Pages

Wednesday 30 September 2015

Merendah Diri.

"Agama ini adalah agama yg beradab kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan janganlah kamu bersifat takabur. Suatu hari di zaman Rasulullah ﷺ, pada waktu itu Rasulullah bersama para Sahabat yang lain berada di dalam masjid, para Sahabat terlihat seorang lelaki dimana lelaki ini melihat bahawa dirinya lebih baik daripada orang sekelilingnya."

"Lalu ditanyakan oleh Rasulullah kepada Para Sahabat; "Apakah pandangan kalian kepada lelaki itu?" Dijawab oleh para Sahabat; "Lelaki ini layak dikatakan padanya, apabila dia merisik pasti diterima. Dia pasti akan dikahwinkannya. Apabila dia meminta, pasti tidak ada orang yang akan menolaknya." Rasulullah ﷺ hanya diam sahaja."

"Lelaki itu masuk sambil duduk dengan kemegahan." Kemudian. Setelah itu, masuk pula seorang lelaki yang miskin secara zahirnya tetapi mempunya sifat yang jujur kepada Allah سبحانه وتعالى dan ketaqwaan yg tinggi. Lalu ditanyakan soalan yg sama oleh Rasulullah kpd Sahabat, dan Sahabat menjawab; "Wahai Rasulullah, Lelaki ini layak dikatakan padanya."

"Apabila dia merisik, tentu tidak ada siapa yg mahukannya kerana dia tidak ada apa apa padanya. Dan apabila dia meminta, tentu tiada siapa yg akan memberinya."
"Rasulullah ﷺ kemudian menjawab; "Orang yang ini adalah lebih baik daripada orang yang memiliki dunia serta isinya seperti orang yang tadi itu."

"Lalu Rasulullah ﷺ menuju kepada lelaki yang masuk ke masjid itu dengan keadaan yang bermegah itu. Ditanya oleh Rasulullah; "Seketika kamu masuk ke dalam masjid tadi, Adakah kamu berkata di dalam hati kamu bahwa kamu adalah orang yg lebih baik daripada manusia yang lain?" Dijawab oleh lelaki itu; "Ya! Sungguh aku tidak mampu utk menipu mu, Ya Rasulullah."

"Lalu Rasulullah ﷺ menjawab; "Sesungguhnya, aku telah nampak bintik bintik hitam di wajah kamu yang dihasilkan oleh Syaitan." Lihat. Inilah dia kriteria yang ada kepada orang yang suka merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain, berasa megah dengan kealiman yang ada pada diri mereka, berasa diri mereka lebih hebat daripada manusia yang lain."

"Dan hendaklah kamu merendah diri. Agama ini adalah agama yg beradab kepada Allah سبحانه وتعالى, maka janganlah kamu merasa takabbur. Janganlah kamu merasa lebih baik daripada makhluk yang lain hatta makhluk itu adalah seekor anjing kurap sekalipon."

“Allah سبحانه وتعالى kurniakan kita dua mata. Satu mata untuk melihat kebaikan orang lain, dan satu mata lagi untuk melihat keburukan diri kita sendiri. Semua orang mengetahui bahawa masing-masing ada keaiban diri, masing-masing ada zaman kegelapan yang orang lain tidak tahu."

"Tetapi, Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain."
"Jika kita memahami perkara tersebut, Sedangkan diri sendiri mempunyai aib. Lalu, bagaimana kita boleh bersangka buruk kepada orang lain? Orang lain juga bukan Nabi, orang lain bukan Rasul, bukan Malaikat.”

Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment