Pages

Sunday, 13 September 2015

Akhlak itu Agama

"Majlis ilmu adalah majlis yang barakah. Akan tetapi, apa terjadi jika ada dua majlis yang berlangsung serentak. Ada satu kisah, tentang dua majlis ilmu yang berlangsung secara serentak. Seorang penuntut ilmu. Seorang pemuda yang di dalam dilema. Hatinya di dalam keraguan. Ada dua majlis yang berlangsung."

"Dia melihat yang satu majlis ilmu belajar Al-Quran dan Hadith. Dan majlis ilmu yang satu lagi juga belajar Al-Quran dan Hadith. Makanya, dia keliru. Majlis yang mana dia harus pergi. Kemudian dia pergi berjumpa sahabatnya yang soleh untuk meminta pendapat dan pertolongan majlis mana yang harus dia pergi."

"Sahabatnya yang soleh tadi berkata; "Mari sahabat, kita pergi kepada dua-dua majlis itu. Setelah tiba di majlis ilmu yang pertama, mereka masuk dan kemudian mereka berdiri. Tujuan sahabat itu berbuat demikian kerana ingin mengetahui majlis mana yang patut diikuti. Mereka pon berdiri di depan orang ramai semasa sheikh sedang mengajar."

"Sheikh melihat mereka, dan kemudian berkata; "Kenapa kamu berdiri?! Dengan nada yang keras. Sahabat yang soleh tadi menjawab; "Aku tidak mahu duduk di dalam majlis kamu ini." Kemudian Sheikh berkata; "Kenapa kamu tidak mahu duduk?!" Sahabat yang soleh tadi menjawab; "Aku tidak puas hati dengan kamu."

"Kemudian sheikh menjawab; "Aku lagi sangat-sangat tidak puas hati dengan kamu. Keluar kamu syaitan, jangan kamu merosakkan majlis ini."
Sahabat soleh tadi berkata kepada sahabatnya; "Wahai sahabat, mari kita keluar sebelum kita dipukul beramai-ramai."

"Setelah itu, mereka pergi ke majlis ilmu yang kedua. Mereka pon berdiri. Dilihat oleh sheikh yang sedang mengajar. Kemudian sheikh berkata; "Wahai pemuda, kenapa kamu berdua tidak mahu duduk?" Dengan nada yang lembut. Sahabat yang soleh tadi berkata; "Aku tidak mahu duduk di dalam majlis kamu."

"Kemudian sheikh bertanya; "Kenapa wahai pemuda?" Dengan nada yang lembut. Sahabat yang soleh tadi menjawab; "Aku tidak puas hati dengan kamu sheikh." Sheikh terkejut lalu menutup wajahnya. Tiba-tiba mengalir air matamembasahi pipinya."

"Sheikh kemudian berkata;"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. "Ya Allah. Aku mohon taubat dan keampunan-Mu, Ya Allah. Ampunkanlah Aku. Sesungguhnya mungkin Allah سبحانه وتعالى telah membukakan aib diri ku ini kepadanya. Kemudian sheikh terus menangis."

"Sahabat yang soleh tadi berkata kepada sahabatnya;"Wahai sahabat, sekarang majlis mana yang kamu ingin duduki? Majlis yang tadi atau di sini. Jawab sahabatnya;"Mestilah disini. Ciri-ciri orang soleh itu jelas terzahir pada akhlaknya."

"Jika kamu lihat ada dua kelompok. Satu kelompok mereka menyatakan mereka dijalan kebenaran. Dan satu lagi kelompok mereka menyatakan mereka juga didalam jalan kebenaran. Maka, kamu lihatlah pada akhlak mereka itu. Diamana adanya akhlak yang mulia disitu adanya agama."

"Dimana adanya akhlak yang mulia, disitu adanya agama. Dimana adanya akhlak, disitu adanya ilmu. Tidak mungkin agama itu tanpa akhlak yang mulia. Tidak mungkin orang soleh itu dipandang soleh tanpa padanya akhlak yang mulia. Kita jangan lihat pada orang lain. Lihatlah ciri-ciri tersebut didalam diri kita. Untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri.

Perkongsian Ilmu Yang Bermanfaat Oleh Raudhatul Muhibbin

No comments:

Post a Comment