Pages

Showing posts with label KISAH IBLIS MENGHADAP NABI SAW. Show all posts
Showing posts with label KISAH IBLIS MENGHADAP NABI SAW. Show all posts

Monday, 13 August 2012

7 ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT.


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud:
“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.




Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.



Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4


Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya




Rombongan 5


Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.



Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah..

Saturday, 10 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 10 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 22 ) :

"Hai Iblis ! Aku lihat engkau mengintai intai didalam masjid, apakah yang ingin kau buat ?
Apalah pujian pujian engkau ?
Siapakah yang sekaum dengan engkau ?
Engkau gelapkan hati manusia itu dengan sebab apa ?
Siapa yang menyukakan hati engkau ? dan 
Siapa yang menyuburkan badan engkau ?"

Maka sembah Iblis : " Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang yang sembahyang disitu,tetapi hamba takut dengan orang yang sedang tidur disitu.
Maka kata Nabi : Kerana apa engkau tiada takut kepada orang yang sembahyang padahal ia dalam keadaan sembahyang dan munajat kepada Tuhannya ? Mengapa engkau takut orang yang sedang tidur disebelahnya sedangkan ia didalam lalai tiada memandang suatu apa pun ?
Maka sembah Iblis : Adapun orang yang sedang sembahyang itu bodoh jahil, hamba merosakkan sembahyangnya itu sangat mudah,tetapi orang yang tidur itu alim.Maka manakala hamba goda dan merosakkan orang yang sembahyang itu hamba takut kalau orang alim itu bangun daripada tidurnya lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu.
Maka sabda Nabi : " Tidur orang alim itu terlebih baik daripada ibadat orang yang jahil."
 seperti 1000 orang beribadat dengan tiada berpelajaran agama sangat senang syaitan mengacau,tetapi seorang pelajar ilmu feqah itu sangat susah syaitan hendak mengodanya.

Iaitu suara orang yang menyanyi yanyi dan berpantun seloka dan suara sebagai bunyi bunyian,kecuali orang yang menyanyi ,berpantun,bernazam memuji muji Tuhan kerana berlagu lagu membaca nasyid dan selawat Nabi.

Yang sekaum dengan ku adalah orang orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan memakan riba'.

Iaitu dengan sebab mereka itu makan dan minum dengan pencarian yang haram kerana mereka itu gelap mata pada mencari harta yang halal dan mereka yang memperbanyakkan tidur waktu tinggi hari dan meninggalkan sembahyang subuh dan yang memenuhkan perutnya sekenyang kenyangnya.

Orang yang dapat menyukakan hati hamba adalah orang kaya yang bakhil dan orang yang tiada mengeluarkan zakat kepada hamba Allah yang dhaif,tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin,kerana bahawasanya bakhil itu seteru Allah dan orang yang tak ada mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang bawah bersama sama hamba.

Iaitu orang yang hasad dengki dan orang yang tak ada belajar peraturan agama islam dan segala perempuan perempuan jahat dan tiap tiap perempuan yang mencabul dirinya dan menjualkan maruahnya."

Friday, 9 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 9 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 15 ) :

" Dengan jalan apa yang boleh menolak tipudaya engkau ?"

Maka sembah iblis : "Iaitu jika seseorang berbuat dosa,maka segeralah ia kembali bertaubat kepada Allah dan menangis serta sesal akan perbuatannya dan apabila ia marah segeralah ia mengambil air sembahyang nescaya padamlah marahnya.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 16 ) : 

" Hai Iblis ! siapakah yang paling engkau sukai ? "

Maka sembah Iblis : "Iaitu apabila lelaki dan perempuan yang tiada mencukur atau mencabut atau tiada menggunting bulu ari ari ( bulu yang tumbuh disisi kemaluannya ) yang telah sampai 40 hari lamanya maka duduklah hamba mengecilkan diri seperti pepijat bersarang disitu demikian lagi tempat hamba bergantung dan berbuai  iaitu pada bulu ketiak orang yang tiada mencukur atau mencabutnya ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 17 ) :

" Hai Iblis ! siapa saudara engkau ? "

Maka sembah Iblis : " Iaitu orang orang yang tertidur tertiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh,maka ia tidur pula tiada segera sembahyang subuh,maka hamba uliti akan dia hingga lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada zohor,asar dan maghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas mengerjakan sembahyang."
Apabila hendak tidur bacalah Bismillaahir rahmaanir rahiim 21 kali.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 18 ) :

" Hai Iblis ! Dengan apa jalan yang membinasakan engkau ?

Maka sembah iblis : " Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang lain,membanyakkan taubat,memperbanyakkan tadarus al Quran dan sembahyang diwaktu malam ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 19 ) :

" Hai Iblis ! Apa pula yang dapat memecahkan mata engkau ? "

Maka sembahnya : " Iaitu orang yang duduk dimasjid dengan kerana Allah serta beriktikaf didalamnya.

SOALAN RASULULLAH SAW ( 20 ) :

" Hai iblis ! Apalagi yang dapat memcahkan mata engkau ? "

Maka sembah Iblis lagi : " Iaitu orang yang taat kepada kedua ibu bapa dan mendengar kata keduanya dan membantu makan pakainya kerana tuanhamba telah bersabda : Bermula syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu bapa."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 21 ) :

" Hai iblis ! Apa pula yang merantai akan engkau ?
Apabila umatku memberi salam satu sama lain betapa engkau rasa ?
Siapa pula sahabat yang hampir kepada engkau ?
Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau ?
Dimana tempat engkau diam ?
Dimana tempat perhimpunan engkau ?

Maka sembah iblis : " Yang dapat merantai akan daku iaitu orang orang yang berjual dengan betul timbangannya, sukatannya,ukurannya dan tukarannya.

Apabila bertemu antara dua orang di tengah perjalanan dan memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya,maka pecahlah dada hamba rasanya,maka hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun-ia dan sahabatnya-yakni apabila berpisah keduanya.

Sahabat yang paling hampir kepada ku adalah orang orang yang meminum arak atau tuak atau candu atau ganja kerana merbahayanya boleh membawa kepada pecah belah dan perkelahian dan penceraian.

Iaitu apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan perempuan muda maka hamba duduk pada leher perempuan perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik hati diantaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak gerak yang membangkitkan nafsu baginya dan manakala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya lalu hamba panah tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak gerak keinginan nafsu syahwatnya. Bermulalah orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara imannya.

Iaitu pada rumah rumah berhala dan pada mana mana batu,kayu,tembaga,dan sebagainya. Apabila menyembah mereka itu maka hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah tambah yakin pada pekerjaannya yang syirik. Beberapa banyak umat tuanhamba yang telah hamba pesongkan masuk kerumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu itu menunjukkan sangat tipis imannya.

Iaitu tiap tiap rumah wayang dan tempat hiburan hiburan dan seumpamanya seperti tempat campur pemuda pemudi. itulah tempat perhimpunan hamba.

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 8 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 10 ) :

" Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku ? ".

Maka sembah Iblis : "Adalah umat tuan hamba itu ada 3 macam :
( 1 ). Seperti air hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuh tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada yang lainnya iaitu guru guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata Jibril a.s " Adapun para ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat ."
( 2 ). Umat tuanhamba itu seperti tanah iaitu sabar,syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang saleh dan tawakal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan.
( 3 ). Umat tuan hamba itu keadaannya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dhilangkan amal akhirat. Maka sukacitalah hamba kepadanya lalu hamba masuk kedalam tubuhnya,hamba putar hatinya menuju lautan derhaka. Apabila sudah tetap ke jalan kejahatan hamba bawa kemana kehendak hamba pergi,jadi sentiasa ia bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan pada beramal,dan tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah yang miskin apabila hendak beribadat,hamba goda ia agar kaya dahulu,maka apabila dimakbulkan oleh Allah kesenangan,maka dilupakannya berbuat amal,tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta bendanya habis terbenam kedalam bumi kerana ia tidak mahu membelanjakan pada tiap tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika terkena sakit tiada sabar,ia sentiasa bimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya,cakap besar sesama Islam dan benci kepada orang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai bagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan perempuan jahat dan tempat tempat judi dan pesta. "

SOALAN RASULULLAH SAW ( 11 ) :

"Siapa pula serupa dengan engkau wahai Iblis ?"

Maka sembah Iblis : " Iaitu orang yang meringankan syariat tuan hamba dan yang membenci orang orang belajar agama Islam."


SOALAN RASULULLAH SAW ( 12 ) :


" Siapa pula yang mencahayakan muka engkau ?"

Maka sembah iblis : "Iaitu orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan saksi bohong dan menyalahi janji."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 13 ) :

"Apa pula rahsia engkau kepada umatku ?

Maka sembah Iblis : " Jika seorang islam hendak pergi buang air besar,jika tiada membaca doa pelindung syaitan kepada Allah . Nescaya hamba gosokkan najis itu kepada tubuhnya dengan tiada ia sedari sekali kali . Jika masuk ke tandas dahulukan kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan.


maka jika dibaca doa tersebut larilah hamba.



SOALAN RASULULLAH SAW ( 14 ) :

" Hai Iblis ! Jika umatku bersatu dengan ahlinya, apa hal engkau ? "

Maka sembah Iblis : " Jika seseorang hendak bersetubuh dengan isterinya, jika ia membaca :

Maka larilah hamba daripadanya.Mka jika tiada ia membaca doa tersebut dengan isterinya,maka bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya dan jika ia menjadi anak maka gemar anak itu pada pekerjaan maksiat dan malas pada jalan kebajikan dengan sebab lali dan alpa ibu bapanya. Demikian lagi jika mereka makan dan minum jika tiada mereka membaca Bismillah maka hamba yang mendahuluio makanan dan minuman daripadanya..maka makanlah ia padahal tiada kenyang."

Thursday, 8 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 7 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 9 ) :

" Hai Iblis ! Sekalian sahabatku itu betapa kepada engkau dan bagaimana halnya ? "

Maka sembah Iblis : " Ya Nabi Allah , adalah sekalian sahabat tuanhamba itu ialah sebesar besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawannya dan tiada dapat masuk suatu tipudaya hamba kepada mereka itu, kerana tuanhamba telah berkata bahawa sekalian sahabatku itu adalah seperti bintang dilangit, Jika kamu mengikut akan mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Ya Nabi Allah , sekalian sahabat tuanhamba itu sangat taat mengerjakan perintah tuanhamba lagi setia dan bersungguh sungguh menyiarkan syariat tuanhamba kepada sekalian manusia daripada Quran dan Hadis. Ada pun Saidina Abu Bakar al Sidik bib Abi Qahafah itu sebelum bersama dengan tuanhamba,maka hamba tiada dapat hampir kepadanya apalagi pula ia telah mendampingi dirinya kepada tuan hamba dan kuat menyaksikan atas kebenaran tuanhamba hingga ia telah menjadi wazirul a'zim dan tuanhamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekalian isi dunia nescaya lebih berat amal kebajikan Abu Bakar, tambahan pula ia menjadi mertua kepada tuanhamba kerana berkahwin dengan anak perempuannya Saiyidatina Aisyah itu, beliau banyak menghafaz hadis tuanhamba.

Adapun sahabat tuanhamba Saidina Umar al Khttab. tiada berani hamba pandang mukanya kerana ia sangat keras menjalankan hukum syariat tuanhamba dengan saksama. Jika hamba terpandang mukanya maka gementarlah segala tulang sendi hamba daripada sangat takut hamba kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi tuanhamba telah bersabda : " Bahawa kiranya ada nabi kemudian daripada aku nescaya Umar al Khattab boleh menggantikannya." kerana ianya seorang harapan yang besar kepada tuanhamba dan ia juga pandai membezakan iman dan kafir hingga digelar akan dia " Umar al Faruq ".

Ada pun sahabat tuanhamba Saidina Osman ibni Affan itu lebih lebih lagi tiada boleh hampir kepadanya,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Quran siang dan malam,pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala orang yang mati syahid lagi menjadi menantu kepada tuanhamba dua kali. Kerana sangat taatnya hingga datang kepadanya beberapa Malaikat mengunjungi kepadanya dengan hormat takzimnya,kerana sekalian Malaikat itu sangat malu hingga tuan hamba berkata : "Barang siapa yang menulis Bismillaahir rahmaanir rahim pada kitab kitab atau kertas kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala Osman mati syahid."

Adapun sahabat tuanhamba Saidina Ali bin Abi Talib itu hamba sangat takut kepadanya kerana hebat kelakuannya dan dasyat melihat gagah perkasanya dimedan peperangan merempuh segala musuh. Mka apabila Iblis,syaitan dan jin memandang mukanya nescaya terbakarlah kedua biji matanya kerana ia sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan dan ia adalah pertama tama kanak kanak yang masuk islam dan ia juga tiada menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala,sebab itulah juga ia digelar "Ali karramallahu wajhahu" ( Dimuliakan Allah akan wajahnya ) dan disebut jua akan dia Harimau Allah dan tuan hamba telah berkata " Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." tambahan lagi ia telah menjadi menantu tuanhamba terlebih lagi hamba ngeri kepadanya.

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 6 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 8 ) :

" Hai Iblis! Jika umatku berpuasa dengan kerana Allah apakah yang engkau rasa ? "

Maka sembah Iblis : " Ya Nabi Allah , inilah suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk malam awal bulan Ramadhan , maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi dan segala Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang orang yang berpuasa mendapat sebesar besar kurnia Allah Taala yang mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, tambahan lagi yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit,bulan dan bintang dan Malaikat hinggakan burung burung dan ikan ikan yang didalam laut dan ikan air tawar demikian juga tiap tiap yang bernyawa diatas muka bumi semuanya mendoakan siang dan malam memintakan ampun bagi orang yang berpuasa itu iaitu dimerdekakan dari azab api neraka, demikian lagi telah ditutup segala pintu pintu neraka dan dibuka segala pintu pintu syurga yang lapan dan menghembus angin yang bawah Arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut melalui kedalam syurga.

Maka pada hari dimulai umat tuanhamba berpuasa itu datanglah segala malaikat dengan garangnya tiada membilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkap segala tentera hamba jin syaitan dan ifrit dipasungnya kaki dan tangannya dengan besi panas dan dirantai hamba menunggu hingga selesai umat tuanhamba daripada berpuasa itu baharulah hamba dilepaskan supaya jangan hamba mengacau mereka itu dan umat tuanhamba sendiri telah merasa kesenangan puasa sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri sekalipun tiada sedikit merasai takut seperti malam malam lain ."

bersambung...

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 5 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 4 ) :

" Hai Iblis ! Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segala manusia ?

Maka sembah Iblis : " Pertama tama sekali hamba palingkan imannya supaya berpaling iktikadnya kepada kafir samada pada perkataan atau perbuatannya,kelakuannya atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan cara begitu,maka hamba tarik pula kepada jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 5 ) :

" Jikalau umatku membaca Quran dengan kerana Allah, apakah yang engkau rasa ?"

Maka sembah Iblis : " Jika mereka membaca al Quran kerana Allah maka terbakarlah rasa tubuh hamba dan putus putus segala urat hamba maka larilah hamba daripadanya ."

SOALAN RASULULLAH SAW ( 6 ) :

" Hai Iblis ! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa ?".

Maka sembah Iblis : " Telah binasalah diri hamba dan gugurlah segala daging tulang hamba kerana mereka itu mencukupkan rukunnya ."

SOALAN RASULULLAH SAW (7 ) :

"Hai Iblis ! Apabila umatku berdiri sembahyang betapa hal engkau ?"

Maka sembah Iblis : " Masa itulah sebesar besar kesusahan bagi diri hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba,maka pada waktu itu hamba suruhkan sekalian syaitan iblis mengoda orang yang hendak sembahyang pada tiap tiap manusia  itu dengan berpuluh puluh iblis datang mengodanya setengahnya pada anggotanya supaya malas sembahyang dan setengahnya masuk pada hatinya supaya was was di dalam sembahyangnya dan terlupa beberapa bilangan rakaatnya dan berbimbang pada pekerjaan dunia dan hatinya hendak bersegera segera keluar dari sembahyangnya , dan setengah iblis masuk kedalam mata orang yang hendak sembahyang supaya ia tiada khusyuk yakni tiada hadir hatinya didalam sembahyang atau menjeling kekanan dan kekiri didalam sembahyang itu tiadalah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.

Dan setengah iblis masuk kedalam telinganya supaya orang sembahyang itu memasang telinga mendengar orang yang bercakap dan mendengar suara bunyi bunyian dan sebagainya yang sia sia dan setengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tiada kuasa lama lama duduk di waktu sujudnya atau diwaktu tahiyatnya dan didalam hatinya berkehendak segera habis sembahyangnya kerana demikian itu adalah membawa kepada kurang dapat pahala sembahyang. Maka sekiranya sekalian iblis itu tiada dapat mengoda yang demikian itu nescaya sekalaian mereka itu hamba hukumkan dengan seberat berat hukuman.

bersambung....

Wednesday, 7 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 4 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 3 ).

" Hai Iblis ! Apakah  perbuatan mu kepada makhluk Allah ?"

Maka sembah Iblis : " Ya Nabi Allah , Iaitu satu kemajuan bagi perempuan perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bersalah salahan sifatnya dan hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang dan supaya leka dengan makan minum dan berbuat derhaka, setengahnya hamba lalaikan dengan harta benda  daripada emas ,perak dan rumahnya dan kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan diatas segala pekerjaan yang haram. Bahawasanya telah banyak lelaki dan perempuan yang terpesong imannya lalu hamba kerahkan segala bala tentenra hamba daripada jin,iblis,syaitan menarik mereka itu kepada jalan derhaka. Demikian juga pada masa bermain temasya yang bercampur lelaki dan perempuan,maka disitulah hamba lepaskan sebesar besar goda supaya hilang maruah mereka itu hingga meminum arak lagi menarik seorang taulannya dipaksa menyuruh minum arak . apabila arak telah diminum maka hilanglah akal dan fikirannya sera malunya lalu hamba hulurkan tali cinta asyik jadi terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar besar, maka datang dengki hasad hingga membawa pada pekerjaan zina.

Maka apabila telah terjadi kasih antara keduanya,maka terpaksalah mereka mencari wang dengan jalan tipudaya dan mencuri dan apabila mereka teringat atas kesalahannya itu lalu hendak bertaubat atau hendak membuat amal ibadat maka hamba halang supaya mereka itu bertangguh dan bertempoh pada sekalian pekerjaan yang kebajikan serta hamba goda bertambah tambah keras supaya melazimkan maksiat itu dan mengambil isteri orang. Maka beberapa banyak umat umat tuanhamba yang telah hamba sesatkan dengan jalan ini serta beberapa jin ,syaitan dan iblis hamba suruh menghasut seluruh anggotanya hingga kedalam badannya.
Apabila kena goda pada hatinya , maka sentiasalah mereka itu riyak dan takabbur,hairan akan dirinya dan melengah lengahkan amalnya dan sombong.Apabila kena goda pada lidahnya,maka sentiasalah mereka gemar berdusta,mencela,mengumpat umpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka itu siang dan malam, pagi dan petang...

bersambung...

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 3 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 2 ).

" Hai Iblis ! Mengapakah engkau suka bersusah susah dan berpenat penat pada pekerjaan yang tiada memberi faedah pada dirimu bahkan menambahkan laknat atas dirimu yang akan menimpa atasmu sebesar besar siksa didalam neraka yang terkebawah sekali ? "
" Hai Iblis , Siapakah yang menghidupkan engkau ? Siapakah yang menjadikan engkau ? Siapakah yang melanjutkan umur engkau ? Siapakah menerangkan mata engkau ? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau ? Siapa yang memberi kuat anggota engkau ?."

Maka sembah Iblis : " Adalah sekalian itu anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar jua. Akan tetapi hawa nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar besar kejahatan kerana tuanhamba terlebih tahu bahawa hamba ini telah beribu ribu tahun menjadi ketua segala Mlaikat berbuat sujud kepada Tuhan didalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit kepada satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam didalam dunia ini berbuat ibadat bersama sekalian Malaikat berkhidmat kepada Tuhan beberapa lamanya. Maka tiba tiba datang firman Allah SWT kepada hamba sekalian hendak menjadikan seorang khalifah ( raja ) didalam dunia ini,maka hamba pun membantah tiada suka berkhalifah atau beraja.

Kemudian Tuhan menjadikan seorang lelaki ( Nabi Adam alaihis salam ) maka dititah hamba sekalian Malaikat memberi hormat kepada Adam itu, hanya hamba seorang sahaja yang tiada hendak sujud kepadanya dan hamba ingkar akan hukum-Nya ( Allah ), maka hamba pun kena murka Tuhan lalu dihalaunya serta dilaknat hamba hinggalah Hari Kiamat. Maka wajah hamba yang bercahaya dan molek itu telah terhapus dan menjadi hodoh dan keji,maka sakitlah hati hamba dan sentiasa hamba menaruh dendam kepadanya.

Kemudian Adam pun diangkat oleh Tuhan dijadikannya raja didalam syurga serta dikurniakan seorang isteri ( Siti Hawa ) dan dijadikannya permaisuri yang memrintah sekalian bidadari ,maka sentiasalah ia didalam kesukaan dan kesenangan. Hamba pun bertambah tambah hasad dengki kepada keduanya dan menaruh khianat kepadanya. Akhirnya dapat juga hamba tipu kepadanya melalui Siti Hawa yang memberi nasihat ia ( Adam ) supaya memakan buah khuldi larangan Tuhan.Maka daripada perempuan ( Hawa ) itulah Adam termakan buah larangan itu lalu kena halau keduanya dari syurga turun kedunia bercerai keduan suami isteri itu beberapa lamanya kemudian dipertemukan oleh Tuhan dengan selamatnya hingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil hingga mati. Itupun tidak juga hamba berpuas hati hingga hamba lakukan berbagai tipu daya di atas sekaliann anak cucunya hingga hari Kiamat, ( tetapi ) tuanhamba telah membatalka dan menghalang sekalian pekerjaan hamba kerana tuan hamba ,menarik mereka itu supaya berpeluk kepada agama islam.

Ada pun sebelum tuan hamba zahir kedunia ini dapatlah hamba sera sekalian bala tentera hamba naik ke langit dengan mudahnya mencuri segala rahsia dan tulisan tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat yang akan mendapat balasa pahala dan syurga, demikian jua mereka yang ibadat waktu jauh malam mendapat setinggi tinggi pahala. Apakala hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada sekalian mereka itu dengan bersalahan daripada asalnya dengan berbagai bagai tipu daya hingga tersesat mereka itu dengan memegang kitab kitab yang bidaah dan karut karut, tetapi tuanhamba zahir ke alam dunia ini,maka tiadalah dibenarkan oleh Allah akan hamba ini naik ke langit lagi dan tiadalah hamba mendapat apa apa rahsia umat tuanhamba kera banyak Malaikat menjaga di pintu tiap tiap lapisan langit itu dan jika hamba berkeras juga naik ke langit  maka dipanah oleh Malaikat itu dengan anak panah daripada api yang menyala nyala. Maka beberapa banyak bala tentera hamba daripada jin syaitan yang telah kena lontaran Malaikat itu lalu terbakar sekalian badannya menjadi abu.

Maka besarlah kesusahan hamba dan bala tentera hamba menjalankan hasutan,tambahan pula beberapa tuanhamba mengeluarkan mukjizat yang besar besar di hadapan sekalian raja raja dan dihadapan mata khalayak ramai."

bersambung.....
8/12/11

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 2 )

SOALAN RASULULLAH SAW ( 1 ) :

"Hai Iblis ! Siapakah yang sebesar besar seteru engkau dan betapa aku ini kepada engkau ?."


Maka sembah Raja Iblis : " Ya Nabi Allah ..Tuan hambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seteru hamba yang berada di atas muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis itu,maka Iblis pun mengeletar seluruh tubuhnya ketakutan.Katanya : " Ya Khatamil Anbiya akan hal hamba ini dapat menjadikan diri hamba sebarang rupa manusia,binatang dan lain lain hingga suara pun sedikit tidak bersalahan , dikecualikan sifat tuanhamba sahaja yang tiada dapat hamba serupakan,kerana ditegah oleh Tuhan. Jika hamba menjadikan diri seperti tuanhamba,nescaya terbakarlah diri hamba menjadi abu. Ya Nabi Allah kerana apa hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya mereka itu menjadi kafir ialah sebab tuanhamba bersungguh sungguh memberi nasihat memasukkan beberapa pengajaran kepada sekalian manusia supaya kuat mereka itu berpeluk kepada agama Islam,begitulah hamba bersungguh sungguh menarik mereka itu kepada kafir dan murtad dan munafik. Hamba tarik sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus beralih kepada jalan yang salah dan hamba harap supaya mereka itu masuk kedalam neraka bersama sama dengan hamba kekal di dalamnya selama lamanya.

bersambung di siri ke-3
8/12/11

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 1 )

RAJA SYURGA BERSOAL JAWAB DENGAN RAJA NERAKA IAITU IBLIS.

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat menyeruhnya pergi mengadap hadrat Rasulullah S.A.W mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekelian yang dibencikannya. Adapun hikmat yang demikian ini ialah kerana membesarkan ( memuliakan) ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW dan juga supaya menjadi suatu perisai dan peringatan ke atas sekelian umat Muhammad SAW . Maka Malaikat itu datanglah kehadapan Iblis alaihi laknat katanya :
" Hai Iblis ! bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau mengadap hadrat Rasulullah SAW hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa apa yang disoal oleh Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenarnya. Jika engkau berdusta walau satu patah perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala siku siku daripada anggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amay keras.!"

Syahadan demi Iblis mendengar perkataan Malaikat itu sangat dahsyat rasanya dan amat ketakutannya maka segeralah ianya pergi mengadap hadrat Nabi Muhammad SAW dengan menyerupakan dirinya seperti seorang tua yang buta sebelah matanya dan janggutnya putih sebanyak 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu serta ianya memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali ,namun tidak dijawab pleh Rasulullah SAW. Maka sembah Iblis :
" Ya Rasulullah ! mengapakah tuan hamba tidak menjawab salam hamba kerana bukahkah salam itu sangat mulia si sisiTuhan ? "
Maka jawab Nabi dengan marahnya :
" Hai 'aduwullah seteru Tuhan ! kepadaku kah engkau menunjukkan makarmu ! Berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akan daku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a.s keluar dari syurga dan Habil nati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi Ayyub a.s engkau tiup dengan asap racun pada masa ia sedang sujud didalam sembahyangnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan Urya dan Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya ; demiklian juga beberapa anbiya dan pendita pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatan mu yang khianat itu.
Hai Iblis ! sebenarnya salam itu sangat mulia pada Allah azza wajalla,hanya salam engkau itu sahaja tiada hendak aku menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kena laknat serta ditentukannya engkau dalan neraka yang sangat keras bagi menyiksa dirimu.

Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah Iblis raja segala syaitan yang menyamar diri. Apakah tujuan engkau datang kepadaku ini ?
Maka jawab Iblis : " Ya Nabi Allah , janganlah tuan hamba marah.Demi sebenarnya btuan hamba khatamin nabiyyin walmursaliin dan kekasih Allah Taala maka dapat tuan hamba kenal akan hamba. Ya Nabi Allah adalah kedatangan hamba kemari ini ialah dengan izin Allah jua telah mendatangkan Malaikat menyuruh hamba mengadaphadrat tuan hambatanya apa sahaja sesuatu tentang hal ehwal umat umat tuan hamba sedialah hamba khabarkan dengan terus terang daripada segala tipudaya hamba diatas sekalian manusia daripada zaman Nabi Adam a.s hingga kepada zaman yang kemudian daripada tuan hamba iaitu hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka itu dengan tipudaya hamba yang amat halus. Ya Nabi Allah ,tiap tiap suatu yang tuan hamba tanya sedialah hamba mengaku menerangkan segala jenis satu persatu dengan sebenar benarnya tiada berani hamba sembunyikan."

Maka Raja Iblis pun bersumpah dengan menyebut nama Tuhan, katanya : " Ya Nabi Allah kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur leburlah diri hamba terbakar menjadi abu."

Syahadan manakala Nabi Muhammad s.a.w mendengar sembah Raja Iblis dan sumpahnya maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata dalam hatinya, inilah satu peluang dapat aku menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan juga supaya menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekalian umatku hingga kemudian hari kelak.

bersambung....
7/12/11