Pages

Monday, 28 September 2015

Hakikat Kesederhanaan

Hakikat Kesederhanaan; "Menurut Al-Imam Al-Ghazali rah, pernah berkata, Hiduplah sebagaimana yang kamu suka didalam dunia ini kerana akhirnya kamu akan mati jua. Bagaimana kita hendak seimbangkan diantara kerja dunia dan Akhirah. Ada yang meletakkan Dunia itu lima puluh peratus dan Akhirah juga lima puluh peratus. Maka itu bukanlah maknanya seimbang sama sekali."

"Kerana keseimbangan dalam agama kita bukanlah dengan ukuran lima puluh peratus dunia lima puluh peratus akhirat. Tetapi agama itu dengan meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu kena pada Haknya."

"Cubalah perhatikan perbahasan 'ulama agar kita lebih memahami apakah itu keseimbangan di dalam agama kita. Keseimbangan, balance atau keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu kena pada Haknya. Contohnya daripada ulama, seseorang itu umurnya didunia ini adalah tujuh puluh tahun, Jika dibandingkan dengan amalannya di akhirah, kehidupannya di akhirah, Berapa tahun umurnya didunia dan berapa tahun umurnya di Akhirah?"

"Jika lima puluh peratus dunia, lima puluh peratus Akhirah. Adakah itu Adil? Adakah benar ia Seimbang? sedangkan Kehidupan di Akhirah tiada Hadnya, setelah kamu hidup didunia ini kemana kamu selepas itu? Umur dunia kamu sekadar lingkungan tujuh puluh tahun, brapa umur akhirah kamu? Tiada Had Umur di Akhirah. Maka itulah Pentingnya untuk setiap saat didunia ini kita memanfaatkan masa kita untuk Bekalan kita di Akhirah."

"Berapa tahun sahaja pengakhiran kita di dunia ini dengan umur sekitar enam puluh atau tujuh puluh tahun? Berbanding di akhirat berjuta-juta tahun, trilion tahun, zilion tahun. Dunia bukan stesen terakhir, dunia adalah lintasan. Dan untuk menentukan kebahagiaan di akhirat adalah apabila apa yang kita lakukan di dunia."

"Barangsiapa yang mencintai akhirat akan dirinya, maka dunia akan meninggalkannya, siapa yang membenci akhirat maka dirinya akan mencintai dunia. Utamakan yang kekal abadi berbandingkan yang tidak kekal."

"Apabila seseorang memerhatikan dunia, dunia adalah ujian, sama ada kita benar-benar ambil perjanjian kita dengan Allah ﷻ. Sejak Allah ﷻ ciptakan dunia, Allah ﷻ tidak pernah pandang dunia, Allah ﷻ tidak berhajat pada dunia, kecuali perkara-perkara yang diisi dengan kesolehan, amal ibadat untuk akhirat."

"Jika kita melihat hadith-hadith, kita akan lihat bagaimana fizikal Rasulullah ﷺ sahaja sudah terzahir kesederhanaan. Ini sebagai satu simbol kepada agama yang di bawa oleh Rasulullah ﷺ adalah agama yang penuh dengan kesederhanaan."

"Agama islam itu tidak terlalu extreme, tidak terlalu lemah, sebab itu pegangan ahli sunnah wal jamaah antaranya ialah kesederhanaan, jika seseorang kerana cintanya kepada Rasulullah ﷺ, dia melakukan pengeboman di kedutaan, membunuh manusia, membunuh diri, meletupkan diri di depan orang awam, ini bukan kesederhanaan yang di bawa oleh Islam, ini extremism."

"Membunuh manusia yang tidak berdosa, walaupun di atas nama ingin membela islam, melainkan kalau dia berada di tempat yang betul, di kawasan peperangan, tetapi di tempat awam, hanya kerana ia melukis kartun, dan menghina Rasulullah ﷺ maka ini bukan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ."

"Baginda menerima hentaman yang lebih buruk dan lebih hebat lagi daripada apa yang kita lihat sekarang, rasulullah ditendang, diludah, diletakkan bangkai unta di atasnya, diejek, dihina, dipanggil majnun, orang yang gila, tukang sihir, dan di racun, semuanya Rasulullah ﷺ maafkan, bagaimana umat ini hendak bertindak dengan sesuatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah kepada orang yang menzalimi, menindas dan menganiayanya."

"Racun adalah percubaan membunuh Rasulullah ﷺ dan sahabat r.a ingin "bereskan" perempuan yahudi yang meracun baginda di khaibar, tetapi rasullah melarang dan memaafkan dia, dan akhirnya wafat Rasulullah ﷺ adalah kerana racun itu, sehingga titisan terakhir nabi tidak memberi balasan kepada perempuan yahudi tersebut."

"Begitu juga dengan orang yang menyihir nabi Rasulullah ﷺ sampaikan sebulan baginda dalam keadaan tersihir, seorang lelaki musyrik dengan anaknya, mendapatkan helaian rambut rasulullah dan di simpul lalu menyihir baginda, sehingga rasulullah balik ke rumah daripada solat dalam keadaan kebingungan bertanya kepada aisyah r.a adakah baginda sudah bersolat? begitu keadaan nabi kerana fikirannya tidak menentu akibat disihir, dan sahabat juga ingin "membereskan" mereka, tetapi nabi muhammad صلى الله عليه وسلم mengatakan "jangan, aku memaafkan mereka."

"Juga kisah yahudi meragut selendang di leher nabi صلى الله عليه وسلم serta menghina keturunan nabi, Saidina umar r.a ingin "bereskan" , tapi rasulullah mengatakan "jangan, itu bukan akhlak yang aku ajarkan. Di dalam kamus rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak ada kejahatan di balas dengan kejahatan, yang ada ialah kejahatan di balas dengan kebaikan, kekerasan di balas dengan kelembutan, kemaafan, dan juga keampunan. kesederhanaan fizikal Rasulullah ﷺ membawa kepada kesederhanaan agama yang di bawa oleh Rasulullah ﷺ."

Guru mulia. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

No comments:

Post a Comment