Pages

Friday 9 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 9 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 15 ) :

" Dengan jalan apa yang boleh menolak tipudaya engkau ?"

Maka sembah iblis : "Iaitu jika seseorang berbuat dosa,maka segeralah ia kembali bertaubat kepada Allah dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 16 ) : 

" Hai Iblis ! siapakah yang paling engkau sukai ? "

Maka sembah Iblis : "Iaitu apabila lelaki dan perempuan yang tiada mencukur atau mencabut atau tiada menggunting bulu ari ari ( bulu yang tumbuh disisi kemaluannya ) yang telah sampai 40 hari lamanya maka duduklah hamba mengecilkan diri seperti pepijat bersarang disitu demikian lagi tempat hamba bergantung dan berbuai  iaitu pada bulu ketiak orang yang tiada mencukur atau mencabutnya ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 17 ) :

" Hai Iblis ! siapa saudara engkau ? "

Maka sembah Iblis : " Iaitu orang orang yang tertidur tertiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh,maka ia tidur pula tiada segera sembahyang subuh,maka hamba uliti akan dia hingga lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada zohor,asar dan maghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas mengerjakan sembahyang."
Apabila hendak tidur bacalah Bismillaahir rahmaanir rahiim 21 kali.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 18 ) :

" Hai Iblis ! Dengan apa jalan yang membinasakan engkau ?

Maka sembah iblis : " Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang lain,membanyakkan taubat,memperbanyakkan tadarus al Quran dan sembahyang diwaktu malam ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 19 ) :

" Hai Iblis ! Apa pula yang dapat memecahkan mata engkau ? "

Maka sembahnya : " Iaitu orang yang duduk dimasjid dengan kerana Allah serta beriktikaf didalamnya.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 20 ) :

" Hai iblis ! Apalagi yang dapat memcahkan mata engkau ? "

Maka sembah Iblis lagi : " Iaitu orang yang taat kepada kedua ibu bapa dan mendengar kata keduanya dan membantu makan pakainya kerana tuanhamba telah bersabda : Bermula syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu bapa."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 21 ) :

" Hai iblis ! Apa pula yang merantai akan engkau ?
Apabila umatku memberi salam satu sama lain betapa engkau rasa ?
Siapa pula sahabat yang hampir kepada engkau ?
Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau ?
Dimana tempat engkau diam ?
Dimana tempat perhimpunan engkau ?

Maka sembah iblis : " Yang dapat merantai akan daku iaitu orang orang yang berjual dengan betul timbangannya, sukatannya,ukurannya dan tukarannya.

Apabila bertemu antara dua orang di tengah perjalanan dan memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya,maka pecahlah dada hamba rasanya,maka hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun-ia dan sahabatnya-yakni apabila berpisah keduanya.

Sahabat yang paling hampir kepada ku adalah orang orang yang meminum arak atau tuak atau candu atau ganja kerana merbahayanya boleh membawa kepada pecah belah dan perkelahian dan penceraian.

Iaitu apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan perempuan muda maka hamba duduk pada leher perempuan perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik hati diantaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak gerak yang membangkitkan nafsu baginya dan manakala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya lalu hamba panah tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak gerak keinginan nafsu syahwatnya. Bermulalah orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara imannya.

Iaitu pada rumah rumah berhala dan pada mana mana batu,kayu,tembaga,dan sebagainya. Apabila menyembah mereka itu maka hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah tambah yakin pada pekerjaannya yang syirik. Beberapa banyak umat tuanhamba yang telah hamba pesongkan masuk kerumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu itu menunjukkan sangat tipis imannya.

Iaitu tiap tiap rumah wayang dan tempat hiburan hiburan dan seumpamanya seperti tempat campur pemuda pemudi. itulah tempat perhimpunan hamba.

1 comment:

  1. Alhamdulillahi rabbil alamin. Telah diriku baca, tetapi ada yang belum lengkap dengan text arabnya, doanya..

    ReplyDelete