Pages

Monday 12 December 2011

HIKAYAT KEMAL ANTARTUK YANG KUFUR.

SEJARAH KAMAL ATARTUK.


Mustafa Kamal Atartuk di beri gelaran al Ghazi ( orang yang memerangi ). Perkataan Atartuk bermakna bapa Turki.Atartuk ialah orang yang bertanggungjawab MERUNTUHKAN KHILAFAH ISLAM-TURKI pada tahun 1343H ( 1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H ( 1880M) di bandar Salonika,Greek yang ketika itu merupakan taklukan KHILAFAH UTHMANIYYAH. Bapanya bernama Ali Reda Afandi,bekerja sebagai pengawal kastam.

H.S Armstrong,salah seorang pembantu Atartuk dalam bukunya yang berjudul al Zi'bu al Aghbar atau al Hayah al Khasah Li taghiyyah telah menulis :

"Sesungguhnya Atartuk adalah daripada keturunan YAHUDI. Nenek moyangnya adalah yahudi dari Sepanyol ke bandar Salonika.Golangan yahudi ini dinamakan dengan YAHUDI DAUNAMAH yang terdiri daripada 600 buah keluarga.Mereka mendakwa telah memeluk islam pada tahun 1095H ( 1683M ),tetapi masih menganut agama yahudi secara senyap2. Ini di akui sendiri oleh bekas Presiden Israil, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M).Ada kumpulan2 agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran yahudi secara senyap senyap.

Ketika Mustafa Kamak mencapai usia 12 tahun,beliau memasuki sekolah tentera Salonika.Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1322H (1905M).Beliau memasuki kolej tentera di Istanbuldan menamatkan latihan ketenteraannya pada 1325H (1907M).

Kemudian beliau telah ditugaskan di kem tentera batalion ketiga di Salonika.Disini bermulanya usaha Atartuk dalam memusuhi Khilafah Uthmaniyyah dan agama islam.Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera,beliau telah mengingatkan rakan2 pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran islam.

Di antara perkara2 besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah :

1. MENUKAR PERJANJIAN LUZAN.

Pada awal awal abad ke 20M, Mustafa Kamal menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut terdapat 4 syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu :

-SISTEM KHILAFAH ISLAMIAH MESTI DI HAPUSKAN.

-MENGELUARKAN ATAU MENGHAPUSKAN SESIAPA SAHAJA YANG MENYOKONG KHILAFAH ISLAMIAH DAN PEJUANG ISLAM DARI BUMI TURKI.

-MENGGUNA PAKAI PERLEMBAGAAN TURKI BARU ( SEKULAR ) SEBAGAI GANTI KEPADA PERLEMBAGAAN TURKI LAMA ( YANG MENGIKUT SYARIAT ISLAM ).

Jika dilihat kepada syarat2 perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran islam.Beliau cuba manghapuskan system khalifah islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat islam dalam urusan pemerintahan negara dan sekaligus mahu melaksanakan system sekular ciptaan kristian.

2. MENUKAR PERATURAN SYARIAT ISLAM DENGAN UNDANG2 BARAT.

Setelah berkuasa Mustafa Kamal menukar undang2 syariat islam dengan undang2 barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang2 sivil dari Switzerland,undang2 jinayah dari Italy,perundangan dari Jerman.Apa yang dilakukan adalah mahu melaksanakan perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat islam dari dilaksanakan di dlm system pemerintahan Turki.

3. MEMISAHKAN DAN MENGASINGKAN URUSAN AGAMA DENGAN POLITIK DAN NEGARA.

Mustafa Kamal merupakan pemimpin islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik, bagi menjayakan pemisahan itu beliau ada menyebut " TIDAK ADA POLITIK DALAM AGAMA DAN TIDAK ADA AGAMA DALAM POLITIK"

4.AZAN DALAM BAHASA TURKI.

5.AL QURAN DI CETAK DALAM BAHASA TURKI.

6.MEMAKSA PEREMPUAN MEMBUKA ATAU MENDEDAHKAN AURAT.

7.DITUKAR HARI CUTI UMUM KEPADA HARI AHAD.

Pemimpin islampertama yang telah menukarkan cuti tersebut kepada hari ahad sama seperti cuti di negara2 barat kristian,selain itu juga beliau menukar kalendar tahun Hijrah kepada masihi.Lama kelamaan umat islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari jumaat.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara2 negatif yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki.perubahan2 negatif yang disebut di atas itu kemudiannya di sambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehinggalah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga bmereka jauh dari ajaran islam yang sebenar.
Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakkan sedemikian rupa adakah boleh di anggap sebagai penyelamat umat islam Turki? atau sebagai bapa Turki moden? Beliau adalah seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama islam serta orang kuat yang menentang syariat yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w secara terang terangan.

No comments:

Post a Comment