Pages

Friday 6 April 2018

NASIHAT IMAN USTAZ AKHI AHMAD RIZAM (5)

● Maka patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersolat, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel, punya pangkat dan darjat, memandu dan menunggang kereta atau motosikal atau sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak sama sekali! Semua itu adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Subhanallah! Tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tentu kita akan ingkar dan sesat sepertimana orang kafir tanpa kita sedari. Maka sentiasalah kita melahirkan rasa syukur kepadaNya.

● Seseorang yang hidup semata-mata untuk kepuasan nafsu dan kepentingan diri, kerana tidak menghayati hakikat kehambaan diri, pasti tersalah dalam berinteraksi dengan kehidupan ini, sehingga membawa kepada terasa terbeban dengan sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dikejar selalunya tidak dapat. Apa yang didapatinya juga tidak akan kekal bersamanya setelah dia mati. Di mana nilai sebuah kehidupan bagi manusia yang semacam ini?

Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

● Kebahagiaan bukan pada kepuasan nafsu, tetapi pada terealisasinya kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Kekayaan itu ialah kekayaan jiwa. Hidup ini bukan tempat setiap orang cari apa yang dia mahukan, tetapi hidup ini ialah tempat setiap orang menunaikan tujuan asal dirinya diciptakan. Kalau mahu terus mencari makna kebahagiaan selain makna yang diingini oleh Tuhan, maka setiap langkahmu dalam mencarinya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang kamu himpunkan hanyalah penderitaan demi penderitaan.

● Tutuplah akan bathin mu dengan pakaian yang menutup segala aib dirimu seperti mana kamu menutup akan aurat pada tubuh zahirmu .

● Manusia hidup di dunia berbagai-bagai keadaannya, tidak sama,
Ada yang miskin, kaya, pandai, bodoh, yang cacat dan sempurna,
Ada yang berkuasa, ada pengikut, ada yang berpengaruh, ada yang menjadi raja,
ada yang berkawan, ada yang seorang diri sahaja,
Ada yang terkenal, ada nama, ada yang tidak tahu tentang dirinya,

Kalau mereka tidak takutkan Tuhan, tidak takut hari pembalasan,
Mereka akan melahirkan sikap mengikut keadaan dan suasana kehidupannya,
Ada yang megah, ada yang sombong, ada yang terhina,
Ada yang kecewa, ada yang putus asa, ada yang berbagai-bagai lagi sikap
Mengikutlah keadaan dan situasi diri dan status diri,

Tapi semuanya itu akan bersendiri apabila MATI suatu masa nanti.

● Banyaknya dosa yang dilakukan oleh seorang manusia menyebabkan ia lupa akan berapa banyak dosa yang pernah ia lakukan, sehingga ada pemahaman untuk tidak peduli dengan apa yang diperbuat, asalkan hatinya senang.

maka hal apapun akan dilaksanakan. Ketika banyaknya dosa yang dilakukan, maka itu akan berpengaruh kepada kehidupan dunianya sehingga membawa ia kepada rasa putus asa dengan rahmat Allah.

● Sekiranya anda merasakan bahawa  anda susah untuk beramal dengan islam sepenuhnya. ketahuilah bahawa para nabi dan rasul juga pernah mengalami kesusahan dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam sebelum mencapai kemenangan. Kesusahan yang mereka hadapi tidak pernah menyebabkan mereka berputus asa, malahan mereka terus berjuang di atas jalan kebenaran sehingga mendapat kemenangan.

Dengan kesusahan mereka lah kita dapat mengenal islam dan dapat merasai nikmat iman.

● berpesanlah antara satu sama lain dengan tiga kalimah:

1.Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah s.w.t akan mencukupkan urusan dunianya.

2.Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.

3.Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.

● orang yang alim yang terpimpin lagi dikasihi oleh Allah SWT. Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

#sayabodohlagihina.
#sayajahatlagiberdosa.

● Janganlah kita buat mengikut apa yang kita kehendaki
Tetapi  berbuat lah apa yg allah kehendaki.

Syurga milik allah
Neraka juga milik allah.
Allah memberikan kita pilihan sama ada syurga atau neraka dengan pertunjuk yg telah diberikan oleh allah. Jika kita tidak mengikut pertunjuk yg allah berikan kepada kita maka kita telah memilih neraka sebagai rumah kita seterusnya.

Wahai teman
Neraka itu azab tiada nikmat dan keseronokan  didalam nya.
Hindari lah ia.

Syurga itu nikmat
Tiada kesakitan didalam nya.
Tiada jemu dan bosan didalam nya.
Tiada penghujung bagi kehidupan orang yg mendiami nya.
Mohon lah kepada allah agar ada ruang untuk kita disana.
Berbuat lah kebaikan dan tinggalkan lah perkara yg allah tidak suka.

Walaupun sekelian manusia tidak suka kepada kita kerana kita buat apa   yang allah suka maka teruskan lah. Semoga kita akan dapat sedikit ruang di jannah allah.

● Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran. Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga syaksiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...

YA ALLAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU . KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU. AMIIN.

● Hampir nya saat ini.

Kedatangan Ramadhan Membawa Berkat
Bulan Ramadhan amat mulia, membawa rahmat, kedatangannya berkat, berlaku maghfirah, pahala berganda lailatul qadar macam panjang umur;
Ketibaannya macam kedatangan seorang pemimpin yang mulia yang sangat dihormati,
Seorang pemimpin seperti Rasul, maksum, akhlaknya tinggi lagi mulia, berilmu dan berwibawa
Pemurahnya bagaikan hujan lebat, tawadhuknya menghancurkan hati yang keras,
pemaafnya menjadikan orang malu, mengutamakan orang, setiap hati terpaut kepadanya;
Beraninya menggentarkan musuhnya, berstrategi, berhikmah,
ilmunya diucapkan bak mutiara, mendengar ilmunya tidak jemu-jemu;
Kehilangannya dirindui, ketibaannya dinanti-nanti,
Begitulah Ramadhan jika dia seorang manusia, manusia yang luar biasa.

● Jauh atau sunyinya hati seorang manusia dari cahaya Allah disebabkan oleh perbuatan maksiatnya. Tidak ada perbuatan meninggalkan dosa yang dapat menghilangkan kesunyian tersebut kecuali berwaspada dari perbuatan maksiat.

Seseorang yang berakal tentu akan dengan mudah meninggalkan kesunyian itu agar hati nya tidak jauh dari cahaya allah.

● Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasikkanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".

● Kebaikan balasannya kebaikan dan kejahatan balasannya kejahatan.

Walaubagaimanapun penyakit hati boleh menghapuskan kebaikan manakala keampunan dan kemaafan boleh menghapuskan kejahatan.

No comments:

Post a Comment