Dirinya diisyaratkan oleh
Nabi s.a.w dalam sebuah hadis. Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq bersabda:
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis
riwayat Imam Ahmad).
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh
Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang
tenteranya.
Siapakah dia Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Siapakah dia Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Ayuh baca akan kisah beliau di bawah ini ;
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople
dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema
kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah
satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople
seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat
dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160
kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Siapakah gerangannya
dia Muhammad Al-Fateh?
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan
dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa (bahasa Turki, Greek,
Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang
pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi
(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz
(pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah
sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W
dalam hadis Nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini
Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau
bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya,
5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2
kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang
sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan
di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila
ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana
aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan
mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh
Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang
tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik
tentera” di dalam hadis tersebut.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan
Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah
bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai
“sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran
Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30
tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima
tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada
3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat
diracun.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam
bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula,
Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh
panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung
di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,
Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula,
ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi
bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun
memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani
tipu helah musuh.
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina
Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan
pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.
Baginda digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih
mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa
yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya
sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan
pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana.
Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan
cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan
kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu
berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam
besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari
dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople
di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan
Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan
Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi
Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang
bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu
Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah.
Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang
pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan
kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan
kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut
hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi
dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih
tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera
Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding
tengah kubu mereka.
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan
senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi
untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat
tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan
dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn.
Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung
dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini
diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di
dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil
dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam
Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil
kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta
mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada
Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu
dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak
Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya
berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat
yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai
tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid
ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai
sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh
lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah
dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus
menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda
menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies
ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah
ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda
diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa
yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk
dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga
sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga
kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini
semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh
. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik
raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan
Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua
Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk
Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau
telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap
toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus
menyatakan keislaman mereka
Di sini
ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa
beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai
jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat
terhadap Islam.
Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal
dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan
gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan
Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad
al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota
Constantinople.
Seronoknya baca sejarah2 Islam :)
ReplyDeleteTerima Kasih kerana berkongsi artikel ini ^^
Satu perkara baru yang saya tahu ^^
Terinspirasi dari cerita itu, Biro UMROH kami namakan ALFATIH...
ReplyDeletelink nya ada di SINI
MOHON SHARE
ReplyDeleteMOHON SHARE YE
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteLagenda Pecut Watson Nyambek
Assalam, mohon kebenaran utk share.
ReplyDelete