالى boleh dipatahkan sedangkan Kekuasaan tiada yang boleh melawannya. Jadi orang yang ikut perang untuk mencari mati syahid tidak mendapatnya, dan orang yang tidak masuk ke perang pun mati akan menemuinya. Pedang Allah tidak akan patah."

"Di mana saja kamu berada, kematian mengejar kamu.” Katakan wahai Rasulullah ﷺ; "Yakni kematian yang kamu lari daripadanya, akan datang kepada kamu. Yakni kematian akan mendatangi kita, bahkan kematian akan mengejar kepada kita, walau di mana saja kita berada."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment