Pages

Wednesday 16 September 2015

Hakikat Ilmu Sebenar

"Amal ketaatan dan juga kemaksiatan kita adalah semuanya berpunca daripada hati kita. Maka hendaklah kita membersihkan hati kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kita mendengar peringatan daripada para ulama. Seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mempunyai adab maka dia tidak mencapai hakikat ilmu."

"Seseorang yang beramal agama yang beribadah tetapi dalam dirinya tidak ada adab maka dia adalah orang yang rugi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Nilainya amat kurang di sisi Allah kerana hasil utama natijah daripada ibadah itu adalah semakin dia beribadah maka semakin dia beradab."

"Semakin dia berakhlak
Bukan semakin dia beribadah semakin dia bertambah komitmentnya dengan agama maka semakin bertambah kesombongannya kepada manusia. Merasakan seolah-olah dia lebih baik daripada orang lain.Semakin dia berkomitment dengan agama semakin dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama dengan orang-orang yang hina,orang-orang yang miskin."

"Tidak. Akan tetapi semakin kita berkomitmen dengan agama maka semakin kita tawadhuk. Semakin kita merendah diri. Ini semuanya adalah dapat daripada Allah سبحانه وتعالى. Kalau bukan kerana dapat taufik daripada Allah maka kita tidak tahu apa-apa."

"Rasulullah ﷺ bersabda; "Ketahuilah, Di dalam diri kamu ada seketul daging. Jika ianya baik maka baiklah keseluruhannya. Dan jika tidak baik maka akan buruk keseluruhan anggota zahirnya iaitu hati manusia. Manusia apabila melakukan ketaatan maka ketahuilah ianya adalah berpunca daripada hatinya yang baik. Hatinya yang taat.Kita dapat melakukan ketaatan kerana hati kita yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kerana apa yang keluar daripada zahir perbuatan manusia, baik itu lisan ataupun perbuatannya adalah ianya terbit daripada hati Begitu juga apabila anggota zahir kita melakukan maksiat. Sebenarnya yang bermaksiat adalah hatinya sebab itu perlu untuk kita memberi fokus penyucian adalah hatinya."

"Maka di sini ilmu tazkiyah keluar, ilmu ihsan keluar, ilmu adab keluar, ilmu akhlak keluar, ilmu tasawwuf keluar untuk memperadabkan hati kerana ilmu yang kita pelajari lebih-lebih lagi ilmu agama ianya hendaklah bersama dengan adab dan akhlak."

"Kerana seseorang itu yang dinamakan sebagai Ulama seorang yang soleh tetapi tidak ada Adab dalam dirinya, tidak ada Akhlak dalam dirinya. Apabila dia bercakap tidak ada Adab, tidak ada Akhlak,
Mengkafirkan, mensyirikkan orang. Ini tidak dimiliki oleh Para Ulama dan orang-orang yang soleh. Sifat orang soleh itu adalah pada akhlaknya."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh. "

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa letakkan diri kita didalam majlis mereka."

"Supaya dapat menghidupkan hati kita yang mati. Melembutkan hati yang keras. Mencahayakan hati yang gelap. Bergaul dengan orang soleh dapat menghidupkan hati. Daripada orang yang jahat menjadi orang yang baik. Kerana orang solihin ini mereka mahir dalam bab hati. Mentarbiah hati. Melembutkan hati-hati manusia."

"Imam As-Syafie rah. Pernah berkata; "Dan aku mencintai orang-orang soleh walaupon aku bukan daripada kalangan mereka. Dan aku berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى moga-moga aku digolongkan bersama-sama dengan mereka." Ini imam mazhab. Ulamak. Apatah lagi kita."

"Para Ulama dan orang-orang yang soleh apabila berselisih pendapat. Mereka akan menggunakan adab. Mereka akan menjaga kehormatan orang lain. Mereka akan menjaga kehormatan maruah orang lain. Sebab itu jika ilmu tanpa adab dan akhlak itu bukanlah hakikat ilmu yang sebenar. Semoga Allah سبحانه وتعالى membersihkan zahir dan juga batin kita. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى golongkan kita bersama dengan orang-orang soleh."

Guru mulia. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

1 comment:

  1. Sejuk terasa hati bila hanya membaca beberapa rangkap tulisan di atas.Assalamualaikum : )

    ReplyDelete