Pages

Monday, 12 October 2015

Cinta akan Nabi;

"Saidina Abbas r.a mengatakan, apabila kita membaca Al-Quran dan sampai kepada ayat; "Wahai orang orang beriman. Ketika itu kita kena ambil apa yang nak disampaikan. Tertuju pada kamu, pada saya dan tuan puan sekali yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى, pasang telinga kamu, dengar mesej apa yang Allah ingin sampaikan."

"Yakni Berselawatlah pada Rasulullah ﷺ dan ucapkan selamat pada Baginda nabi. Sebagai manusia tidak fikir bahawa Nabi Muhammad ﷺ berhajat pada selawat kita. Pada awal ayat Allah yang menafikan Nabi Aku, Kekasih Aku tidak perlukan selawat kamu wahai hamba-Ku. Kerna Allah سبحانه وتعالى Rabbul Alamin telah berselawat pada Kekasihmu. Dan para malaikat yang ada di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi telah berselawat pada Rasulullah ﷺ."

"Maka Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepada kita faedah dah manfaat selawat itu untuk kita. Dan segala hadis-hadis menyarankan, menganjurkan, menggalakkan kita, memberi semangat pada kita selawat pada Rasulullah ﷺ. Ianya bukan bermakna baginda miskin, fakir dan doa dari hambanya."

"Nabi muhammad suruh berselawat pada Rasulullah kerna itu semua untuk kita. Perjalanan kita untuk menuju pada Allah سبحانه وتعالى adalah bagaimana pautan cinta kita pada Nabi Muhammad ﷺ. Seseorang tidak akan sampai pada Allah jika tak melalui pintu yang benar, yang di sediakan oleh Allah iaitu Nabi Muhammad ﷺ."

"Seorang sahabat ketika berjumpa Nabi Muhammad bertanya; "Ya Rasulullah, Aku ingin menghabiskan satu perempat waktu ku setelah aku melakukan yang fardhu untuk berselawat padamu ya Rasulullah. Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Kamu melakukan perkara baik wahai sahabatku jika engkau menambahkan lagi maka itu lebih baik lagi."

"Maka sahabat itu berfikir, bertafakkur dan mengatakan; "Ya Rasulullah, jika begitu aku ingin menghabiskan satu perdua daripada waktu aku berselawat pada mu ya Rasulullah."

"Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika kamu tambah maka ia akan lebih baik lagi. Setelah sahabatnya buat keputusan maka dia mengatakan; "Ya Rasulullah, aku ingin menghabiskan tiga per empat waktu aku setelah aku buat yang fardhu berselawat pada mu ya Rasulullah. Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Kalau tambah lagi maka lebih baik lagi."

"Maka sahabat termenung, SubhanaAllah. Jika tiga perempat waktu setelah dia lakukan fardhu dan baca quran dan lain lain, Maka dia dapat satu keputusan,
Dia memahami dan faham apa yang dikehendaki oleh Rasulullah ﷺ, Maka sahabat tadi kata aku ingin menghabiskan seluruh waktu aku untuk selawat pada mu ya Rasulullah."

"Maka Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Jika benar apa yang kamu katakan kamu lakukan, segala hutang piutangmu akan langsai, segala hajat-hajatmu akan didengari oleh Allah سبحانه وتعالى, ditunaikan di sempurnakan oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan segala musibah malapetaka, bala bencana Allah akan angkat dari kau. Inilah kelebihan mereka yang menghabiskan masanya untuk berselawat pada Nabi muhammad ﷺ."

"Ulama mengatakan jika seseorang menghabiskan segenap masanya untuk berselawat pada Rasulullah silakan. Itu zikrullah. Ulama mengatakan bahagikan masa kita juga untuk ucap subhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Walahaulawaquwataillah billahillalihilazim."

"Tetapi jika ada seseorang mengatakan saya ingin menghabiskan masa saya semua untuk berselawat pada Nabi Muhammad maka itu juga suatu perkara yang terpuji yang dituntut dalam agama kita."

"Satu kisah, Imam Malik rah, sanggup menanggalkan seliparnya dan membuang air kecil dan besar apabila memasuki bumi madinah. Kerana di bawah sana ada bersemadinya Nabi Muhammad ﷺ. Lalu, orang dizamannya bertanya; "Wahai imam, apa kaitan capal dengan nabi yang telah mati di bawah sana? apa kaitan buang air besar dengan agama?"

"Lalu Imam Malik menjawab; "Rasulullah ﷺ tidak pernah mati. dia hidup disamping Allah سبحانه وتعالى. Bersama kekasihnya dan aku cintakan baginda. Aku cintakan Rasulullah ﷺ. Lihat Adab ulama dengan Rasulullah ﷺ. Cinta kepada nabi."

"Betapa sayangnya nabi kepada kita setiap isnin dan khamis akan dipaparkan perjalanan hidup kita didunia dilaporkan kpd baginda. Ada umat yang membuat dosa nabi mengirimkan istighfar kepada umatnya yang berdosa itu."

"Orang yang paling dekat dengan nabi kelak, adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya. Seseorang itu yang taat pada Rasulullah ﷺ bermakna dia taat pada Allah سبحانه وتعالى. Siapa ingin dapat kecintaan dan keridhaan Allah سبحانه وتعالى maka dia perlu lihat kecintaannya pada Rasulullah ﷺ. Zahir batin, jiwa dan raganya untuk Nabi Muhammad ﷺ."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

No comments:

Post a Comment