Hataya maka raja Khaibar pun lari bertemulah dengan segala penditanya maka segala penditanya pun baharu jaga daripada pengsan itu sebab mendengar bahana baginda Ali itu. Syahdan maka ia berkata “Hai guruku betapa penglihatan tuan hamba. Adakah tuan kita matahari menolongi maka demikian datang cubanya pada kita ini” maka berkata segala penditanya itu katanya “Kami pun baharulah jaga maha pusinglah langit bebelah ke bumi. Syahdan janganlah syak hati raja akan cuba tuhan kita itu matahari itu nescaya tiada akan di sampaikan kenyataan itu atas raja”.
Maka kata raja Khaibar “Yang telah sudah akan tuan Mahamada itu banyak bahana di berinya ajaib2 atas kaum Mahamada itu. Pertama parit itu di lompat oleh Ali itupun bukan barang pekerjaan. Kedua perkara membantun pintu kotanya itu dan khalaqah dan di jatuhkan orang yang di atas kota itu batu yang amat besar. Maka batu itupun mengelak akan dirinya di atas kepala Ali itu maka ajaiblah kulihat”. Setelah di dengar pendita seperti kata raja Khaibar demikian itu maka menangislah segala penditanya itu seraya berkata pada raja Khaibar “Barang yang di ampun tuhan kita matahari akan raja Khaibar daripada menyembah yang lain daripada tuhan kita matahari yang amat gemilang itu. Syahdan daripada banyak minta ampun raja Khaibar melainkan mengesakan dia juga supaya tiada di berinya kemaluan daripada raja2 itu di sebut oleh orang alah daripada Mahamada sesat itu”.
Setelah raja Khaibar itu mendengar kata segala gurunya maka iapun berdiam dirinya malu dia kepada segala gurunya dan katanya seperti terlanjur dahulunya itu serta di kenangnya akan kata2 itu. Maka iapun cakaplah seraya menanggalkan mahkota di kepalanya dan mengantarkan dahulu pada hadapan serta ia berkata “Bersetialah aku dengan kamu dan bertaubatlah aku kepada tuhanku yang empunya cahaya yang menerangkan alam maka kubuangkanlah nyawaku dan kusembahkanlah badan padanya berseru2 maka minta padahnya akanlah daripada yang tiada mahu menyembahmu itu”.
Setelah segala penditanya mendengar sabda raja Khaibar demikian itu maka mengucap syukurlah ia akan tuhannya dan bercakaplah ia segala raja dan pahlawan yang di bawah raja Khaibar masing2 pada kadarnya dan berbagai bunyi cakapnya. Maka raja Khaibar pun memberi anugerah pula pada segala bala tenteranya itu masing2 padaa hingganya. Setelah penditanya melihat kelakuan raja Khaibar itu maka sekelian pun sukacitalah memuji rajanya serta ia menyampai dengan kebajikan. Setelah itu maka raja Khaibar pun menyuruh ikat peranglah di medan kota Selamik laskar Asalama pun datanglah ke pintu kota Selamik.
Maka oleh Amir Al Mukminin Ali pun di terajangkannya pintu kota itu habis roboh luluh lentak berkeping2. Setelah itu maka baginda Ali pun mengunuskan Dzawa Al Faqoro lalu menyerbukan dirinya dengan segala laskar Asalama ke dalam tentera kafir itu menetak membunuh si laknat Allaha itu. Maka kafir itupun tiadalah menderita lagi lalu pecah perangnya lari ke dalam kota Selamik maka segala pintu itupun di tutupkannya serta di tambaknya dengan batu yang besar2 dalam pintu itu supaya tiada terpandang oleh baginda Ali dan bangun bangunan dan lari2an kota sekelian itu di suruh tunggui oleh raja Khaibar.
Setelah datanglah segala Asalama ke medan kota Selamik maka di lihatnya rumah berhala terlalu banyak maka di perbinasakan oleh kaum Asalama. Setelah di lihat oleh pendita kafir hal yang demikian itu maka sekelian pun memandang muka raja Khaibar maka kata raja Khaibar “Hai guruku lihatlah oleh kamu hal segala rumah berhala itu” maka sekelian pun tunduk kemaluan telah tahulah ia erti kata raja Khaibar itu. Setelah itu maka raja Khaibar pun mengerahkan segala raja2 di bawahnya di suruhnya mengikat perang maka mengikat peranglah segala raja2 terlalu baik ikat perang itu akan rakyat Khaibar tiada berkurang melainkan makin bertambah2 juga datangnya seperti semut keluar daripada sarangnya seratus keti yang mati seribu keti pula yang datang di luar kota itu akan bantu rajanya seperti laut rupanya.
Maka segala Asalama pun datanglah ke pintu Selamik itu maka di parang baginda Ali pintu kota itupun terbukalah. Maka Amir Al Mukminin Ali pun menyuruh Qombar membawa Dala2 baginda Ali pun naiklah ke atas Dala2 lalu di kertakkan masuk ke dalam kota seraya ia berkata “Hai kafir jikalau seribu kian lagipun engkau lebih daripada ini nescaya kesemuanya kubunuh seorang pun tiada tinggalkan”. Maka lalu serbukannya ke dalam laskar Khaibar itu membunuh kafir itu maka tiadalah tepermanai matinya kafir itu bangkainya pun bertambun2.
Setelah di lihat raja Khaibar akan baginda Ali dapat ia masuk maka di suruhnya tempuh dua puluh laksa gajah tunggal yang makan minyak dan segala pahlawan di atasnya membaling senjata yang maha tajam dan beberapa puluh hulubalang yang berkuda dan rakyat yang berjalan di tanah datang mengepung baginda Ali serta dengan tempik soraknya dan serta menambangkan jerat dan panahnya serta di perlembingnya sekelian itu menimpa ke atas baginda Ali. Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya maka baginda Ali dan Dala2 pun kena jerat tiga puluh laksa sembilan ribu jerat pada tubuhnya baginda Ali.
Maka segala panji tali itu tiada dapat kerana Dzawa Al Faqoro dan tangan Amir Al Mukminin itu terberkas serta dengan tubuhnya maka Dala2 pun berteriak2. Maka baginda Ali pun terlalu marahnya seperti naga berbelit2 menahan dirinya daripada hela gajah yang banyak itu akan gajah sekelian itupun menerkamkan dirinya daripada sangat perkasa baginda Ali itu maka segala kafir itupun bersoraklah seperti akan kiamat lakunya. Maka kata Sheikh Sanabi rohamata Allaha a’layaha fikirkan olehmu tuan segala yang berakal daripada pekerjaan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya seorang pun tiada dapat melalui yang kuat nescaya yang lemah menjadi kuasa daripada takbur baginda Ali hendak membunuh kafir itu tiadalah mendahulukan menyebut Allaha Taa’alaya.
Maka pada ketika itu oleh segala kafir sebagai juga di tambanginya ke atas baginda Ali maka baginda Ali pun serta dengan Dala2 tiadalah kelihatan lagi oleh di tambunnya kafir dengan jerat yang banyak itu. Maka baginda Ali pun menyebut nama Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dengan hujung lidahnya maka segala laskar Asalama pun peranglah beramuk amukan daripada banyak bahana kafir itu maka patahlah perangnya kaum Asalama. Setelah di lihat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka di pacu kudanya dengan sekejap mata juga sampai kepada tempat baginda Ali.
Maka di lihatnya akan baginda Ali kena jerat itu terhela maka rasul Allaha pun tersenyum maka rasul Allaha pun membaca suatu ayat Qoroana lalu di hembuskan rasul Allaha kepada baginda Ali. Maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka sekelian jerat pada tubuh baginda Ali itupun putus berpelanting2. Setelah baginda Ali dan Dala2 sudah lepas daripada bahaya kafir itu maka baginda Ali pun mengunuskan Dzawa Al Faqoronya maka di sentapkan daripada sarungnya maka daripada hujung cawangnya berasap dan sebelah itu keluar darah maka di ikat akan perca merah pada dahinya maka baginda Ali itupun marahnya tergigit2 bibirnya.
Setelah itu maka Amir Al Mukminin Ali pun bertempiklah lalu di kertakkan kudanya ke dalam tentera sekelian kafir itu. Maka segala Asalama yang patah perang itupun tampil semula masuk perang beramuk amukan seketika patahlah perang kafir itu. Adapun Amir Al Mukminin Ali Karoma Allaha Wajahaha pun lepaslah ke hadapan segala laskar kafir itu maka tampillah Ali tiadalah undur lagi maka baginda Ali akan tentera kafir itu lalu kehadapan raja Khaibar sekali. Maka raja Khaibar pun menempuhkan gajahnya serta memanah seperti hujan yang amat lebat kepada baginda Ali suatu pun tiada mengenai baginda Ali.
Maka raja Khaibar pun mengisarkan tombaknya lalu di tikam raja Khaibar di salahkan baginda Ali juga maka kata raja Khaibar “Hai Ali sangatlah engkau hendak mati melawan aku. Jikalau seribu sekalipun nyawamu kubunuh juga dan jika engkau hendak hidup marilah engkau kerajaan pada suatu negeri yang mana baik kepadamu dan engkau pun makin kupermuliakan”. Maka sahut baginda Ali “Hendaklah raja Khaibar jikalau masuk agama dan menurut sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawa aku pun tunduklah kepadamu dan kuturutlah barang katamu. Jika engkau beri kerajaan kepada aku pun sekali itulah aku terimakanlah. Pada barang pekerjaan yang engkau beri itu dahulu engkau menyebut iman dan Asalama maka kemudian aku menurut barang katamu”.
Apabila di dengar raja Khaibar demikian itu maka raja Khaibar pun terlalu amarahnya serta mengambil pendahannya lalu di tikamkannya kepada baginda Ali serta katanya “Hai Ali biadapmu mengatakan kata ini. Sekarang terimalah senjataku ini olehmu”. Maka Amir Al Mukminin Ali pun tersenyum serta ia menangkap pendahan itu maka dapat ke tangan baginda Ali maka di permain baginda Ali pendahan itu. Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar jikalau tiada engkau berkata seperti kataku ini nescaya engkau binasalah di dalam sekali perang ini juga”.
Maka kata raja Khaibar “Hai engkau juga yang harus menurut kataku” seraya di lontar dengan suatu pendahan maka itupun di tangkap juga oleh baginda Ali dengan tangan kiri. Apabila di dengar baginda Ali kata raja Khaibar maka pendahan pada tangan baginda Ali itupun di tikamkan pada orang yang mengembala gajah raja Khaibar itupun gugur ke bumi lalu mati. Maka raja Khaibar pun terkejut maka pendahan pada tangan baginda Ali sebilah lagi itu di palukannya pada kepala gajah daripada dhorab palu baginda Ali maka gajah kenaikan raja Khaibar itupun terkejut lalu lari.
Maka hujung pendahan itupun di palu gajah putih maka akan darahnya putih keluar maka gajah itupun lari masuk ke dalam kota Hawadho Al Hakim dan rakyat Khaibar pun habislah lari mengikut rajanya ke dalam kota. Maka pintu kota pun di tutup oranglah bangunan2 pun di tunggu orang Khaibar maka raja Khaibar pun naik gajah putih yang lain pula. Maka baginda Ali pun menuju kota Hawadho Al Hakim maka Dala2 pun hampirlah tepi kota itu maka segala orang yang di atas kota itupun undur daripada melihat baginda Ali datang itu.
Maka oleh baginda Ali di tumbuknya pintu kota dengan tangan kiri maka pun itupun robohlah maka segala orang di dalam kota undur bersesak kepada raja Khaibar. Maka Ali pun masuklah dengan segala kaum Asalama ke dalam kota itu di serbukan baginda Ali di halakan kudanya kepada saf kiri banyak segala gajah menta terbunuh oleh baginda Ali dengan orangnya segala saf. Maka menyerbukanlah Ali pula pada saf kanan maka banyaklah di bunuh oleh baginda Ali segala orang yang berkuda dan berjalan di tanah.
Maka segala kaum Asalama pun tampil perangnya beramuk amukan dan berasar asaran dan bertangkis tangkisan dan ada yang berkelilingkan kudanya serta bertikamkan hanjarnya dan membujukan gadanya dan bertikamkan pendahannya. Maka setengah hulubalang Arab mengadap gajah menta berlawan dengan gajah yang mati gajah ada yang mati adakala mati hulubalang demikianlah perang pada sekali itu jadi campur baurlah perang itu. Maka Amir Al Mukminin Ali pun bertemulah dengan raja Khaibar maka kata Ali “Hai raja Khaibar tiadakah engkau masuk agama Asalama. Jikalau engkau tiada mahu menurut kataku nescaya perangmu ini kubinasakan serta engkau sekali dengan kuasa tuhanku sahaja kebunuh engkau sekarang”.
Maka sahut raja Khaibar “Hai Ali katamu itu tiadalah aku turutkan hilanglah cahaya matahari daripada edaran malam dan siang itu maka katamu itu kudengarkanlah” maka kata Amir Al Mukminin Ali “Hai raja Khaibar lupakah engkau tatkala perang dahulu itu orang yang bangga akan gajahmu itu kubunuh dengan mudahnya juga akan gajahmu itu lari seperti lari perburuan daripada tiada mahu menurut kataku. Akan sekarang jikalau engkau bantahan juga daripada kataku maka sedia kubunuh pula”. Maka di ambil baginda Ali lembing orang yang terbunuh di medan lalu di lontarkannya pada saudara raja Khaibar yang duduk di kirinya maka kena dada raja Maisar terus ke belakangnya maka raja Maisar pun gugur ke bumi lalu mati.
Maka raja Khaibar pun amarah lalu di halakan gajahnya kepada baginda Ali serta menikamkan pendahannya berpuluh2 berturut2 maka di tikam raja Khaibar semuanya di salahkan baginda Ali. Maka gajah putih itupun hendak menikam baginda Ali pun melompat lalu menangkap gading gajah putih maka gajah putih pun menikam baginda Ali di pinggangnya tiada apa sakit oleh baginda Ali di helakannya gajah putih itu. Maka gading gajah itupun di patahkan baginda Ali keduanya gerak sembanya maka gajah itupun berteriak2 lari dan darahnya pun bercucuran dari belalainya dan panji2 raja Khaibar pun di bawa orang lari mengikut gajah itu lalu masuk ke dalam kotanya Nazhor Al A’syik.
Maka gading gajah pada tangan baginda Ali itupun di lontarkan kepada laskar raja Khaibar maka pada suatu gading gajah itu seribu orang mati ada yang penggal kepalanya ada yang penggal badannya ada yang pecah kepalanya banyak pula yang luka setengah mengikut rajanya maka yang tiada sempat lari itu habis di bunuh kaum Asalama. Maka tatkala sudah raja Khaibar masuk itu maka pintu kota itupun di tutup oranglah maka raja Khaibar pun berkata pada sekelian menterinya “Engkau ambil gajah menta seribu tunggu dari dalam pintu kota itu. Jikalau Ali itu masuk ke dalam pintu itu tempuhkan oleh kamu dengan gajah seribu itu tempuhkan atas Ali itu. Maka akan senjata itupun hunjamkan dan jeratkan tambang ke atasnya bahawa aku pun bersungguh2 perangnya dengan Ali itu”.
Maka pada ketika itu guru raja Khaibar bercakap serta menjabat senjatanya hendak melawan baginda Ali bersama dengan raja Khaibar serta ia memandang ke langit kepada matahari membaca doa berbagai2 doanya Hawan minta tolong supaya menang daripada kemenangan daripada baginda Ali itu. Maka raja Khaibar pun tasdiqlah hatinya daripada mengerjakan yang di ajarkan gurunya maka seraya ia berkatakan hatinya bersungguh2 hendak melawan baginda Ali itu. Maka segala senjata pun di suruhnya pertajamkan dan zirah pun di perteguhnya dan ketopong pun di bubuh bertali dan tangan bajunya pun di sinsingnya.
Maka gajah yang bernama Peri Zangki kenaikan raja Khaibar itupun di berinya minum arak api dan di berinya makan daging dengan minyak. Maka gajah itupun menjadi gajah menta maka terlalu garangnya maka di berinya raja Khaibar memegang suatu cokmar pada belalainya dan barang manusia hampir kepadanya habis di palunya luluh lentak tiada berkala. Maka raja Khaibar pun memberi anugerahkan kepada segala hulubalang dan menteri rakyat sekelian masing2 kadarnya maka di persuka hati mereka itu supaya suka melawan dengan rajanya.
Maka gajah Peri Zangki itupun terlalu amat banyak di berinya minum arak api itu maka barang orang yang hampir kepadanya habis di hambat dan di bunuhnya. Jika gajah terlihat kepadanya maka dengan seketika itu di perhambatkannya dan di bunuhnya maka mati. Raja Khaibar pun suka melihat gajahnya terlalu gagah itu maka titah raja Khaibar “Bukalah pintu itu aku hendak berlawan dengan Ali itu” maka pintu kota itupun di buka oranglah. Maka gajah yang besar itupun keluarlah dengan segala rakyat bala tenteranya sekelian seperti semut kelakuannya keluar lalu menempuh ke atas laskar Amir Al Mukminin Ali.
Maka segala kaum Arab pun masing2 peranglah ada yang mengadap gajah ada yang kuda maka segala kaum laskar Arab pun bersakitlah perangnya sekali itu sebab laskar Khaibar itu bersungguh2 perangannya seperti akan kiamat tangkap menangkap kaum Arab dan laskar Khaibar itu beberapa terbunuh dan tertikam oleh laskar Arab tiada di bilangnya. Maka baginda Ali pun datang daripada pihak kanan dengan senjatanya Dzawa Al Faqoro pun sudah terhunus lalu membunuh dan menetak laskar Khaibar itu pada sekali di parangnya baginda Ali berpuluh2 beratus2 mati laskar Khaibar berpelanting di penggal.
Maka raja Khaibar pun datang dari belakang baginda Ali maka di lihatnya segera gajah menta hendak menikam dia maka baginda Ali pun segeralah memusingkan Dala2 berhadapan raja Khaibar itu. Maka kata raja Khaibar “Hai Ali matilah engkau sekarang ini olehku” maka lalu di hujannya dengan panah berturut2 maka Peri Zangki pun datang menikam baginda Ali. Maka di lompat baginda Ali dengan Dala2 kekanan dan kekiri tiada berjejak di bumi lakunya maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar tiadakah engkau qorar menyebut nama Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha dan nyatalah engkau bertegar dirimu hendak melawan rasul Allaha”.
Maka raja Khaibar pun tiada di lihat kata baginda Ali itu sehingga melanggarkan gajahnya berturut2 kepada Dala2 itu hendak membunuh baginda Ali. Maka Dala2 pun tiada terletak ke bumi sebagai melompat kehadapan kebelakang berlepaskan dirinya daripada Peri Zangki. Maka raja Khaibar pun mengetapkan bibirnya dan menguasi gajahnya mengusirkan baginda Ali bersungguh2 maka baginda Ali pun berkata “Hai raja Khaibar janganlah engkau berdiam sungguhlah engkau tiada mahu masuk dalam Asalama atau akan engkau melawan daku ini. Jikalau engkau persenda2kan baiklah engkau mahu masuk agama Asalama kerana agama Asalama terlalu amat mulia kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya”.
Maka raja Khaibar pun makin bertambah2 amarahnya akan baginda Ali mukanya seperti bunga raya merahnya serta masukkannya gajah sebagai di geraknya mengusir baginda Ali. Maka di tikamkannya dengan pendahannya maka baginda Ali seraya katanya “Hai Ali jangankan aku mengikut agamamu Mahamada itu nabinya pun tiada di endah sehingga mati engkau dan Mahamada itu maka puas hatiku”. Demi Amir Al Mukminin Ali mendengar kata raja Khaibar itu dalam hatinya kata baginda Ali “Sangatlah tegar hatinya” lalu di bantunnya baginda Ali sepohon kayu terlalu amat besar lalu di palukan kepada gading gajah raja Khaibar pun bariskan ke tanah.
Maka Peri Zangki pun bangkit lalu lari dengan darahnya bercucuran sepanjang jalan maka baginda Ali mengertakkan Dala2nya mengusir Peri Zangki. Maka di pegang baginda Ali ekor gajah itu maka gajah itupun berteriak2 tiada beroleh lari maka raja Khaibar pun berpaling ke belakang mengeritkan giginya seraya menikam baginda Ali. Maka nyaris pendahan itu mengenai leher Dala2 maka segera di tangkap oleh baginda Ali pendahan itu maka ekor Peri Zangki pun di sentap baginda Ali kekanan maka Peri Zangki pun tertanam bumi.
Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar segeralah engkau berpaling daripada menyembah matahari itu. Maka sembah olehmu tuhan yang sebenar2nya supaya lepas engkau daripada bahaya senjataku ini” maka raja Khaibar sebagai menikam dan memanah baginda Ali. Maka segala senjata raja Khaibar itupun di salahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya suatu pun tiada mengenai baginda Ali. Maka di sentap pula baginda Ali kekiri dan kekanan serta terliar2 nyaris jatuh ketopong daripada kepalanya pun hendak jatuh lalu tersinggah pada lehernya. Apabila gajah itu memalingkan maka ketopong itupun memukul kedua bahunya gajah raja Khaibar pun jadi suatu kesakitan akan dia.
Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar lagikah engkau tiada mahu masuk agama Asalama” maka raja Khaibar pun di dalam kesakitan juga serta melontarkan senjatanya kepada baginda Ali maka senjata itupun terpelanting tiada sampai kepada baginda Ali. Maka oleh baginda Ali akan ekor di sentap Peri Zangki maka terduduk maka raja Khaibar pun gugur jatuh maka akan ekornya Pari Zangki itu pun di lepaskan baginda Ali. Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar sekarang dapatlah engkau olehku” maka gajah Peri Zangki pun bangkit larilah seraya mengirak dan membunuh segala orang hulubalang hampir kepada Ali hendak berlepaskan rajanya.
Maka dengan sekali di parang Amir Al Mukminin Ali pun putus keempatnya mereka itu maka raja Khaibar pun hendaklah lari ke dalam kota. Maka di pintas baginda Ali dari hadapan raja Khaibar maka segala rakyat Khaibar pun habislah lari gemuruh dan gempita bunyinya serta berteriak daripada takut akan baginda Ali lari itu lalu ke dalam kotanya sekali dan setengah yang tiada sempat lari itu habis di bunuh oleh segala laskar Arab. Apabila raja Khaibar melihat baginda Ali di hadapan itu maka kata raja Khaibar “Hai Ali apatah daya lagi kerana aku tiada berkendera akan jikalau sekiranya akan ada berkenderaan nescaya kulawan juga engkau berperang selagi ada umurku ini”.
Hataya maka baginda Ali pun segera mengertakkan Dala2 pergi mengambil seekor keldai di bawanya kepada raja Khaibar. Maka kata Amir Al Mukminin “Hai raja Khaibar inilah kenderaan kubawa kepadamu” maka kata raja Khaibar “Bagaimana aku menaik keldai kerana aku tiada dapat naik keldai lagi pula raja dahulu negeri Khaibar ini tiada ia mahu naik keldai maka aku pun tiada kunaik mahu aku berperang di atas keldai”. Maka baginda Ali pun memanggil Qombar menyuruh membawa seekor kuda yang tinggal di medan itu maka Qombar pun segera pergi mengambil kuda itu di bawanya kepada baginda Ali lengkap dengan pakaian.
Maka di beri Qombar kepada raja Khaibar pun naik ke atas kuda itu maka lalu dalam hatinya hendak lari ke kota Nazhor Al A’syik. Maka kertakkan baginda Ali Dala2 itu memintas dari hadapan raja Khaibar maka raja Khaibar pun memalingkan kudanya lari ke pihak lain di pintas baginda Ali di selatan. Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar kemana mahu hendak lari. Katamu hendak melawanku akan sekarang mengapa engkau lari” maka sahut raja Khaibar “Bukan aku lari daripadamu. Bahawa aku hendak pergi mengambil senjataku akan kenderaan sudahlah engkau beri bahawa senjataku tiada lagi”.
Maka baginda Ali pun menyuruh Qombar membawa senjata bangkai yang di medan itu maka seberkas maka di ambil Qombar selengkap senjata maka di berikan pada raja Khaibar. Maka raja Khaibar pun mengambil senjata itu lalu ia berhadapan dengan baginda Ali maka di lontarkannya suatu pendahan kepada baginda Ali maka di tangkap Amir Al Mukminin Ali pendahan itu boleh kepada tangan Ali. Maka raja Khaibar pun memegang suatu tombak itu lalu di halakannya pada baginda Ali maka di tangkap Amir Al Mukminin Ali tombak itu lalu di patahkan batang tombak di pegangnya dengan tangan kiri.
Maka pedang pula di hunus oleh raja Khaibar di halakannya suatu di acu2kannya ke atas dan ke bawah maka tatkala di halakannya ke bawah. Maka di tangkap baginda Ali tangan raja Khaibar lalu di ambilnya pedang itu daripada tangan raja Khaibar maka kata raja Khaibar “Perang apa namanya ini pada pertamanya aku tiada bersenjata maka kau berikan senjata akan aku senjata pada tanganku maka kutikamkan padamu maka kau tangkap pula boleh ke tanganmu. Setelah itu kutikam pula engkau dengan tombak itupun engkau patahkan juga maka kuhunus pedang hendak kukeratkan lehermu maka sedang tanganku ke bawah hendakku akan engkau lalu engkau tangkap tanganku pedangku pun engkau ambil. Bahawa yang memberi senjata itupun engkau juga yang mengambil sekarang pun engkau juga maka betapa perang demikian itu seperti orang bermain2 lakunya tiada teguh setianya”.
Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar di manatah orang berperang berdiam2 dirinya yang tiada demikian oleh kerana engkau memberikan daku maka barang kehendakku kuperbuat yang engkau jangan melawan aku lagi sehingga engkau berdiam dirimu”. Maka kata baginda Ali “Jikalau seperti katamu sahaja engkau hendak menyampaikan senjatamu kepada aku maka kau suruh aku berdiam diriku. Jikalau demikian ambillah pedang dan pendahan jika benar katamu maka dapatlah engkau membunuh daku. Jikalau tiada benar katamu tiadalah dapat engkau membunuh daku”.
Maka baginda Ali pun berbetulkan antara dadanya dan mengesakan tuhan yang sebenarnya maka raja Khaibar pun mengambil pendahannya. Maka di lontarkan pada baginda Ali maka pendahan itupun terlambung ke atas kepala baginda Ali maka raja Khaibar pun mengambil pedang pula maka di betulinya kepada baginda Ali maka sekali lagi itupun salah kekiri baginda Ali. Maka di tikamnya berturut akan baginda Ali itupun suatu pun tiada mengena pada tubuh baginda Ali maka raja Khaibar pun berkata2 “Hai tuhanku matahari apa dosa hambamu kepada tuhanku yang gilang gemilang cahayanya maka di murkai akan hambamu maka seteru hambamu kau peliharakannya. Jika demikian baiklah aku pergi kepada guruku Hawan menyuruh ia minta ampun. Apabila adalah ampun peliharakan tuhanku maka datang pula aku melawan Ali ini”.
Maka kudanya pun di palingkan hendak lari pergi mendapat gurunya maka di kertakkan baginda Ali Dala2 memintas ke hadapan kuda raja Khaibar pun memalingkan kudanya ke Tenggara. Maka Dala2 pun di pintaskan baginda Ali ke hadapan kuda raja Khaibar maka terlalulah masygul raja Khaibar melihat kelakuan baginda Ali itu. Maka kata raja Khaibar “Nantilah aku di sini dahulu aku hendak menyuruh guruku meminta ampun kepada tuan yang maha suci sekarang aku datang melawan engkau bahawa Mahamada itu serta engkau kubunuh juga”.
Maka kata baginda Ali “Hai raja Khaibar tiadakah engkau lihat kemuliaan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya berbagai2 itu dan yang telah sudah kau rasai itu. Sekarang marilah engkau kubawa mengadap rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Gurumu Hawan itu sedia kuhela lehernya dengan tali atau kubunuh sebab kerananya engkau jadi raja”. Maka kata raja Khaibar “Hai Ali jikalau apa katamu sekalipun tiadalah kuturut melainkan kata guruku juga yang kuturut kepadaku dan mulia kepada aku”.
Maka Amir Al Mukminin Ali pun amarah terlalu amat akan raja Khaibar maka di isyaratkan baginda Ali kepada Dala2. Maka Dala2 pun menerkam menangkap raja Khaibar maka raja Khaibar pun terkejut lalu menumbuk muka Dala2 pun berpaling menendang raja Khaibar lambungnya kanan lalu terpelanting ke bumi. Maka berlari2 Dala2 datang mengerkah pelipis raja Khaibar maka di tumbuk raja Khaiba muka Dala2 itu daripada kuat perkasa Dala2 itu maka raja Khaibar pun matilah dengan sekali gerkah Dala2.
Maka Amir Al Mukminin Ali pun pergi mendapatkan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan segala laskar Arab. Maka segala laskar Arab pun terlalu sukacita dan banyak beroleh harta rampasan pada sekali perang itu. Setelah segala tentera raja Khaibar melihat rajanya sudah mati itu maka sekelian mereka itu pun larilah pecah belah tiada berketahuan maka di perdangkap oleh laskar Arab barang dimana bertemu di bunuhnya dan barang menentang padanya dan sembahnya minta redha menyebut kalimah shahadat lepaskan mereka itu. Maka segala kaum Asalama pun berhimpunlah kesemuanya kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka nabi Allaha mendirikan khemah pada medan itu kerana hari pun petang.
Adapun akan kafir itu lagi bertahan dalam kota Hawadho Al Hakim yang mengeraskan dia tiga orang menteri pertama Bahsad kedua Tefaa’t ketiga Lamaa’t dan beribu2 raja2 yang di bawahnya ada hadir sekelian dengan segala laskar yang tiada tepermanai pada malam itu hujan pun turun terlalu lebat. Maka menteri itupun berbicara dengan segala raja2 dan pahlawan sertanya itu “Sebagaimana juga bicara kamu akan Ali ini sangat bahana serta perkasanya tiada terlawan oleh kita” maka sahut segala raja2 dan pahlawan yang banyak itu “Sungguhlah seperti kata tuan hamba menteri yang maha besar. Jangankan melawan Ali itu mendengar namanya pun kami takut”.
Maka kata menteri yang ketiga itu “Jikalau demikian kata kamu marilah kita ambil anak raja kita2 bawa ke bandar makmur ke tepi laut kerana di sana banyak raja2 dan pahlawan yang gagah2. Jika Ali datang kesana pun mereka itulah dapat melawan dia”. Maka segala kafir itupun berkenanlah akan kata menteri yang ketiga itu maka sekelian mereka itupun berjalanlah pada malam itu kasad hendak masuk ke dalam pergi ke istana raja Khaibar.
Setelah di lihat menteri Hawadho Al Hakim yang memerintahkan kota itu halnya yang demikian maka iapun menyerbukan dirinya dengan segala tenteranya dalam tentera yang datang itu serta menyebut nama Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya dan menyebut kalimah Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha dengan suara yang maha nyaring. Setelah di dengar segala kafir maka segala kafir itupun larilah dengan sungguh2 hatinya mengikut jalan ke bandar Makmur maka berhentilah daripada menceterakan perang Amir Al Mukminin Ali.
Maka tersebutlah perkataan segala isi rumah raja Khaibar setelah di wartakan orang raja Khaibar sudah mati maka sekelian dukacita ada yang mengatur tinggal suratan ada yang melihat feel ada yang bertentang melihat kelakuan perang itu. Maka tatkala itu yang segala penungannya maka sekelian menangis sebaknya ada yang mencarik2 bajunya dan ada yang menghempas2kan dirinya ada yang menangis saja ada yang menampar paru2 juga ia menangis itu. Setelah hari siang maka menteri Fawadho Al Kabir itu pun menyurat sekeping surat demikian bunyinya “Sembah sujud yang di perhamba datang ke bawah duli tapak kaki nabi Allaha yang di muliakan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya.
Adapun yang di perhamba ini seorang yang di bawah raja Khaibar nama yang di perhamba Fawadho Al Kabir itu. Dengan tolong Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya serta dengan berkat kemuliaan tuan hamba hamba pun peranglah dengan segala kaum hamba menyebut kalimah Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha. Adapun tatkala raja Khaibar keluar perang itu di perhamba tinggal di suruh menunggu kota Thoraa’t. Setelah raja Khaibar sudah hilang maka segala kota dan anak kunci sekelian terserah kepada yang di perhamba.
Maka pada malam tadi di peranginya oleh tiga orang menteri itu akan yang di perhamba. Maka di anugerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya menolongkan sekelian yang di perhamba dan daripada berkat syafaat tuan hamba maka kami di perbunuhkan nyawa dan badan kami serta dengan berkata kalimah yang maha mulia yang di perhamba sebut maka segala kafir itupun kami patahkan perangnya. Akan sekarang barang kiranya segeralah tuan hamba masuk supaya kota dan istana ini yang di perhamba serahkan ke bawah yang maha mulia”.
Setelah sudah surat maka balutnya dengan perca yang maha mulia dan yang amat elok maka di percapnya dengan air kasturi. Kemudian di suruhnya bawa kepada seorang hulubalang bernama A’yar Yunan maka pergilah A’yar itu mengadap rasul Allaha. Setelah hampirlah kepada laskar Arab maka keluarlah kawal Omar Maa’da Karoba melihat A’yar datang itu maka di lihat seorang2 serta mengunjung surat sekeping. Maka di bawanya masuk mengadap Omar Maa’da Karoba maka Omar Maa’da Karoba bertanya kepada orang itu katanya “Siapa engkau ini dan dari mana datangmu”. Maka sahut A’yar “Hamba datang ini membawa surat daripada menteri yang bernama Fawadho Al Kabarit kepada nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.
Setelah di dengar Omar Maa’da Karoba kata A’yar itu maka segera di bawanya mengadap rasul Allaha. Setelah datang ke pintu khemah maka A’yar pun di tinggalkan Omar Maa’da Karoba di pintu khemah yang maha mulia pada segala laskarnya. Maka iapun masuk mengadap rasul Allaha maka di persembahkan orang datang membawa surat daripada menteri Fawadho Al Kabarit maka sabda yang maha mulia pun suruh panggil akan dia masuk kemari. Maka A’yar itupun di bawa Omar Maa’da Karoba mengadap nabi Allaha maka di lihat nabi Allaha duduk dengan segala orang banyak.
Maka A’yar itupun menyembah kepalanya ke tanah seraya menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha dan surat itupun di unjukkan pada tangan Omar Maa’da Karoba maka Omar Maa’da Karoba pun mengambil surat lalu di unjukkan kepada tangan Abas maka di baca oleh Abas di hadapan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah sudah di baca surat maka rasul Allaha pun memberi persalin akan Abas dan A’yar itu pakaian yang khas. Setelah sudah itu maka rasul Allaha yang maha mulia dan segala sahabat pun naiklah ke atas kudanya lalu berjalan masuk ke dalam kota Hawadho Al Hakim itu maka di perhati safnya seperti dahulu tatkala keluar berperang itu juga.
Setelah sampai maka pintu itupun di buka oranglah maka masuklah sekelian laskar Arab maka di lihat rasul Allaha akan negeri itu sungguhpun alah seperti kelakuan tiadalah rosak sekelian orang pun penuh sesak. Maka sekelian orang di dalam negeri itupun semuanya datang membawa persembahan kepada rasul Allaha maka suatu pun tiada mengambil rasul Allaha. Maka sabda rasul Allaha “Segala hadiah kamu ini kamu bawalah kembali yang kehendakku kepadamu sekelian hanyalah agama Asalama yang sebenarnya”. Maka mereka itu sekelian pun menyebut kalimah shahadat Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha.
Maka setelah sampai kota Nazhor Al A’syik maka pintu kota itupun di buka oranglah maka nabi Allaha dan segala sahabat itupun masuklah berjalan lalu ke pintu kota Thoraa’t. Maka segala orang dalam kota Nazhor Al A’syik itupun mengadap rasul Allaha seperti yang telah tersebut dahulu itu juga. Setelah nabi Allaha sampai ke pintu kota Thoraa’t maka menteri Fawadho Al Kabir itu itupun keluarlah mengalu2kan rasul Allaha dan segala medan dan balai sudah di hiasinya. Setelah ia datang ke hadapan rasul Allaha maka ia menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha dengan segala kaumnya serta dengan nyaring suaranya maka rasul Allaha pun sukacitalah lalu di lambai dengan panji.
Maka menteri Fawadho Al Kabir itu pun segera datang menyembah rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan mencium kakinya rasul Allaha. Maka nabi Allaha mendakapi dia serta di puji rasul Allaha akan dia dengan puji dan anugerah persalin akan dia pakaian yang mulia2 maka segala sahabat pun datang berjabat tangan dengan dia. Setelah itu maka di bawanya rasul Allaha ke dalam kota Thoraa’t maka pintu kota itupun telah selesai di bukakan orang maka masuklah rasul Allaha dengan segala sahabat.
Setelah sudah segala isi rumah raja Khaibar melihat orang banyak datang itu maka sekelian pun habis lari pecah belah kesana kemari. Maka segala balai dan mahligai itupun dan taman habis berisi manusia maka datang penghulu segala orang dalam istana raja Khaibar itu namanya Siti Sejarat ialah yang besar di dalam istana raja Khaibar itu sekelian di bawah katanya. Maka iapun datang ke dalam laskar Arab serta menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha maka iapun bertanya yang mana juga di dalam istihar tuan2 sekelian ini. Setelah di lihat laskar Arab seorang perempuan juga datang maka sekelian mereka itu pun membesar dan menunjukkan jalan pergi kepada nabi Allaha.
Maka Siti Sejarat datang kehadapan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seraya menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha maka rasul Allaha pun bertanya katanya “Hai perempuan siapa engkau”. Maka sembah Siti Sejarat “Ya nabi Allaha hambalah penghulu yang besar di jadikan raja Khaibar sekelian daerah yang di dalam kota pagar ini melingkar. Adapun luas persegi pagar ini tiga hari kuda Tibri yang pantas mengeliling dia dan beberapa pula kota di dalamnya. Ya nabi Allaha maka tatkala nabi Allaha datang ini maka segala isi istana raja Khaibar dan segala orang yang di dalam kota itupun lari kesana kemari daripada melihat tentera nabi Allaha datang ini. Jikalau ada syafaat tuan hamba baik juga tuan hamba dengan segala sahabat masuk ke istana sekali supaya jangan mereka itu gentar”.
Setelah rasul Allaha mendengar sembah Siti Sejarat maka rasul Allaha pun naiklah ke istana raja Khaibar dengan lima belas orang pertama nabi Allaha kedua Abu Bakar ketiga Omar keempat Osman kelima Ali keenam Abas ketujuh Abu Hurairah kedelapan Mua’wiyah kesembilan Amam Zangkaya kesepuluh Omar Maa’da Karoba kesebelas Zubir kedua belas Mahamada anak Abu Bakar ketiga belas raja Anshori keempat belas A’jal kelima belas Fawadho Al Kabir itu. Maka rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun naiklah ke istana itu dengan segala sahabat yang tersebut itu.
Maka di lihat rasul Allaha peri mahligai itu terlalu amat indah2 maka hairanlah segala sahabat yang mengiringkan rasul Allaha maka rasul Allaha pun berjalan daripada suatu mahligai kepada suatu mahligai daripada suatu pintu kepada suatu pintu daripada suatu bilik maka sekelian tempat indah dengan perhiasannya. Maka rasul Allaha bersabda kepada Siti Sejarat “Pergilah engkau himpunkan isi mahligai ini supaya kita dengar katanya mahukah ia berpindah di dalam agama sia2 itu kepada agama yang sebenarnya”.
Maka Siti Sejarat pun pergilah mendapatkan mereka itu maka di lihat mereka itu pecah belah kesana kemari masing2 dengan tangisnya. Maka di himpunkan Siti Sejarat akan mereka itu di pujuknya dengan kata yang lemah lembut memberi nasihat di perbaiki hatinya. Maka sekelian mereka itu di beri Siti Sejarat memakai dengan pakaian yang mulia2 lalu di bawa mengadap rasul Allaha maka sekelian dengan memakai membaiki olehnya biar sukacita tiadalah tahu mereka itu bercinta. Arakian setelah di lihat rasul Allaha segala isi rumah raja Khaibar dan mahligai raja Khaibar sekelian itu di bawa Siti Sejarat dengan elok rupanya seperti permata yang terpilih oleh jauhari demikianlah rupanya memberi sukacita segala yang memandang.
Maka bersabda nabi Allaha dengan lemah lembut perkataannya supaya jangan mereka itu gentar ujarnya “Jangan kamu gentar dan takut bahawa tiada kami adakan suatu kejahatan atas kamu dengan tiada sebenarnya dan raja kamu dengan kehendaknya juga mengikut kata hantu syaitan yang kena laknat Allaha itu. Maka jangan kiranya kamu sekelian tertipu olehnya kamu sekelian ini orang mulia nescaya ada juga budi bicara pada kamu maka kamu timbang kiranya dengna mizan kalbu kalimah bagi kebesaran tuhan dengan tuhan raja Khaibar itu. Siapa beroleh daripada kemenangan maka mereka itu yang baik”.
Itupun memandang kepada seorang isteri raja Khaibar yang tua kerana ia bijak dan pandai berkata2 di hadapan majlis maka iapun berdatang sembah “Ya nabi Allaha bahawa kami sekelian ini seperti orang tiada ber arwah dan seperti tiada bersemangat. Sungguhlah seperti sabda yang maha mulia itu bahawa akan kami ini tiadalah keluar budi bicara dan lidah pun keluar maka kami mendengar daripada sabda yang maha mulia inilah dengan lemah lembut maka baharulah rasa kami bernyawa sedikit dan lidah kami pun terangkatlah daripada menyahut sabda tuan hamba yang maha mulia itu. Adapun akan kami sekelian daripada dahulu pun seperti iman orang berjalan lamun di hutan tiada tahu akan jalan. Maka mana2 di katakan orang maka itulah kami turut akan sekarang telah tiada yang membawakan jalan itu maka terhantarlah kami dalam sesatnya. Maka sekarang ini barang siapa menunjuki jalan yang sebenarnya akan kami maka itulah kami ikut pula”.
Maka sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Sebenarnyalah kata kamu itu sekarang ini adalah jalan alam itu maka redhakah kamu menurut dia” maka berpandanglah mereka itu sama sendirinya dan berkata perlahan2 ada yang menangis. Maka muafakatlah mereka itu sepuluh orang yang besar2 daripada antara mereka itu maka ujarnya “Keadaan kita ini seperti orang berlayar di tengah laut tiada maklum barang di mana enggan kita berlayar kita menurut hawa nafsu kita juga nescaya adalah seperti orang karam dan terbakar demikianlah umpamanya”.
Setelah sekelian mendengar kata yang sebenarnya itu maka muafakatlah benar pada hatinya maka sekelian pun berikrarlah menyebut Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rosawala Allaha dengan nyaring suaranya. Maka sabda nabi Allaha “Berbahagialah di anugerahkan Allaha Taa’alaya dunia akhirat dan sanya kamu tiada tuhan hanya Allaha yang esa dan nabi Mahamada pesuruhnya kepada jin dan manusia” maka dalam antara yang banyak puteri Shofiah yang tiada memakai seberhana sebab ia dalam percintaan ayahnya.
Di ceterakan oleh Sheikh Sanabi rohamata Allaha a’layaha selama puteri Shofiah mengadap itu berkain warna sandasa perbuatan benua Mesir panjangnya empat puluh hasta berumbai2 manikam di sardi bertepi mata di karang dan memakai baju sarung pangkat pangkatan dan berkain dua warna dan berseratnya daripada emas dan perak bepermata dan terkena baju cindai yang halus daripada sutera Khothotar warnanya seperti mega di langit labuhnya sampai ke mata kakinya serta berumbai manikam dan sebuah mahkota terkena pada kepalaya menggilang sangkanya berketopong emas berpermata gemerlapan seperti bintang di langit tiada dapat di tentang nyata memancar2 seperti cahaya matahari.
Segala manikam yang terkena pada mahkota itu pada sebuah harganya tiga tahun ufti negeri Cina berumbai2 pada kiri kanan ke belakang bahunya tali rumbai2 itu daripada puadi manikam panjuran. Maka di karang di perhiasi dengan bunga umbainya dalam bunga itu puadi maka tatkala di layangkan angin itulah gemerlapan berumbainya dan berbau narawastu terlalu harum baunya cahaya permata itupun bersinar2 ke mukanya pun seperti bunga raya apabila bersinarannya mukanya seperti cermin demikianlah warna mukanya sebab kena cahaya pelbagai2 itu dan kilat sangkanya daripada birama yang merah bersendi dengan zamrud di kencang dengan emas keranjang dan bunga sepan2 itu daripada emas yang berpermata seperti bunga kembang di susuknya daripada berhanta di tatah dengan manikam dan buli leher tiga pangkat daripada emas lazuardi bepermata merah yang mulia2 tiadalah terkena indahnya.
Dan tubat daripada pelenggam perbuatan hakim dipatinya dengan manikam di kenakan indahnya dan tutup dadanya daripada pelenggam perbuatan hakim maka di rapatinya dengan manikam di kenakan keliling birama di tambal gelang jari kanan kiri lima pangkat dan cincin selengkap jari daripada perbuatan Cina yang amat gharib dan terkena qomar yang kecil. Sebermula naga tujuh kepala itupun di tatah dengan ratna mutu manikam yang merah berumbaikan mutiara akan bergenta bergelang daripada pili kendi yang biru dan di ikat dengan manikam merah dan cincin jari selengkan berkaus daripada naga sura perbuatan benua Rom dan sehelai kain warna pelangi panjangnya enam hasta di tudungkannya di kepala maka terlalu indah2 seperti anak anakan syurga rupanya. Puteri Shofiah umurnya baharu dua belas tahun bau tubuhnya seperti kasturi dan narawastu.
Setelah di lihat oleh segala sahabat rupa puteri Shofiah dan pakaiannya maka dengan takdir Allaha Taa’alaya di dalam antara perempuan yang banyak itu puteri Shofiah dengan perkataan yang lemah lembut sembahnya “Ya rasul Allaha”. Maka tertunduklah kepalanya bercucuranlah air matanya seperti mutiara berhambur kakinya pun basahlah sebab keluar banyak air matanya. Maka hairanlah segala sahabat memandang rupanya cahaya kakinya basah itu umpamanya birama gilang gemilang seperti sudah terupam jam baharu datang di permulia orang empunya rumah di berinya air basuh kaki demikianlah adanya.
Maka sembah puteri Shofiah “Ya nabi Allaha akan harta dunia telah limpah di kurnia Allaha kepada di perhamba akan sabda khadam yang maha mulia tiada menilik pada hasrat hamba Allaha di dapat terpandang adanya kena tubuh hamba tiadalah berkala lagi zahir bathinnya. Telah nyatalah pada arif ba Allaha hancur luluh tiada menderitakan penyakit itu seperti makan khayalnya tiada dapat siapa menawari dia melainkan yang maha mulia juga dapat. Jika tiada di tawarkan nescaya mudharat nyawa badan di perhamba maka iniah bertambah2 di perhamba mengadap cerapakmu yang maha mulia telah sempurnalah kehendakku tiada lain daripada tuan hamba. Mahulah fana segala alam ghaiblah segala manusia apabila tiada di dapat nescaya hampirlah jalan di perhamba mati maka berpercintaan dan matiku dengan putus asa”.
Setelah nabi Allaha mendengar kata puteri Shofiah maka sabda rasul Allaha “Hai Shofiah engkau kiaskan itu telah permudah aku tetapi tiada dapat aku mengerjakan jika tiada dengan firman tuhanku”. Setelah di dengar puteri Shofiah sabda nabi Allaha maka ia pun diam dirinya di dalam antara itu berkata saudara puteri Shofiah itu “Sungguhnyalah ia kanak2 menangis hendak mengambil bulan akan permainnya bintang pun hendak di karang. Maka adakah patut bulan dan bintang di langit di tangiskan. Apabila sangat bahana menangis akhirnya menjadi penyakit jua adanya”.
Setelah bonda puteri Shofiah melihat hal yang demikian itu terlalu menangis daripada dahulu terkenang untungnya. Kemudian berkata pula kata kakak puteri Shofiah kerana ia kasih jua akan puteri Shofiah itu “Seumpama orang dahaga berjalan di padang kepanasan di lihatnya sebuah kolam yang amat jernih airnya dan sepohon kayu beraksa yang rampak maka kolam itu di harapnya akan memuaskan dahaganya akan beraksa itu pernaungannya. Jikalau beraksa itu tumbang air kolam itupun kering apalah hal hamba Allaha itu. Lalu puteri Shofiah ini seperti orang karam di laut maka buah itulah di sangkanya batang sembaran suatu pun tiada rakit”.
Maka kata puteri Shofiah “Janganlah di lanjutkan perkataan ini hanyalah harap hamba akan yang lagi Rahim tuhan yang menjadikan daku” maka pada ketika itu firman Allaha Taa’alaya kepada Jibril “Segeralah engkau pergi suruh kekasihku Mahamada nikahkan puteri Shofiah itu jadi isterinya yang halal kabulkan kehendaknya kerana ia seorang yang harap akan tuhannya”. Telah itu maka turunlah Jibril membawa wahyu dengna sekejap mata kepada rasul Allaha seperti firman Allaha mustajab peminta kamu.
Telah puteri Shofiah mendengar sabda rasul Allaha demikian ini maka puteri Shofiah pun terlalu amat sukacita beribu2 syukur dan rahmat Allaha telah bertambah2 yakinlah serta ujarnya “Engkau tuhan yang bernama Haya Al Qoyawama” maka yang maha mulia pun bersabda kepada Amir Al Mukminin Abu Bakar “Bacalah khutbah nikah akan daku dengan puteri Shofiah”. Telah sudah di nikahkan maka bonda puteri Shofiah dan segala inang pengasuhnya membawa puteri Shofiah masuk ke dalam istananya dan di hiasinya seperti adat raja2 yang besar2 di dalam benua Khaibar itu.
Maka Siti Sejarat berdatang sembah “Apa kesalahan segala mereka itu” maka sabda nabi Allaha “Suruh masing2 kembali kerana hari sudah malam Ana Shaa Allaha Taa’alaya esok hari aku himpunkan pula kepada aku”. Maka sekelian pun masing2 pulang ke mahligainya dengan kesukaan antara berapa lamanya junjungan bersuka sukaan dengan puteri Shofiah.
Sumber: Kitab Perang Khaibar
Manuskrip British Library.
No comments:
Post a Comment