إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرت إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya:Rasulullah saw bersabda “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Dengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.
Kata kata Ulama mengenai Niat
1)Yahya b Abi Khatsir berkata: ”Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri.”
2)Zaid As-Syaami berkata: ”Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan,walaupun ketika makan dan minum.”
3)Imam Daud At-Thoi berkata: “Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang.”
4)Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: ”Carilah niat yang baik,perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyuan.
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana merekamengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
Niat Nikah dan berkahwin
Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:
1)Cinta kepada Allah
2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
3)Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau,:
“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:
4)Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
5)meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
Aku niat berkahwin ini agar:
6)Terhindar dari godaan syaitan
7)Memecahkan keinginan yang sangat kuat
8)menghindarkan malapetaka yang menimpa
9)memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
10)dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:
11)Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
12)memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
13)menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
14)mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:
15)Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
16)pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
17)sabar terhadap tingkah laku
18)sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
19)berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
20)berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
21)melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
22)Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
23)aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
Oleh: Muhammad Hazim Haznan
No comments:
Post a Comment