Pages

Friday, 16 October 2015

Rasul Allaha vs raja Handik

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha Al Aa’laya. Ini ceritera rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tatkala baginda berperang dengan raja Handik dan raja Badar. Barang siapa membaca dia hikayat ini atau mendengarkan dia daripada permulaannya datang kepada kesudahannya maka Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya mengampuni segala dosanya seperti sepohon kayu yang luruh daunnya daripada rantingnya demikianlah luruh dosanya mereka itu daripada tubuhnya orang itu di ampuni Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jikalau tiada ia menyengutukan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya.

Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Handik dan adapun raja Handik itu anak cucu kepada nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama. Maka tatkala wafat nabi Allaha Sulaiman di pindahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqo Qoalawaa Anaa Lalaha Wa Anaa Roajaa’wana. Setelah beberapa lamanya nabi Sulaiman kembali ke rahmat Allaha Taa’alaya maka raja Handik itupun berpalinglah ia daripada agama Asalama.

Adapun pada masa raja Handik di dalam kerajaan itu dan segala negeri raja2 yang besar2 yang takluk kepada raja itu delapan belas laksa banyaknya dan rakyatnya pun tiada tepermanai dan tiada terhisabkan lagi oleh segala makhluk melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jua yang tahu akan banyaknya itu. Dan lain daripada jin dan bintang terbang di udara seperti burung dan tebuan dan lain daripada itu seperti gajah dan badak dan burung dan harimau dan lain daripada itu seperti kera dan beruk dan gagah siamang lotong semuanya sekeliannya itu habis takluk kepada raja Handik itu juga.

Adapun akan raja Handik itu ada beranak ia seorang laki2 bernama raja Badar. Adapun raja Badar itu bondanya bernama puteri Zalazaya dan puteri Zalazaya itupun terlalu besar kerajaannya dan berapa ratus segala raja2 yang takluk kepada tuan puteri itu dan puteri itupun berpaling juga daripada agama Asalama. Hataya berapa lamanya maka datanglah pada masa di kehendaki Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kepada raja Handik kemudian daripada itu maka raja Handik pun memanggil anaknya yang bernama raja Badar. Maka di suruhnyalah seorang menteri memanggil anakanda itu maka menteri itupun segeralah ia pergi mendapatkan raja Badar.

Setelah ia sampai kepada raja Badar maka sembahnya “Tuanku di panggil oleh paduka ayahanda” maka raja Badar itupun segeralah datang mengadap ayahanda baginda itu. Maka titah ayahanda “Hai anakku raja Badar adapun aku memanggil engkau ini kerana aku hendak mendatangi negeri Makah dan Madinah hendak kujadikan hutan segala supaya Mahamada itu kita buangkan ke laut kerana Mahamada itu bala yang amat besar kepada kita dan banyaklah segala kaum keluarga kita di alahkannya dan tuhan kita berhala pun habis di binasakannya”.

Maka sembah anakanda baginda raja Badar “Sebenarnyalah seperti titah duli syah alam itu” maka titah raja Handik “Jikalau demikian himpunkanlah oleh anakku segala rakyat dan bala tentera kita sekelian”. Setelah di dengar oleh anakanda raja Badar titah ayahanda baginda itu maka raja Badar pun menyembah ayahanda baginda lalu ia keluar dari istana ayahanda itu maka di suruhkannya menterinya empat orang pergi menghimpunkan segala rakyat dan bala tentera sekelian maka rakyat sekelian pun berhimpunlah ke padang Hunain.

Setelah sudah berhimpun sekelian rakyat itu kepada padang Hunain itu maka raja Badar pun masuklah mengadap ayahanda itu raja Handik. Maka sembah anakanda baginda raja Badar “Tuanku sudahlah berhimpun segala rakyat duli syah alam kepada Hunain itu” maka titah raja Handik “Jikalau sudah berhimpun segala rakyat kita hendaklah perjamu olehmu makan minum segala hulubalang dan rakyat kita sekelian makan minum barang tujuh hari dan tujuh malam dengan bersuka2an”. Setelah sudah demikian itu maka titah raja Handik “Hai anakku raja Badar adapun akan sekarang tujuh hari lagi aku berangkat mendatangi negeri Makah dan Madinah”.

Al kisah maka tersebutlah perkataan akan firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril A’layaha Al Salama demikian bunyinya “Hai Jibril pergilah engkau kepada kekasihku Mahamada itu. Katakan olehmu kepada kekasihku itu adapun akan raja Handik itu anak cucu nabi Allaha Sulaiman dan tatkala nabi Allaha Sulaiman sudah kembali ke rahmat Allaha maka anaknya raja Handik itupun berpalinglah ia daripada agama Asalama. Adapun raja itu terlalu besar kerajaannya dan negeri yang takluk kepada raja Handik itu delapan belas laksa banyaknya dan daripada segala rakyatnya dan bala tenteranya pun tiada lagi tepermanai banyaknya dan tiada lagi boleh terhisabkan oleh segala makhluk dan beberapa daripada jin dan pari dan dewa dan mambang dan segala binatang sekeliannya.

Syahdan suruhkan kepada kekasihku mengalu2kan antara sebulan perjalanan jauhnya dari negeri Makah dan Madinah yang maha mulia. Firman Allaha Taa’alaya menyuruhkan berperang dengan raja Handik itu dan perang itulah bernama bernama perang sabil Allaha namanya dan syurgalah akan janjinya. Hai Jibril pergilah engkau turun kepada kekasihku Mahamada itu” maka Jibril pun turunlah kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka tatkala itu nabi Allaha pun sedang membaca Qoroana maka Jibril A’layaha Al Salama pun datang serta ia memberi salam kepada nabi Mahamada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layahaa Wa Salama maka segara di sahuti nabi Allaha salam Jibril itu.

Maka sabda rasul Allaha “Apa pekerjaan sayada datang kepada hamba ini ya habibku Jibril” maka sahut Jibril “Ya nabi Allaha yang kekasih Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Adapun hamba datang ini menyampaikan firman Allaha Taa’alaya kepada sayada mengatakan raja Handik itu anak kepada nabi Allaha Sulaiman. Setelah sudah nabi Allah Sulaiman di pindahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqo maka raja Handik berpalinglah ia daripada agama Asalama. Adapun akan raja Handik itu sekarang ini hendak mendatangi Makah dan Madinah.

Adapun akan rakyat raja itu tiada terhisabkan oleh segala makhluk melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga yang tahu akan banyaknya. Sungguhpun demikian banyak jangan sayada takut dan gentar akan raja itu lagi akan datang bantu sayada daripada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tujuh puluh ribu malaikat akan bantu sayada berperang dengan raja Handik itu. Adapun perang itu perang sabil Allaha namanya syurgalah akan janjinya tetapi hendaklah sayada mengalu2kan sebulan perjalanan jauhnya daripada negeri Makah dan Madinah ini firman Allaha Taa’alaya kepada sayada”. Setelah sudah Jibril berkata2 demikian itu maka Jibril pun kembalilah munajat ke hadrat Allaha Taa’alaya.

Kemudian daripada itu maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun memanggil Amir Al Mukminin Ali Rodhoya Allaha A’naha maka baginda Ali pun segeralah datang kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sembah Amir Al Mukminin Ali “Ya junjunganku apa pekerjaan hambamu di panggil ini” maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Hai anakku Ali firman Allaha Taa’alaya datang di bawa Jibril A’layaha Al Salama” seperti firman Allaha yang di bawa Jibril semuanya di katakan baginda kepada Saidina Ali Rodhoya Allaha A’naha daripada permulaannya datang kepada kesudahannya.

Maka apabila baginda Ali mendengar sabda rasul Allaha yang di katakan oleh Jibril kepada rasul Allaha itu maka baginda Ali pun datanglah gembiranya lalu ia menyembah kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka baginda Ali pun kembalilah ke rumahnya maka di lihatnya Daladala Jabarut besarlah dengan gemuknya dan pedang baginda Dzawa Al Faqoro memanjangkan memanjangkan dirinya dengan keras tajamnya. Maka Amir Al Mukminin Ali pun naiklah di atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut itu maka ia melompat masuk padang negeri Makah itu serta ia bertempik tiga kali berturut2 dan bunyi tempiknya itu seperti akan runtuh langit dan bumi pun seperti akan belah rasanya.

Maka segala dewa2 di bukit Qaf pun habislah terkejut di sangkanya lagit akan runtuh dan bumi pun akan tercabut daripada tempatnya. Maka segala dewa2 pun minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya demikian bunyinya “Yaa Robaya Yaa Sayadaya Yaa Mawalaya ya tuhanku ampun apalah dosa hambamu yu tuhanku kiamatkah ini atau Israfil meniup sangkakalakah ini”. Maka kata Jibril A’layaha Al Salama “Hai segala dewa2 janganlah kamu sekelian takut kerana bukan Israfil meniup sangkakala. Itulah tempik baginda Ali namanya harimau Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan pahlawan segala Asalama sebab ia mendengar raja Handik itu hendak mendatangi Makah dan Madinah. Itulah maka ia bertempik tiga kali”.

Maka sampai suaranya itu sekira2 tiga bulan perjalanan kedengaran tempik baginda Ali itu maka rakyat raja Handik pun mati kira2 seribu tiga ratus banyaknya sebab mendengar tempik baginda Ali itu. Maka raja Handik pun terkejut maka katanya kepada anakanda baginda raja Badar “Bunyi apakah ini seperti akan kiamat lakunya atau Israfilkah meniup sangkakala maka demikian bunyinya” maka sembah anakanda baginda raja Badar “Ya tuanku tiadalah hambamu tahu akan bunyi itu”.

Setelah itu maka Amir Al Mukminin Ali pun kembalilah mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka di dapatinya oleh baginda Ali rasul Allaha pun telah mengimpunkan orang Makah dan Madinah. Setelah sudah berhimpun maka adalah banyak rakyat itu empat ribu empat ratus empat puluh empat orang dan adapun yang pertama hulubalang rasul Allaha itu Amir Al Mukminin Abu Bakar Al Shodayaqo Rodhoya Allaha A’naha dan kedua Amir Al Mukminin Omar abana Khothob Rodhoya Allaha A’naha dan yang ketiga Amir Al Mukminin Osman abana Affan dan yang keempat Ali abana Abi Tholib.

Setelah sudah berhimpun dengan segala senjatanya maka rasul Allaha pun keluarlah dari negeri Makah yang maha mulia. Maka pertama yang berjalan dahulu itu Amir Al Mukminin Ali yang di suruhkan oleh rasul Allaha maka baginda Ali pun berjalanlah seorang dirinya. Setelah sudah baginda Ali berjalan itu maka rasul Allaha pun berjalanlah dengan segala rakyat yang empat ribu empat ratus empat puluh tiga orang itu. Hataya beberapa lamanya berjalan itu maka baginda Ali pun sampailah kepada padang Hunain itu maka baginda Ali pun memandang ke tengah padang Hunain itu. Maka di lihatnya oleh baginda Ali rakyatnya raja Handik itu terlalu banyak seperti laut rupanya maka baginda Ali pun hendak masuk perang takut akan rasul Allaha kerana jauh lagi tinggal kemudian.

Syahdan dalam berjalan itu maka rasul Allaha memandang ke hadrat Allaha Taa’alaya minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya hataya maka nabi Allaha yang maha mulia pun sampailah ke padang Hunain itu. Maka rasul Allaha pun menyuruh membentang khemah di tengah padang itu maka rasul Allaha pun menyuruh mendirikan panji2 yang amat putih lagi gilang gemilang cahayanya tanda alamat nabi Mahamada Mashothofaya Rosawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Maka kelihatanlah panji2 itu kepada raja Handik maka titah raja Handik “Hai anakku raja Badar lihat juga olehmu Mahamada itu sebulan perjalanan jauhnya kita di alu2kannya dan ada berapa gerangan laskarnya dan berapa gerangan hulubalangnya maka ia hendak melawan kita. Hai anakku suruh apa orang kita pergi kepada Mahamada itu bertanyakan ada berapa ratus hulubalangnya dan ada berapa keti banyaknya rakyatnya dan ada berapa puluh pahlawannya yang gagah maka ia berhati besar kepada kita”. Maka raja Badar pun menyembah kepada ayahanda lalu ia keluar menyuruhkan hulubalangnya pergi bertanyakan hulubalang dan laskar Mahamada itu maka hulubalang itupun menyembah kepada raja Badar lalu ia berjalan kepada khemah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Setelah hulubalang itu sampailah kepada khemah nabi Allaha maka iapun bertemu dengan baginda Ali maka terlihat pada muka baginda Ali itu seperti matahari baharu terbit memancar2 rupanya dan sikapnya seperti harimau hendahk menerkam. Maka hulubalang yang di suruhkan oleh raja Badar itupun terkejut dahsyat melihat rupanya dan sikapnya baginda Ali itu maka hulubalang yang di suruhkan oleh raja Badar itu bertanya kepada baginda Ali itu dengan takutnya serta dengan merendahkan dirinya. Maka katanya “Ya tuanku siapa nama tuanku” maka sahut baginda Ali “Akulah Ali Marotadhoya abana Abi Tholib dan akulah menantu rasul Allaha”.

Maka kata baginda Ali “Hai hulubalang apa kehendakmu datang ini” maka sahut hulubalang itu “Hamba ini di suruhkan orang oleh raja hamba mengadap junjungan akan sekarang ada di mana tempat junjungan itu”. Maka kata baginda Ali “Nantilah dahulu aku memberitahu junjunganku” maka baginda Ali pun pergilah mengadap rasul Allaha. Setelah baginda sampai kepada rasul Allaha maka sembah baginda Ali “Ya junjunganku ada seorang hulubalang raja Handik hendaklah mengadap junjunganku” maka sabda rasul Allaha “Suruhkanah ia masuk kemari” maka baginda Ali pun menyembah lalu keluar mendapatkan hulubalang itu maka kata baginda Ali “Masuklah engkau hai hulubalang” maka iapun menyembah lalu masuk.

Setelah ia datang kepada rasul Allaha lalu ia sujud di hadapan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah ia bangkit daripada sujudnya itu maka iapun berdatang sembah “Ya junjunganku adapun sekarang hambamu ini di suruhkannya oleh raja hamba kepada junjunganku bertanyakan banyak hulubalang dengan laskar junjunganku itu maka junjunganku datang menyerang raja hambamu dan tiadakah tahu junjunganku akan raja Handik itu banyak raja2 yang besar2 di bawahnya sepuluh ribu dan segala bala tenteranya pun tiadalah tepermanai dan tiada terhisabkan oleh segala makhluk banyaknya dan lain daripada mergastua yang di dalam hutan itupun tiada tepermanai. Ya junjunganku dan betapa hal junjunganku akan melawan raja hambamu itu”.

Maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Hai kafir laknat Allaha kembalilah engkau kepada raja kamu katakanlah kepada raja kamu. Jangankan sekian itu banyak laskar raja kami jikalau ada sepuluh kian lagi pun rakyat raja kamu itu saja aku lawan juga raja kamu itu jikalau sudah dengan firman Allaha Taa’alaya tuhan yang esa. Adapun rakyatku hanya empat ribu empat ratus empat puluh dan hulubalangku hanya empat orang” maka hulubalang itupun sujud lalu ia kembali kepada raja Handik.

Setelah ia sampai kepada raja Handik maka iapun duduk serta menyembah menyampaikan sabda rasul Allaha kepada raja Handik. Maka sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun akan kata Mahamada itu hai hulubalang pergilah engkau kembali kepada raja kamu. Jangankan sekian jikalau sepuluh kian lagi pun aku lawan juga raja kamu itu dengan firman Allaha Taa’alaya”. Adapun akan kata Mahamada itu orangku pun tiada berapa hanya empat ribu empat ratus empat puluh empat itulah hulubalangku yang pertama Abu Bakar dan kedua Omar dan ketiga Osman keempat Ali Rodhoya Allaha A’na Hama Ajamaa’yana. Demikianlah kata Mahamada itu ya tuanku syah alam”.

Dan apabila raja Handik mendengar kata hulubalang itu maka titah raja Handik “Jikalau demikian janganlah kita banyak2ki Mahamada itu kerana hulubalangnya tiada berapa sekadar empat orang juga dan kita pun demikian juga sekadar empat orang juga hulubalang kita pergi melawan Mahamada itu. Hai anakku raja Badar pergilah engkau keluar suruhkan orang kita sekian itu juga banyaknya engkau dengar sendiri kata Mahamada itu dan rakyatnya dan hulubalangnya pun tiada berapa banyaknya aku pun demikian juga menyuruhkan orangku sekadar sebanyak rakyat Mahamada itu juga”.

Setelah raja Badar mendengar titah ayahanda baginda itu maka raja Badar pun menyembah lalu ia keluar mendapatkan rakyatnya ke padang Hunain. Setelah sampai raja Badar itu kepada rakyatnya maka titah raja Badar kepada segala raja2 yang di padang itu “Hai segala kamu rakyatku sekeliannya jangan kamu pergi melawan Mahamada itu kerana tiada berapa banyak rakyatnya dan hulubalangnya dan duli syah alam pun bertitah demikian juga. Jangan lebih daripada itu sekadar empat ribu empat ratus empat puluh empat orang hulubalang yang perkasa akan melawan Mahamada itu.

Hataya kelakian maka orang yang di titahkan raja Badar itupun keluarlah hendak mendapatkan lawannya ke tengah padang itu berbetulan dengan rakyat nabi Allaha itu. Maka gendang perang pun berbunyilah daripada kedua pihak tentera itu gemuruh bunyinya. Maka hulubalang raja Badar itupun berlompatan ke medan menentang lawannya seraya ia berseru2 dengan nyaring suaranya demikian katanya “Hai Mahamada manatah rakyatmu dan manatah hulubalangmu suruhkanlah ia masuk ke medan supaya berlawan dengan aku dan banyak kami hanya empat ribu empat ratus empat puluh empat hulubalang kamu yang gagah perkasa sekelian ini”.

Setelah di dengar oleh Amir Al Mukminin Ali kata segala kafir itu berseru2 maka baginda Ali pun terlalulah sangat gembiranya baginda itu ia datang mengadap rasul Allaha memberi khidmat serta menjunjung tapak Mabaaroka hendak keluar melawan hulubalang itu. Maka sabda nabi Allaha “Pergilah engkau hai anakku Ali kuserahkan engkau kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya” maka baginda Ali pun menyembah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lalu baginda keluar daripada khemah rasul Allaha itu.

Maka lalu ia naik ke atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut itu dan pedangnya yang bernama Dzawa Al Faqoro pun di persandangnya. Maka Amir Al Mukminin Ali pun melompat ke udara seraya bertempik tiga kali berturut2 maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan belah rasanya. Maka rakyat raja Handik pun mati kira2 tiga ribu empat ratus rakyat yang mati sebab ia mendengar tempik Amir Al Mukminin Ali gembira itu. Maka baginda Ali pun mengunus pedangnya yang bernama Dzawa Al Faqoro itu lalu ia menyerbukan dirinya kepada laskar yang empat ribu empat ratus empat puluh empat orang itu.

Maka baginda Ali pun memarangkan pedangnya yang bernama Dzawa Al Faqoro itu kekiri dan kekanan kehadapan dan kebelakang seketika lagi baginda Ali membunuh laskar yang empat ribu empat ratus empat puluh itu. Maka segala rakyat yang empat ribu empat ratus empat puluh itupun yang tinggal lagi ada kira2 empat puluh orang juga sebab bangat ia lari kepada rakyat yang banyak itu. Maka baginda Ali pun terdirilah dengan seorang dirinya di tengah medan peperangan itu.
Hataya kelakian maka genderang kembali pun di palu oranglah maka segala rakyat yang lari itupun berdatang sembah. Demikian sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun akan hulubalang Mahamada yang bernama baginda Ali itu tuanku bukan barang2 gagah perkasanya dan lagi dengan pahlawannya. Jangankan patik sekelian dapat melawan dia menentang matanya pun patik tiada dapat. Dengan seketika juga ia berperang habis sekelian hamba tuanku di bunuhnya dan lakunya seperti harimau masuk kawan kambing demikianlah lakunya baginda Ali itu”.

Setelah di dengar oleh raja Handik sembah orang yang lari itu maka titah raja Handik “Mengapakah maka engkau berkata demikian itu bergerak pun belum kadar amar hatiku. Adapun esok harilah aku menyuruhkan rakyatku barang empat keti dan empat ratus hulubalang yang gagah kira2 perang sehari semalam tiada aku perhentikan lagi”. Maka segala hulubalang raja Handik itupun sujudlah pada kaki tuannya barang yang mendengar titah tuannya itu maka sembah segala hulubalang itu “Daulat tuanku syah alam bertambah2 daulat dan kebesaran dan kemuliaan duli tuanku”.

Al kisah maka tersebutlah perkataan Amir Al Mukminin Ali kembali kepada khemah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka saidina Ali pun mengambil air sembahyang. Setelah sudah mengambil air sembahyang maka baginda Ali masuk ke dalam khalwat maka iapun memuja Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Kemudian akan sholawat kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kemudian maka ia memuja dirinya raja segala laki2 dalam dunia dan dalam akhirat dan memuja2 Fathimah Al Zaharoya Rodhoya Allaha A’naha raja segala perempuan di dalam dunia dan di dalam akhirat kemudian daripada itu maka baginda Ali pun minta doa kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya.

Setelah sudah demikian itu maka baginda Ali pun keluarlah dari dalam khalwat itu lalu baginda mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka ujar rasul Allaha “Hai anakku Ali baca olehmu asmaku ini supaya di tambahi Allaha kuatmu itu hai anakku Ali” maka haripun malamlah maka rasul Allaha pun sembahyang dengan segala sahabat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Sebermula maka raja Handik pun menitahkan seorang hulubalangnya mengambil anakanda baginda raja Badar maka raja Badar pun segera datang mengadap ayahanda baginda raja Handik. Maka titah raja Handik “Hai anakku raja Badar esok hari suruhkan rakyat kita kira2 barang empat keti dan hulubalang empat ratus yang gagah2 akan melawan Ali itu” maka sembah raja Badar “Sebenarnyalah titah yang maha mulia itu”. Setelah sudah maka raja Badar pun menyembah kepada ayahanda baginda lalu ia kembali ke tempatnya.

Setelah kepada keesokkan harinya maka raja Badar pun menitahkan rakyatnya empat keti dan hulubalang yang gagah2 empat ratus akan melawan baginda Ali berperang itu. Hataya kelakian maka hulubalang yang empat ratus itupun keluarlah ia ke padang Hunain membawa rakyat empat keti itu. Maka berbunyilah genderang perang daripada kedua pihak tentera itu maka berlompatanlah segala rakyat raja Handik itu ketengah medan menentang lawannya seraya ia berseru2 dengan nyaring suaranya katanya “Hai baginda Ali marilah engkau ke medan ini berhadapan dengan kami sekelian ini kerana hulubalang raja kami dengan mudahnya juga engkau membunuh dia itu. Akan sekarang rasailah olehmu bekas tanganku ini olehmu”.

Maka kedengaranlah Amir Al Mukminin Ali Rodhoya Allaha A’naha suara hulubalang itu berserukan baginda itu maka baginda Ali pun terlalu sangat gembiranya. Maka saidina Ali pun pergilah mendapatkan rasul Allaha maka baginda pun khidmat minta izin pada rasul Allaha. Maka sabda rasul Allaha “Pergilah engkau hai anakku Ali kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya juga engkau kuserahkan hai anakku Ali” maka baginda Ali pun menyembah kepada rasul Allaha.

Maka lalu baginda naik ke atas kudanya yang bernama Daladala Jabarut dan pedangnya yang bernama Dzawa Al Faqoro pun di persandangnya. Maka lalu baginda melompat ke udara serta baginda Ali bertempik tiga kali berturut maka langit seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurlah rasanya. Maka rakyat raja Handik pun terlalu banyak matinya ada kira2 tiga ribu empat ratus yang mati sebab ia mendengar tempik saidina Amir Al Mukminin Ali Rodhoya Allaha A’naha tatkala datang gembiranya itu.

Kemudian daripada itu maka baginda Ali pun melepaskan kekang kudanya maka lalu baginda menyerbukan dirinya daripada laskar raja Handik yang tiada tepermanai itu serta baginda mengunus pedangnya yang bernama Dza Al Faqoro itu. Maka Dza Al Faqoro pun memanjangkan dirinya saujana mata menentang jauhnya maka baginda Ali pun memarang kekiri dan kekanan kehadapan dan kebelakang. Maka kepada segala rakyat raja Handik pun kepalanya seperti anak kati berpelantingan dan darah segala manusia pun seperti air sebak rupanya dan badan segala manusia pun bertambun2 seperti batang berhanyutan dalam darah itu.

Adapun mati rakyat raja Handik itu seperti kalah2 menyerbukan dirinya ke dalam api demikianlah rupanya. Maka bangkai pun bertambun2 seperti karang dan darah pun seperti laut maka kaki Daladala Jabarut pun mengarang dalam laut darah itu gemuruh bunyinya seperti bunyi ombak di laut Qalzum mengempas pada kaki bukit Qaf demikianlah bunyinya. Adapun Amir Al Mukminin Ali membunuh segala hulubalang dan rakyat raja Handik itu daripada waktu Subuh sampai kepada waktu Isyak. Maka rakyat raja Handik pun undurlah pecah perangnya tiada lagi menderita habis lari cerai berai tiada berketahuan perginya. Ada yang lari ke dalam hutan rimba ada yang lari ke dalam kota lalu ia mengadap raja Handik maka ia pun berdatang sembah kepada rajanya sembahnya “Ya tuanku syah alam adapun akan baginda Ali itu bukan barang gagah perkasanya dan beraninya jangankan patik dapat melawan dia menentang matanya pun patik tiada dapat melawan tuanku”.

Setelah di dengar oleh raja Handik sembah mereka itu maka titah raja Handik “Kata apa kau katakan kepada aku ini berapakah bahananya Ali itu seorang dirinya juga. Adapun akan rakyatku terlalu banyak dan esok harilah aku menyuruhkan segala hulubalangku dan rakyatku yang tiada tepermanai itu berperang dua hari dua malam tiada kuperhentikan lagi”. Maka segala hulubalang raja Handik yang mendengar titah rajanya itupun sujud semuanya mengatakan “Daulat tuanku syah alam bertambah2 daulat kiranya duli syah alam dan kemuliaan duli tuanku”.

Al kisah maka tersebutlah perkataan Amir Al Mukminin Ali tatkala sudah kembali dari medan itu lalu ia mengambil air sembahyang maka lalu ia masuk ke dalam khalwat. Maka ia memuja Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan kemudian sholawat akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kemudian memuja dirinya raja segala laki2 di dalam dunia dan di dalam akhirat dan tuan Fathimah Al Zaharoya Rodhoya Allaha A’naha raja segala perempuan di dalam dunia dan di dalam akhirat. Kemudian dari itu maka baginda Ali pun keluarlah dari dalam khalwat itu lalu pergi mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sabda rasul Allaha “Ya anakku Ali baca olehmu suatu doaku ini supaya di tambahi Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kuatmu itu hai anakku Ali”.

Kemudian dari itu raja Handik pun menitahkan empat orang hulubalang memanggil anakanda baginda raja Badar maka hulubalang itupun menyembah lalu berjalan mendapatkan anakanda raja Badar. Setelah ia sampai kepada raja Badar lalu ia duduk serta berdatang sembah “Ya tuanku syah alam adapun akan titah paduka ayahanda tuanku di suruh panggi oleh paduka ayahanda” maka raja Badar pun segeralah pergi mengadap ayahanda baginda itu.

Ehsan dari : مهدي اسلام
Sumber: Kitab Raja Handik
Manuskrip British Library

No comments:

Post a Comment