SIFAT takut hanya akan wujud dengan ilmu dan keyakinan. Jika ilmu yang dimiliki itu tidak diyakini sepenuhnya,maka sifat takut tidak akan wujud. Tindakkan terhadap maklumat yang dimiliki juga tidak akan wujud.
Contohnya jika kita diberitahu bahawa dalam lubuk itu ada seekor buaya yang ganas, jika kita tidak yakin dengan maklumat yang diberikan itu maka sudah tentu kita akan tetap mandi di situ. Tetapi jika kita benar-benar yakin terhadap maklumat itu dan kita tahu terhadap buaya itu boleh membunuh,kita tidak akan mandi di situ dan menjauhkan diri dari tempat itu. Atau kita yakin kepada maklumat itu tetapi kita tetap mahu mandi di situ, bermakna kita mahu mencabar diri kita sendiri atau mahu mencabar buaya itu.
Persoalannya kenapa kita masih ada yang mahu melakukan maksiat ? Kenapa masih ramai dari kalangan kita yang tidak takutkan Allah SWT ?.
FACEBOOK.
Kebanyakan manusia hanya takut kpd makhluk, sedangkan Allah SWT memerintahkan kpd manusia supaya takut kpdNya sahaja, yg membawa erti kpd TAQWA..
Firman Allah SWT MafhumNya:
" Wahai manusia takutlh ( bertaqwalh ) kamu kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa"
Bertaqwa ( Takut ) kpd Allah SWt memperolihi ganjaran yg amat besar nilainya..
Sedangkn takut kpd makhluk boleh membawa sesaorg kpd dosa yg amat besar bah kan kata ulama' boleh membawa kpd dosa syirik.
persoalan kenapa manusia suka melakukan maksiat.
* Keimanan yg tipis yg hanya diucapkn melalui lisan boleh menyebabkn berlakunya kemaksiatan olh sesaorg kerana tiada keyakinan terhadap janji2 Allah..
Firman Allah SWT mafhumNya:
" Dan ada dikalangan manusian yg berkata kami telah beriman kpd Allah & hari akhir sedangkn mereka itu tidak beriman.....
Sifu سيفو : Juga tipisnya keyakinan dgn perkara2 sam'iyyat yaitu, dosa pahala, timbangan amalan buruk & baik, azab kubur, syurga & neraka, juga tentang pemerhatian Allah terhadap segala 'amalan seharian, serta dilekakan dgn kehidupan duniawi juga antara faktor menyebabkan manusia mudah terjebak dgn kemaksiatan..
Firman Allah SWT mafhumNya:
" Dan kehidupan didunia adalah sebagai sendagurau"..
Sifu سيفو : Juga disebabkan oleh kedudukan pangkat, anak pinak, harta dgsnya
Firman Allah SWT mafhumNya:
" Dan jgn lah harta2 kamu, anak2 kamu serta pangkat2 kamu memalaikan kamu drp mengigati Allah"..
Khalifah Samudera : terima kasih abi Sifu سيفو lengkap......ermm Pak Su Khairol tambah sikit eaa...
Khalifah Samudera : Ada 2 perkara menjadi sebab disini :
1. Ada di kalangan manusia yang tidak berilmu, dia tidak tahu bahawa melakukan dosa dan maksiat itu dibenci Allah, dia juga tidak tahu balasan kepada perlakuan dosa ialah api neraka.. oleh itu dia lakukan maksiat atas dasar kejahilan...Dan golongan seperti ini perlu menuntut ilmu..hanya dengan ilmu yang diyakini dan dipraktikkah sahaja maka golongan seperti ini akan terselamat dari kemurkaan Allah.
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat jahil,kemudian mereka segera bertaubat.Dengan adanya sifat tidak tahu dan segera bertaubat itu,maka Allah menerima taubatnya,Allah itu mengetahui lagi bijaksana."..........al-Nisa :17
Khalifah Samudera : 2. Ada dikalangan manusia yang berilmu. Dia tahu apa yang dia lakukan itu merupakan dosa.Dia juga tahu bahawa balasan terhadap perlakuannya itu ialah kemurkaan Allah. Allah akan memasukkannya ke Neraka , namun dia tetap melakukan dosa dan dilakukan berulang-ulang kali tanpa rasa takut dan bersalah kepada Allah.
Golongan ini melakukan maksiat kerana 2 sebab.
2 .1. kerana dia tidak yakin terhadap maklumat atau ilmu yang diterima.oleh sebab itu dia terus menerus melakukan dosa. Manusia seperti ini dikatakan tidak beriman,kerana dia tidak yakin dan tidak percaya kepada perkhabaran yang telah disampaikan oleh para para Nabi dan Rasul.
2.2 . kerana sengaja mahu mencabar kekuasaan Allah ( seperti mana yang abi Sifu سيفو jelaskan diatas ). Dia tahu Allah murka kepada manusia yang melakukan dosa tetapi tetap melakukan kerana sesuatu sebab hal2 dunia atau kepentingan diri dan orang spt ini inkar kepada Allah.
" Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan. Hingga apabila salah seorang daripadanya hampir mati , dia berkata : " sesungguhnya sekarang aku bertaubat' sedangkan taubatnya itu sudah terlambat. Dan begitulah juga hanya kepada manusia yang mati dalam keadaan mereka tetap kafir.Bagi golongan manusia seperti itu,Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya ."..........al-Nisa : 18
sumber Facebook : http://www.facebook.com/groups/444219635610443/450519471647126/?notif_t=group_comment
entahlah, mungkin dia rasa dia hebat?
ReplyDeleteKY....KS DAH SAMBUNG ARTIKAL DIATAS.
ReplyDelete