Pages

Thursday 8 October 2015

Anugerah Dan Kurnia

Bilamana ini adalah anugerah dan kurnia yang diberikan oleh Allah kepada insan yang diberikan perasaan dan jiwa, bayangkan bagaimana perasaan makhluk yang tidak bernyawa, makhluk yang jamad benda yang mati, akan tetapi mempunyai hubungan tersendiri dan bahasa tersendiri dengan baginda Rasulullah S.A.W.

Dalam shahih Al-Bukhari, diriwayatkan ketika baginda sedang menyampaikan khutbah dimimbar kebiasaannya baginda menyampaikan didapati potongan daripada pokok kurma yang menjadi tempat sandaran baginda Rasulullah untuk bersandar ketika menyampaikan khutbahnya dahulu sebelum dibina mimbar maka itu pokok ataupun potongan daripada pokok kurma itu bergerak dan menangis, rintihan suara itu potongan pokok kurma mengganggu suara baginda Rasulullah yang sedang menyampaikan khutbah sehingga menyaingi suara pokok kurma itu dengan suara baginda Rasulullah.

Suara penyampaian baginda Rasulullah kurang didengar oleh para as sahabah sebab suara tangisan pokok itu semakin kuat sementara dibiarkan oleh Rasulullah pada waktu itu maka baginda memutuskan khutbahnya, turun daripada mimbarnya, menghampiri kepada potongan pokok kurma itu yang sedang menangis didapati meletakkan mulutnya lalu kemudian meletakkan telinganya, begitu berkali-kali kata para as sahabah, "Saya boleh bayangkan bagaimana sikap baginda Rasulullah kepada potongan pokok kurma itu umpama seorang ibu yang sedang menepuk kepada anaknya yang sedang menangis agar supaya berdiam sedikit demi sedikit."

Demikian yang dilakukan oleh Rasulullah, berdialog dengan pokok kurma yang sedang menangis sehingga habis tangisan pokok kurma itu baginda terus menyambung khutbahnya dan memberitahukan "Pokok kurma itu tidak sabar berjauhan dengan sentuhan aku, dia ingin disentuh selalu oleh aku. Aku beri pilihan kepada dia untuk aku jadikan dia pokok kurma dengan buah sepanjang zaman sampai hari kiamat atau pun menjadi pokok kurma di Syurga. Dia memilih untuk menjadi pokok kurma di Syurga."
Kenapa ingin menjadi pokok kurma di Syurga? Adakah kerana inginkan buahnya berbuah sahaja? Kerana ingin mendampingi kepada Rasulullah S.A.W.
Kata Saidina Hasan Al-Basri: "Wahai manusia, ini pokok kurma mempunyai perasaan sedemikian, bagaimana kamu yang diberikan anugerah oleh Allah, perasaan, tidakkah kamu mempunyai perasaan sentuhan khusus kepada Nabi Muhammad S.A.W."

- Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
( Malam Cinta Rasul 2012 )

No comments:

Post a Comment