Pages

Monday, 5 December 2011

DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH..( siri 2 )

 PERMULAAN SAKIT.

Di hari kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11) hijrah, pada han Isnin, Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'. Dipertengahan jalan sekembalinya Baginda dari al-Baqi', Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut merasai kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda yang mulia itu.

Namun demikian Rasulullah terus bersolat dengan sekalian kaum muslimin dalam keadaan Baginda mengalami kesakitan untuk selama sebelas hari, sedang keseluruhan hari sakit Baginda tiga belas atau empat belas (13 atau 14) hari.

MINGGU TERAKHIR

Sakit semakin memberat, membawa Rasulullah bertanya isteri-isterinya; "Di mana giliran ku besok? Di mana giliranku besok?".

Semua mereka memahami tujuan Rasulullah SAW itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah, Baginda berjalan di antara al-Fadl bin al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah Baginda memasuki rumahnya, di situ Baginda menghabiskan baki umurnya yang seminggu itu.

Aisyah (r.a) terus membaca surah-surah al-Muawwizah, dan doa-doa yang lain yang beliau terima dari Rasulullah SAW. Beliau meniup ke atas badan Rasulullah SAW dan menyapu dengan tangan Baginda untuk memperolehi keberkatan.

Bersambung...

foto :Runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul SAW di rumah Sayyidah Khadijah rh.a.



No comments:

Post a Comment