Pages

Thursday 8 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 5 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 4 ) :

" Hai Iblis ! Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segala manusia ?

Maka sembah Iblis : " Pertama tama sekali hamba palingkan imannya supaya berpaling iktikadnya kepada kafir samada pada perkataan atau perbuatannya,kelakuannya atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan cara begitu,maka hamba tarik pula kepada jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 5 ) :

" Jikalau umatku membaca Quran dengan kerana Allah, apakah yang engkau rasa ?"

Maka sembah Iblis : " Jika mereka membaca al Quran kerana Allah maka terbakarlah rasa tubuh hamba dan putus putus segala urat hamba maka larilah hamba daripadanya ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 6 ) :

" Hai Iblis ! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa ?".

Maka sembah Iblis : " Telah binasalah diri hamba dan gugurlah segala daging tulang hamba kerana mereka itu mencukupkan rukunnya ."

SOALAN RASULULLAH SAW (7 ) :

"Hai Iblis ! Apabila umatku berdiri sembahyang betapa hal engkau ?"

Maka sembah Iblis : " Masa itulah sebesar besar kesusahan bagi diri hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba,maka pada waktu itu hamba suruhkan sekalian syaitan iblis mengoda orang yang hendak sembahyang pada tiap tiap manusia  itu dengan berpuluh puluh iblis datang mengodanya setengahnya pada anggotanya supaya malas sembahyang dan setengahnya masuk pada hatinya supaya was was di dalam sembahyangnya dan terlupa beberapa bilangan rakaatnya dan berbimbang pada pekerjaan dunia dan hatinya hendak bersegera segera keluar dari sembahyangnya , dan setengah iblis masuk kedalam mata orang yang hendak sembahyang supaya ia tiada khusyuk yakni tiada hadir hatinya didalam sembahyang atau menjeling kekanan dan kekiri didalam sembahyang itu tiadalah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.

Dan setengah iblis masuk kedalam telinganya supaya orang sembahyang itu memasang telinga mendengar orang yang bercakap dan mendengar suara bunyi bunyian dan sebagainya yang sia sia dan setengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tiada kuasa lama lama duduk di waktu sujudnya atau diwaktu tahiyatnya dan didalam hatinya berkehendak segera habis sembahyangnya kerana demikian itu adalah membawa kepada kurang dapat pahala sembahyang. Maka sekiranya sekalian iblis itu tiada dapat mengoda yang demikian itu nescaya sekalaian mereka itu hamba hukumkan dengan seberat berat hukuman.

bersambung....

No comments:

Post a Comment