Pages

Sunday 18 October 2015

{Hari Ini Dalam Sejarah}

Pada hari ini di tahun 1009, Gereja Makam Suci (Church of the Holy Sepulcher) yang terletak di Baitulmaqdis telah dimusnahkan oleh Abu ‘Ali Mansur Tāriqu al-Ḥākim yang di anggap sebagai Khalifah bagi kerajaan Shiah Fatimiah Mesir. Selain itu dia juga di anggap sebagai imam ke 16 Shiah Ismaili dan juga sebagai jelmaan Allah di Bumi.

Gereja Makam Suci adalah tempat suci paling terpenting bagi agama Kristian di mana mereka mempercayai bahawa Jesus telah disalib dan dikuburkan di situ. Ketika tentera Islam berjaya menawan kota Baitulmaqdis di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab r.a, beliau telah mengisytiharkan bahawa Gereja Makam Suci termasuk kesemua tempat persembahan orang Kristian akan dilundungi malahan apabila paderi besar Gereja Makam Suci mempelawa Khalifah Umar bin Khattab r.a untuk menunaikan solat di dalam Gereja Makam Suci, beliau menolaknya dan hanya solat di belah luar gereja tersebut. Beliau menolak pelawaan ini kerana beliau tidak mahu generasi umat Islam selepasnya akan menggunakan alasan di mana beliau telah melakukan solat di dalam gereja oleh sebab itu umat Islam mempunyai hak untuk merampas rumah ibadat agama lain. Sehingga kini kunci kepada pintu Gereja Makam Suci masih dipegang dan dijaga oleh keluarga Nusaybah yang menganuti agama Islam Ahlul Sunnah. Keluarga ini telah menjaga gereja tersebut semenjak di zaman Khalifah Umar bin Khattab r.a.

Di antara kesan tindakan memusnahkan Gereja Makam Suci oleh Abu ‘Ali Mansur Tāriqu al-Ḥākim adalah ia merupakan titik permulaan kepada gerakan Salib di Eropah yang akhirnya menyebabkan Perang Salib Pertama kerana umat Kristian di Eropah ingin membalas dendam ke atas ke musnahan Gereja Makam Suci.

:- Gambar Gereja Makam Suci yang diambil oleh Charles W. Wilson pada tahun 1865.

No comments:

Post a Comment