"Betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil nilainya kerana Niat,
Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar nilainya juga kerana Niat. Semoga kita sentiasa memperbetulkan niat kita."
"Sesiapa sahaja pon yang mampu berkata beliau itu murobbiku, As-Syeikh itu Murobbiku, Al-Habib itu Guruku. Tiadalah maksud perkataan yg keluar dari lidah si murid itu sampai kepada makna yang haq, kecuali si murid melaksanakan ilmu yang telah di ajarkan oleh gurunya. Mengamalkan apa sahaja nasehah wa ilmu, dengan penuh khusyuk mengharap redha Allah سبحانه وتعالى."
"Al-misal, diajar dan diwasiatkan oleh Al-Habib Umar ben Hafidz kepada kita semua utk perbanyakkan zikir sepanjang bulan Zulhijjah ini. Maka sebagai murid, taatlah akan suruhan gurumu kerana sang guru menyampaikan khabar yg benar, silsilah dari nendanya Nabi Besar Muhammad ﷺ."
"Apa yg kita harap di akhirat adalah usaha yg datang sewaktu hidup di dunia. Jangan buang masa yg takkan kembali, perbanyakkanlah Zikrullah, bukan sekadar berbangga menjadi murid tetapi tiada amalnya. Moga kita semua menjadi thulab yakni murid yang sebenar, zoher wa batin." Demikianlah adab terhadap guru kita."
"Macam mana kita nak jaga hati syeikh atau guru kita? Kemudian Kita jawab. Menjaga hati dengan perhatian untuk tiga perkara. Yang pertaman adalah dengan membaca doa yang banyak untuk syeikh kamu. Yang kedua adalah buatlah semua yang syeikh kamu suruh sama sahaja syeikh ada atau tiada. Dan yang ketiga, adalah bersungguh-sungguh dan berusaha untuk berkhidmat untuk guru kamu, untuk syeikh kamu."
"Tarbiyyah anak bukan bermula selepas anak itu cukup umur tujuh tahun, sepuluh tahun, atau waktu anak itu baligh, dan sebagainya. Ini adalah pandangan yg mesti dibetulkan. Ulamak sudah menjelaskan proses tarbiyyah anak adalah bermula seawal dari bagaimana kita memilih calon isteri atau suami kita untuk berkahwin. Dari waktu itu lagi kita sudah boleh menggambarkan bagaimana anak kita kelak."
"Ada satu kisah, Satu hari Saidina Umar Al-Khatab r.a meminta doa daripada kanak kanak. Sedangkan Saidina Umar Al Khattab telah di janjikan Syurga Allah baginya, tapi Saidina umar tetap juga meminta doa daripada kanak kanak. Berkata Syeikh Abdul Qodir Al Jailani rah, Kanak kanak ini masih belum baligh, mereka ini adalah Setengah Wali kata Ulama. Mereka ini bersih dan belum kenal maksiat."
"Kenapa kanak kanak ini Setengah Wali? kerana mereka belum mula dicatatnya maksiat dan tak dapat pahala. Wali Allah سبحانه وتعالى sepenuhnya ialah mereka yang bersih daripada Dosa dan dapat pahala."
"Agama Islam bukan mengikut akal, Tetapi mengikut syariat .
Islam tidak boleh sama sekali diukur oleh akal manusia .
Apa sahaja yang sudah ditetapkan oleh Allah سبحانه وتعالى, wajib kita sebagai hamba ikut. Bukannya kita terlebih dahulu mengkaji mengikut logik akal kita dan membuat keputusan sama ada ianya boleh diterima akal atau tidak."
"Contohnya; "Kita disuruh berwudhu utk solat, Basuh Muka, Tangan, kaki, kenapa? Semua itu ada rahsia di sisi Allah سبحانه وتعالى. Ya, sebahagianya untuk kita membersihkan anggota dari perbuatan maksiat kita .
Tetap kenapa muka sahaja ?
Sedangkan anggota lain seperti hati pun membuat maksiat kepada Allah?"
"Inilah yang dikatakan syariat Islam. Allah سبحانه وتعالى sudah tetapkan begini dan begitu. Khalas. Jangan kita banyak tanya sebab itu smua dari Allah, Kita Ini hamba, Yang wajib kita buat ialah iku , Bukan kita tunjuk kita lagi arif dari syariat dengan mengukur sesuatu yang sudah ditetapkn oleh Allah mengikut otak kita.
"Manusia diberi akal bukan untuk memandai-mandai. Akal manusia tidak akan pernah ada yang mendahului rahsia yang ada disisi Allah. Islam bukan apa yang ada di akal kita, tetapi kita msti meletakkan sesuatu itu boleh berlaku walaupun yang tak masuk akal kita. Keterbatasan otak kita sebagai hamba mestilah kita akur,
Kerana kita bukan sesiapa , Kita hanyalah hamba Allah سبحانه وتعالى."
Daripada Syeikh Mahmoud Al-Wosabi
No comments:
Post a Comment