Pages

Monday 19 October 2015

Kisah Mikraj nabi Allaha dari kitab Jawi

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha. Ini hikayat Mikraj nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Segala sahabatnya dan cerita daripada A’bas rodhoya Allaha a’naha dan demikian sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Barang siapa mendengarkan hikayat ini tatkala hamba Mikraj ini segala dosanya di ampun Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya seperti daun kayu yang luruh daunnya daripada rantingnya. Demikianlah keluar dosanya kepada tubuhnya atau orang yang membaca dia atau orang yang mendengarkan dia daripada permulaannya datang kepada kesudahannya dengan titah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Ini peri hamba Mikraj kelakuan Jibril dan Mikail kepada hamba bermula akan seorang malaikat mengiringkan dia tujuh puluh ribu sertanya” demikian sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Segala sahabat sekelian mengucap Al Hamada Lalaha Roba Al A’alamayana ertinya segala puji bagi Allaha tuhan seru sekelian alam. Maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya bersabda kepada Jibril dan Mikail “Pergilah kamu ke dunia aku titahkan kepada kekasihku nabi Mahamada bawa mahkota daripada cahaya dan qomar daripada cahaya dan kain daripada sutera sanadas wa astabaraq. Maka pergilah kamu kedua ke dalam syurga maka pilih oleh kamu seekor burung yang baik daripada tempat yang lain”. Maka bawalah Jibril turun ke bumi kepada nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama demikian bunyinya firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana Sabahaana Aladzaya Asaroya Ba A’badaha Layalaa Mana Al Masajada Al Haroama Alataya Al Masajada Al Aqoshoya Aladzaya Baarokana Hawalaha Larobaha Mana Ayaatanaa Anaha Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyaro.

Maka ujar A’bas “Ya rasul Allaha apa ertinya itu yang di bawa oleh Jibril akan saidina itu” maka ujar rasul Allaha “Ertinya tatkala hamba Mikraj naik ke langit Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya menitahkan hamba daripada Makah ke Bayata Al Maqodasa empat puluh hari perjalanan. Maka di bawa hamba oleh Buraq dengan sekejab mata juga demikian ertinya itu Wa Jaa’lanaa Rowayaa Alaya Roayanaaka Al Afatana Lalanaasa ertinya tatkala hamba di panggil ke langit maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya melihatkan kekayaannya kepada hamba bagai yang indah2 hamba lihat”.

Maka ujar A’bas “Ya rasul Allaha bulan manakah tuan hamba Mikraj” maka ujar rasul Allaha kepada dua belas hari bulan Robayaa’ Al Awala kepada malam Isnin tatkala hamba di Makah di rumah Ama Hani anak Maama Abi Tholib rodhoya Allaha a’naha. Sudah hamba sembahyang taat maka hamba naik ke rumah maka hendaklah tidur maka baring2 sangat lama antaranya hamba berbaring. Maka melihat Jibril dan Mikail dan berkata2 “Ya nabi Allaha bahwa Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya hendak memberi kemuliaan kepada saidina dan di lihatkan yang indah2 yang tiada pernah di lihat orang kepada saidina.

Adapun tiada pernah yang dahulu2 beroleh kemuliaan yang demikian ini melainkan saidina juga daripada zaman nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama datang kepada hari ini melainkan saidina juga yang beroleh kemuliaan dan nagerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang demikian ini”. Maka ujar Jibril berkata “Ya nabi Allaha mengambil air sembahyanglah tuan hamba” maka hamba pun mengambil air sembahyang. Maka hamba berjalan perpegang tangan dengan Jibril maka hamba melihat malaikat banyak berbagai2 rupanya hamba lihat maka hamba pun memberi salam kepada segala saidina itu maka malaikat itupun menyahut salam hamba itu.

Maka ujar Mikail berkata “Ya nabi Allaha yang maha mulia hamba hendak bertemu dengan nabi Allaha bahawa Buraq pun ada hamba bawa akan kenderaan nabi Allaha”. Bermula Buraq itu tinggi daripada hamar rendah sedikit daripada unta dan unta pun bukan paras pun bukan tetapi indah tiada bersamaan rupanya seperti rupa manusia baunya terlalu harum lebih daripada kasturi kekangnya daripada gemala pelananya daripada ambar dan sayapnya daripada ratna mutu manikam yang bercahaya2 lebih daripada cahaya bulan dan matahari. Maka hamba bertanya kepada Jibril “Binatang apakah ini terlalu sekali elok rupanya tiada pernah hamba melihat binatang yang serupa ini tiada binatang di dalam dunia hamba lihat”.

Maka ujar Mikail “Itulah binatang yang bernama Buraq dengan firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya hamba bawakan kenderaan saidina itu”. Maka ujar Jibril dan Mikail berkata “Ya nabi Allaha kenalah mahkota dan baju qomar dan kain daripada sanadasa dan astabaraq” maka rasul Allaha pun mengenakan mahkota dan baju dan qmar dan kain. Setelah sudah memakai nagerah Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka Jibril pun berkata “Ya nabi Allaha naiklah tuan hamba ke atas Buraq ini” maka segera Mikail memegang kekangnya maka Jibril talinya. Maka baharulah hamba hendak naik ke atas Buraq itupun mengarik tiada mahu hamba di naik dan melepaskan dirinya tiada mahu di naiki dan segala malaikat itu dukacita.

Maka Jibril pun suruh akan Buraq itu maka kata Jibril dan Mikail “Ya Buraq tiadakah engkau mahu di naik nabi Allaha itu kerana nabi Mahamada itu nabi yang terpilih daripada sekelian nabi”. Maka Buraq itu pun berkata dengan fasih lidahnya maha merdu bunyinya suaranya Buraq itu “Ya tuanku nabi Allaha bukan hamba tiada mahu tuan kendera kerana hamba hendak berjanji dengna tuan hamba nabi Allaha. Tatkala hari kiamat esok jikalau ada kiranya Buraq yang lain daripada hamba maka janganlah tuan hamba naik kepada Buraq yang lain daripada hamba. Maka sekarang ini hamba minta janji pada nabi Allaha” itu pun mendengar kata Buraq yang demikian itu.

Maka segera nabi Allaha mengalit kepada Jibril maka Jibril berkata “Ya nabi Allaha janjilah tuan hamba dengan Buraq ini” maka nabi Allaha pun janjilah dengan Buraq itu. Maka ujar nabi Allaha berkata kepada Buraq itu “Bahawa aku tiada aku mahu naik Buraq yang lain daripadamu ada jemah hari kiamat melainkan engkau juga”. Setelah sudah nabi Allaha berjanji maka Buraq itupun mahulah di kendera oleh nabi Allaha maka nabi Allaha segera naik Buraq itu. Setelah nabi Allaha naik Buraq setelah nabi Allaha di atas Buraq itu maka Jibril pun berpesan kepada nabi Allaha ujar Jibril dan Mikail “Jikalau saidina mendengar suara dari kanan jalan jangan tuan hamba sahut dan suara dari kiri jalan jangan tuan hamba sahut atau yang di hadapan jalan jangan tuan hamba pandang”.

Setelah sudah Jibril berpesan maka Jibril pun melepaskan Buraq itu maka Buraq itupun mengembangkan sayapnya pun memejamkan matanya. Maka segeralah di terbangkan oleh Buraq itu lama antaranya datang kepada pertengahan jalan maka hamba mendengar suara dari kanan jalan demikian katanya “Hai Mahamada siapa serta dengan saidina berjalan” itu pun tiada aku sahut. Maka hamba mendengar suara dari kiri jalan demikian katanya “Hai Mahamada siapa serta saidina berjalan” itupun tiada hamba sahut. Maka lama antaranya maka datang pertengahan jalan maka datang seorang perempuan terlalu baik parasnya mukanya. Maka ujarnya “Ya Mahamada nantilah dahulu hamba mengatakan warta yang baik pada saidina” itupun tiada hamba sahut.

Maka datang ke Bayata Al Maqodasa maka Jibril bertanya pada hamba maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha adakah saidina mendengar suara dari kanan jalan dan dari kiri jalan dan adakah perempuan seorang yang baik rupanya dari hadapan jalan”. Maka ujar nabi Allaha adalah bunyi suara itu maka katanya “Siapa serta saidina berjalan” itupun tiada hamba sahut maka dari kanan dan dari kiri jalan pun demikian juga maka dari hadapan ada datang seorang perempuan terlalu baik rupanya maka katanya “Ya Mahamada nantilah hamba seketika hamba hendak mengatakan khabar yang baik” katanya itupun tiada hamba sahut”.
Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha jikalau saidina menyahut suara yang dari kanan jalan itu nescaya umat saidina menjadi Yahudi. Adapun jikalau saidina sahut suara yang dari kiri jalan itu maka umat saidina menjadi Nasrani. Adapun jikalau saidina sahut suara yang dari hadapan jalan itu maka umat saidina tiada berbuat bakti kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kerana perempuan itu sifat dunia itu kerana dunia itu syariat syaitan kerana hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Al Danayaa Ajayafata Wa Thoalaba Haa Kayalaaba”. Ujar nabi Allaha mengucap Al Hamada Lalaha Roba Al A’alamayana maka Jibril pun membawa tabak daripada cahaya di dalam tabak itu dua buah piala yang sebuah berisi air susu dan yang kedua berisi air arak.

Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha pilihlah barang kehendakmu kehendak hati tuan hamba salah suatu juga” maka nabi Allaha berfikir di dalam ikhtiarnya seketika. Maka di ambilnya piala yang berisi air susu itu lalu di minum oleh saidina maka tiada habis tinggal sedikit. Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha terlalu sekali di minum itu jikalau saidina habiskan nescaya segala umat saidina habislah masuk dalam syurga”. Maka hamba mendengar kata Jibril maka hendaklah hamba minum pula hendak hamba habiskan maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha tiada boleh dua kali saidina minum itu. Jikalau sekira2nya di habiskan yang pertama2 itu nescaya selamat tuan hamba tiada memasukkan kepada api neraka lagi habislah masuk di dalam syurga semuanya. Kerana oleh tinggal sedikit lagi itulah maka memasukkan ke dalam neraka umat saidina kerana firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya di dalam Qoroana Wa Ana Mana Kama Al Awarodawa Haa. Adapun piala yang berisi arak itu haramlah pada saidina dan umat saidina sekeliannya”.

Maka hamba bertemu dengan nabi Allaha Ibrahim Kholil Allaha dan Musa Kalam Allaha dan A’yasaya Ruh Allaha maka hamba memberi salam pada saidina sekelian itu. Maka ujar sidang sekelian itu “Ya nabi Mahamada terlalu sekali kurnia Allaha Taa’alaya akan saidina maka perlihatkan tuhan seru sekelian alam dengan kami”. Maka Jibril dan segala malaikat sekelian itu masuk ke Bayata Al Maqodasa maka Jibril dan Mikail berkata “Ya nabi Allaha sembahyang tuan hamba dua rakaat salam serta dengan sidang sekelian”. Maka hamba mendengar kata Jibril demikian itu hamba naik kepada batukan diri masjid Al Aqsa baharu hamba hendak mengangkat kaki hamba di atas Buraq itu maka batu itupun mengirak serta maha nyaring suaranya hamba dengar.

Maka ujar nabi Allaha “Hai batu mengapa engkau tiada mahu aku pijak” maka ujar batu itu “Ya nabi Allaha seratus tahun lamanya hamba di sini kaki sekelian manusia berpijak ke atas hamba sekelian hamba serah juga. Adapun akan sekarang tapak kaki nabi Allaha yang kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka hamba mahu pijak ke atas hamba oleh nabi Allaha hamba juga. Adapun akan sekarang tapak kaki nabi Allaha yang kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka hamba mahu pijak oleh nabi Allaha hamba minta janji dengan nabi Allaha. Jangan hamba pijak oleh tapak kaki orang lain itulah pinta hamba kepada nabi Allaha”.

Maka ujar Jibril “Ya rasul Allaha berjanjilah dengan batu itu bahawa tiadalah tapak kaki yang lain berjejak atasmu” maka kata batu “Hamba minta di sertakan dengan batu itu di sebelah syurga”. Maka nabi Allaha pun segeralah meminta kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka ujar batu itu “Jikalau demikian itu pijaklah atas hamba ya nabi Alaha”. Maka nabi Allaha pun turunlah dari atas Buraq itu pijak kepada batukan dirinya Masjid Al Aqsa maka nabi Allaha pun mengambil air sembahyang maka nabi Allaha Mahamada rasul Allaha lalu naik ke atas masjid Al Aqsa. Maka batu itupun berbangkit naik kepada Hawaya yakni kadar tengah tiga puluh tahun perjalanan tinggi datang kepada hari kiamat terhantarlah batu itu kepada Hawaya dengan berkat nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah sudah datang hari kiamat maka batu itu kepada iapun masuk serta nabi Allaha Mahamada rasul Allaha ke dalam syurga.

Maka ujar sidang sekelian berkata kepada nabi Allaha “Ya Mahamada sembahyang saidina dua rakaat salam serta dengan sidang sekelian nabi itu”. Setelah sudah sembahyang nabi Mahamada maka ujar Jibril berkata kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Naik saidina segera ke atas Buraq” maka nabi Mahamada pun naik ke atas Buraq. Maka Buraq itupun segera terbang yang seperti kilat yang maha tinggi lalu ke atas Buraq itu berapa lama antara di jalan maka datang kepada laut suatu itu antara dunia dengan langit laut itu hijau airnya. Maka nabi Allaha pun bertanya pada Jibril A’layaha Al Salama “Yaa Akhoya Jibril laut manakah ini” maka ujar Jibril “Laut ini antara bumi dengan langit maka kami lalu dari sana datang ke pintu langit yang selapis langit yang pertama”.

Maka ujar Jibril berseru2 “Hai Ismail bukai kami pintu langit ini” maka ujar Ismail menyahut “Siapa itu di luar pintu”. Maka kata “Hamba Jibril” maka Ismail bertanya “Siapa sertamu itu terlalu indah segala rupanya manusia manakah ini”. Maka ujar Jibril menyahut “Tiadakah engkau kenal inilah nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama yang kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang tersurat namanya di pintu langit itu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”. Maka Ismail pun hairanlah melihat perinya lakunya nabi Allaha itu mukanya bercahaya2 cahayanya seperti bulan dan matahari.

Maka nabi Allaha pun memberi salam kepada Ismail maka Ismail pun segera menyahut salam nabi Mahamada maka Ismail pun segera berdakap dan bercium dengan nabi Mahamada. Maka ujar Ismail “Ya nabi Allaha terlalu kurnia Allaha Taa’alaya akan saidina itu tiada pernah sekelian nabi yang lain kami lihat beroleh kemuliaan yang demikian itu dari pada manusia nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama datang kepaada hari ini tiada pernah beroleh kemuliaan”. Maka nabi Mahamada pun bertanya kepada Jibril “Apa nama langit ini” maka ujar Jibril “Langit ini Rodhoyaa’ namanya tebalnya lima ratus tahun perjalanan”. Maka nabi Mahamada mendengar tasbihnya Ismail demikian bunyinya Sabahaana Allaha Al A’laya Al Aa’laya Sabahaana Allaha Al Malaka Al A’zhoyama Sabahaana Layasa Kamatsalaha Wa Hawa Al Samayaa’ Al Bashoro.

Maka nabi Mahamada pun melihat malaikat daripada banyaknya bersaf2 berdiri tiada berketahuan banyaknya safnya malaikat itu melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jua yang tahu banyaknya saf malaikat itu pada mengucap tasbih masing2 tasbihnya demikian bunyinya Sabawaha Qodawasa Robanaa Wa Roba Al Malaakata Wa Al Rowaha Sabawaha Qodawasa Roba Al Arobaaba Sabahaana Al A’laya Al Aa’laya Sabahaana Al A’zhoyama Al Aa’zhoyama. Maka nabi Mahamada itupun bertanya pada Jibril A’layaha Al Salama “Ya Jibri beberapa banyak saf malaikat itu” maka kata Jibril “Wa Allaha Aa’lama adalah seperti firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana demikian bunyinya Wa Maa Yaa’lama Janawada Robaka Alaa Hawa”.

Maka kami lalu dari situ maka bertemu dengan Adam A’layaha Al Salama kerjanya memeliharakan sekelian nyawa anak cucunya. Maka datang sekelian mukmin maka suka hatinya nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama seperti firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana demikian bunyinya Kalaa Anaa Al Kataaba Al Abaroaro yakni A’layana Wa Maa Adaroaka Maa A’layawana Kataaba Maroqowama Yashahadaha Al Maqorobawana. Bermula jikalau datang nyawa segala kafir maka ujar Adam “Datanglah nyawa segala orang yang celaka nyawa yang di murkai Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka di gugurkannya Allaha Taa’alaya ke bawah bumi”. Maka nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama terlalu sekali di kurnia Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya akan saidina juga. Nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Khoalaqo Al Ajala Sabahaana Al Khoyaro Al Ghonaya Sabahaana Al A’zhoyama Wa Ba Hamadaha.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan orang banyak di seksa bibirnya yang di atas menjadi di bawah terjuntai lalu ke kakinya dan bibirnya yang dibawah pula penuh dengan darah dan tanah bercucuran. Maka lalu di tuangi dengan tembaga hancur daripada api maka di tuangkan kepada mulutnya maka mereka itu menjeritlah suaranya seperti guruh dan dagingnya pun habis luruh. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril A’layaha Al Salama “Siapa orang yang di seksa itu” maka ujar Jibril “Ya Mahamada bahawa inilah orang makan hartanya anak yatim di dalam dunia seperti firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana demikian bunyinya Aladzaya Yaakalawana Amawaala Al Yataama Zholamaa Ana Maa Yaakalawana Faya Bathowana Hama Naaro Wa Maa Yasholawa Saa’yaroa”.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan perempuan di seksa berbagai2 ada yang di kail dengan pinggang dan susunya dan ada yang di gantung songsang di bawahnya api bernyala2. Maka segala perempuan itu berseru2 yang sangat suaranya mengarik. Maka nabi Mahamad bertanya kepada Jibril A’layaha Al Salama “Ya Jibril apa dosanya perempuan itu yang kena seksa” maka ujar Jibril “Itulah perempuan tatkala di dalam dunia menduakan lakinya dan membuangkan anaknya yang di dalam perutnya orang itulah di seksa itu”.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan orang banyak kena seksa ada yanga di suapi dengan cacing ada yang di kalungan2 daripada api neraka. Maka sekelian itu menjerit suaranya seperti guruh maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Siapa orang itu di seksa” maka ujar Jibril “Orang itulah yang meninggalkan berbuat baik seperti berbuat amal yang sholeh ertinya sekelian perbuatan yang baik tiada mahu di kerjakan perbuatan yang haram orang itulah di seksa yang sangat kerasnya”.

Maka lalu dari sana bertemu dengan orang banyak di seksa dagingnya bertambun seperti bukit maka di rantai dengan rantai api neraka jahanam maka ia berdiri2 lalu roboh berdiri roboh kerana terlalu sakitnya tiada kuasa. Maka nabi Allaha pun bertanya pada Jibril “Siapa orang itu” maka ujar Jibril “Itulah orang tiada memuji dan menyebut Allaha Taa’alaya di dalam dunia orang itu kena seksa demikian itu”.

Maka lalu dari sana bertemu dengan orang di seksa di dudukkan di atas dulang api setengah di kurungi dengan api neraka dan setengah di masukkan ke dalam mulutnya api neraka. Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Siapa orang itu” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha itulah orang yang di dudukkan di atas dulang api neraka itulah segala raja2 yang aniaya dan dagingnya habis hancur seksa demikian itu. Adapun akan segala orang yang di kurungan api itulah pengawal segala zalim. Adapun segala orang yang tiada baik ertinya orang maksiat itu di seksa dengna neraka jahanam dan di tuangi tembaga hancur dan di penuhi dengan api mulutnya. Adapun segala orang yang mengikut sabda Allaha dan sabda rasul Allaha di dalam dunia dan akhirat maka firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana minum arak dan tuak dan orang berjuduhan orang menyabung haiwan kecil dan besar dan menulis rupa binatang sekelian itulah kerja yang sia2 orang itulah yang tiada memberi manafaat ia itu di kerjakannya orang itulah akan seksa demikian itu”.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan segala orang banyak seksa bibirnya di gunting dengan gunting api neraka. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril A’layaha Al Salama “Ya Jibril apa dosanya orang itu” ujar Jibril A’layaha Al Salama “Itulah segala orang yang tiada menyuruhkan orang berbuat baik itu pun tiada berbuat dia tiada mahu melarangkan dianya berbuat jahat. Itulah yang kena seksa itu”.

Maka lalu dari sana bertemu dengan malaikat dua orang duduk di atas kerusi maka nabi Allaha bertanya pada Jibril “Siapa orang itu yang duduk di atas kerusi”. Maka kata Jibril “Itulah yang bernama Munkar Wa Nakir” matanya seperti api nyala dan suaranya seperti guruh dan halilintar membelah bukit dan cokmarnya bercabang delapan ribu banyaknya bersaf2 suatu cabang bernyala2 maka nabi Allaha pun gentarlah melihat dia. Jikalau sekira2 di hantarkan gadanya ke bumi nescaya bumi itu pun hancur dan beratnya jikalau berhimpun jin dan syaitan dan segala manusia mengangkatkan gadanya itu tiada terangkat. Maka nabi Mahamada mendengar tasbihnya Munkar Wa Nakir demikian bunyinya Sabahaana Al Qodayaro Al Maqotadaro Sabahaana Manataqoyama Mamana Daa’a Sabahaana Al Malaka Al A’zhoyama.

Maka nabi Mahamada bertanya pada Jibril A’layaha Al Salama “Apalah kerjanya malaikat itu” maka kata Jibril “Kerjanya Munkar Wa Nakir itu menyeksai segala orang di dalam kubur. Itulah kerjanya dari masyrik datang ke maghrib”. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril “Betapa tanyanya malaikat itu” maka ujar Jibril “Manusia anak Adam tanyanya Maa Robaka Wa Maa Nabayaka Wa Maa Amaamaka Wa Maa Qobalataka Wa Maa Dayanaka Wa Maa Akhowaanaka. Bermula jika mereka itu menyahut maka lepaslah daripada seksa kubur jikalau tiada mereka itu menyahut maka kenalah palu dengan gadanya”. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril “Manakah jawab yang sebenar ya Jibril” maka ujar Jibril Alayaha sahut yang benar “Qola Allaha Robaya Mahamada Al Nabaya Wa Al Qoroana Amaama Wa Al Kaa’bata Qobalataya Wa Al Asalaama Dayana Wa Al Masalamayana Akhowaanaya. Maka jikalau ada demikian itu sahutnya maka lepaslah daripada bahaya kubur itu”.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan ayam putih terlalu baik rupanya bulunya manikam yang merah matanya seperti manikam yang cahaya paruhnya seperti manikam yang kuning kakinya seperti emas keruncang kepalaya hijau suaranya berkokok datang ke bawah Arash Allaha Taa’alaya. Maka ayam itupun mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Mamana Yasabaha Al Maabawaka Faya Sajaaro Haa Sabahaana Mana Tasabaha Laha Al Tholawaro Faya Al Arokaana Haa Sabahaana Mana Tabayaa’ Laha Al Wahawasa Faya Falayaka Haa. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril A’layaha Al Salama “Manakah ayam terlalu indah rupanya ini” maka ujar Jibril “Ayam itu menjagakan ayam di dalam dunia barangkala berkokok yang maha merdu suaranya datang ke dunia maka berkokok ayam di dalam dunia itu”.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan malaikat seorang duduk di atas kerusi terlalu hebat sebelah sayapnya itu maka ia mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Mana Kholaqo Bayana Yadaya. Maka nabi Allaha pun bertanya pada Jibril A’layaha Al Salama “Yaa Akhoya malaikat manakah ini” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha inilah pengawal segala malaikat kepada selapis langit ialah yang memerintahkan hujan dan guruh dan kilat dan bilangannya hujan pun ia tahu”.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan laut suatu yang maha luas airnya penuh dan ombaknya besar. Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Laut manakah ini” maka ujar Jibril “Inilah laut antara langit kedua besi kersani yang bercahaya2 dan nama langit itu Kida namanya tebalnya lima ratus tahun perjalanan”. Maka Jibril berseru2 kepada Habil yang menunggu pintu langit itu “Bukalah pintu langit ini” maka ujar Habil menyahut “Siapa berseru2 di luar pintu itu”. Maka ujar Jibril menyahut “Hamba Jibril” maka ia membuka pintu langit itu maka ia bertanya kepada Jibril “Yaa Akhoya Jibril manusia manakah ini yang elok rupanya ini”.

Maka ujar Jibril menyahut “Tiadakah kau dengar firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana Kholaqota Al Ashayaa Al Ajalaka Wa Kholaqotaka Laajalaya Yaa Mahamada bermula tiadakah kau lihat namanya yang tersurat kepada pintu langit ini Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha ialah ini” maka ujar Jibril “Marilah kita masuk”. Maka nabi Allaha pun memberi salam kepadanya maka di jawabnya salam nabi Allaha maka ujarnya “Terlalu sekali kurnia Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya akan tuan hamba daripada nabi yang lain melainkan tuan hamba juga daripada Adam A’layaha Al Salama datang kepada hari ini melainkan tuan juga”.

Maka ia mendakap mencium nabi Allaha maka hamba melihat malaikat itu bersaf2 tiada hamba tahu akan banyaknya itu semuanya itu maka malaikat itu membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Karoyama Sabahaana Al Waasaa’ Al Wasaa’ Sabahaana Al A’zhoyama Al Aa’zhoyama. Maka kami lalu dari sana maka kami melihat malaikat bepatnya kepada Allaha Taa’alaya kerjanya berulang dari masyrik sampai ke maghrib baqotnya kepada Allaha Taa’alaya demikian bunyinya Sabahaana Al Hanaana Al Manaana Sabahaana Baadayaa’ Al Ajala Sabahaana Al Mabadaya Al Mayata.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat tujuh puluh ribu kepalanya akan suatu kepala tujuh puluh mukanya akan suatu muka tujuh puluh mulut akan suatu mulut tujuh puluh lidah suatu lidah tujuh puluh puji akan Allaha Taa’alaya demikian bunyinya Sabahaana Allaha Al A’zhoyama Wa Bahamadaha. Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Malaikat manakah ini” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha malaikat inilah yang membagikan rezeki akan hambanya Allaha nama malaikat itu Samahil namanya”. Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan laut airnya penuh hijau berlingkung laut itu dengan malaikat sekelian berdiri bersaf2 akan banyaknya safnya melainkan Allaha jua yang tahu akan banyaknya.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan langit yang ketiga lapis langit daripada tembaga maka Jibril berseru2 “Hai Qobil bukakan kami pintu langit ini” maka ia pun membuka pintu maka ia melihat manusia seorang serta saidina itu terlalu elok sekali rupanya. Maka ujar Jibril “Hai Qobil tiadakah engkau kenal nabi Mahamada kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang tersurat kepada pintu langit namanya Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”. Maka nabi Allaha pun memberi salam kepada Qobil maka lalu di sahutnya salam nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka ujarnya “Terlalu sekali kurnia Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya akan tuan hamba daripada nabi sekelian kerana beroleh demikian ini”. Maka nabi Allaha mendengar tasbihnya Sabahaana Al Maa’thoya Al Wahaaba Sabahaana Al A’zhoyama Al A’zhoma Sabahaana Al Majayaro Mamana Daa’a.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan Yusuf A’layaha Al Salama maka kami memberi salam pada Yusuf maka nabi Yusuf menyahut pada salam hamba. Maka hamba mendengar Yusuf membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Karoyama Al Akaroama Sabahaana Jalayala Al Ajala Sabahaana Al Faroda Al Wataro. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat bersaf2 sekelian tiada berketahuan banyaknya maka semuanya itu sujud serta mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Khoalaqo Al A’zhoyama Sabahaana Mana Qodarotaha Sabahaana Al A’laya Al Aa’laya.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan nabi Sulaiman A’layaha Al Salama maka hamba memberi salam pada keduanya itu. Maka nabi Allaha keduanya itupun menyahut salam hamba saidina kedua itu mendakap mencium “Tuan hamba lebih daripada kami sekelian daripada masa Adam A’layaha Al Salama seorang pun tiada beroleh kurnia melainkan saidina juga ya Mahamada”. Mendengar tasbihnya demikian bunyinya Sabahaana Al Halaafa Al Malakawata Sabahaana Al Qoaharo Al Jalaala Sabahaana Al Nawaaba Al Wahaaba Sabahaana Al Roshada Al A’qoaba.
Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di atas kerusi tujuh puluh kepalanya akan suatu kepalanya tujuh puluh mukanya akan suatu mukanya tujuh puluh mulut akan suatu mulut tujuh puluh lidah akan suatu lidah akan suatu lidah tujuh puluh puji akan Allaha Taa’alaya nama malaikat itu Derbabilah namanya. Maka mendengar puji tasbihnya demikian bunyinya Sabahaana Al Jabaaro Sabahaana Al Manataqoyama Mamana A’shoa.

Maka lalu dari sana bertemu dengan laut maha besar penuh dengan api bercampur dengan air itu air pun tiada memadamkan api api itu tiada menghanguskan air airnya itu maha putih akan menyeksa umat nabi A’layaha Wa Salama. Maka nabi Allaha bertanya pada Jibril “Laut apa namanya” maka ujar Jibril “Inilah laut yang bernama Bahar Al Takwa ertinya mana ketakutan sekali yang dosa kepada Allaha Taa’alaya”. Maka lalu dari sana bertemu dengan keempat lapis langit itu seperti perak bercahaya cahaya nama langit itu Maun namanya.

Maka ujar Jibril berseru2 kepada malaikat yang menunggu pintu langit itu “Hai Samail bukakan kami pintu langit” maka ujar malaikat itu “Siapa di luar pintu” maka kata Jibril “Hamba Jibril”. Maka Samail segera membuka pintu langit maka ia melihat manusia seorang serta Jibril maka kata Samail “Siapa serta tuan hamba itu”. Maka ujar Jibril “Tiada kau kenali Samail inilah yang bernama nabi Mahamada rasul Allaha penghulu sekelian nabi tersurat namanya pada pintu langit ini Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.

Maka nabi Mahamada memberi salam maka segera ia menyahut salam nabi Mahamada serta mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Jawada Al Karoyama Sabahaana Al Baa’tsa Al Warotsa Sabahaan Al Rowafa Al Rohayama. Maka kata Samail “Terlalu kurnia Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya menilik ke atas juga penglihat hamba pada Luh Mahfuz jua. Apabila habis suratnya hamba lihat maka hamba menyuruh malaikat mengambil nyawanya kerana di dalam pohon kayu Shajarota Al Manatahaya tersurat namanya. Kayu itu terlalu besar serta tingginya dan lagi bercahaya2 daunnya gemar pada seperti binatang kerana cahayanya itu berbagai rupanya dan warnanya. Segala nama hamba Allaha anak Adam dalam perut ibunya maka berdaunlah kayu itu. Jikalau besar anak Adam itu sama2 besar dengan rantingnya dan apabila luruh daun kayu itu maka Malaka Al Mawata pun mengambil nyawanya anak Adam itu”.

Maka nabi Allaha bertanya kepada Malaka Al Mawata demikian katanya “Hai Malaka segala nyawa anak Adam itu engkau yang mengambil nyawanya” maka ujar Malaka Al Mawata “Ialah aku yang mengambil nyawa itu”. Maka bertanya pula “Betapa perinya nyawa engkau ambil nyawa itu” maka Malaka Al Mawata memberi isyarat di gengamkannya tangannya maka di bukakannya. Bermula adalah tersurat pada daun kayu itu sekelian untungnya yang baik dan yang jahat dan umurnya dan namanya sekelian adalah tersurat pada daun kayu itu.
Maka nabi Allaha pun lagi bertanya pada Malaka Al Mawata “Mengapa mukamu enam perkara itu apa2 isyaratnya” maka ujar Malaka Al Mawata “Ya nabi Allaha muka hamba yang di atas itu akan mengambil nyawa segala isi langit dan muka hamba di hadapan ini akan mengambil nyawa sekelian mukmin dan muka hamba yang di kanan ini akan mengambil nyawa segala mukmin yang berdosa dn muka hamba yang di belakang akan mengambil nyawa segala kafir dengan kalam pada tangannya. Bermula malaikat penyuruh sekelian masing pada martabat sekelian orang di ambilnya itu penghulu ada sebagainya pun di ambil nyawa itu maka di helanya nyawa itu daripada badannya pada kerongkongnya.

Setelah berhimpun maka takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tangan hamba pun di panjangkan Allaha Taa’alaya maka datang ke masyrik dan maghrib dengan kekayaan Allaha Taa’alaya. Barang kala rahmat Allaha atas orang itu muka hamba di hadapan di panjangkan Allaha Taa’alaya”. Maka nabi Mahamada pun bertanya pada Malaka Al Mawata “Betapa perinya tatkala nyawa keluar daripada tubuhnya manusia itu” maka ujar Malaka Al Mawata “Segala yang dari Sabahaanaha Wa Taa’alaya kurnia itu seperti sehelai rambut di dalam tepung tiada lekat demikianlah perinya. Bermula yang tiada di beri kurnia itu sekurang2nya seperti percah yang nipis di atas air maka di tarikkan dari demikianlah perinya dating pada hari kiamat lebih pula seksanya demikianlah perinya hal maut itu.

Ya Mahamada habaya jangan lupa niatmu kepada Allaha Taa’alaya dan suruh amar Allaha itu supaya beroleh kurnia kebajikan dan khabarkan kepada umatmu tasbihku itu supaya nanti matinya beroleh rahmat Allaha dengan berkatmu. Ya Mahamada demikianlah bunyinya Sabahaana Allaha Al Maa’laya Al Dayaana Sabahaana Allaha Al Shadayada Al Arokaana Sabahaana Mana Asafalata Shaana A’na Shaana Sabahaana Al Malaka Al Mahanaana Al Manaana Al Masaa’ Faya Shola Makaana Sabahaana Aladzaya Lama Yalada Wa Lama Yawalada Wa Lama Yakana Laha Kafawaa Ahada Sabahaana Mana Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Hawa Al Samayaa’ Al A’layama”.

Maka dari sana bertemu dengan laut airnya yang putih maka nabi Allaha pun bertanya “Ya Jibril laut manakah ini” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha inilah laut Zamharirah namanya terlalu sejuk maka tiada maaf orang itu mengerjakan amal di dalam dunia maka orang itulah di masukkan Allaha Taa’alaya ke dalam laut itu”.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan pintu langit yang kelima daripada emas yang bercahaya2 tiada dengan di tentang rupanya langit tebalnya lima ratus perjalanan lamanya itu. Maka ujar Jibril berseru2 “Derbabil bukai kami pintu” maka ujar Derbabil menyahut “Siapa di luar pintu”. Maka ujar Jibril “Aku Jibril” maka segera membuka pintu maka melihat seoang manusia serta Jibril maka ujar Derbabil “Siapa itu orang manusia manakah ini serta saidina terlalu elok rupanya bercahaya mukanya”.

Maka kata Jibril “Tiada kau kenal inilah nabi Mahamada rasul Allaha kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya” maka nabi Mahamada pun masuklah dengan Jibril. Maka nabi Allaha memberi salam maka malaikat Derbabil menyahut salam saidina. “Saidina yang beroleh kurnia Allaha Taa’alaya melainkan saidiana jua ya Mahamada” maka ujar Jibril “Tiadakah kau kenal yang tersurat namanya pada pintu langit Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”. Maka berdakap bercium dengan nabi Allaha mendengar tasbihnya demikian bunyinya Sabahaana Al Qodawasa Roba Al Malaakata Wa Al Rowaha Roba Al Aa’laya.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan nabi Ibrahim A’layaha Al Salama dan anaknya nabi Ismail dan nabi Ishaq dan nabi Yaakub dan nabi Daud A’layaha Al Salama. Maka kami lalu memberi salam kepada sekelian nabi itu maka di sahutnya salam hamba. Maka berdakap bercium dengan nabi Allaha maka ujar nabi sekelian itu “Bahagialah hamba bertemu sekali sebab bertemu dengan saidina. Ya Mahamada bahawa sungguhnya tuan hamba kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya terlebih daripada kami sekelian ini”. Maka sekelian nabi itu membaca tasbih demikian bunyinya tasbihnya Sabahaana Roba Al A’rosha Al A’zhoyama Sabahaan Yashofaha Al Waashofaha Ahada Mana Qobalaha.

Maka kami lalu di sana bertemu dengan malaikat bersaf2 berdiri seperti tertunduk terfikir tiada berpaling kepada seorang jua. Bermula akan bilangannya saf malaikat itu Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang lebih tahu akan banyak bilangannya mereka itu membaca tasbihnya demikian bunyinya Sabahaana Al Kabayaro Al Akabaro Sabahaana Al A’zhoyama Al A’daha Abada. Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Apa kerjanya malaikat itu daripada tafakur” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha tiada lainnya kerjanya melainkan ia tafakur itu juga dating kepada hari kiamat”.

Maka lalu dari sana maka bertemu dengan malaikat duduk di atas kerusi terlalu hebat jikalau ada firman Allaha menitahkan ke bumi di suruh tsawab bumi ini tsawabnya pun tiada akan padanya demikianlah besarnya malaikat itu mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Lawa Al Ahada Sabahaana Al Shomada Ahada Sabahaana Aladzaya Lama Yalada Wa Lama Yawalada Wa Lama Yakana Laha Kafawaa Ahada Sabahaana Mana Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Hawa Al Samayaa’ Al A’layama.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan laut api ombaknya pun maha besar bunyinya seperti guruh bunyinya maka nabi Allaha pun takut melihat dia gementar tulang hamba pun pengsan. Maka Jibril mengangkat hamba maka ujar Jibril “Ya Mahamada janganlah gentar saidina melihat kekayaan Allaha Taa’alaya. Daripada laut ini hamba yang empunya dia dengan firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya laut ini nescaya dapat kita masuk ke dalamnya laut api itu adalah seperti masuk di dalam air”.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan pintu langit yang keenam lapis langit itu daripada mutiara bercahaya2 tebalnya lima ratus tahun perjalanan. Maka Jibril berseru2 pada malaikat Tuhanar namanya yang menunggu pintu langit itu maka segera pintu langit itu di bukanya. Maka melihat seorang manusia serta dengan Jibril “Ya Jibril siapa manusia itu” maka ujar Jibril “Tiadakah engkau kenal saidina itulah yang bernama Mahamada kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya yang tersurat namanya pada pintu langit Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”.

Maka nabi Allaha pun masuklah maka nabi Allaha pun memberi salam pada malaikat itu maka segera menyahut salam nabi Allaha “Tiada pernah nabi yang lain beroleh kurnia yang demikian ini daripada manusia nabi Adam A’layaha Al Salama dating hari kiamat melainkan saidina juga beroleh kurnia”. Maka hamba mendengar tasbihnya malaikat itu demikian bunyinya Sabahaana Al Jabaaro Al Karoyama Sabahaana Roba Al Kabayaro Al Manayaro Sabahaana Roba Al Samawaata Wa Al Arodho Wa Roba Al A’alamayana.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan malaikat bersaf2 tiada berketahuan safnya melainkan Allaha yang lebih tahu akan banyaknya dan tiada berpindah dating kepada hari kiamat dengan kebaktiannya juga. Membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Mana Tabayaa’ Laha Al Mahawa Maanaya Al Manaana Sabahaana Laha Al Thoyaro Awakaaro Haa Sabahaana Tabayaa’ Laha Al Barowaha Faya Makaana Haa.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat besar lagi hebat maka nabi Allaha melihat gementar maka ujar Jibril akan nabi Allaha “Jangan takut saidina”. Bermula dari mulutnya keluar api bernyala2 maka nabi Allaha bertanya “Ya habibku Jibril apa namanya malaikat itu” maka ujar Jibril “Itulah yang bernama Kanaz Kafar” maka ia membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Mana Yashaa Janata Al Naa’yama Sabahaana Mana Layasa Kamatsalaha Shaya Wa Hawa Al Samanyaa’ Al Bashoro.

Maka lalu dari sana ujar Jibril “Inilah malaikat yang meniup sangka itulah bernama Israfil” maka nabi Allaha memberi salam kepada Israfil maka segera menyahut salam nabi Allaha. Maka duduk di atas kerusinya bersama2 dengan rasul Allaha maka ujar nabi Allaha “Hai Israfil tiup apalah barang sedikit sangkamu itu” maka ujar Israfil “Jikalau aku tiup sangka ini sekali manusia di dalam kubur sekelian terkejut bangun dari kuburnya datang kepada hari kiamat. Maka hamba tiup dengan firman Allaha”. Maka ujar nabi Allaha “Tiup barang sedikit perlahan2 hendakku dengar” maka ujar Israfil pun meniup dengan perlahan2 maka nabi Allaha terkejut mendengar dia lalu rebah maka Jibril membangunkan nabi Allaha dan neraka pun terkejut di sangkanya kiamat.

Maka nabi Allaha pun ingatlah daripada pengsannya maka nabi Allaha bertanya pada Israfil “Berapa kali kau tiup maka hari kiamat sangkamu tiup ya Israfil”. Maka ujar Israfil “Ya nabi Allaha tiga kali aku tiup. Maka hari kiamat pertama mematikan segala makhluk yang bernyawa dan kedua kali tiup segala mengadapkan memberi terkejut pada segala isi petala bumi dan tujuh petala langi dan sekali isinya membangunkan dia daripada kuburnya kepada A’roshoata Al Kiamat kepada saharah berkira2 dosanya hambanya sekelian demikianlah ya nabi Allaha. Sangka hamba ini seratus tahun perjalanan bercabangnya lima puluh tahun perjalanan”.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan nabi Nuh A’layaha Al Salama dan Idris A’layaha Al Salama dan Luth A’layaha Al Salama. Maka nabi Allaha memberi salam kepada sekelian nabi menyahut salam itu maka Nuh “Terlalu kurnia Allaha Taa’alaya akan saidina. Ya nabi Allaha dari manusia nabi Allaha Adam datang kepada hari ini” maka mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Saakalayana Wa Qoayama Al Jabaaroata Sabahaana Al Rowafa Al Thoyafa Sabahaana Al A’zayaza Al Qodayama Sabahaana Al A’laya Al A’layama.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan Mikail di hadapannya terhantar timbangan maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril “Yang mana bernama Mikail yang serta dengan tuan hamba turun ke dunia inilah rupanya”. Maka nabi Allaha bertanya kepada Jibril “Apa kerjanya” “Menimbang perbuatan yang benar dan yang salah daripada Yawama Al Mahasharo Allaha Taa’alaya naik qodhi Roba Jalil sebelah duduk neraca perbuatan yang benar dan yang salah daun perbuatan yang jahat. Jikalau berat perbuatan yang benar masuk ke dalam syurga. Jika berat perbuatan yang salah masuklah ke neraka”. Akan malaikat itu tujuh puluh ribu penghulu di dalam satu penghulu tujuh ribu sertanya demikian banyak malaikat itu serta semuanya itu membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Roshada Al Ahada Sabahaana Roba Kala Ghonaya Kholaqoha Sabahana Mana Yakafaro Wa Qoala Fayaha Wa Maa Tahafaya Al Shodawaro.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan malaikat tujuh puluh ribu kepalanya dan tujuh puluh ribu tubuhnya sekelian memuji akan Allaha Taa’alaya masing2 pujinya. Bermula malaikat itu tujuh ribu sekelian mandi pada hari pada suatu yang maha luas dan maha dalam airnya laut itu putih terlalu jernih maka ia memandi kepada laut itu. Setelah sudah ia mandi maka menunjukkan sayapnya hendak mengeringkan sayapnya maka air yang titik itu di jadikan Allaha Taa’alaya semuanya menjadi malaikat pada tiap seorang malaikat di jadikan Allaha Taa’alaya maka sekelian mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Hayaa A’laya Yasalaka Maa A’laya Sabahaana Yaa Sayadaya Ba Rohamataka Ba Kholaqoka.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di atas kerusi mukanya empat suatu mukanya manusia dan yang suatu mukanya lembu dan suatu muka harimau dan suatu muka kuda. Maka mukanya empat itu masing2 pujinya dan tasbihnya yang muka manusia itu demikian bunyinya Sabahaana Al Roshada Al Ahada sampai akhirnya. Adapun yang muka kuda demikian pujinya Sabahaana Adzaa Mana Ribaha Rohamataka Afatama Dhoro Al Aqodhoya Qodarotaha. Adapun pujinya yang muka lembu demikian pujinya Sabahaana Mana Laha Al Thoyawa Faya Warohaa. Adapun pujinya yang muka harimau demikian bunyinya Sabahaana Roba Al Malaka Wa Al Malakawata Sabahana Mana Yaa’lama Kholaqoha sampai akhirnya.

Maka kami lalu dari sana datang ke pintu langit yang ketujuh daripada manikam yang bercahaya2 nama langit itu Hampun namanya tebalnya lima ratus tahun perjalanan. Maka ujar Jibril berseru2 kepada malaikat yang menunggu pintu langit itu “Ya Sajail bukai kami pintu” maka menyahut Sajail “Siapa di luar pintu itu”. Maka ujar Jibril “Hamba Jibril” segera membuka pintu maka melihat manusia serta Jibril maka ujar Sajail “Siapa ini”. Maka menyahut “Tiadakah kau kenal saidina itulah yang bernama nabi Mahamada rasul Allaha yang tersurat namanya pada segala pintu langit Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha” maka Jibril pun masuk dengan nabi Allaha.

Maka nabi Allaha pun memberi salam kepada malaikat itu maka iapun menjawab salam nabi Allaha maka ia berdakap dan bercium dengan nabi Allaha maka ujar Jibril “Terlalu sekali kurnia Allaha Taa’alaya akan saidina ini beroleh kurnia dan kemuliaan daripada manusia nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama datang kepada hari ini”. Maka malaikat Sajail pun mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Adamana Aroaha Rohamataka Fasaro Mana Qodaroyaha.

Maka lalu dari sana bertemu dengan Malik seribu kepalanya dan seribu tubuhnya dan seribu mukanya dan seribu lidahnya dan seribu bahasanya maka ia mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Nawaro Fawaqo Kaa Anawaro Sabahaana Mana Thorofa Faya Asarofaya Manayaro sampai akhirnya. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat banyak daripada yang dahulu ganda berganda banyaknya maka hamba gentar sedikit melihat dia maka ia mengucap tasbih Sabahaana Al Khoalaqo Al A’zhoyama Sabahaana Al Masajaaba sampai akhirnya. Bermula malaikat itu banyak masing2 mengucap tasbih demikian bunyinya Sabahaana Yarozaqo Sajawada Fayahaa.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan malaikat masing2 dengan kebaktian ada setengah berdiri ada setengah duduk ada setengah sujud ada setengah tafakur mengucap tasbih kepada Allaha Taa’alaya. Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan malaikat sebelah kakinya ke masyrik yang sebelah ke maghrib tujuh puluh ribu malaikat sekelian yang mengadap semuanya di bawah seorang penghulunya masing2 pada membaca tasbih demikian bunyinya Sabawaha Qoda Wasahata Al Aa’laya Sabahaana Al Masatajabawa Mana Al Kholaqoha sampai akhirnya.

Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril “Siapa namanya malaikat ini” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha itulah yang bernama Israfil” maka nabi Allaha pun memberi salam kepada Israfil. Maka Israfil menyahut salam nabi Allaha maka Israfil memeluk dan bercium “Ya nabi Allaha demikian dari nabi Adam A’layaha Al Salama sampai kepada hari ini melainkan saidina juga beroleh kemuliaan”. Maka Jibril pun menyuruhkan nabi Allaha kepada Israfil A’layaha Al Salama maka nabi Allaha pun memandang kepada Jibril. Maka ujar Israfil “Ya nabi Allaha mengapa tuan hamba memandang kepada Jibril” maka ujarnya nabi Allaha “Selama hamba di atas langit ini tiada pernah hamba bercerai dengan Jibril”. Maka katanya Israfil “Janganlah saidina takut bercerai dengan hamba” maka nabi Allaha pun berjalan dengan Israfil maka Jibril pun tinggallah di sana lama antaranya.

Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan laut yang maha besar penuh dengan api bernyala2 maka nabi Allaha ada gentar. Maka ujar Israfil “Jangan saidina takut kekayaan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya memberi kurnia akan kekasihnya yang hangat menjadi sejuk dengan kuasa Allaha Taa’alaya”. Maka masuklah Israfil serta nabi Allaha ke dalam api itu serta terang dan sejuk dan lagi terlalu banyak malaikat di sana memuji tasbih kepada Allaha Taa’alaya demikian bunyinya Sabahaana Al A’zhoyama Sabahaana Al Nawaro Fawaqo Al Naaro Sabahaana Allaha Wa Ba Hamadaha.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan laut yang kelam zholamat maka nabi Allaha pun masuklah ke dalam laut itu maka nabi Allaha serta Israfil maka menjadi terang di dalam laut itu. Maka banyak malaikat di sana pada membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Al Nawaro Fawaqo Al Zholamata Sabahaana Al A’zhoyama Wa Ba Hamadaha. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan terang pun tiada berketahuan terangnya tiada hingganya tujuh puluh ribu hijab Allaha Taa’alaya berbagai2 tiada dapat hamba ceterakan ya A’bas banyaknya malaikat itu hanya Allaha Taa’alaya juga yang tahu.

Maka kami lalu dari sana bertemu dengan suatu cahaya maka ujar Israfil “Jangan saidina hairan dan jangan takut”. Maka kami lalu dari sana maka bertemu dengan dinding suatu maka ujar Israfil berseru2 “Hai malaikat yang menunggu pintu” maka ujar Israfil “Hamba Israfil”. Maka segera membukai pintu maka ia melihat manusia dengan Israfil A’layaha Al Salama maka katanya “Siapa manusia itu”. Maka ujar Israfil “Tiada kau kenal inilah yang bernama nabi Mahamada rasul Allaha dengan firman Allaha Taa’alaya” maka Israfil pun menyuruhkan hamba pada malaikat itu.

Maka hamba memberi salam segera di sahutnya maka nabi Allaha pun melihat berbagai2 cahaya setengah putih dan setengah kuning dan merah daripada sepuluh bagai pun tiada aku katakan ya A’bas kerana hijab Allaha Taa’alaya itu tiada ketahuan hanya Allaha Taa’alaya yang lebih tahu. Maka di turunkan mahligai di bawa malaikat yang Al Maqorobin itu daripada cahaya kepada nabi Allaha dengan bunyinya yang zholamat daripada pun bagai malaikat aneka bunyinya malaikat. “Hai tuan hamba naik ke atas mahligai ini” maka nabi Allaha pun segera naik ke atas mahligai maka nabi Allaha pun duduk di atas mahligai itu.

Maka mahligai itu pun mengangkatkan dirinya dengan takdir Allaha Taa’alaya ke atas maka datang mahligai ke hadrat Allaha Taa’alaya. Maka nabi Allaha pun melihat dengan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tuhan seru sekelian alam tiada tahu akan dirinya hamba bukan seperti penglihat hamba di dalam dunia ini melihat tuhan itu ya A’bas. Betapa mata hamba pun bercahaya2 mata hamba pun terang mendengar firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana demikian bunyinya Al Kadzaba Al Fawaada Maaka Ayatahaa Rowanaha A’laya Maa Yaroya Wa Laqoda Roaha Nazalata Akhoroya.

Maka kata Allaha Taa’alaya “Ya habibku ya rasulku” hamba segera menyahut “Labayaka A’badaya Bayana Yadayaka” ertinya sembah olehmu ya Mahamada itu tuhanku yang bercintakan hambanya. Maka nabi Allaha pun hendak meninggalkan cerapaknya maka firman Allaha Taa’alaya “Ya habibku ya Mahamada jangan engkau tanggalkan cerapakmu itu pada A’rashku pun tetap sebab kena cerapakmu itu”. Maka sembah nabi Allaha “Ya tuhanku tatkala nabi Musa Kalam Allaha dan engkau ke atas maka hamba melihat keatas. Maka hamba melihat nama Allaha zat yang wajib Al wujud serta dengan nama hamba tersurat ke atas Arash Allaha Taa’alaya Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha tersurat di atas itu”.

Maka firman Allaha Taa’alaya “Ya Mahamada adakah nabi yang lain beroleh mukjizat tersurat namanya dan namaku tiada yang lain hanya engkau juga hai kekasihku. Ya Mahamada naik engkau ke Arashku” maka nabi Allaha pun naik ke atas Arash Allaha Taa’alaya. Maka firman Allaha Taa’alaya “Ya Mahamada apa haluan kekasihku kepada aku” maka nabi Mahamada pun segeralah di persembahkan Al Tahayata Al Mabarokaata Al Sholawata Al Thoyabaata Lalaha Al Salaama. Maka firman Allaha Taa’alaya Al Salaama A’layaka Ayahaa Al Nabaya Wa Rohamata Allaha Wa Baarokata. Maka ujar malaikat yang maqorobin menyahut Al Salaama A’layaka A’laya A’bada Allaha Al Shoalahayana.

Maka nabi Mahamada pun mengucap Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha maka firman Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha. Maka segala malaikat maqorobin itu mengucap sholawat akan demikian bunyinya Allahama Shola A’laya Mahamada Wa A’laya Ala Mahamada. Maka Allaha Taa’alaya memberi nagerah akan nabi Mahamada sembilan ribu daripada ilmu. Maka firman Allaha Taa’alaya “Ya Mahamada tiga ribu pada segala umatmu dan tiga ribu ilmu itu barang siapa berahi kepada itu maka katakan. Adapun yang tiga ribu itu barang siapa yang hendak sekelian pun jangan kau katakan lagi ya Mahamada”.

Maka firman Allaha Taa’alaya “Hai kekasihku mahukah engkau melihat syurga akan tempatmu dan tempat segala umatmu dan segala tempat nabi dan wali sekelian” maka sembah nabi Allaha “Baiklah tuhanku yang maha mulia dengan titahmu jua ya junjunganku”. Maka firman Allaha Taa’alaya menitahkan pada malaikat maqorobin “Bawa olehmu kepada Israfil dan Jibril” maka nabi Allaha pun turun daripada atas Arash Allaha Taa’alaya di bawa oleh malaikat yang maqorobin kepada Israfil dan Jibril.

Maka nabi Allaha pun melihat seekor ular mengeliling Arash Allaha seribu kepalanya akan suatu kepala seribu mukanya akan suatu muka seribu mulut suatu mulut seribu lidah suatu lidah seribu pujinya. Bermula Arash Allaha Taa’alaya pun lingkarnya seribu lingkar akan Arash Allaha itupun kepalanya terjuntai di bawah Arash Allaha Taa’alaya. Maka nabi Allaha pun mendengar tasbihnya malaikat itu demikian bunyinya Sabahaana Mana Ahajayaa Ba Jabarowata A’na Kholaqoha sampai akhirnya. Maka nabi Allaha pun di serahkan oleh malaikat maqorobin pada Israfil dan Jibril maka ujar malaikat yang membawa nabi Allaha berjalan.

Maka kami lalu dari sana maka datang ke pintu syurga maka Jibril berseru2 “Hai Malaka Rodhowaana Al Janata bukai kami pintu syurga” maka Malaka Rodhowaana pun menyahut “Siapa di luar pintu”. Maka Jibril berkata “Aku Jibril dengan Israfil” maka Malaka Rodhowaana segera membuka pintu maka kata Rodhowaana “Manusia manakah ini”. Maka ujar Jibril “Tiadakah kau kenal saidina inilah yang bernama nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan kami keduanya membawa ke dalam syurga ini dengan firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya hendaklah melihat seperti tiada kau lihat namanya pada pintu syurga Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha”.

Maka nabi Allaha pun memberi salam pada malaikat Rodhowaana maka berkata menyahut salam nabi Allaha maka malaikat Rodhowaana pun berdakap dan cium dengan nabi Allaha. Maka malaikat Rodhowaana berkata “Ya nabi Allaha tiada pernah nabi yang lain beroleh kemuliaan daripada manusia nabi Adam A’layaha Al Salama datang kepada hari ini” maka membaca tasbih demikian bunyinya Sabahaana Kholaqo Al A’zhoyama Sabahaana Al Karoyama Sabahaana Mamana Daa’a Janataka Al Naa’ma.

Maka lalu dari sana masuk ke dalam syurga maka nabi Allaha pun melihat yang indah2 di dalamnya dan yang hebat2 seribu mahligai setengah daripada mutiara setengah daripada baiduri warnanya yang putih dan ada yang merah dan ada yang kuning sekelian daripada manikam jua. Di dalam syurga itu mahligai tujuh puluh ribu hamparan dan permaidani daripada sandasa dan setengah daripada astabaraq dan setengah dewangga dan langit2nya daripada tatahkan ratna mutiara manikam dan merah ada kuning ada putih ada hijau dan ada yang ungu ada yang biru halnya masing2 warnanya cahayanya lebih daripada cahaya bulan dan matahari dan tabirnya dan kelambunya pun hadirlah.

Di dalam suatu bilik tujuh puluh ribu anakan bidadari dalam syurga mukanya seperti bulan purnama empat belas hari bulan baunya lebih daripada kasturi dan jikalau di umpamakan sebaik2 orang di dalam dunia tiadakan samanya anak bidadari. Maka nabi Allaha melihat sungai di dalam syurga maha putih airnya lagi amat manis daripada madu terlalu lazat citarasanya seribu kali lebih rasanya daripada nikmat di dalam dunia ini. Bermula rumput daripada kamakama dan batunya daripada manikam dan kuma dan tanahnya daripada kasturi.

Maka nabi Allaha pun melihat sepohoh kayu yang maha tinggi dan maha besar tiada tahu akan besarnya hanya Allaha Taa’alaya yang lebih tahu akan besarnya. Maka nabi Allaha sekali2 kelilingnya Wa Allaha A’lama lima ratus tahun pun tiada sampai di kelilingnya demikianlah besarnya. Jikalau daunnya luruh ke bumi nescaya tertutuplah bumi ini daripada masyrik dan magrib daunnya demikianlah besarnya dan banyaknya daripada emas dan rantingnya daripada perak dan gemerlap bercahaya2 dan buahya terlalu lazat citarasanya. Maka nabi Allaha bertanya pada Jibril “Apakah nama pohon kayu ini” maka ujar Jibril “Inilah kayu Thowaba namanya”.

Maka nabi Allaha bertanya pada Jibril maka kata Jibril “Ya nabi Allaha inilah akan untung tuan hamba dan segala umat saidina yang menurut kata dan menurut perbuatan saidina ialah memakan dia dan barang siapa berbuat benar kepada Allaha dan tulus hatinya kepada Allaha Taa’alaya dan tiada berbuat haram dengan kebaktian mengucap shahadat dan sembahyang dan puasa dan memberi zakat dan segala yang menurut agama Asalama”. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan sungai telaga Kautsar dan airnya yang maha putih terlalu lazat dan sungai itu berpancaran daripada mahligai itu sekelian mahligai itu bewarta Janata dan berapa pakaian yang indah pakaian syurga yang lebih sekali daripada cahayanya tujuh puluh pangkat syurga di lihat oleh nabi Allaha habis di jalanan oleh nabi Allaha.

Ya A’bas daripada sepuluh bahagi pun tiada hamba ceterakan kekayaan Allaha Taa’alaya tiada sampai budi bicara kekayaan Allaha Taa’alaya ya A’bas. Maka nabi Allaha pun bertanya kepada Jibril kepada Jibril “Siapa isi syurga ini ya Jibril” maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha semuanya ini akan saidina jua yang di nagerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jua kemuliaan syurga dan segala isi bagi tempat di dalam syurga semuanya akan saidina dan juga di nagerahkan Allaha Taa’alaya dan umat saidina dan sekelian aulia2 dan nabi2 dan sekelian mukmin dan pada segala yang menurut kata saidina” maka habislah perkataan kepada nabi Allaha. Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha jikalau tuan hamba pulang lagi ke dunia Ana Shaa Allaha Taa’alaya jemah hari kiamatlah tempat tuan hamba”.

Maka nabi Allaha pun di bawanya keluar oleh Jibril dan Israfil dari dalam syurga maka malaikat Rodhowaana pun berpesan kepada nabi Allaha demikian katanya “Ya nabi Allaha katakan pada umat saidina sekelian jangan melalui firman Allaha Taa’alaya di dalam Qoroana supaya beroleh kemuliaan di dalam syurga”. Maka nabi Allaha pun hairan mendengar bunyinya di pintu syurga aneka bunyinya di pintu syurga itu pun bau bauan syurga aneka.

Maka kami lalu dari sana berjalan datang kepada malaikat yang menyerahkan nabi Allaha kepada Jibril dan Israfil maka nabi Allaha di suruhkan pula pada hadrat Allaha Taa’alaya. Maka firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya “Hai kekasihku Mahamada kulihatkan sudah daripada kekayaanku yang di dalam syurga akan tempatmu”. Maka sembah nabi Allaha “Yaa Robaya Yaa Sayada Yaa Mawalanaa telah hamba lihat kekayaan syurga tuhan dengan kurnia tuhan jua” maka firman Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya “Ya rasul Allaha mahukah melihat peri seksa nerakaku” maka sembah nabi Allaha “Yaa Robaya Yaa Sayada Yaa Mawalaana tuhanku dan junjunganku firman tuhanku yang maha mulia”.

Maka firman Allaha kepada malaikat maqorobin “Bawa olehmu kekasihku kepada Jibril dan Israfil”. Maka malaikat maqorobin itu berkata kepada Jibril “Ya Jibril ya Israfil bawa olehmu nabi Allaha ini lihatkan ke dalam neraka hendak melihat seksa neraka berdiri di atas ikan ikan itu di atas laut hawa”. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan neraka ujar Jibril berseru2 “Hai malaikat Zabaniah bukai kami pintu neraka” maka ujar malaikat Zabaniah segeralah membuka pintu neraka maka melihat seorang manusia serta dengan Israfil.

Malaikat Zabaniah berkata “Siapa serta saidina itu terlalu sekali elok rupanya dan mukanya bercahaya seperti bulan” maka ujar Jibril “Tiadakah kau kenal itulah nabi Mahamada kekasih Allaha Taa’alaya”. Maka ujar malaikat Zabaniah “Mengapa engkau bawa ke dalam neraka itu” maka ujar Jibril “Lihat oleh nabi Mahamada neraka ini” maka nabi Allaha pun melihat neraka tujuh pangkat. Yang pertama neraka Jahanam namanya dan pangkat yang kedua Saqar namanya di pangkat yang ketiga Hathomah namanya pangkat yang keempat Jahim namanya di pangkat yang kelima Hawiah namanya dan pangkat yang keenam Qoriah namanya dan pangkat yang ketujuh Wail namanya.

Bermula pada suatu pangkat neraka itu tujuh puluh rumah api dan pada suatu rumah itu tujuh puluh ribu bilik api dan suatu bilik itu tujuh puluh ribu rantai daripada api dan tujuh ribu seksa penuh dengan ular dan kala pun besarnya seperti gajah yang besar. Bermula api itu seribu rumah api itu dan pedang api itu seribu tahun perjalanan dua puluh rumah api maka nabi Allaha pun gementar melihat hal neraka itu. Maka ujar Jibril akan nabi Allaha “Jangan tuan hamba takut dan gementar saidina melihat kekayaan Allaha Taa’alaya itu. Bermula daripada suatu pangkat demikian bertambah2 seksanya di lihat oleh nabi Allaha.

Adapun sungai di dalam neraka itu lima ratus perjalanan luasnya itu maka nabi Allaha bertanya “Apa namanya sungai ini” maka ujar Jibril “Jahim namanya yang tersurat di dalam Qoroana Ana Ladayanaa Anakaalawa Wa Jahayamaa Wa Thoa’amaa Aa’shota Wa A’na Ba Al Bamaana. Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha jikalau kiranya titik air di dalam neraka itu jatuh ke bumi nescaya oleh bumi ini mendidih bumi itu”. Maka nabi Allaha melihat kayu seperti kepala babi maka nabi Allaha bertanya “Buah apa ini” ujar Jibril “Ya nabi Allaha inilah kayu Zaqum namanya yang tersurat di dalam Qoroana Ana Shajarota Al Zaqowama Thoa’ama Al Ashayama”.

Maka nabi Allaha melihat sungai suatu airnya nanah baunya terlalu busuk maka nabi Allaha berkata pada Jibril “Neraka apakah itu” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha di sanalah segala orang berzina dan orang minum arak dan minum tuak dan orang yang menyabung haiwan sekelian itu di dalam neraka”. Maka nabi Allaha bertanya pada Jibril “Di mana nyawa pada segala orang kafir itu” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha adapun nyawa segala kafir ada di bawah tujuh petala bumi di sanalah tempat berhimpun nyawa segala orang kafir” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha mahukah tuan hamba melihat” maka kata nabi Allaha “Janganlah hamba melihat dia nyawa orang celaka itu”.

Maka ujar Jibril dan Israfil “Marilah kita kembali membawa nabi pulang ke hadrat Allaha Taa’alaya” maka nabi pun meminta doa “Ya tuhanku lepaskanlah apalah umatmu ini daripada api neraka”. Setelah sudah hamba melihat itu maka firman Allaha Taa’alaya “Hai kekasihku suruhkanlah umatmu sembahyang lima waktu di dalam sehari semalam dan puasa yang setahun itu tiga bulan atau sebulan” maka nabi bersembah “Ya tuhanku tatkala azali maka hamba di suruh sujud lima kali sujud jua”. Maka firman Allaha Taa’alaya “Angkatlah engkau ya Mahamada” maka sembah nabi “Yakinlah hambamu ya tuhanku”.

Maka nabi Allaha berdatang sembah pula “Yaa Sayadaya Yaa Sayadanaa Waa Mawalaana tiada akan kuasa umatku berbuat yang itu” maka firman Allaha “Jika demikian pada sehari semalam suruhkan sembahyang lima waktu dan puasa setahun sebulan puasanya. Ya Mahamada suruhkanlah oleh umatmu dan kamu larangkan berbuat jahat”. Maka nabi Allaha berdatang sembah “Ya tuhanku hambamu junjunglah maka firman Allaha yang maha mulia akan kebaktian umat hambamu daripada sehari semalam sembahyang lima waktu dan puasa setahun sebulan”.

Maka firman Allaha Taa’alaya “Ya Mahamada ajarkan pada segala umatmu daripada suatu tasbih yang engkau dengar pada segala umatmu daripada suatu yang di bacanya sekali tasbih pun beribu2 dosanya pun aku ampun”. Maka nabi Allaha melihat suatu surat di bawah Arash Allaha demikian bunyinya Sabahaana Al Malaka Al Jabaaro Sabahaana Al A’zayaza Al Ghofaaro Sabahaana Al Wahada Al Qohaaro Sabahaana Al Kabayaro Al Mataa’ala Sabahaana Wa Taa’alaya Wahadaha Laa Sharoyaka Laha. Maka firman Allaha Taa’alaya “Ya Mahamada ajarkan kepada umatmu itu supaya aku ampun dosanya. Ya Mahamada yang terlebih ibadat yang harap kepada aku dan jangan menduakan itulah yang oleh kurnia aku dan ampunan” nabi Allaha pun sujud mendengar.

Firman Allaha Taa’alaya kepada malaikat Al Maqorobin “Hai pergilah kamu hantarkan kekasihku itu pada Jibril dan Israfil” maka malaikat itupun membawa nabi Allaha pun melihat pada malaikat terlalu banyak tiada berketahuan banyaknya melainkan Allaha yang lebih tahukan banyaknya demikian bunyinya Sabahaana Al Daama Al A’ama Al Daama Sabahaana Al Haya Al Qoyawama Sabahaana Wa Ba Hamadaha Sabahaana Al A’laya Al Aa’laya. Maka kami lalu dari sana bertemu dengan seekor harimau maka tiada lagi jalan yang lain maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha ambil cincin pada jari tuan hamba itu lontarkan kepada mulut harimau itu”.

Maka nabi Allaha pun lalu dari sana bertemu dengan nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama maka hamba pun bertanya akan nabi Allaha “Yang dua belas laksa empat ribu itu mana tempatnya sekarang” maka ujar Musa A’layaha Al Salama “Masing2 pada tempatnya”. Setelah sudah nabi Allaha bertanya malaikat itu memberi salam akan nabi Allaha maka nabi berjabat tangan pada sekelian malaikat itu maka membaca sholawat Allahama Shola A’laya Mahamada Wa A’laya Ala Mahamada. Maka lalu dari sana maka ujar Malaka Al Mawata bertanya pada nabi Allaha “Ya nabi Allaha ajarkan tasbih hamba kepada umatmu supaya di ampun Allaha Taa’alaya dosanya tatkala akan matinya” maka demikian bunyinya Sabahaana Al Awala Al Mabadaya Sabahaana Al Ghonaya Al Maghonaya Sabahaana A’laya Al Aa’laya Sabahaanaha Wa Taa’alaya Wahadaha Laa Sharoyaka Laha. Ya nabi Allaha barang siapa membaca tasbih ini maka beroleh rahmat akan Allaha Taa’alaya”.

Maka nabi Allaha pun turun dengan Jibril A’layaha Al Salama maka nabi Allaha pun naik ke atas Buraq maka nabi Allaha pun di terbangkan Buraq kepada selapis langit. Maka nabi Allaha pun tiada khabarkan dirinya datang kepada langit yang pertama. Setelah sudah itu maka nabi Allaha pun berbangkit oleh Buraq itu tiada khabarkan dirinya datang ke Bayata Al Maqodasa. Maka nabi Allaha sembahyang di dalam masjid Al Aqsa dua rakaat salam.

Maka nabi Allaha bertemu dengan rumah banyak2 terbuka pintunya maka nabi Allaha pun melihat orang banyak2 itu. Maka ujar nabi Allaha bertanya pada orang itu “Siapa kamu ini” maka kata orang banyak itu “Kami sekelian ini umat nabi A’yasaya (Isa) ruh Allaha”. Maka ujar nabi “Ya kaum A’yasaya membaca shahadat kamu sekelian akan aku” maka mereka itu mengucap shahadat Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha maka orang itu masuk agama Asalama dengan berkat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Maka nabi Allaha naik ke atas Buraq seperti kilat yang maha tinggi maka datang ke Makah ke rumah Umi Hani maka Buraq itupun memohon pulang maka hamba lihat. Maka kata nabi Allaha “Ya A’bas demikianlah perinya hamba mengadap Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya denga kurnianya ya A’bas daripada sepuluh bagai pun tiada aku khabarkan. Setelah sembahyang subuh maka nabi naik mimbar serta berseru2 pada sahabat dan kaum maka berhimpunlah segala sahabat sidang jemaah.

Maka Ali rodhoya Allaha a’naha pun datang membawa cincin kepada rasul Allaha maka rasul Allaha berkata “Dari mana cincin ini kepada dirimu”. Maka ujar Ali rodhoya Allaha a’naha “Ya nabi Alaha tatkala tuan hamba lalu dari sana serta Jibril itu maka hamba di jadikan harimau di bawah Arash Allaha itu”. Maka nabi Allaha pun tahulah akan baginda Ali harimau Allaha maka nabi Allaha berkhabarlah perinya mengadap Allaha Taa’alaya.

Pada antara itu ada orang seorang bani Israil mendengarkan nabi Allaha bercetera. “Akan pada halnya tiada sungguh cetera ini selapis langit lima ratus tahun perjalanan datang kepada tujuh lapis langit demikian juga. Pada hatiku tiadakan sungguh ceteranya demikian jauhnya ganda berganda dan di ceterakannya syurga tujuh pangkat dan neraka tujuh pangkat habis di jalannya. Pada hatiku tiada sungguh tetapi aku lapar hendak makan” maka pulanglah ia lalu dari pasar. Maka bertemu dengan orang jual burung maka di belinya burung itu maka pulang ke rumahnya maka di sembelihnya burung itu maka kata kepada isterinya “Segeralah masakkan burung ini”.

Maka ia berkhabar pada bini “Aku mendengarkan ceteranya Mahamada mengadap kepada Allaha Taa’alaya katanya melihat syurga tujuh pangkat dan neraka tujuh pangkat tetapi pada hatiku tiada percaya tetapi mulutku tiada berkata termasa orang banyak mendengarkan dia. Maka aku hendak mandi”. Maka pergi mandi maka kainnya di taruhkan di tepi sungai itu maka menyelam maka datang bunyi suara di dengarnya seperti halilintar maka terkejut hendak berbangkit. Lama antaranya bangkit ia dari sungai itu maka melihat dirinya itu menjadi perempuan yang muda serta baik rupanya dan negeri itu bukan tempat negerinya maka ada seorang laki2 muda baik rupanya.

Maka di lihat perempuan itu serta ingat akan dirinya perempuan dan lagi tiada berkain. Maka oleh laki2 muda lalu di tanya “Hai perempuan muda orang mana engkau ini” maka perempuan itupun malu dan lagi dirinya tiada berkain. Maka oleh laki2 muda itu di berilah kain lalu di bawnaya ke rumahnya maka lalu di ambilnya akan isteri. Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya berapa lamanya maka lalu beranak lima orang di dalam negeri itu. Maka pada suatu masa itu hendak mandi berlimau maka ia pergi ke sungai itu menyelam di dalam air itu maka datang bunyi seorang suara seperti dahulu itu di dengarnya maka hendak berbangkit tiada boleh.

Lama antaranya maka ia kembali kepada tepi sungai yang dahulu itu maka ia bangkit daripada menyelam itu maka di lihat dirinya menjadi laki2 pula dan kainnya pun ada lagi terhantar di tepi sungai itu. Maka ia mengambil kainnya maka hairanlah melihat dirinya dan isterinya lagi masak burung dara itu ujarnya “Segeralah masak aku sangat lapar” kata isterinya “Tiadakah kerja yang lain aku pun sangatlah lapar pula”. Maka di dalam hatinya bani Israil “Sungguhlah cetera nabi Mahamada itu demikianlah kekayaan Allaha Taa’alaya” maka kata isterinya “Marilah kita makan” maka makanlah.

Setelah sudah makan maka pergi mengadap rasul Allaha maka ia pun memberi salam maka katanya “Sungguhnya cetera rasul Allaha” maka rasul Allaha pun tersenyum mendengar katanya. Maka ia mengucap shahadat orang itu demikian bunyinya Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Waahadaha Laa Sharoyaka Laha Wa Ashahada Ana Mahamada Rosawala Allaha A’badaha Wa Rosawalaha Wa Sholaya Allaha A’layaha Khoyaro Kholaqoha Mahamada Wa Alaha Ajamaa’yana. Tamat Wa Allaha A’lama Ba Al Showaaba.

Sumber: Kitab Mikraj nabi Allaha
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment