“(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka a]. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yg terang yg diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yg beruntung. (QS.Al A’raaf : 157) “Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata."”. (QS. Ash Shaff : 6) Dua ayat di atas memberikan pengertian sangat kuat bahawa akan ada seorang nabi yang akan datang sesudah kenabian Isa A.S dengan nama ‘Ahmad’ yang tercatat dalam kitab Taurat dan Injil (Alkitab) iaitu kitab yang sekarang menjadi pegangan penganut kristian. Tetapi nama ‘Ahmad’ tidak kita jumpa secara langsung dalam bible yang ada sekarang, hal ini kerana, memang tidak akan jumpa lagi Alkitab (bible) yang berbahasa aslinya iaitu bahasa Ibrani, atau mungkin kerana ada kesalahan penulisan dan penterjemahan atau telah pun diubah oleh pendeta-pendeta mereka. Alhamdulillah, dengan usaha keras dan teliti dari para pakar akhirnya terbukti juga letak kesalahannya yang menyebabkan hilangnya nama Ahmad dalam Alkitab (bible) yang ada sekarang ini. Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa yang digunakan oleh nabi Isa AS beserta kaumnya adalah bahasa Ibrani, begitu pula firman Allah dan sabda nabi Isa AS juga dalam bahasa Ibrani. Oleh itu, bukti-bukti kenabian yang ada dalam Injil kalau kita kembalikan ke dalam bahasa Ibrani, nama 'Ahmad' akan muncul sangat nyata dengan sendirinya. Begitu juga dengan Taurat, kalau kita kembalikan ke dalam bahasa aslinya, nama 'Ahmad' juga akan muncul dengan sendirinya. HIMADA adalah AHMAD Sebab-sebab turunnya wahyu berkaitan kedatangan seorang nabi yang diutus bagi semua bangsa yang bernama “Ahmad” adalah ketika bangsa Israel yang telah hancur, jatuh kemunduran, dan diizinkan kembali membangunkan Jerusalem ( Darussalam) dan Bait Sulaiman yang telah diratakan dengan tanah oleh bangsa Chaldea, sebahagian orang berada dalam kegembiraan dan sebahagian yang lain berada dalam kesedihan yg memilukan kerana teringat kembali akan keindahan Bait Agung Sulaiman. Pada masa itulah, Allah mengutus Haggai (Menurut bible Haggai adalah seorang nabi) untuk menghibur bangsa Israel yang telah tertindas dengan menyampaikan janji Allah bahawa akan diutuskan seseorang yang akan mengangkat kembali bangsa Israel dari kemusnahan : ”Dan aku akan menggoncangkan semua bangsa, dan HIMADA untuk semua bangsa ini akan datang; dan aku akan mengisi rumah ini dengan kemegahan, kata Tuhan pemilik rumah”. ( Bible: Hagai 2:7 ) Seseorang yang diutus untuk mengangkat kembali bangsa Israel adalah'Himada', bangsa Israel tentu menunggu Himada segera datang agar bangsanya segera bangkit dari penindasan. Namun sayang seribu kali sayang, bangsa Israel tidak menafsirkan kata Himada sebagai nama nyata seorang nabi yang diutus, tetapi mereka menafsirkan kata'Himada' sebagai kata sifat yang abstrak sesuai erti Himada dalam bahasa mereka iaitu : keinginan, hasrat, kerinduan dan pujian. Ketika janji Allah tersebut diterjemahkan kedalam bahasa lain, maka yang terjadi adalah kata Himada akan ikut diterjemahkan dan berubah dengan sendirinya. Mari kita lihat terjemahannya ke dalam bahasa Inggris : "And I will shake all nations, and the desire of all nations shall come: and I will fill this house with glory, saith the LORD of hosts”. Hagai 2:7 Lihatlah kata Himada diterjemahkan menjadi desire dalam bahasa Inggris yang ertinya keinginan atau hasrat, hal ini dianggap benar oleh para penulis Injil kerana mereka memahami Himada bukanlah nama orang tetapi sebagai kata benda abstrak. Perlu diketahui, terjemahan bible dalam bahasa apapun, baik ke dalam bahasa Arab, Melayu, Indonesia, Jepun, Sepanyol dan bahasa-bahasa lainnya adalah mengambil dari bible yang berbahasa Inggeris tersebut, sehingga tidak hairanlah kalau kita tidak menemukan nama Ahmaddalam bible. Sekarang mari kita lihat terjemahan bible dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan dari bible berbahasa Inggeris : "Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam". ( Hagai 2:8) Lihatlah kata desire dalam bahasa inggeris diterjemahkan menjadibarang yang indah-indah, dari sini saja sudah nampak percanggahan dari Inggeris ke Bahasa Melayu, sehingga makin tersembunyilah namaAhmad dalam bible. Sebagai informasi tambahan, kalau kita amati bible berbahasa Inggeris mencatat ayat tersebut dalam Hagai 2:7 tetapi dalam bible berbahasa Indon tercatat dalam Hagai 2:8. Di sini berlaku perbezaan bagi satu ayat ini yang mana perlu dikritik penyebabnya. Tetapi kalau bible yang berbahasa Inggeris kita terjemahkan ke dalam bahasa Yahudi atau Ibrani, maka kata Himada tersebut akan muncul kembali dengan sendirinya,lebih kurangnya seperti berikut : “ ve yavu himdath kol haggoyim” Huruf 'th' dalam kata Himdath boleh diganti menjadi 'hi' atau boleh juga dihilangkan sama sekali. Sekarang mari kita analisa pula kata-kata dalam bahasa Yahudi, Ibrani dan Arab: Himdath = Himdahi = Himda = bahasa YahudiHimada = bahasa Ibrani Ahmad = bahasa Arab Semua kata tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu terpuji dan mempunyai persamaan kata akar iaitu H-M-D, lihatlah bila kita hilangkan vokal dan kita biarkan konsonannya, maka akan menjadi : H-M-D = dalam bahasa YahudiH-M-D = dalam bahasa IbraniH-M-D = dalam bahasa Arab Tentu ini sebuah bukti yang tak dapat dibantah sedikitpun, dan bagi sesiapa pun yang ahli dalam bahasa Semit tentu mempunyai kesimpulan yang sama bahawa Himada dan Ahmad adalah sama, tentu kesimpulannya adalah nama Ahmad memang ada dalam bible. PARAKLETOS adalah AHMAD Bangsa Israel/Yahudi melihat nabi Isa AS bukanlah nabi yang dijanjikan Allah seperti yang disampaikan oleh Haggai yang dapat mengangkat bangsa Israel / Yahudi dari kemunduran. Oleh kerana itulah, Bani Israel masih terus mencari siapakah orang yang dijanjikan Allah seperti yang disampaikan Haggai ?. Suatu ketika Isa berkhutbah kepada kaumnya, memberitakan akan ada nabi lain yang akan diutus sesudah dirinya, menurut nabi Isa a.s kedatangan nabi tersebut tidak lama lagi. Khutbah nabi Isa a.s tersebut sangat difahami oleh orang-orang Israel, namun sayang sekali mereka tidak langsung menuliskan apa yang disabdakan Isa ketika itu, dan khutbah Isa yang berbahasa Ibrani tersebut baru dicatat enam puluh tahun kemudian dan itupun dalam bahasa Yunani oleh orang yang mengaku bernama Yohanes : “Kago erotao tou pater kai allos parakletos didomi humin hina meta hu mon eis tou aion eimi” Yohanes 14:1 Kata Parakletos mempunyai beberapa erti iaitu : mengagungkan, memuji dan penolong, dan kalau kata Parakletos diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, kata yang didapat adalah : Hamida. Kalau kata Hamida yang disebut oleh Jesus diertikan sebagai kata benda abstrak maka terjemahan pidato Jesus adalah seperti berikut ini : "Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya”. Yohanes 14:16 Tetapi kalau kata Hamida yang disebut Jesus diertikan sebagai sebuah nama yang konkrit maka terjemahannya adalah seperti berikut ini : "Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu Hamida, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya”. Yohanes 14:16 Maka pidato Jesus tersebut senada dengan Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an : "Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil,….(aku.) memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad ". QS. 61:6 Tentu hasil akhir yang kita dapatkan adalah kata Hamida dalam bahasa Ibrani dan kata Ahmad dalam bahasa Arab, dan kedua kata ini adalah berasal dari akar kata yang sama yaitu H-M-D dan mempunyai erti yang sama iaitu terpuji, dan senada pula dengan makna Perikletos.Dari penjelasan di atas, kesimpulannya bahawa, apakah kata Hamida dianggap sebagai kata benda abstrak atau nyata jika kita kembalikan ke dalam bahasa Jesus iaitu Ibrani, maka nama Ahmad akan nampak lagi. KEAJAIBAN NAMA MUHAMMAD Yang menarik adalah, tidak ada seorang pun yang bernama Ahmad atau Muhammad sejak nabi Adam diciptakan sampai dengan lahirnya seorang anak dari Abdullah dan Siti Aminah. Hal ini bukanlah kebetulan atau direka kalau Siti Aminah memberi nama Muhammad pada anaknya, tetapi hanya semata-mata sebagai takdir Allah Yang Maha Kuasa dan sebagai bukti keAgungan perancanganNya. Sumber :1. Perjanjian Baru Interlinier, Yunani Indonesia Diterbitkan Lembaga Alkitab Indonesia (LAI)2. Konkordasi Perjanjian Baru - LAI3. “Muhammad in the bible”, MENGUAK MISTERI MUHAMMAD, Prof. David Benjamin Keldani diterbitkan di Indonesia oleh Sahara Publishers Cetakan ke : 11 Mei 2006. dan "WHAT EVERY CHRISTIAN & JEW SHOULD KNOW" TENTANG SANG PENCIPTA, KITAB SUCI & NABI-NABI, PROFESOR DAVID BENJAMIN KELDANI BD. Alih Bahasa Oleh: HW.Pienandoro SH keterangan :a] Maksudnya: dalam syari'at yang dibawa oleh Muhammad itu tidak ada lagi beban-beban yang berat yang dipikulkan kepada Bani Israil. Umpamanya: mensyari'atkan membunuh diri untuk sahnya taubat, mewajibkan Qisas pada pembunuhan baik yang di sengaja atau tidak tanpa membolehkan membayar diat, memotong anggota badan yang melakukan kesalahan, membuang atau menggunting kain yang kena najis. -(dari : Al Qur’an terjemahan ) |
Thursday, 13 September 2012
NAMA AHMAD NAMA MUHAMMAD RASULULLAH MASYHUR DALAM KITAB-KITAB TERDAHULU DAN AL-QURAN.
Labels:
ARTIKAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kedatangan hamba Allah
ReplyDelete"" "" "" "" "" "" "" "" "" "
'Atmak' belum tentu berarti 'yang ku junjung' tapi itu sebenarnya nama
penulisan Atmak adalah אתמך
penulisan Ahmad adalah אחמד
Dalam Yesaya 42:1, Allah berkata
"Lihatlah, 'Hambaku' (diucapkan sebagai Abd-ee), 'yang Ku junjung' (diucapkan sebagai Atmak);
Allah menubuatkan tentang kedatangan hamba-Nya
Lihatlah Hambaku Ahmad (Yesaya 42:1) - dan begitu siapa Ahmad ini? disebut hamba Allah?
Dia tidak lain adalah
Abd-Allah Ahmad (Hamba Allah, Ahmad) - Nabi Muhammad saw