Pages

Tuesday, 3 July 2012

KEDATANGAN NABI MUHAMMAD SAW DISEBUT DALAM KITAB AGAMA HINDU ?


Pengkaji kitab agama Hindu iaitu kitab Veda dan Purana mendapati kedua-dua kitab tersebut menyebut mengenai kelahiran "Penyelamat Terakhir" atau dikenali juga sebagai Kalki Avatar. Penyelamat tersebut bakal lahir pada akhir zaman untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan dan kejahatan ( kali ).
Penyelamat itu juga dikurniakan kuasa ajaib bagi membantu perjuangannya menegakkan keadilan. Menurut tradisi Islam,kuasa ajaib itu ialah mukjizat.

Tambahan lagi terdapat rekod dalam kitab Hindu yang menyebut Avatar yang ditunggu-tunggu itu bernama Narashangsa yang bermaksud "yang terpuji" ( Muhammad ). Menurut agama Hindu sudah ramai Avatar muncul dan memainkan peranan mereka dalam menyelamatkan manusia,namun begitu kedatangan Avatar terakhir masih ditunggu-tunggu kemunculannya.

Sesetengah pengkaji Hindu telah menamakan beberapa tokoh agama Hindu yang dianggap menepati ciri-ciri Kalki Avatar.Namun begitu, Dr. Ved Prakash Upaddhay,seorang pengkaji sejarah dari Universiti Prayag,India dalam bukunya Muhammad In The Hindu Scriptures telah menamakan Nabi Muhammad saw sebagai Avatar terakhir yang ditunggu-tunggu.Walaupun penilaian beliau ini masih berada pada tahap hipotesis,ia disokong kuat oleh gabungan fakta daripada kitab agama Hindu dan Islam.

Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27 :

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yg berada di lingkungan itu, yg kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak2x/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).” (Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansurit
Ai(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung ( Kalki Avtar )

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
  1. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
  2. Patung-patung dimusnahkan, pemujaan dihentikan.
  3. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tiada kelihatan lagi.

No comments:

Post a Comment