Pages

Sunday, 20 September 2015

Sunnah Sepanjang Zaman

"Kalam Para Ulama; "Barangsiapa yang bangun tiga puluh minit sebelum subuh atau mereka yang menghidupkan malamnya,Maka Allah سبحانه وتعالى menghidupkan Hatinya di Akhirah kelak. walaupun kamu bangun itu sekadar sebut nama Allah atau Zikr yang pendek di atas katil kamu."

"Maka Allah سبحانه وتعالى akan menulis nama kamu sama dengan mereka yang bangun malam. Allah Berfirman dalam Hadis Qudsi; "Dan Pada Waktu Tengah Malam itu Allah memanggil semua manusia, sesiapa yang perlu Hajat, Aku menunaikan Hajatnya."

"Sesiapa yang memohon Keampunan, Akan Aku ampunkan dosanya. Sepertimana Saidina Bilal رضي الله عنه ketika bangun sebelum subuh, setelah Saidina Bilal selesai melakukan solat dua Rakaat , Beliau terus angkat kedua tangannya dan berdoa , Ana YaaAllahh, Ana YaAllah, Ana YaAllahh."

"Sehingga satu hari, ada seorang masuk masjid nampak Saidina Bilal dengan doanya Ana Ana Ana YaAllahh. Wahai Yaa Bilal, Doa apakah ini? saya tak pernah dengar doa seperti doa Bilal, jawab Bilal, Bukankah Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Hadis Qudsi; "Sesiapa yang memohon keampunan akan Aku ampunkan dosanya. Jadi saya jawab Ana Yaa Allah. Lagi Allah Berfirman dalam Hadis Qudsi."

"Barangsiapa yang mohon sesuatu hajat, Aku tunaikan Hajatnya. Saya jawab Ana YaAllahh, saya ada hajat dunia akhirah, hajat zuriat soleh dan solehah, hajat anak berjaya dunia Akhirah. Allah سبحانه وتعالى juga Berfirman; "Allah memanggil semua manusia, Sesiapa yang nak Ke'afiatan, Keampunan, Kaya dan sebagainya, Aku Tunaikan Semuanya."

"Saya jawab Ana Ya Allah, Ana Ya Allah, Ana Ya Allah. saya hanya teringat apa yang Allah Berfirman sahaja dan Allah Tahu. Allah Tahu segala isi hati kamu, mintalah kepada Allah Khususnya Sebelum Subuh. Ini adalah sunnah Rasulullah ﷺ dan amalan orang-orang soleh. Didalam sunnah itu ada kelebihannya."

"Sunnah Rasulullah ﷺ sesuai untuk setiap zaman, setiap waktu, setiap masa dan setiap manusia. Orang Gila sahaja yang berani kata Sunnah Rasulullah itu sesuai untuk zaman dahulu sahaja. Bukan sekadar gila, bahkan dia ini munafik. Kalau sunnah memukul anak itu tidak sesuai, nanti ada Jin dan Syaitan yang pukul dia setiap malam. Kerana Allah سبحانه وتعال berfirman di dalam Al Quran; "Sudah redha atas cara Rasulullah yang ajar kamu wahai Ummat Nabi Muhammad."

"Rasulullah ﷺ bersabda; "Dan orang Munafik itu boleh mengubah Syari'ah Allah dan Syari'ah Nabi-Nya. Seperti di dalam kisah Zaman 'Abbasiah, ada seorang Muhaddith yang menghafaz satu ratus ribu lebih Hadith. Satu hari dia menyampaikan sebuah Hadith kepada anak anak muridnya, hadith itu hadith sohih dan sesuai untuk zaman kita sekarang."

"Dia menyampaikan hadith sohih sabda Rasulullah; "Jika seorang daripada kalangan kamu bangun dari tidur, jangan masukkan kedua tangan kamu ke dalam bekas air sehingga kamu mencuci kedua tangan kamu. Kerana sesungguhnya kamu tidak tahu dua tangan kamu itu sudah sentuh apa, mungkin kemaluan depan atau belakang."

"Hadith ini menceritakan, zaman dulu jika seseorang nak tidur bukan seperti zaman sekarang, ada baju tidur Khusus. Zaman dulu tidak ada baju tidur khusus. Mereka hanya ada sehelai kain panjang dan sarung. seperti tidur di dalam bekas atau bungkusan. Jadi tangan, kaki dan trmasuklah kemaluan mereka di dalam satu sarung itu. Allahu alam ketika itu harus untuk sentuh kemaluannya."

"Sudah tentu tangannya itu sudah kotor dan tidak boleh terus masukkan kedua tangannya ke dalam bekas air setelah bangun dari tidur. Air yang dimaksudkan itu ialah air wudhuk.maka hendaklah cuci dulu tangannya barulah boleh ambil air wudhuk."

"Setelah itu, Muhaddith itu kata kepada anak muridnya, hadith ini tidak sesuai untuk zaman kita kerana pada zaman 'abbasiah itu lagi sudah lengkap dengan baju tidur khusus. Jadi tangan mereka terselamat daripada menyentuh benda yang kotor seperti kemaluannya. "SubhanAllah." Allah sedang menguji muhaddith itu dan hendak memberi satu Adab kepadanya terhadap Hadith Nabi Muhammad ﷺ."

"Keesokkan harinya, muhaddith itu bangun dari tidur dan "MasyaAllah" dia tersedar yang tangannya itu sudah melekat di atas kemaluannya, susah nak lepaskan kerana sudah melekat seperti sudah di gam. Lalu dia pergi berjumpa dengan seorang yang alim daripada Mazhab Imam Malik."

"Orang yang dia jumpa itu seorang Imam dan MasyaAllah Waliyullah. Wali itu bertanya, apa yang kamu cakap dari semalam sehingga saat ini. Saya hanya menyampaikan hadith Rasulullah. Tapi apa yang kamu cakap. Lalu dia ceritakan hal yang sebenarnya sampai habis."

"Wali itu kemudian berkata; "Maka inilah satu Adab daripada Allah سبحانه وتعالى untuk kamu. Bertaubatlah kepada Allah, istighfarlah dan berazam kamu tidak akan ulangnya lagi. Lalu muhaddith itu pon bertaubat, menangis dan wali itu bacakan satu doa untuknya."

"Dan dengan Izin Allah tangan dia tidak melekat lagi. Maka jangan jadikan dirimu lebih hebat dari Rasulullah ﷺ. Jangan lawan Syariat Allah سبحانه وتعالى dan jaga Adab kamu terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Ambillah pengajaran dan iktibar dari kisah orang-orang soleh terdahulu."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

No comments:

Post a Comment