Pages

Saturday, 14 July 2012

Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah

Assalamualaikum...Abi Sifu سيفو dan semua sahabat2 PQ......mari kita refresh semula ilmu tauhid kita.....

Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah

TAUHID RUBUBIYYAH

Maknanya ialah beriktiqad bahawa hanyasanya ALLAH,TUHAN(RABB) KERAJAAN LANGIT DAN KERAJAAN BUMI,dan juga ALLAH IALAH AL-KHAALIQ(PENCIPTA)SEGALA APA JUA YANG TERDAPAT PADA KEDUANYA,Dia jugalah pemilik segala apa yang terdapat diatas alam ini,tiadalah sekutu bagiNya pada kerajaan milikNya,tidaklah ada penghukum keatasNya pada apa yang telah diputuskanya,Dialah hanyasanya tuhan yang maha esa lagi tunggal pemilik sekalian alam,Dialah pemberi rezeki pada setiap yang bernyawa,Dialah juga pentadbir setiap perkara,Dialah hanyasanya yang bisa menundukkan pada setiap yang meninggi,Dialah pemberi pada setiap yang terlarang,Dialah juga yang bisa memberi kemudharatan pada setiap yang memberi manfaat,Dialah juga yang bisa memuliakan pada setiap yang terhina,dan setiap yang selain daripadaNya tidaklah memiliki pada dirinya kemanfaatan walau kemudharatan melainkan dengan izin dan kehendakNyalah jua.

TAUHID ULUHIYYAH.

Makna tauhid Al-Uluhiyyah pula ialah MENGESAKAN ALLAH TAALA PADA SETIAP IBADAT DAN KHUDU’(TUNDUK)DAN TAAT SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH,DAN TIDAKLAH MENYEMBAH SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA,DAN JUGA TIDAKLAH MENYEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU APA PUN JUA YANG WUJUD DIBUMI DAN DILANGIT,dan tidaklah dapat direalisasikan tauhid itu secara hakiki jika tidak menggabungkan Tauhid Rububiyyah dengan Tauhid Uluhiyyah bersama,tidaklah mencukupi jika hanya beriktiqad dengan salah satu tauhid sahaja..

facebook.
Sifu سيفو :  Pertama Kita mesti memahami apakah itu ilmu Tauhid?
Ilmu Tauhid ialah suatu ilmu yang membincangkan tentang rukun2 iman yg 6.
Erti Iman ialah mempercayai.
Makna Tauhid ialah berikrar.
Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan..

Org2 yang berimana kpd Allah wajib beriktikad kpd ke-2 sifat ketauhidan yaitu Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah.
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi...

Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah

Antara pengertian kalimah Rabb ialah:
1. As-Sayyid (Tuan)
2. Al-Malik (Yang Memiliki)
3. Pencipta
4. Penguasa
5. Pendidik
6. Pengasuh
7. Penjaga
8. Penguatkuasa.

Sifu سيفو  : Allah bersifat mutlak

Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman Allah SWT:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)

Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

 Tauhid al-Uluhiyyah

Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah.
Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut:
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)


dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. maka Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( Ibrahim: 4 )

Pak Su Khairol :  Pak Su Khairol sambung sikit yo abi Sifu سيفو...

Pengertian Rububiyah ada dua :
1.perngertian Rububiyah pada Allah.
2.pengertian Rububiyah Allah terhadap makhluk-Nya.

1. Rububiyah pada Allah ialah iktikad secara putus bahawa Allah adalah tuhan bagi segala sesuatu dan tidak ada tuhan selain Dia.
Dalam kitab al-Misbah al-Munir bertolak dari asal kata "Tuhan" dari sudut bahasa bermakna Yang Memiliki dan Yang Mengatur.

manakala

2.Rububiyah Allah terhadap makhluk-Nya ialah mengesakan Allah sebagai satu satunya Zat yang menciptakan,menguasai ( memiliki ) dan yang mengatur segala urusan mereka...

 maksudnya bahawa Allah Maha Suci,satu satunya pencipta makhluk,penguasa dan pemilik alam semesta yang menghidupkan dan mematikan,pemberi manfaat dan pemberi mudharat. Dia juga yang memakbulkan doa dan juga Dia juga berkuasa menolak permintaan,dan hanyalah kepada-Nya segala urusan mesti dikembalikan.Dan kepada-Nya juga diserahkan ketetapan setiap perkara.

 Dengan itu beriman kepada ketentuan ( qadar ) Allah atau percaya bahawa setiap kejadian selalu berpunca dari ilmu Allah,Iradat- Nya dan Qudrat-Nya juga termasuk ke dalam tauhid Rububiyah ini.

Pengakuan bhw Allah itu pelaku mutlak dalam segala kejadian yang meliputi masalah penciptaan,pengaturan,pengubahan,penentu langkah,penambah dan juga pengurang,penentu akan hal kehidupan dan kematian dan juga lain lain perbuatan merupakan pengertian lain dari tauhid Rububiyah.......sama sekali tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal perbuatan-Nya,Dia Maha Suci dari sebarang perserupaan.


dari komen abi Sifu سيفو yang ke-3 dan ke-4 makaPak Su Khairol simpulkan bahawa :

1. Segala bentuk pujian itu hanya layak ditujukan kepada Allah.
2. Penyembahan termasuk segala bentuk ibadat yang dikerjakan,dipersembahkan semata-mata hanya kepada Allah dan tidak kepada yang lain.
3. Iman dan keyakinan serta dan berserah sepenuhnya hanyalah kepada-Nya sahaja.
4. Dialah satu satunya yang mempunyai segala sifat sifat yang agung dan Asmaul Husna.

dalam solat kita pun Surah al-Fatihah ayat ke-2
"Segala puji hanya untuk Allah,Tuhan sekian alam ."

Pak Su Khairol :  Tauhid Uluhiyyah Pak Su Khairol sambung dari pencerahan Abi Sifu سيفو ya...kalau kurang atau salah harap ada sudi menegur dan perbetulkan........

dari komen abi tentang tauhid Uluhiyyah ini Pak Su Khairol tambah sikit..ia merupakan hakikat agama islam....iaitu dua kalimah syahadat itu merupakan pintu dari rukun2 islam........

Tauhid ini ialah menumpukan ( niat dan maksud ) hanya kepada-Nya dengan mengamalkan ibadat zahir dan mengikhlaskan hati sebagai tanda bahawa maksud dan tujuan hanya kepada Allah.....betul ya Abi Sifu سيفو....

Ada beberapa perkara dalam tuntutan tauhid ini..antaranya :
1. Kewajipan ikhlas untuk bermahabbah kepada Allah.
2.Kewajipan mengesakan ( menumpukan tujuan hanya kepada ) Allah dalam hal berdoa,berharap,bertawakal dan sebagainya.
3. Wajib menumpukan tujuan ( satu satunya ) kepada Allah dengan disertai rasa takut .

 MAHABBAH :   Cinta adalah mahabbah. Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya.
Mahabbah itu sebenarnya adalah suatu kecantikan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah s.w.t. Dalam tasawwuf, mahabbah bererti patuh kepada Allah s.w.t. dan membenci sikapyang melawan kepadanya.
Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir kita

ketahuilah bahawa cinta atau mahabbah itu harus melalui 3 peringkat:
1 . Cinta Orang Biasa
Dia seorang yang selalu mengingati Allah s.w.t. dengan berzikir, suka menyebut Asmaul Husna dan memperoleh kesenangan dalam beribadah kepadaNya serta sentiasa berzikir memujiNya.

2 . Cinta Orang Jujur
Dia mengenalTUHAN-nya ; seperti kebesaranNYA, kekuasaanNYA dan ilmuNYA,lalu lahirlah rasa cinta yang demikian hebat hingga seluruh perasaannya, menjadi rindu yang tidak tertanggung.

3 . Cinta Orang Arif
Cintanya adalah kerana dia kenal benar dengan Allah s.w.t. Yang dilihat dan dirasa bukan lagi cinta tetapi diri yang dicintai. Sifat-sifat yang dicintainya masuk ke dalam diri yang mencintai hingga lahirlah dia sebagai seorang manusia yang begitu baik dalam segala segi.....

No comments:

Post a Comment