Pages

Wednesday, 7 December 2011

KISAH IBLIS MENGHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W ( SIRI 1 )

RAJA SYURGA BERSOAL JAWAB DENGAN RAJA NERAKA IAITU IBLIS.

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat menyeruhnya pergi mengadap hadrat Rasulullah S.A.W mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekelian yang dibencikannya. Adapun hikmat yang demikian ini ialah kerana membesarkan ( memuliakan) ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW dan juga supaya menjadi suatu perisai dan peringatan ke atas sekelian umat Muhammad SAW . Maka Malaikat itu datanglah kehadapan Iblis alaihi laknat katanya :
" Hai Iblis ! bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau mengadap hadrat Rasulullah SAW hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa apa yang disoal oleh Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenarnya. Jika engkau berdusta walau satu patah perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala siku siku daripada anggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amay keras.!"

Syahadan demi Iblis mendengar perkataan Malaikat itu sangat dahsyat rasanya dan amat ketakutannya maka segeralah ianya pergi mengadap hadrat Nabi Muhammad SAW dengan menyerupakan dirinya seperti seorang tua yang buta sebelah matanya dan janggutnya putih sebanyak 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu serta ianya memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali ,namun tidak dijawab pleh Rasulullah SAW. Maka sembah Iblis :
" Ya Rasulullah ! mengapakah tuan hamba tidak menjawab salam hamba kerana bukahkah salam itu sangat mulia si sisiTuhan ? "
Maka jawab Nabi dengan marahnya :
" Hai 'aduwullah seteru Tuhan ! kepadaku kah engkau menunjukkan makarmu ! Berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akan daku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a.s keluar dari syurga dan Habil nati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi Ayyub a.s engkau tiup dengan asap racun pada masa ia sedang sujud didalam sembahyangnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan Urya dan Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya ; demiklian juga beberapa anbiya dan pendita pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatan mu yang khianat itu.
Hai Iblis ! sebenarnya salam itu sangat mulia pada Allah azza wajalla,hanya salam engkau itu sahaja tiada hendak aku menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kena laknat serta ditentukannya engkau dalan neraka yang sangat keras bagi menyiksa dirimu.

Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah Iblis raja segala syaitan yang menyamar diri. Apakah tujuan engkau datang kepadaku ini ?
Maka jawab Iblis : " Ya Nabi Allah , janganlah tuan hamba marah.Demi sebenarnya btuan hamba khatamin nabiyyin walmursaliin dan kekasih Allah Taala maka dapat tuan hamba kenal akan hamba. Ya Nabi Allah adalah kedatangan hamba kemari ini ialah dengan izin Allah jua telah mendatangkan Malaikat menyuruh hamba mengadaphadrat tuan hambatanya apa sahaja sesuatu tentang hal ehwal umat umat tuan hamba sedialah hamba khabarkan dengan terus terang daripada segala tipudaya hamba diatas sekalian manusia daripada zaman Nabi Adam a.s hingga kepada zaman yang kemudian daripada tuan hamba iaitu hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka itu dengan tipudaya hamba yang amat halus. Ya Nabi Allah ,tiap tiap suatu yang tuan hamba tanya sedialah hamba mengaku menerangkan segala jenis satu persatu dengan sebenar benarnya tiada berani hamba sembunyikan."

Maka Raja Iblis pun bersumpah dengan menyebut nama Tuhan, katanya : " Ya Nabi Allah kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur leburlah diri hamba terbakar menjadi abu."

Syahadan manakala Nabi Muhammad s.a.w mendengar sembah Raja Iblis dan sumpahnya maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata dalam hatinya, inilah satu peluang dapat aku menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan juga supaya menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekalian umatku hingga kemudian hari kelak.

bersambung....
7/12/11

No comments:

Post a Comment