Pages

Thursday 8 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 7 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 9 ) :

" Hai Iblis ! Sekalian sahabatku itu betapa kepada engkau dan bagaimana halnya ? "

Maka sembah Iblis : " Ya Nabi Allah , adalah sekalian sahabat tuanhamba itu ialah sebesar besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawannya dan tiada dapat masuk suatu tipudaya hamba kepada mereka itu, kerana tuanhamba telah berkata bahawa sekalian sahabatku itu adalah seperti bintang dilangit, Jika kamu mengikut akan mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Ya Nabi Allah , sekalian sahabat tuanhamba itu sangat taat mengerjakan perintah tuanhamba lagi setia dan bersungguh sungguh menyiarkan syariat tuanhamba kepada sekalian manusia daripada Quran dan Hadis. Ada pun Saidina Abu Bakar al Sidik bib Abi Qahafah itu sebelum bersama dengan tuanhamba,maka hamba tiada dapat hampir kepadanya apalagi pula ia telah mendampingi dirinya kepada tuan hamba dan kuat menyaksikan atas kebenaran tuanhamba hingga ia telah menjadi wazirul a'zim dan tuanhamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekalian isi dunia nescaya lebih berat amal kebajikan Abu Bakar, tambahan pula ia menjadi mertua kepada tuanhamba kerana berkahwin dengan anak perempuannya Saiyidatina Aisyah itu, beliau banyak menghafaz hadis tuanhamba.

Adapun sahabat tuanhamba Saidina Umar al Khttab. tiada berani hamba pandang mukanya kerana ia sangat keras menjalankan hukum syariat tuanhamba dengan saksama. Jika hamba terpandang mukanya maka gementarlah segala tulang sendi hamba daripada sangat takut hamba kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi tuanhamba telah bersabda : " Bahawa kiranya ada nabi kemudian daripada aku nescaya Umar al Khattab boleh menggantikannya." kerana ianya seorang harapan yang besar kepada tuanhamba dan ia juga pandai membezakan iman dan kafir hingga digelar akan dia " Umar al Faruq ".

Ada pun sahabat tuanhamba Saidina Osman ibni Affan itu lebih lebih lagi tiada boleh hampir kepadanya,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Quran siang dan malam,pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala orang yang mati syahid lagi menjadi menantu kepada tuanhamba dua kali. Kerana sangat taatnya hingga datang kepadanya beberapa Malaikat mengunjungi kepadanya dengan hormat takzimnya,kerana sekalian Malaikat itu sangat malu hingga tuan hamba berkata : "Barang siapa yang menulis Bismillaahir rahmaanir rahim pada kitab kitab atau kertas kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala Osman mati syahid."

Adapun sahabat tuanhamba Saidina Ali bin Abi Talib itu hamba sangat takut kepadanya kerana hebat kelakuannya dan dasyat melihat gagah perkasanya dimedan peperangan merempuh segala musuh. Mka apabila Iblis,syaitan dan jin memandang mukanya nescaya terbakarlah kedua biji matanya kerana ia sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan dan ia adalah pertama tama kanak kanak yang masuk islam dan ia juga tiada menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala,sebab itulah juga ia digelar "Ali karramallahu wajhahu" ( Dimuliakan Allah akan wajahnya ) dan disebut jua akan dia Harimau Allah dan tuan hamba telah berkata " Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." tambahan lagi ia telah menjadi menantu tuanhamba terlebih lagi hamba ngeri kepadanya.

No comments:

Post a Comment