Pages

Thursday 8 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 6 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 8 ) :

" Hai Iblis! Jika umatku berpuasa dengan kerana Allah apakah yang engkau rasa ? "

Maka sembah Iblis : " Ya Nabi Allah , inilah suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk malam awal bulan Ramadhan , maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi dan segala Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang orang yang berpuasa mendapat sebesar besar kurnia Allah Taala yang mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, tambahan lagi yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit,bulan dan bintang dan Malaikat hinggakan burung burung dan ikan ikan yang didalam laut dan ikan air tawar demikian juga tiap tiap yang bernyawa diatas muka bumi semuanya mendoakan siang dan malam memintakan ampun bagi orang yang berpuasa itu iaitu dimerdekakan dari azab api neraka, demikian lagi telah ditutup segala pintu pintu neraka dan dibuka segala pintu pintu syurga yang lapan dan menghembus angin yang bawah Arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut melalui kedalam syurga.

Maka pada hari dimulai umat tuanhamba berpuasa itu datanglah segala malaikat dengan garangnya tiada membilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkap segala tentera hamba jin syaitan dan ifrit dipasungnya kaki dan tangannya dengan besi panas dan dirantai hamba menunggu hingga selesai umat tuanhamba daripada berpuasa itu baharulah hamba dilepaskan supaya jangan hamba mengacau mereka itu dan umat tuanhamba sendiri telah merasa kesenangan puasa sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri sekalipun tiada sedikit merasai takut seperti malam malam lain ."

bersambung...

No comments:

Post a Comment