Pages

Tuesday, 29 May 2012

FOKUS PENYESATAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN




Mampukah kita berhadapan dengan Iblis dan syaitan ??? sedangkan dalam dirt kita ada nafsu yang menjadi alat diguna pakai syaitan buat menyesatkan kita ?? ramai diantara manusia yang tertiarap tersungkur,terkulai dan dan tertunduk dgn tipu daya syaitan.......contoh :
Bal'am bin Ba'ura yang doanya sangat dimakbulkan oleh Allah,akhirnya mati dalam keadaan kufur kerana hasutan iblis.....oleh itu

 " Maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan yang di rejam". an-Nahl 16 :98.

facebook

    • Pak Su Khairol FOKUS PENYESATAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN :

      1. Memperdayakan manusia dgn pelbagai tipu muslihat supaya kufur dan syirik kepada Allah.Apabila hasrat ini berhasil,maka rehatlah mereka kerana golongan manusia yang tertipu ini pula akan mengambil alih tugas mereka untuk menyesatkan manusia lain...


    • Pak Su Khairol ‎2. Jika usaha mereka ini tidak berjaya..mereka akn berusaha sekurang-kurangnya supaya manusia menjadi golongan FASIK atau derhaka kepada Allah.Kerana jika permulaan yang fasik dan derhaka itu berkekalan,tidak mustahil boleh dipengaruhi menjadi kufurn atau syirik kesudahannya......

    • Pak Su Khairol ‎3. Jika tidak berjaya menjadikan manusia golongan fasik dan derhaka kepada Allah ,mereka akan mencari jalan supaya manusia akan jatuh ke lembah dosa besar dan sangatlah gembira mereka jika yg melakukan dosa besar itu adalah ulama yang ramai pengikutnya....jika berlaku demikian bukan seorang ulama itu shj...tetapi para pengikutnya yang ramai itu akan juga jatuh sama dalam kancah dosa besar tersebut....

    • Pak Su Khairol ‎4. Jika itu pun mereka tidak berjaya,mereka tetap tidak akan berputus asa ....Mereka akan mengoda manusia utk sekurang-kurangnya melakukan dosa2 kecil secara berterusan .Ini kerana walaupun namanya kecil,apabila dikerjakan secara berterusan ..ia tetap boleh membinasakan manusia.
      Sabda Rasulullah saw." Jauhilah kalian dari dosa dosa kecil ( yg dianggap remeh ) .Ia ibarat satu kaum yg turun ke dalam sebuah lembah lalu datang membawa satu ranting kecil-satu demi satu sehingga mereka dapat membakar roti sehingga masak. Sesungguhnya dosa dosa kecil itu ( sampai ) satu ketika ia boleh membinasakan si pelakunya....HR Ahmad.


    • Pak Su Khairol ‎5. Jika itu pun mereka tidak berjaya,mereka akan berusaha untuk menyibukkan manusia dengan perkara YANG TIDAK MELIBATKAN DOSA DAN PAHALA - iaitu dalam perkara yang diharuskan.Kerana perkara yang harus ini kalau disalahgunakan ia tetap mendatangkan mudharat kpd kita..contoh :
      - Makanan yg dimakan setiap hari.Harus seorang itu makan cukup sepinggan nasi. tetapi kalau nasi itu melebihi had yang diperlukan oleh jasad,sudah tentu ia mendatangkan mudharat..atau sekurang-kurangnya ia tidak mendatangkan pahala kepada si pelakunya....


    • Pak Su Khairol ‎6. Kemudian syaitan cuba MENGHIDUPKAN PENYAKIT HATI dalam diri seseorang SUPAYA AMALAN KEBAIKAN YANG DIKERJAKAN tidak mendapat apa apa balasan disisi Allah. Penyakit2 hati seperti RIYA',TAKABBUR,UJUB,SUM'AH dan sebagainya adalah umpama anai anai yang merosakkan bangunan secara tidak disedari......

    • Pak Su Khairol iblis ini juga sebenarnya tidak menghalang untuk kita mengerjakan amalan2 kebaikan seperti ibadah dan sebagainya....namun mereka ini akan MEMESONGKAN niat asal hati kita dengan bisikan2 halus yang kita tidak sedari....contohnya menyebut2 tentang amalan yg kita lakukan kepada orang lain............

    • Pak Su Khairol semoga catatan Pak Su Khairol ini menginsafkan diri paksu sendiri yang memang khas buat paksu selain berkongsi ilmu bermanfaat untuk keluarga di PQ........Abi Sifu سيفو dan lainnya harap dapat dipanjang2kan bab ni............sekian celoteh2 dari Pak Su..

    • Ibn A'iman Firman Allah SWT ( MafhumNya )
      "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


    • Ibn A'iman Huraian drp ayat tersebut:
      Mengikut sebahagian drp ulama' Mufassirin yaitu berhubung dengan perkataan ( MIM BAINI AIDIIHIM )..yaitu aku datangi mereka2 itu ( yaitu kpd ank2 Adam ) dri pihaak hadapan yaitu:
      ~~ Manusia akan hilang panduan untuk mencari hala tuju masa hadapan yg yaitu hari akhir ( akhirat ) disebabkan dihalangi poleh syaitan2 @ As-Syayatiin..Yaitu dengan dilihat elok olh manusia tentang dunia sehinga dpt dipesong olh syaitan dan jarum2 halus yg manausia tidak sedari..


    • Ibn A'iman ‎( WAMIN KHOLFIHIM ) drp pihak belakang2 mereka..
      Yaitu apa2 yg telah dilakukan oleh manusia..merupakan pekerjaan yg tidak mendatangkan menafaat untuk diri nya dan org lain...


    • Ibn A'iman ‎( WA AN 'AIMAA NIHIM )..drp pihak kanan:
      Yaitu ..syaitan akn selalu menghalang manusia drp melakukan perbuatan2 yg baik2...
      kerana Syaitan telah berjanji dgn Allah SWT yg bermaksud:
      .... Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus ( Al-'Araaf-16 )


    • Ibn A'iman ‎( WA AN SYAMAA ILIHIM )..drp pihak kiri:
      Yaitu Syaitan akn senantiasa menyuruh serta membuka jalan untuk manusia melakukan kemurkaan kpd Allah SWT, walaupun Syaitan sendiri telah dinyatan olh Allah tentang jkedudukan nya diakhirat kelak..sepertimana firman Allah SWt Mafhumnya:
      Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya. ( Al-'Araaf-18 ).


    • Sifu سيفو Jom kita kongsikan bersama terima kasih Pak Su Khairol.
      Posting yg amat menarik,bagi golongan ULUL ALBAB.....

      Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.


    • Sifu سيفو Menarik, coretan drp Ibn A'iman..jazakallah kerana dpt menambahkan lagi ilmu yg sedia ada.Mantap & jelas..

    • Sifu سيفو ‎(iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."

    • Sifu سيفو Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

    • Sifu سيفو Kemudian Allah S.W.T. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

    • Sifu سيفو Setelah itu, lalu Allah S.W.T. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

    • Sifu سيفو Renungan:
      Iblis hanya diusir olh Allah drp Syurga disebabkan kerana enggan sujud kpd Adam..sedangakn segala Malaikat ( Fasajaduu ) tunduk / sujud yakni ikut perintah..kerana itu Iblis diusir drp tempat nikmat disebabkan " ABA was TAQBARO" yaitu besar diri dan Takkabur..
      Dgn itu lihat lh pd diri kita berapa banyak kah kesalahan yg kita lakukan terhadap Allah?
      Dgn kesalahan2 yg banyak dpt kah kita memasuki syurga Allah?
      Tapi Allah Maha Pengasih, Penyayang & Pengampun..
      Bertaubat lah sebelum terlambat...
      Pohonlah keampunan / berdoa kpd Nya..
      " Was ta'ii nu bis sobri wassolah, Innallaha ma'assoobirin"...
      InsyaAllah..


    • Ibn A'iman Surah AnNuur. Ayat 21.

      Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.


    • Ibn A'iman Syaitan akn berusaha:
      *Menyesatkan manusia.
      *Mengkafirkan manusia.
      *Memusyrikkan manusia.
      *Menjadikan manusia penghuni neraka..
      Awasi & kenali teknik2 nya:

      Gangguan Secara Terus.
      Kaedah ini lazimnya digunakan terhadap orang yang lemah penghayatan agamanya atau yang mengabaikan agamanya. Syaitan secara terus akan mengajaknya kepada kemungkaran yang jelas lagi diketahui ramai seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan kaedah syaitan yang pertama ini:

      Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.
      al-Baqarah-168-169


    • Ibn A'iman Gangguan Secara Tipu Daya.
      Kaedah ini lazim ditujukan kepada orang yang memiliki penghayatan agama atau berminat untuk meningkatkan penghayatan agamanya. Bagi orang seperti ini, kaedah gangguan secara terus jarang digunakan kerana mereka sudah mengetahui keharaman arak, judi dan zina. Maka syaitan menggunakan kaedah tipu daya, iaitu menggunakan pelbagai helah dan muslihat untuk menipu manusia sehingga akhirnya tercapai objektifnya. Tipu daya ini sukar untuk dikesan, bahkan orang yang mengalaminya merasai bahawa dia sedang berada di atas hidayah dan kebenaran.

      Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya. Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka,tetapi takutlah kepada-Ku (Allah) jika betul kamu orang-orang yang beriman.
      Ali Imran:175


    • Pak Su Khairol Alhamdulillah syukur kepada Allah.....terima kasih sangat2 dari Pak Su Khairol buat Ibn A'iman dan Sifu سيفو....satu ilmu yang sangat baik....

    • Sifu سيفو Abi pon, kerano ado jugok ruae utuk mencerohkae minda ni...atah posting Pak Su Khairol...hehee
      pada 22hb Mei pukul 2.06 ptg ·  ·  3

    • Pak Su Khairol Yo lah abi Sifu سيفو ..walaupun kita sering bergurau gurau dan berjenaka dengan sahabat2.....tetapi jangan kita lupakan ilmu dan amalan yang perlu kita sampai2 kan.........

    • Sifu سيفو uishhh2..comey bena kato2 Pak Su Khairol...tu, ambo setuju do oh lalu...kehkehekh.
      pada 22hb Mei pukul 2.09 ptg ·  ·  2

    • Sifu سيفو Abi mintok Pak Su Khairol..pos kae banyok2 bab2 ilmiah ni....
      pada 22hb Mei pukul 2.13 ptg ·  ·  2

    • Pak Su Khairol untuk berdakwah tidak semestinya kepada orang2 yang inginkan kebaikan,......tetapi hakikatnya semua kita perlu masuk...... bak kisah guru Pak Su Khairol ( seorang ulama dan guru silat )..

      selepas beliau habis mengaji pondok....lalu diberitahu tentang keinginannya untuk membuka kelas silat.......lalu ditentang oleh gurunya dengan berkata " kau belajar agama tinggi2 ..kenapa kau nak bukak kelas silat...kenapa kau nak jadi guru silat ???
      lalu guru Paksu kata : " kalau saya bukak pondok...siapa yang datang...hanya mereka yang ingin belajar dan tentunya dari orang2 yang baik2.......tetapi bagaimana mereka2 yang telah terpesong atau lupa atau jahil di luar sana....kalau bukak kelas silat..tentu mereka akan datang belajar dan disitulah gunanya ilmu yang guru ajarkan..."
      lalu gurunya mengizinkan.......


    • Pak Su Khairol InsyAllah abi Sifu سيفو...Pak Su Khairol lebih suka kalau kita ketengah perkara2 yang sering kita lali yang sering kita ambik tak kisah..namun hakikatnya betapa pentingnya perkara itu........tidak perlu kita terlalu dalam tetapi alpa dengan yang luar....kan kan kan

    • Pak Su Khairol ok..meh semua mak dara Siti Baizura,mak udaHamidah Md Rejab,mak ngah Jamaliah Omar,mak su Wan Kamila,mak yang Mimi Marina Jaafar,paktam Zul Zulkifle,ayahanda Omar Hussin,makndak Arbakyah Hassan,mak Teh Fadzilah,cuna Salmina Desa,achik Sham Ida dan yang lain2nya.......Pak su nak berkongsi kisah diruang yang sempit ini satu kisah dimana seorang yang hampir tarafnya dengan wali tetapi menjadi korban rayuan Iblis..................

    • Pak Su Khairol Dalam satu riwayat bahawa di Bani Israel terdapat seorang syeikh yg sudah lanjut usia,tinggal di dalam hutan di sebuah pondok yang jauh dari orang ramai...beliau ini mempunyai sifat yang sangat alim . Pekerjaannya hanyalah beribadah kepada Allah semata....Dan memang demikianlah bhw sifat dan pekerjaan syaitan yg selalu menggoda dan menjerumuskan perbuatan manusia ke jurang kesesatan.Membenci terhadap umat Islam yang bertakwa kepada Allah........................sambunggg..

    • Pak Su Khairol dalam riwayat ini para syaitan dan iblis merasa cemas serta kesal kalau mendengar dan mengetahui umat Muhammad taat dan menjalankan perintah Allah...hinggakan pada suatu hari keluarlah perintah iblis ini kepada para syaitan semua yg menjadi pengikut2nya. Ia berkata :

      " Barangsiapa yg berhasil menggoda dan memperdayakan kaum muslimin khususnya Barshisha hingga dia menjadi keluarga kita,akan aku berikan hadiah yang menarik dan bernilai serta diberikan tanda jasa yang tinggi!!!."


    • Pak Su Khairol Setelah selesai memberi perintah suasana menjadi sunyi tanpa reaksi sedikitpun dari para syaitan. Tidak lama kemudian seekor syaitan yang benama Majus yg telah siap dan sanggup menggoda manusia yang beriman.

      Majus ini adalah sejenis syaitan yang berumur lanjut dan yang paling "otai" yang berpengaruh....dengan itu raja iblis pun memberi restu dan tugas untuk mengoda Barshisha.


    • Pak Su Khairol Al kisah menurut riwayat bahawa pada waktu itu terdapat satu kerajaan yg mempunyai seorang puteri yang ayu remaja yang cantik wajahnya,tingginya sesuai dengan tubuhnya,buluh perindu suaranya serta menawan hati bila melihatnya...( kalau kat PQ siapa yekk...ermmm Mimi Marina Jaafarkot...kikiki atau pun mak dara kita Siti Baizura ...hihihihi )

      Sehinggakan banyak para pemuda bangsawan yg melamarnya untuk dijadikan isteri......Namun semuanya ditolak..dan ramailahhhh yang terkeciwa.....adusss...kesiannn...


    • Pak Su Khairol Pada suatu hari syaitan Majus datang dengan lengkap segala perancangan buruknya itu...

    • Pak Su Khairol Ketika itu baginda raja sedang berehat2 bersama keluarganya..dan disaat itulah Majus ini mulai melakukan peranannya dgn menggunakan ilmunya sehingga mengakibatkan puteri itu tadi meronta ronta histeria tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.......

      Sang puteri tadi telah kemasukkan iblis sehingga segala perlakuan dan ucapannya semacam orang gila.


    • Pak Su Khairol Akibat dari kejadian itu tersebarlah berita yang bukan2 yang sengaja dilakukan oleh Majus ini tadi untuk membuat aib kepada baginda raja...
      dan betapa malunya sang raja tika itu sehinggakan mengundang kesusahan..lalu baginda membuat pengumuman bahawa jika ada orang yang boleh mengubati penyakit puterinya itu akan diangkat menjadi warga istanaaaaaaa dan juga diberi hadiah2 yang menarikkk......adeiii penat lah tekan punat...stop jap.


    • Pak Su Khairol k kita sambung.....

      dengan adanya pengumuman itu ramailah para rahib dan tabib dan bomoh dan dukun..dan segala doktor termasuklah doktor haiwan berlumba2 untuk menyembuhkan penyakit puteri itu td...tetapi semuanya tak berhasil. dan semakin bertambah parah pula penyakitnya......kesiannnnn....

      dan dalam suasan yg demikian ..Majus ni datang keistana berbentuk seperti orang alim lagi warak dan arif mengadap raja dan berkata :

      "Wahai raja,aku datang ini bukan untuk mengubati puterimu tetapi akan saya membawa satu khabar bahawa jauh di dalam hutan sana ada seorang alim dan tekun beribadah...dia adalah Barshisha ..mungkin dia boleh mengubati penyakit puterimu itu...oleh kerana itu bawalah dia sekarang ketempat Barshisha...


    • Pak Su Khairol ‎....kikiki nanti malam sambung yekkk.......

    • Pak Su Khairol ACHIK Sham Ida...sambung paksu nye citer nih....

    • Sham Ida Ada ke Pak Su Khairol suruh Achik sambung x pandailah...
      pada 22hb Mei pukul 3.37 ptg ·  ·  1

    • Pak Su Khairol hihihi rindulah tak nyakat achik........

    • Sham Ida Oh rindu x nyakat ye....nak nyakat lah ni ye...
      pada 22hb Mei pukul 3.39 ptg ·  ·  1

    • Pak Su Khairol kikikikiki

    • Sham Ida suka lah tu...
      pada 22hb Mei pukul 3.40 ptg ·  ·  1

    • Sham Ida Achik baru nak baca apa yg pak su tulis ni...
      pada 22hb Mei pukul 3.41 ptg ·  ·  1

    • Pak Su Khairol k...teruskan..

    • Teh Fadzilah Terima kasih atas peringatan Paksu Pak Su Khairol

    • Pak Su Khairol ‎...ayuh kita sambung lagi story ni......semoga menjadi teladan bg kita semua........

    • Pak Su Khairol Tanpa memikirkan dan membuang waktu ..sang puteri pun dibawa ke tempat Barshisha. setelah sampai,baginda raja pun meminta izin untuk Barshisha mengubati puteri baginda...dan Barshisha pun setuju.. lalu didoakan kepada Allah Yang Maha Kuasa meminta pertolongan-Nya . Dan ternyata hanya dalam masa dua hari sahaja sang puteri telah sembuh seperti sediakala,Raja sangat gembira lalu diberikannya hadiah yg tak ternilai kepada Barshisha ..namun Barshisha menolak pemberian itu dengan berkata :

      " Ya tuanku,berterima kasihlah kepada Tuhanmu ,sebab Dia-lah sesungguhnya yang menghendaki serta memberi nasihat kepadamu berserta rakyatmu agar sentiasa berbakti kepada Allah "..........


    • Pak Su Khairol setelah itu rombongan diraja itu pun pulangggggg. dan puteri telah sembuh ..dan ia kembali hidup didalam istana seperti sediakala..Akan tetapi helah Majus si Iblis ini masih lagi belum selesai....bak kata orang..perjuangan masih belum selesai...syaitan tak mudah lupa......

    • Pak Su Khairol dan si Majus ini kembali mengeluarkan sihirnya kepada sang puteri itu tadi...dan penyakitnya lebih dasyat lagi daripada sihir yang pertama ....dalam suasana demikian maka Majus ini kembali mengambil kesempatan lalu datang berbentuk manusia alim ..Terus menemui raja dan menyarankan agar kembali semula ke tempat Barshisha dan memberi pandangan agar puteri itu tinggal bersama Barshisha lebih lama supaya penyakitnya benar2 sembuh dan disamping itu sang puteri dapat mempelajari ilmunya dan menekuni ajaran islam dengan sebaik baiknya. Itulah saranan Majus kepada sang raja .....

    • Pak Su Khairol Dan baginda raja pun setuju lalu berangkatlah rombongan raja itu ke tempat Barshisha..setelah sampai sang raja memohon untuk Barshisha mengubati kembali puterinya bahkan sang puteri itu akan diserahkan kepada Barshisha..Akan tetapi cuba ditolak oleh Barshisha akan permintaan sang raja ,sehinggakan menimbulkan kemarahan dan mengancamnya...dan akhirnya Barshisha terpaksa akur dan mengenai keadaan puterinya diserahkan kepada Majus...demikianlah ketentuan Allah terhadap Barshisha .........

    • Pak Su Khairol dengan keadaan demikian Barshisha sering dikunjungi oleh Majus sehinggakan keduanya menimbulkan keakraban seakan2 bersaudara.Pada satu ketika Majus berkata kepada Barshisha bahawa ia akan pergi meninggalkan Barshisha berbulan lamanya..dan Barshisha mendoakan kepada Majus agar sentiasa mendapat lindungan Allah.

      Namun itu hanyalah helah si iblis Majus sahaja..ia kembali semula untuk menjerumuskan Barshisha dan sang puteri. Pada suatu hari Barshisha digoda dan diganggu fikirannya sehingga menjadi kacau,dan Majus pun datang menghampiri Barshisha dengan tidak menampakkan dirinya ...ia mengoda Barshisha agar berbuat maksiat.......


    • Pak Su Khairol Barshisha imannya telah hancur dan benar2 telah termakan hasutan iblis Majus ini...sehingga suatu waktu ia menemui puteri raja untuk mengubati sakitnya..lalu Majus terus mengoda sehingga niat Barshisha yang asalnya luntur dan berbalik untuk membuat perkara haram terhadap puteri....dikala itu semua makhluk Allah yang menyaksikannya menjadi menangis melihat perbuatan Barshisha itu tadi.......

    • Pak Su Khairol Begitulah perbuatan Barshisha seterusnya sehinggakan beberapa lama kemudian kelihatan sang puteri telah hamil dan sehinggakan puteri melahirkan seorang anak lelaki....dan pada saat itu juga Majus kembali berupa seorang alim datang dan bertanyakan tentang si puteri itu tadi..lalu Barshisha pun menceritakan dari awal hingga lah anak luar nikah itu lahir.....

    • Pak Su Khairol Lalu Majus berkata bahawa untuk menutupi aib itu disuruhnya Barshisha membunuh sang puteri dan anaknya. dan Barshisha menuruti saranan itu...setelah semuanya selesai maka Barshisha pun melaporkan kejadian itu kepada baginda raja bahawa anaknya itu telah meninggal dunia kerana sakit...Dan ketika itulah Majus ini datang lalu menceritakan kisah sebenar sehinggakan mengundang kemarahan raja. Dan akhirnya Barshisha mendapat hukuman mati......

    • Pak Su Khairol Dan Barshisha menangis kesal nasib yang menimpa dirinya..di saat sakaratul maut masih juga Majus datang menghampiri dan berkata bahawa tidak akan ada orang yang akan menolongmu kecuali aku tuhanmu, maka segeralah kau sujud kepadaku,cukuplah sekadar dengan kau mengerakkan pelupuk matamu.

      Dan begitulah Barshisha sujud kepada Majus ,beriman kepada Majus tika saat ajalnya tiba.........the end.

      Alhamdulillah habis juga Pak Su Khairol menglipurlarakan kisah Barshisha ni......moga ia menjadi pedoman bg kita semua di PQ........maka oleh itu BERHATI HATILAH DENGAN HATI KITA....

      SEKIAN .


    • Pak Su Khairol terima kasih Kak Jam..kisah ni paksu dengar dari ust paksu waktu itu kalau tak silap usia paksu 14 tahun....alhamdulillah melekat sampai sekarang...dan bleh di share sahabat2 semua.......syukur atas nikmat yg diberi akan kekuatan ingatan...


      sumber dari :
      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=361025620624307&set=o.146815335404907&type=3&theater

No comments:

Post a Comment