Tuesday, 31 July 2012
SEKADAR TAZKIRAH DIRI
Assalamualaikum sahabat2 Khalifah Samudera yang dikasihi.....
sedikit tazkirah dari KS spt biasa bg memuliakan Bulan Ramadhan ini..
bersyukur kita kepada Allah kerana dengan keizinannya dan kasih sayangnya yang melimpah maka kita diberi peluang oleh-Nya untuk kita sama2 berpuasa dan seterusnya menyambung silaturrahim.
Cukup banyak nikmat yang diberi oleh Allah ..sungguh tak terhitung walaupun hanya sedetik pernafasan yang diberi oleh Allah...apatah lagi dengan nikmat2 yang lain..mata yang diberi lihat..tangan yang diberi gerak...dan perlu kita tahu yee..bahawa segala apa yang kita lakukan yakni ..tangan yang bergerak..mulut yang berkata2..kaki yang melangkah......itu semua adalah sebagai alat Allah..kerana semua yang Paksu katakan tadi itu adalah atas izin Allah ianya bergerak,berkata2 dll lagi.....
Tazkirah di surau al mustaqimah sebelum solat terawih tadi dengan bab MUFLIS. siapa yang muflis ? kita ?...
kalau kita muflis didunia...kita masih lagi mampu hidup dengan baik....tapi kalau kita muflis diakhirat ?...adakah boleh ditebus dengan RM? atau pun amalan2 lain ?...sedangkan amalan2 yang kita lakukan didunia dulu telah habis ..adakah Allah akan kembalikan kita semula ke dunia untuk menebus ?....tidak sama sekali....maka apabila segala pahala amalan kita berpuasa,berzakat solat malam dan lain2 amalan kebaikan telah habis maka nerakalah tempatnya kita....
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).
hak pada seorang muslim kepada muslim yang lain....
mengaibkan orang lain ibaratnya memakan daging saudara sendiri.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
Cerita keburukan orang
Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
apabila kita diakhirat nanti pasti Allah akan membuka seluas2nya aib kita.
dan juga jika kita berpuasa maka hilanglah pahala puasa kita.
jika seorang yang dikatakan islam itu mestilah mempunyai hak2 yang perlu di tunaikan seperti mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu,berpuasa,berzakat ,dan tunaikan haji bg yg mampu..maka barulah ia dikatakan seorang muslim sejati..jika tidak ditunaikan rukun2 islam itu maka bukanlah ia dari kalangan orang2 yg beriman.
begitu juga insan yang mengaku muslim atau islam..maka hak2 terhadap seorang muslim yang lain mestilah ditunaikan hak2nya..
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Tanamkan pada jiwa kita bahwa kemuliaan dan kesempurnaan seseorang di sisi Allah bukanlah hanya terletak pada penyermpurnaannya terhadap hak Allah saja, tetapi kesempurnaan manusia adalah sangat tergantung sampai di mana dia dapat menyempurnakan semua hak: hak Allah, hak diri, hak keluarga, hak masyarakat, hak sesama insan, hak sesama muslim, hak tetangga, hak jalan, hak makhluk lain selain manusia dan lain-lain.
Untuk membuktikan kebenaran di atas, renungkan beberapa kisah berikut. Kisah Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, Abu Darda’ dan Salman Al-Farisy, kisah ‘Alqamah yang sukar mengucap syahadat ketika sakarat karena pernah menyakiti hati ibunya, wanita tua yang banyak beribadah tetapi jahat dengan tetangga, kisah orang yang masuk neraka gara-gara seekor kucing, kisah lelaki yang menolong anjing yang sedang kehausan dll.
walaupun kita mencela atau mengata keaiban orang yang telah mati...itu juga termasuk perkara2 yang diharamkan.....
jika seseorang hamba Allah mati dalam keadaan azab sekalipun....janganlah kita ceritakan keaibannya kepada mereka yang masih hidup...kerana kita sendiri pun tidak tahu akan keadaan kematian kita..............
semoga memberi manfaat.
Labels:
NASIHAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih di atas segala bahan bacaan yg amat memberi keinsafan dan pengetahuan..mohon share maklumat tuan utk dikongsi di fb saya.semoga Allah merahmati tuan sehingga ke akhirat..Amin
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala bahan bacaan yg amat memberi keinsafan dan pengetahuan..mohon share maklumat tuan utk dikongsi di fb saya.semoga Allah merahmati tuan sehingga ke akhirat..Amin
ReplyDeletesilakan..
ReplyDelete