Pages

Monday, 28 September 2015

Akhirat - HISAB

Assalamualaikum warahmatullah....

Setelah kita melalui ALAM KUBUR dan PADANG MASYAR untuk menjadikan kita VIP di Alam Akhirat, Kita akan melalui satu lagi proses iaitu di HISAB kan segala amal perbuatan kita.
Seluruh anggota badan kecuali mulut akan menjadi saksi maksiat dan kesalahan yang dilakukan, yang akan ditayangkan di hadapan seluruh manusia. Ada setengah perawi mengatakan yang malunya manusia ketika itu sehinggakan daging-daging di mukanya gugur satu persatu. Jadi, bagaimana untuk selamat pada fasa ini.

Pertama: pulangkan semua hak-hak orang yang kita pernah ambil dengan tidak adil. Dalam satu hadis, Nabi SAW menerangkan bahawa orang yang muflis diakhirat ialah orang yang mengambil hak orang lain di dunia dan di akhirat nanti, orang itu akan datang menuntut hak itu kembali daripadanya. Hak orang lain itu boleh jadi dalam bentuk harta, darah, apabila diambil nyawanya, atau maruah apabila mengata/mengumpat/memfitnah seseorang. Imam Ahmad berkata, ketika minta maaf, tak perlu sebut dosa kerana dikhuatiri menjadi perkara yang tidak baik pula.

Jika tidak dapat jumpa orang yang diambil haknya itu, perbanyakkan sedekah yang diniatkan untuk orang itu. Jika perasan, dalam doa tahlil, ada disebutkn doa – “ampunkan aku, ibu bapa aku, guru-guru aku dan orang yang mempunyai hak ke atas aku.” Tetapi jika terjumpa setelah banyak bersedekah, masih wajib dibayar haknya yang diambil itu. Jika tidak mampu juga, mugkin kerana malu atau tidak mampu, mohon doa Allah permudahkan dan buka jalan kita menyelesaikannya di dunia. Berhati-hatilah agar jangan pahala amalan kita diambil oleh orang lain di akhirat nanti.

Seterusnya, perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW, kerana dengan itu, Nabi SAW akan menunggu kita untuk memberikan syafaatnya. Ada berbagai bentuk selawat. Jika tiada masa, amalkan yang pendek-pendek sahaja, paling kurang 100 kali sehari. Sekejap sahaja sudah boleh siap sebnarnya, lebih cepat daripada waktu yang dihabiskan untuk ibu-ibu membebel pada anak atau suaminya.......

No comments:

Post a Comment