Pages

Wednesday 30 September 2015

Sifat Lemah-Lembut.

"Dizaman kita sekarang ini zaman orang panas baran. Orang lebih mengkedepankan sikap panas baran berbanding sikap lemah-lembut. Anasir di sekeliling mengundang untuk kita lebih mengkedepankan emosi berbanding diam sebelum mengambil sikap lemah-lembut. Mulakan bersikap lemah-lembut dengan diam dulu. Cuba diam bila panas baran. Usaha untuk tidak mudah melenting bila diusik."

"Bila ada rasa nak marah, fikir dulu? Aku marah ini atas tindakan apa? Adakah sebabnya untuk marah itu benar? Jadilah kita orang yang lemah lembut. Ar-Rifaaq yakni orang yang lemah lembut dan dapat kawal marahnya. Kalau dia tahan marah tapi matanya melotot macam ni terbeliak atau memalingkan mukanya. Makanya, itu belum lemah-lembut lagi. Orang yang lemah-lembut senyum ketika dia marah. Coba, kalau bisa."

"Dan ini memang yang diajar Rasulullah ﷺ, sampai bila kita akan jadikan semua ini kisah indah yang kita dengar, tanpa ada praktikalnya dengan kita? Kalau tidak kita akan menjadi pembaca dan pendengar setia, bukan pelaksana kepada apa yang kita dengar. Fahimtum?"

"Dalam hadis Rasulullah ﷺ, baginda memberi nasihat untuk tidak marah, sehingga tiga kali. Bagaimana untuk tidak marah sedangkan marah itu salah satu sifat semulajadi manusia? Marah itu bukan tidak boleh tapi yang tidak boleh ialah marah pada tempat yang dia tak perlu marah, atau marah yang bukan pada tempatnya. Marah pada tempat yang dibenarkan silakan saja."

"Nabi ﷺ pun marah, tapi Nabi ﷺ tak marah perkara berkaitan hak dirinya, tapi bila hak Allah سبحانه و تعالى dilanggar, Rasulullah ﷺ akan marah. Suatu hari datang Usama bin Zaid kepada Rasulullah ﷺ, Usamah ialah orang yang paling disayangi Rasulullah ﷺ. Usamah datang untuk meminta keringanan atau pelepasan hukuman kepada salah seorang kaumnya yang berbuat salah."

"Dan ketika itu Rasulullah ﷺ merah padam mukanya dan marah akan keinginan Usamah itu. Tapi bila Rasulullah ﷺ dicerca, atau disakiiti, baginda tak pernah marah, bahkan baginda mendoakannya. Nabi ﷺ tak marah sekalipun yang menyakitinya ialah orang kafir. Oleh itu, kita perlu ambil sedikit daripada contoh akhlak Rasulullah ﷺ ini. Dalam riwayat lain kita disuruh berwudhuk jika marah kerana ianya datang daripada syaitan.

"Ada satu kisah juga pernah belaku pada zaman Rasulullah ﷺ, kisah Badawi masuk buang air kecil dalam masjid. Orang Badwi ialah orang kampung yang tak tahu kemuliaan masjid. Dia datang buang air kecil yang mungkin perkara biasa di tempatnya. Melihat itu sahabat ingin marah, tapi Rasulullah ﷺ larang dan suruh biarkan dia menyelesaikan hajatnya. Kata baginda; “Saya diutuskan untuk memudahkan.”

"Yakni kalau ada najis, siram dan bersihkan. Kenapa nak susah-susah bergaduh? Bersihkan dan akan selesai masalah. Muka sahabat melotot mata terbeliak melihat perbuatan Badwi itu. Badwi itu pun kehairanan. Kita orang Islam perlu menyikapi dengan sikap yang benar kepada orang yang tidak tahu kehormatan masjid."

"Kalau tengok orang bukan Islam masuk dengan aurat yang terbuka, jangan dimaki, jangan marah-marah dulu, mungkin dia tak tahu. Kenapa tak mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah ﷺ dan Badwi ini? Badwi ini bukan hanya nampak sedikit aurat tapi nampak terus auratnya yang itu."

"Nabi ﷺ mengukur orang mengikut pengetahuannya. Badwi ini, dia tak tahu jadi perlu diberitahu. Orang bukan Islam yang tak mengerti, kita yang perlu beritahu kepada mereka. Kalau kita marah-marah, mereka pun akan terkejut kenapa dimarahi. Dan akan memberontak."

"Rasulullah ﷺ pun menerangkan pada Badwi itu, dan dia berjanji tak akan mengulanginya. Kemudian, Badwi minta angkat tangan untuk berdoa dan kata; “Ya Allah ampunkan aku dan Rasulullah ﷺ, yang lain jangan.” Sikap ini menunjukkan bagaimana sikap tidak betul akan mengundang sikap tidak betul yang lain pula."

"Nabi ﷺ sebagai pendidik menunjukkan bagaimana baginda mendidik kepada sahabat dan kepada Badwi itu juga. Rasulullah ﷺ kemudian berkata pada Badwi; "Kamu jangan sempitkan benda yang luas.” Yakni doa itu luas, jangan sempitkan untuk dia dan Rasulullah ﷺ saja, tetapi masukkan semua sekali."

"Kita belajar untuk kita praktis, bukan untuk dengar saja. Jangan terkesan dengan panas baran ini. Cubalah berlemah-lembut. Mudah-mudahan kita semua yang hadir diberi kekuatan untuk kawal kepada hawa nafsu, jangan sampai hawa nafsu kawal kepada kita. Kita tidak diperhambakan oleh nafsu tapi kita memperhambakan hawa nafsu, supaya kita menjadi hamba kepada Allah سبحانه و تعالى."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

No comments:

Post a Comment