"Memahami kedudukan Allah سبحانه وتعالى di langit adalah bukan daripada apa yang difahami Ahli Sunnah wal-Jamaah. Kerana didalam Al-Quran Nur' Karim menafikan akan keberadaan Allah سبحانه وتعالى di langit sahaja. Menyatakan Allah سبحانه وتعالى berada dilangit, seolah-olah Allah سبحانه وتعالى berhajat pada tempat. Berhajat pada tempat itu adalah sifat makhluk."
"Sedangkan Allah سبحانه وتعالى tidak memerlukan tempat, ruang dan masa. Malaikat Allah berada di langit. Allah سبحانه وتعالى meliputi Bumi, meliputi langit, meliputi Kursi, meliputi Arasy'. Semuanya itu adalah makhluk yang berada di bawah kekuasaan Allah سبحانه وتعالى."
"Keberadaan tempat itu menunjukkan adanya batasan walaupun tempat itu amat luas. Sementara Allah سبحانه وتعالى tidak berbatas, tidak berhad. Tiada had. Oleh itu, soalan Allah dimana itu sudah salah. Jadi jawapannya itu juga mestilah salah. Kerana dimana itu menunjukkan tempat, sementara Allah سبحانه وتعالى tidak memerlukan tempat."
"Allah سبحانه وتعالى itu wujud sebagaimana keadaan-Nya sebelum adanya ciptaan dan selepas adanya ciptaan-Nya. Dan Jika kita perhatikan semua yang berada di alam cakerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Segalanya didalam pentadbiran Allah."
"Semua yang berada didalam galaksi ini, bintang bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah سبحانه وتعالى dan berjalan diatas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada didalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak."
"Didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya."
"Subhanallah, begini Allah سبحانه وتعالى mentadbir alam ini. Didalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah سبحانه وتعالى mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekalipon."
"Hatta di dalam diri manusia pon ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro ,alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalam pentadbiran Allah."
"Sehingga dilihat dalam dirinya manusia, Allah سبحانه وتعالى ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga kehujung kaki, lihat nafsu Allah سبحانه وتعالى ciptakan didalam dunia didalam dirinya, roh, nafsu, syahwat,hati, qolbu, sir, akal, minda, sesuatu yang tak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada dalam dirinya."
"Allah سبحانه وتعالى tidak pernah lalai walau sedikit pon. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Kita hadir didalam majlis ini, Allah سبحانه وتعالى yang menggerakkan kita untuk datang kesini."
"Tidak bergerak setiap pasir-pasir dipantai didalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekalipon daripada dahan pokok tanpa izin-Nya Allah. Allah سبحانه وتعالى juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah Allah سبحانه وتعالى juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Kita akan lihat Allah سبحانه وتعالى adalah segala-galanya. Segala-galanya didalam kekuasaan Allah سبحانه وتعالى."
Guru mulia kami. Tauhid. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
No comments:
Post a Comment