Pages

Sunday 13 September 2015

Syurga yang Tertinggi

"Syurga yang tertinggi ialah Jannatul Firdaus. Didalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى berfirman; "Dan Aku menciptakan ‘jannaat’ yakni syurga-syurga, bukan satu saja, tetapi jamak banyak, lebih daripada tiga, iaitu bertingkat-tingkat. Ulama berselisih pendapat mana yang di atas, dan yang mana yang dibawah, tetapi semua bersepakat syurga yang tertinggi ialah Firdaus."

"Syeikh Abdul Aziz Al-Dabbab pernah berkata; "Adapon yang paling ramai berada di syurga Firdaus ialah umat Nabi Muhammad ﷺ, dan sangat sedikit yang berada diluarnya. Umat Nabi-Nabi lain pula adalah sangat sedikit berada di syurga Firdaus."

“Barangsiapa yang melepasi umur empat puluh tahun tetapi kebaikannya tidak melebihi keburukannya, maka bersedialah untuk ke api neraka.” Kedudukan hadis ini dhaif. Ada riwayat yang lebih kuat daripada hadis ini yang mana Allah سبحانه و تعالى memberi peluang kepada manusia sehingga enam puluh tahun untuk berubah bertaubat. Setelah itu, jika masih tiada alamat akan perubahan, maka bersedialah untuk ke api neraka."

"Kita mungkin melihat umur enam puluh tahun itu pendek tetapi jika diisi dengan amal ketaatan, maka ianya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah سبحانه و تعالى. Yang mana, Berada tiga hari di Mekah adalah bersamaan dengan seribu tahun, sembilan hari di Mekah bersama tiga ribu tahun. Dan dua puluh hari berada di Mekah, seolah-oleh telah beribadah selama tujuh ribu tahun. Satu hari pada Lailatul Qadar, segala ketaatan dan ibadah yang dilakukan digandakan seolah-olah beribadah lapan puluh tiga tahun."

"Mereka yang berselawat sebanyak lapan puluh kali pada hari Jumaat, selepas Asar, seolah-olah dia beribadah lapan puluh tahun. Enam rakaat sunat yang dilakukan setelah solat Maghrib seolah-olah dia beribadat dua belas tahun. Berapa banyak amalan-amalan ringkas yang di akhirat nanti akan menjadi ganjaran yang besar sekali. Mereka yang mendahulukan solat dengan bersiwak, seoalah-olah dia solat tujuh puluh rakaat, walaupun solat itu solat sunat."

"Guru mulia kami, Al-Habib Zein bin Sumait, sejak kami menuntut ilmu dengannya semenjak dia masih muda, ketika di madrasah di Yaman dulu, beliau tidak pernah meninggalkan untuk bersiwak, dan beliau tidak meninggalkan Qiyammullail selama enam puluh tahun. Semenjak berada di Madinah Al-Munawaarah selama dua puluh tahun beliau tidak pernah meninggalkan untuk ziarah Nabi Muhammad ﷺ."

"Inilah satu perjalanan orang-orang yang soleh. Mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah سبحانه و تعالى dan memenuhi hari-hari mereka dengan ketaatan seperti solat malam, puasa, dan amalan-amalan sunat yang lain. Mereka beramal. Tidaklah perjalanan orang soleh itu dengan mereka bermalas-malasan didalam ibadah. Maka, kita cuba istiqamah menggunakan siwak sebelum solat, kerana syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk melupakan kita untuk bersiwak kerana ia tahu ganjarannya amat besar."

"Rasulullah ﷺ merupakan seorang yang penuh kasih sayang, dan tidak memberati umatnya dan mengizinkan untuk kita bersiwak dengan apa saja benda bersifat kasar, hatta dengan hujung lengan baju pun boleh. Beramal lah diatas dunia ini. Kerana kita dihitung dengan amalan kita. Syurga firdaus itu adalah mahal. Kita berdoa meminta syurga yang tinggi. Lalu apakah yang kita lakukan untuk melayakkan diri kita, untuk seseorang itu dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuknya."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

No comments:

Post a Comment