Ketahuilah sesungguhnya Bulan Zul Hijjah adalah Bulan haram Yang paling dimuliakan, di dalamnya terdapat Ibadah Haji yang merupakan salah satu Rukun daripada Rukun-rukun Islam. Bulan Yang Besar Kebaikannya, di perkenankan Semua doa Permintaan, dicapaikan Segala Hajat, di dalam nya Terdapat malam yg sepuluh, yang mana Allah menyebut sumpahnya dengan nama Malam itu. Di dalam kitab nya Al-qur'an.
والفجر وليال عشر
Demi waktu fajar dan Demi malam yang sepuluh
Sungguh itu Sebutan Sumpah Yang sangat Agung.
Oleh itu Di Sunnahkan berpuasa pada 9 Dzul hijjah sebagaimana di sebutkan di dalam Hadis:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة ويوم عاشوراء وثلاثة أيام من كل شهر أول اثنين من الشهر والخميس .
أخرجه ابو داود في باب صوم العشر
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari pada setiap bulan, dan hari Isnin pertama awal bulan serta hari Khamis. (HR Abu daud).
Ulama berbeza pendapat dalam memberikan Maksud pada Firman Allah demi waktu Fajar, dan Demi malam yang sepuluh.
Ada yang berpendapat bahwa Yang di Maksud dengan Demi Waktu Fajar adalah :
1. Waktu Fajar setiap Hari.
Al-imam As-sayuti Rahimahullah mengambil cukup dengan pendapat ini di dalam Kitab Tafsir nya.
2. Waktu Fajar di Hari Pertama di Bulan Muharram Kerana itu Merupakan Awal Tahun
3. Waktu Fajar Pertama di Hari Idul Adha, kerana di waktu Itu terdapat banyak Manasik-manasik Haji, dan terdapat perbuatan-perbuatan Ibadah.
4. Waktu Fajar Pertama di Bulan Zul Hijjah. Kerana hari itu di Iringi oleh malam Yang sepuluh.
5. Waktu Fajar di Hari Arafah. Dan ini pendapat ulama yg paling Banyak.
YANG DI MAKSUD MALAM YANG SEPULUH
1. Adalah sepuluh Zul hijjah. Imam As-sayuthi Rahimahullah mengambil cukup atas pendapat ini. Di dalam Kitab Tafsir nya.
2. Sepuluh terakhir di Bulan Ramadhan
3. Sepuluh pertama di Bulan Muharram
Pendapat Yang Pertama adalah pendapat Kebanyakan Ulama' yaitu 10 Zul Hijjah. Dan itu adalah Pendapat Yang Masyhur dan Yang Sohih. Karena didalamnya Terdapat hari At-tarwiyah, Hari Arafah dan Hari Idul Adha.
Dalam sebuah Hadis Di sebutkan.
ما من ايام افضل عند الله من عشر ذي الحجة ولا ليال أفضل من لياليهن
Tidak ada Hari yang lebih Utama di sisi Allah daripada Hari sepuluh Zul hijjah, dan Juga tidak ada Malam yang lebih Utama di sisi Allah daripada Malam sepuluh Zul hijjah.
Bulan Zul hijjah adalah Bulan Penutup daripada Bulan-bulan yang telah di ketahui sebagaimana di sebutkan dalam Firman Allah
الحج أشهر معلومات
(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi.
Adalah Bulan Syawal- bulan Zul Qa'dah, dan 10 Dzul Hijjah. Sebagaimana Yang telah di sebutkan Di dalam Hadis yang di Riwayatkan oleh Ibnu Abbas Rhadiyallahu Anhuma.
ما من أيام أفضل عند الله تعالى من هذه اﻷيام ايام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير وذكر الله عز وجل وإن صيام يوم منها يعدل بصيام سنة والعمل فيهن يضاعف بسبعمائة
Tidak ada Hari Yang lebih Utama Di sisi Allah daripada Hari-hari di sepuluh Zul Hijjah, oleh itu perbanyaklah Membaca Tahlil, bertakbir, serta berzikir Kepada Allah Azza wa jalla, sesungguhnya puasa dari Hari-hari tersebut adalah sebanding dengan Puasa setahun, dan beramal di Hari-hari itu dilipat menjadi 700 lipatan.
Begitupun juga di sebutkan Oleh Hadis-hadis Yang Lain nya.
Dan juga di sebutkan di dalam Hadis Bahwa doa Akan di Istijabahkan di sepuluh Zul hijjah. Sebagaimana Yang telah Di Riwayatkan Oleh Abi Musa Al-asy'ari Rhadiyallahu Anhu.
أن اﻷيام المعلومات هي تسع ذي الحجة غير يوم النحر وأنه لايرد فيهن الدعاء
Sesungguhnya Hari-hari Yang di maklumi adalah 9 Zul Hijjah selain Hari Eidul Adha, sesungguhnya di Hari-hari Itu doa tak akan di tolak.
No comments:
Post a Comment