Pages

Wednesday 30 September 2015

Meniti Titian Siratul Mustaqim

ALAM KUBUR, PADANG MASYAR dan HISAB telah kita lalui maka kini MENITI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM pula.

Sesetengah perawi mengatakan perjalanan siratul mustaqim terbahagi kepada: 1 ribu tahun menaik, 1 ribu tahun mendatar dan 1 ribu tahun menurun. Jumlah semuanya - 3 ribu tahun. Titian itu sangat halus dan disifatkan seumpama rambut yang dibelah tujuh. Ada orang melintasnya seperti kilat yang menyambar, ada orang laju seperti menunggang kuda, ada yang perlahan-lahan tapi selamat juga akhirnya.

Jadi bagaimana untuk kita melaluinya dengan selamat? Ulama-ulama mengamalkan dan mengajarkan agar kita membaca doa ketika berwudhuk. Setiap basuhan wudhuk ada doa tersendiri, contohnya – ketika membasuh muka, minta doa Allah serikan muka kita di saat ada muka yang dihitamkan dan diputihkan di akhirat nanti, ketika membasuh kaki, berdoa agar Allah menetapkan kaki kita di atas titian siratul mustaqim dan banyak lagi.

Seterusnya, seseorang itu perlu membanyakkan rakaat solatnya. Ulama mengatakan begitu kerana terdapat bacaan Fatihah yang memohon 'siratul mustaqim' yang juga merujuk kepada titian siratul mustaqim yang sebenar di akhirat. 40 rakaat solat boleh diperolehi dengan cara:

Solat fardhu 5 waktu – 17 rakaat
Sunat Qabliyah dan Ba'diyah – 14 rakaat
Lagi 9 rakaat – 2 solat taubat, hajat, tahajjud, dan 3 rakaat witir.
Jika dapat tambah dengan solat sunat dhuha adalah lebih baik.

Seterusnya, sesiapa yang ingin melangkah titian sirat seperti kilat menyambar hendaklah betul-betul menjaga untuk meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh.
Hari ini, ramai isteri mengadu mempunyai suami yang tidak baik. Jangan jadikan suami sebagai matlamat, sebaliknya buatlah baik pada suami kerana Allah Ta'ala. Hindarkan bercerita keaiban rumahtangga pada kawan dan jiran tetangga. Isteri perlu selalu mohon maaf pada suami dan suami juga perlu sentiasa memaafkan isterinya. Jika terasa tidak mampu melakukan kebaikan, lazimkan mengucap “La hawla wala...'azim”, agar Allah beri kekuatan hati untuk beramal. Jangan sekali-kali menggunakan kalimah ini untuk membebel pada anak atau suami.

No comments:

Post a Comment