Pages

Tuesday 15 September 2015

MENGAPA PENTINGNYA ROH DAN HATI


Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor.

Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar. Jika masih tidak berkesan, divari pula rawatsn secara tradisional.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan atau akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan disiksa di Neraka Allah swt di akhirat kelak, wal'iyazubillah.

Pada diri kita, hatilah tempat jatuhnya pandangan Tuhan. Hatilah yang merasa dekat dengan Tuhan. Hatilah wadah rahsia-rahsia Tuhan. Hatilah yang mengenal Tuhan!

Sumber : ustaz Iqbal Zain.

No comments:

Post a Comment