Seorang penggali kubur menemui satu jenazah yang
kelihatan baru walau sudah ditanam selama lebih dari 30 tahun dan perkara itu
pertama kali berlaku dalam hidupnya.
“Jenazah Misteri” membuatkan tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.
Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
“Jenazah Misteri” membuatkan tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.
Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu
amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu
memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna
dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah
lagi dengan usia jenazah
yang dipercayai mencecah puluhan tahun.
“Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi
tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita
mengenainya sebelum ini. Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan
sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka
dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”
“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat
yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit
untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh
mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya
terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana
jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. Subhanallah….
Renungan – Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk
Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut
mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka
akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :
1.Para Nabi
2.Para Ahli Jihad.
3.Para Alim Ulama
4.Para Syuhada
5.Para Penghafal Al-Quran
6.Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran anak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati disiang hari atau malam Jumaat jika ia orang yang beriman
1.Para Nabi
2.Para Ahli Jihad.
3.Para Alim Ulama
4.Para Syuhada
5.Para Penghafal Al-Quran
6.Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran anak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati disiang hari atau malam Jumaat jika ia orang yang beriman
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir
bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat
dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t.
memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam
keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan
buah buahan syurga.”
Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang
dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan
sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan
dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang
lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu
kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)
Wallahu’alam….
Sumber: Hasnul Hadi Ahmad
No comments:
Post a Comment