Pages

Friday 23 December 2011

IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL

IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL YANG BERSAMBUNG NASABNYA DENGAN Rasulullah dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164 Hijrah, kita-kira 14 tahun selepas Imam Syafi’ie dilahirkan. Kedua-dua orang tuanya berasal daripada Iran, kemudian berpindah dan menetap di Kota Baghdad yang pada ketika itu merupakan pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu pengetahuan Islam yang terkenal. Sepertimana Imam Syafi’ie, beliau dibesarkan dan diasuh oleh ibunya, kerana ayahnya telah meninggal dunia sewaktu neliau masih kecil. Beliau mula menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu Hadis sewaktu berusia 16 tahun. Dari Kufah, Basrah, Syam, Yaman, Makkah dan Madinah. Di samping belajar beliau juga membuat kerja-kerja untuk menyara hidup.
Walaupun ingatan beliau kuat, beliau tetap menulis ilmu yang diperolehinya. Baginya, seburuk-burk catatan lebih baik dari sekuat-kuat ingatan kerana tulisan boleh diwarisi tetapi ingatan adaalah untuk diri sendiri. Meskipun telah bergelar ulama besar namun beliau terus menerus belajar.Bila ditanya sampai bilakah dia akan belajar,dengan spontan dia menjawab”Dari hujung pena hingga ke liang lahad”.Antara guru -guru beliau yang terkenal:
a. Husyaim Bin Basyir
b. Imam Syafi’i
c. Imam Waqi’
d. Imam Abu Yusuf al Qadhi
Dalam usia 40 tahun, Imam Hanbali mula mengajar . beliau amat tegas terhadap orang yang melakukan bida’ah dan kemungkaran sekalipun orang itudianggap ulama oleh masyarakat.
kerana ketegasannya itu,beliau telah dipenjara dan diseksa oleh Khalifah Al makmum yang terpengaruh dengan fahaman Muktazilah berpendapat Al Quran itu adalah baru makhluk Allah .Fahaman ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meyakini bahawa Al Quran bukan makhluk tetapi adalah Kalamullah. Walaupun diseksa ,keyakinan beliau tidak sedikitpun terjejas .Hanya ketika pemerintahan Al Mutawakkil, barulah penyeksaan terhadap Imam Hanbali dihentikan iaitu setelah 14 tahun beliau di seksa.
Sebenarnya Imam Hanbali telah memperolehi isyarat bahawa beliau akan mengalami penyekssaan sedemikian rupa. Imam Syafi’i yang merupakan guru beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah . Baginda memberitahu bahawa Imam Hanbali akan menghadapi ujian yang berat berikutan fitnah yang berlaku ke atas umat Islam.Tidak hairanlah kenapa beliau begitu tabah dan sanggup berhadapan dengan ujian berat sedemikian rupa.
Setelah keluar dari penjara, Imam Hanbali terus mengajar walaupun beliau sering sakit.Tujuh tahun kemudian, iaitu pada 12 Rabiul Awal tahun 1241 Hijrah, beliau meningalkan dunia yang fana ini menuju cintanya, Allah Yang Maha Esa ketika berusia 77 tahun.

Imam Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbali sangat memuliakan ahli Hadis kerana baginya ahli Hadis sentiasa memperkatakan perkara benar dan selaras dengan syariat. Malah, beliau sanggup pergi walau ke mana saja terdapatnya ahli Hadis tanpa memikirkan rintangan yang bakal dihadapinya.
Pernah satu ketika beliau mendengat terdapat seorang perawi yang masyhur di Syam. Tanpa melengahkan masa, beliau terus pergi mendapatkan perawi tersebut. Sesampai sahaja di sana, Imam Hanbali mendapati perawi itu sedang memberi makan seekor anjing. Beliau lantas memberi salam. Perawi itu menjawab salam, namun sedikit pun tidak menoleh ke arah tetamunya itu. Malah terus memberi anjing tersebut makan.
“Apakah engkau marah kepadaku?” soal perawi itu kepada Imam Hanbali sebaik sahaja dia selesai melaksanakan kerjanya. Sebenarnya Imam Hanbali kurang senang dengan layanan perawi itu. Lantas beliau mengiyakannya. Perawi tersebut kemudian berkata, “Di negeriku ini tidak ada anjing. Tapi anjing ini mengikutiku kerana ia lapar dan dahaga. Dengan memberikannya makanan dan minuman, aku merasa telah menunaikan tanggungjawabku seperti yang telah disampaikan kepadaku oleh Abu Zanad dari Al Araj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Siapa yang menghampakan harapan orang yang berharap kepadanya, Allah akan menghampakan harapannya pada Hari Qiamat kelak (tidak masuk Syurga).”
“Terima kasih. Cukuplah bagiku Hadis ini dan semoga Allah akan menyampaikan harapanmu kelak,” kata Imam Hanbali dengan tersenyum lantas beliau kembali semula ke Baghdad.

Imam Hanbali banyak menghabiskan masanya dengan menghadiri majlis ilmu yang dipimpin oleh Imam Syafi’ie kerana Imam Syafi’ie memiliki ilmu yang luas tentang Hadis dan sanadnya serta ilmu Usul Fiqh yang pada masa itu tidak ada pada orang lain. Beliau memeliki keinginan yang kuat untuk mencari dan menghimpunkan seberapa banyak Hadis dan khazanah ilmu.
Sebab itu apabila sahaja mendengar berita bahawa ada seorang ahli Hadis di sebuah negeri, beliau pun berkejar ke sana tanpa memikirkan kesusahan dan cabarannya. Tidak hairanlah, khazanah Hadis yang dimiliki Imam Hanbali tidak terkira banyaknya. Dan berkat kegigihannya tersebut ramai ulama’ berkata bahawa beliau berjaya mencungkil banyak Hadis . Sekiranya tidak diusahakan oleh beliau, mungkin Hadis tersebut terpendam begitu sahaja.
Imam Hanbali dikatakan pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan dalam mimpi itu beliau berkata kepada baginda:
“Dapatkah kiranya tuan mendoakan saya semoga saya selamat dari seksa-Nya di akhirat kelak.?”
Maka Rasulullah menjawab: “Aku memang telah mendoakan engkau demikian.”
Imam Hanbali bertanya, “Bila ya Rasulullah?”
Jawab Nabi, “Sejak engkau menghidupkan sunnahku, padahal ia telah dipendamkan oleh para ahli bid’ah”

Ketika beliau wafat, beliau telah membacakan semua Hadis yang menjadi hafalannya untuk ditulis oleh pengikut dan anak muridnya. Apabila kertas yang ditulis dengan Hadis tersebut dikumpulkan, ia cukup untuk muatan 12 ekor unta.

No comments:

Post a Comment