Pages

Monday, 28 September 2015

Bersiwak

Oleh Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Habib Asy Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH, IMAM AL GHAZALI : Muka Surat 30 & 31(Adab-Adab Mengambil Wuduk Cara Rasulullah Sallahu'alaihiwassallam)

BERSIWAK

Apabila engkau selesai daripada Istinjak(bersuci), maka janganlah engkau meninggalkan bersiwak kerana bersiwak itu...

"Bersiwak itu mensucikan mulut dan menyebabkan keredhaan Tuhan dan membencikan bagi syaitan".- Hadis Riwayat An Nasai dan Ibnu Majjah daripada Aisyah R.A

" Sekali solat dengan bersiwak adalah lebih afdhal daripada 70 kali solat tanpa bersiwak". - Hadis Riwayat Ahmad dan Al Bazzar daripada Aisyah R.A

Siwak adalah satu kayu biasa, namun hakikat atau fadhilatnya luar biasa.

Dengan sebatang kayu biasa ini, kita boleh dekatkan diri kita dengan keredhaan Allah S.W.T dan boleh menjauhkan diri kita dari gangguan jin & syaitan serta boleh menjadikan diri bersih dan suci.

"Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, seakan-akan dia menghidupkan aku". - Maksud Hadis

Dizaman Khalifah Saiyyidina Umar Al Khattab R.A, umat Islam lambat mendapat kemenangan didalam sebuah peperangan. Saiyyidina Umar mengumpulkan tentera lantas bertanya kepada mereka "Apakah diantara Sunnah Nabi S.A.W yang tidak kita laksanakan?!", sahabat menjawab " kita tidak mempunyai siwak ya Amirul Mukminin!". Saiyyidina Umar perintahkan agar sahabat semua ambil siwak dari dahan-dahan pokok yang berdekatan untuk tujuan bersiwak. Tentera musyrikin menjadi gerun apabila melihat tentera Islam yang pada awalnya bermesyuarah, kemudian memotong ranting-ranting pokok dan bersiwak, kerana mengangka tentera Islam sedang mengasah gigi dengan tujuan untuk memakan mereka(musyrikin). Lantas mereka(musyrikin) bertempiaran lari dalam ketakutan dan meninggalkan segala barang dan peralatan yang ada. Allah memenangkan tentera Islam atas sebab kemuliaan Sunnah(bersiwak) RasulNya.

Jumhur ulamak mengatakan lebih afdhal bersugi dengan kayu daripada jenis KAYU ARA.

62 tahun dahulu, pernah diadakan pertandingan peringkat antarabangsa rekaan ubat penghapus bakteria didalam mulut(Ini adalah kerana kawasan yang paling banyak terkandungnya bakteria pada manusia didalam mulut). Semua pakar membawa ubat-ubatan rekaan masing-masing untuk diuji kemujarabannya. Namun hasilnya skadar mampu melemahkan bakteria tersebut hanya dalam beberapa waktu tertentu sahaja. Seorang Ulamak Islam daripada India membawa ubatnya(dalam bentuk cecair) untuk diuji. Ulamak tersebut menitiskan ubatnya kedalam bekas yang mengandungi bakteria yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Hasilnya, bakteria itu terhapus musnah. Apabila disiasat, ubat yang dibawa oleh Ulamak Islam itu rupa-rupanya adalah air dari ekstrak kayu siwak. Inilah keberkatan dari Sunnah Rasulullah yang telah ada 1400 tahun dahulu lagi.

Bawalah kayu siwak kemana saja kita pergi kerana selain dari wudhuk, siwak merupakan salah satu senjata mukmin yang sukar disedari oleh musuh Islam.

"Siwak dan Wudhuk adalah senjata bagi orang mukmin" - Maksud Hadis

Syaitan sentiasa marah(benci) kepada orang yang mempunyai kayu siwak dan bersiwak.

"Jikalau aku tidak menyusahkan ke atas umatku, pasti aku mewajibkan mereka bersiwak pada setiap kali bersolat({wuduk}dalam riwayat lain)". - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah R.A

Sifat pengasih Nabi, tidak mahu membebankan umatnya. Namun, adalah membahagiakan Nabi jika kita melakukan Sunnah Baginda yang mudah ini.
ADAB-ADAB WUDHUK TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN :

1⃣ Adab sebelum wudhuk
2⃣ Adab ketika wudhuk
3⃣ Adab setelah wudhuk

KHILAF ULAMAK

Siwak adalah adab sebelum wudhuk

Siwak adalah adab selepas wudhuk

Lebih afdhal bersiwak sebelum dan selepas wudhuk

Siwak itu wajib ketika berwudhuk. 🔺Dalil : "Aku akan mewajibkan mereka bersiwak pada setiap kali mereka berwudhuk"-Maksud Hadis.

(Jumhur Ulamak yang masyhur) : Bersiwak itu merupakan suatu Sunnah yang Muakkad sebelum wudhuk.

Rasulullah tidak pernah meninggalkan amalan bersiwak sebelum berwudhuk dan solat.

Pengalaman di Tarim, dituntut siapa sahaja sebelum nak melakukan ibadah, agar bersiwak terlebih dahulu. Bagi sesiapa pelajar yang tidak bersiwak, dilarang untuk hadir ke pengajian. Ini merupakan suatu latihan atau motivasi dalam menggalakkan pelajar agar disiplin dalam menghidupkan perkara-perkara Sunnah agar perkara-perkara yang Wajib tidak terasa sebagai suatu bebanan hasil dari latihan ini.

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang Ulamaka besar dari Tarim safar ke suatu tempat yang boleh dikatakan jauh dari tempatnya. Ketika sampai dilokasinya di sebuah masjid, ramai ulamak-ulamak lain ingin bertemu dengannya. Ketika ingin mendirikan solat, Ulamak tersebut mencari-cari kayu siwaknya untuk bersiwak sebelum solat. Ulamak itu sedar yang dia terlupa membawa kayu siwak bersamanya lantas mengarahkan pembantunya untuk pulang ke Tarim kembali dan ambil kayu siwaknya yang tertinggal. Apabila ditanya padanya, mengapa tidak digunakan kayu siwak yang ada disi sahja. Dijawabnya, kerana tidak mahu membiasakan diri dengan lupa terhadap Sunnah Nabi yakni bersiwak. Peristiwa ini menjadi pengajaran supaya dia tidak lagi lalai dan lupa untuk membawa kayu siwaknya.

"Allah selalu memgingatkan aku agar bersiwak, sehingga aku khuatir ia akan diwajibkan keatasku"-Maksud Hadis Riwayat Ahmad daripada Wasilah bin Al Asqa' R.A.

Banyak Hadis Nabi yang menceritakan perihal Siwak. Sehingga ia menjadi syarah ulamak-ulamak sehingga wujudnya kitab khusus membincangkan akan hal Siwak.

Ramai umat Islam pada masa kini malu(berasa berat) untuk melaksanakan perkara yang diisytihar sebagai senjata Allah(Bersiwak), namun tidak malu(tabiat/seronok) untuk melaksanakan sesuatu yang diisytihar sebagai senjata syaitan(Merokok dan lain²).

" Solatlah kamu sepertimana yang kamu lihat aku bersolat". - Maksud Hadis

Rasulullah tidak pernah meninggalkan amalam bersiwak sebelum wuduk & solat!

Sesungguhnya bersiwak itu adalah Sunnah Nabimu!. Berebutlah kita dalam menghidupkan sunnah Baginda S.A.W.

Bersiwaklah kerana mengharapkan redha Allah!, bersiwaklah kerana ingin mengembirakan Rasulullah!.

No comments:

Post a Comment