Salahuddin
al-Ayyubi .
Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam
kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan
ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan
belas kasihannya semasa Perang Salib.
Kebangkitan
Tugu
peringatan Salahuddin di Damsyik.
Salahuddin
dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan
dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya.
Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah
gabenor wilayah Baalbek. Selama 10
tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.
Salahuddin
menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang
juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur
al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas
menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan
dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia
mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib
dibawah Kerajaan
Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric
I.
Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai
panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat
banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa
oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai
seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin
tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golonganSyiah yang ketika itu dipimpin oleh
Khalifah Al-Adid.
Apabila
khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin
mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (KhalifahAbbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun
Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas
dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap
ekonomi Mesir, menyusun
semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada
sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din
meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada
awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas
tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi SultanMesir. Beliau kemudian mengisytiharkan
kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut
mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
Menentang tentera Salib
"Raja
Mesir, Salahuddin Al-Ayubbi" daripada sebuah manuskrip kurun ke-15; simbol
"globus" di
tangan kirinya ialah simbol Eropah tentang kekuasaan.
Dalam dua
peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri
serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini
tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin
hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur
ad-Din pada 1174, perang ini
dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih
Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi
menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus
selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia
diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan
mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai
Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar
itu pada tahun 1176 (Aleppo)
dan 1186 (Mosul).
Sementara
Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria,
negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan
kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur.
Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang
Montgisard yang
berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan
tentera Baldwin
IV dari Baitulmuqaddis,Raynald
dari Chatillon dan Kesatria Templar.
Keamanan di
antara Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai
pada 1178. Salahuddin
meneruskan serangannya pada 1179 selepas
daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas
sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau
bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu
laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota
suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinahmenjadikannya orang paling dibenci dalam
dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu
Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh
kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun1185.
Dalam bulan
Julai tahun 1187, Salahuddin
menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau
bertempur dalam Pertempuran Hattinmenentang
gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy),
raja negeri-negeri Salib, dan Raymond
III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah
ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei
tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah
Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung
kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi
beliau tidak dipancung.
Timur Tengah,
c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam
waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna
merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera
Salib.
Selepas
tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan
kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem)
pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu
dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan
Baitulmuqaddis).
Kecuali bandar Tyre tidak
ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang
diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia
mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan
oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin
membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya
iaitu Sibylla
dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin
dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan
terjadinya Perang Salib Ketiga yang
dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai
Salahuddin".
Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur
dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard
Si Hati Singa) dalam Perang Arsufpada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik
Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah
bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan
dari England kepada
adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota
Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan
berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua
pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian
Ramla pada
tahun 1192 yang
mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi
dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan
negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre
hingga ke Jaffa.
Salahuddin
Al-Ayubbi wafat pada 4
Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja
Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai
upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan
Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa
kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) .
Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang
miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan
tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang
sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.
Pengiktrafan
Saladin,
daripada codex Arab
abad ke-12.
Sungguhpun
menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat
reputasi besar di Eropah sebagai seorangkesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya
pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya,
dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik
dalam Limbo. Salahuddin
muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The
Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan
orang-orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib
menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan
perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Kristian
Katolik dan
juga kepada tentera salib Kristian yang kalah (masyarakat Greek
Ortodoks dilayan
dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan
menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam
novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya
Tariq Ali.
Walaupun
berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan para
bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji
Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat
dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau
lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan
orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin
bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan.
Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.
Makam
No comments:
Post a Comment