Pages

Tuesday, 15 May 2012

HUKUM PERKAHWINAN 69.

Assalamualaikum ..... tadi selepas isya paksu bermuzakarah dengan beberapa sahabat tentang beberapa persoalan bab munakahat....dan rasanya perlu diperbincangkan disini sebagai tambahan ilmu......dan Pak Su Khairol berharap sangat kepada Abi Sifu سيفو dan juga rakan2 yang lain memberikan hujahan serta beberapa ilmu untuk dikongsikan.....ok ini soalannya...


1. ABU
2.AHMAD ( ayah kpd Abu )
* isteri Ahmad telah meninggal atau bercerai *

3. FATIMAH
4.AMINAH ( ibu kepada Fatimah )
*suami Aminah telah meninggal atau bercerai )

> JIKA ABU & FATIMAH BERKAHWIN...... BOLEHKAH MENGIKUT HUKUM SYARAK AHMAD MENGAHWINI AMINAH ?

> JIKA AHMAD BERKAHWIN DENGAN FATIMAH
BOLEHKAH ABU MENGAHWINI AMINAH ?

.............. pening tak ?...inilah persoalan yang telah diajukan kepada paksu...asal mula bab nasab keturunan dan susuan lepas tu melalut sampai kesini..........apapun ianya satu ilmu bg kita........bukan bab sumbang mahram.



 10 jam yang lalu


    • Pak Su Khairol sedikit dari Pak Su Khairol...

      Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu :
      >. Haram dengan sebab keturunan.
      >. Haram dengan sebab susuan.
      >. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )

      sebab keturunan:

      i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
      ii. Anak dan cucu hingga kebawah.
      iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
      iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
      v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
      vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
      vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

      "Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu "....... ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol sebab susuan :

      i. Ibu yang menyusukan.
      ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

      "Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )

      Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

      "Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.

      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol persemendaan ( Musyaharah ) :

      i. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
      ii. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas.
      iii. Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas.
      iv. Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

      " Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati ". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 23 )

      Dan firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

      " Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu ( ibu tiri ) ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol Perkahwinan seorang lelaki dengan BEKAS ibu mertuanya tidak dibolehkan oleh syarak. Ini kerana bekas ibu mertuanya itu telah menjadi mahram kepadanya disebabkan oleh perkahwinannya dengan anak perempuan ibu mertua tersebut. Di dalam persoalan ini, lelaki itu tidak dibolehkan berkahwin dengan bekas ibu mertuanya itu. Wallahualam.
      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).............. (Surah An-Nisa : ayat 22)
      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol ‎.."Diharamkan kepada kamu berkahwin (perempuan-perempuan yang berikut), ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara sesusuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaja yang kamu membelinya, (diharamkan segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu, dan (sebaliknya), dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain dari yang tersebut itu" .
      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol harap dapat dikongsi tentang 2 persoalan diatas td....Sifu سيفو,Peronda Jaket Biru Pjb dan sahabat2 yg lain.....mak su Wan Kamila tentu mak su tahu...silakan.
      10 jam yang lalu · 

    • Pak Su Khairol persoalannya ADAKAH SAH PERNIKAHAN MEREKA...
      10 jam yang lalu · 

    • Wan Kamila apa2 pun maksu harap yg arif iaitu abi,ayahsu dn a'iman menjelaskannya dulu...insyaallah na..tafadhal..
      4 jam yang lalu · 

    • Sifu سيفو Soalan pertama:
      Abu ank Ahmad
      Fatimah ank Aminah.
      Mereka berkahwin....
      ( Anak kahwin dgn anak & Ayah nya berkahwin dgn mak nya )
      hukum nya sah pernikahan mereka...no problem.

      4 jam yang lalu ·  ·  1

    • Sifu سيفو ‎~~ walaupun ayah ( Ahmad ) berkahwin dgn ibu ( Aminah )...
      Hukum nya sah perkahwinan kedua ank2 mreka, kerana mereka adalah adik beradik tiri..

      4 jam yang lalu ·  ·  1

    • Sifu سيفو Masaalah kedua pun sah nikah:
      Jadilah keluarga 69...hahahaaa
      Sebab:
      1. Ahmad ( ayah ) Fatimah anak ( aminah )
      Sah kahwin..
      ~~ jadi Aminah telah menjadi ibu mertua kpd Ahmad..( tak batal wuduk )
      ~~ Abu ( ank kpd ahmad ) tetap batal wuduk dengan ( aminah ) kerana tak kena mengena apa2 pun ikatan nasab...kecuali dgn Fatimah kerana, Fatimah adalah ibu tiri nya..

      2. Kesimpulannya :
      Abu dengan Aminah bukan nya mahram..
      maka sah pernikahan nya...

      ( yg menjadi masaalahnya ialah tentang panggilan,,,
      ~~ Ahmad ( ayah ) Abu ..panggil Aminah ( ibu Fatimah ) Mok.
      ~~ Abu ( anak ) Ahmad panggil Aminah ( ibu Fatiman ) Ankndo.
      ~~ Aminah ( ibu Fatimah) panggil Ahmad ( bapa ) Abu...Ayohndo..
      Hahahaaa. fening2....

      Pak Su Khairol..Jika khilaf harap dimaafkan....Allahu'aklam.

      3 jam yang lalu ·  ·  1

    • Pak Su Khairol kakakakaka terima kasih abi Sifu سيفو..samalah jawapannya dari Pak Su Khairol untuk mereka.......masalah problemnya adalah bila bapa kawin dengan anak ( fatimah ) anak pulak ( abu ) berkahwin dengan mak fatimah........nak panggei camno lak tuuuuu.....adeiiii ana fenin ana fenin......

      apa pun terima kasih......syukur

9 comments:

  1. Salam saya nak tau ape hukum adik saya mengahwini anak tiri saya hasil perkahwinan suami saya yg dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sebab adik ngn akak mahram walaupun anak tiri dye sbijik mcm ayh tiri kawin ngn anak tiri

      Delete
  2. Macam mana pula dengan kisah keluarga 69? Adakah sah perkahwinan mereka?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya nak tanya, sah tak perkahwinan ini, kalau seorang abang bernikah dengan mak mertua adiknya?

    Abu (abang lain bapa, 1 ibu dengan Ali)

    Ali adik Abu

    Mak mertua Ali ingin dinikahi abang Ali iaitu Abu, apakah hukumnya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf banyak2 dah try nak padam tak boleh..soalan keluar banyak2 kali seakan sama

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM, SAYA NAK BERTANYA, SAH TAK NIKAH NIE, SEORANG ABANG LAIN BAPA, 1 IBU INGIN BERNIKAH DENGAN IBU MERTUA ADIKNYA YANG LAIN BAPA 1 IBU INI?

    ABU & ALI = (ADIK-BERADIK 1 IBU, LAIN BAPA)

    MOHON PENCERAHAN...

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM PAKSU, SAYA INGIN BERTANYA, APA HUKUMNYA SEORANG ABANG INGIN BERNIKAH DENGAN MAK MERTUA ADIKNYA YANG LAIN BAPA 1 IBU.

    CONTOH,

    ABU ABANG KEPADA ALI (LAIN BAPA TAPI 1 IBU)

    ABU NAK NIKAH DENGAN MAK MERTUA ALI ADIKNYA YANG 1 IBU LAIN-LAIN BAPA INI?

    APAKAH HUKUMNYA YA, MINTA PENCERAHAN YA PAKSU....

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM PAKSU, SAYA INGIN BERTANYA, APAKAH HUKUMNYA SEORANG ABANG INGIN BERNIKAH DENGAN MAK MERTUA ADIKNYA YANG LAIN BAPA TAPI 1 IBU?

    CONTOH,

    AHMAD ABANG KEPADA ABU (LAIN-LAIN BAPA TAPI 1 IBU)

    AHMAD INGIN BERNIKAH DENGAN MAK MERTUA ADIKNYA YANG LAIN-LAIN BAPA 1 IBU INI, APAKAH HUKUMNYA YA, PAKSU ?, MINTA PENCERAHAN....

    ReplyDelete
  7. MAAF BANYAK2 PAKSU, SOALAN KELUAR BANYAK KALI YANG SEAKAN SAMA DISEBABKAN TADI TAK NAMPAK SOALAN DAH MASUK WEB.. MAAF SANGAT2 YA..

    ReplyDelete