Pages

Wednesday, 28 October 2015

Kesudahan yang Baik.

"Kita hendaklah mengunakan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى, untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى. Dan kita bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya."

"Diakhir zaman ini, kita perlu muhasabah diri kita. Kita perlu melihat suasana didalam rumah kita. Jangan fikir jauh dengan soal sosial, politik dan sebagainya. Kita lihat dulu didalam rumah kita. Kita fokus didalam rumah kita. Bagaimanakah suasana nya?
Adakah ada perkara-perkara yang haram, masuk kedalam rumah kita?"

"Tidak kiralah rumah itu besar atau kecil. Kaya atau miskin. Maka kita patut mengubahnya. Sebagai contoh adalah televisyen. Televisyen ini menjadi antara fitnah terbesar sekali dizaman ini. Bahkan, jika tiada televisyen maka ada yang merasakan kekurangan jika tiada televisyen didalam rumah mereka."

"Ianya tiada masalah jika, anak isteri atau suami ingin menonton televisyen. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah, apa yang keluar daripada televisyen tersebut. Terkadang dengan perempuan yang tidak tutup auratnya, terkadang dengan perkataannya yang bukan-bukan. Pakaian yang tidak senonoh. Pergaulan bebas yang dipertontonkan. Dan suami buat rilek sahaja, isteri pon rilek sahaja. Biarkan anak-anak tengok. Tak kisah pon.

"Suami membiarkan sahaja buat rilek sahaja. Katanya ini masa untuk keluarga. Dia boleh buat rilek sahaja, sedangkan dia sedang melanggar syariat Allah سبحانه وتعالى. Kita melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى didalam rumah kita sendiri."

"Kita membiarkan perkara-perkara haram masuk kedalam rumah kita sendiri. Dengan banyaknya rancangan yang bukan-bukan. Ada yang bollywood, hollywood, koreanya dan sebagainya. Mempengaruhi pemikiran anak-anak kita. Kita rilek sahaja."

"Tahukah kita, mereka ini adalah golongan yang melanggar hukum Allah سبحانه وتعالى. Dan kita ni boleh rilek je dalam rumah kita. Tak ada rasa apa-apa pon. Tak ada rasa bersalah pon. Tak yah fikir jauh pasal gejala sosial dan sebagainya. Lihat didalam rumah kita sendiri."

"Kita patut rasa serba-salah. Macam mana iman kita? Kita hendak jaga iman kita. Dan Kita patut fikir macam mana nak jauhkan perkara-perkara yang haram didalam rumah kita. Kalau kita ada televisyen dirumah pula. Maka gunakanlah dengan sebaiknya. Untuk perkara-perkara yang baik. Kita gunakan segala nikmat Allah سبحانه وتعالى untuk menyembah Allah سبحانه وتعالى."

"Alhamdulillah. Sekarang ada macam-macam rancangan yang baik-baik. Ada syarahannya, majlis ilmunya, nasyidnya dengan para ustaz alim ulamak. Maka kita gunakan dengan sebaiknya. Kita patut berfikir, bagaimana untuk mentaati perintah Allah dan menyebarkan agama Allah سبحانه وتعالى."

"Kita hendaklah mengunakan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى, untuk menyembah Allah. Kita nak mati dalam iman. Kita mintak berdoa kesudahan yang baik. Mintak syurga. Akan tetapi, adakah cara kita didalam kehidupan ini, membawa kita kepada kesudahan yang baik? Yang diredhai Allah سبحانه وتعالى?"

Sheikh Imran Anguilla Al-Hafiz

No comments:

Post a Comment