Kita di Padang Mahsyar nanti. Nak kedepan tak tahu arah nak dituju, nak ke belakang pun tak tahu mana nak diarah, ke kanan pun sama, ke kiri pun sama. Itu belum lagi manusia yang dirupakan dengan berbagai-bagai seperti dibutakan matanya, dijalankan dengan kepalanya dan seumpamanya akibat dosa di dunia dahulu.
Untuk selamat di sini, pertama lakukan amal korban, kerana Nabi SAW bersabda bahawa haiwan korban akan menjadi tunggangan seseorang di akhirat nanti. Tak mahukah kita jika ada 'Ferrari' menunggu di sana nanti? Ada yang kata mahal RM500 lebih. Jika bayar sekaligus, memang rasa begitu, oleh itu buat perancangan dan simpan sebahagian wang setiap bulan untuk tujuan korban. Kadang-kadang, bukanlah sebab kita tidak mampu sebenarnya, sebaliknya kita tidak menjadikan ibadah itu sebagai satu keutamaan.
Kedua, Nabi SAW ada berpesan: “Barangsiapa yang inginkan azzahrawan?” Sababat pun bertanya, “Apakah itu azzahrawan?”. Jawab Nabi SAW, “Azzahrawan itu ialah awan yang melindungi manusia daripada teriknya panas matahati diakhirat. Bacalah surah Al-Baqarah dan Ali-Imran untuk mendapatkannya”. Paling kurang baca setahun sekali, tetapi lagi banyak lagi bagus. Orang yang melazimi surah ini akan dilindungi awan ini pada saat dibangkitkan.
No comments:
Post a Comment